Thursday, October 31, 2024

ULAT SUTERA DAN FAKTA DI MEDIA

ULAT SUTERA (Bombyx mori) merupakan sejenis hidupan yang diternak dengan memakan daun pokok mulberi dan menghasilkan benang sutera. Ia adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera dibeberapa negara pengeluar kain sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi yang diberikan sebagai punca makanannya. Kajian juga mendapati hidupan ini sebenarnya berasal dari utara China dan telah dikembang biak diseluruh dunia. Dari segi sifatnya penulis mendapati bahawa ulat sutera adalah makhluk jenis luar biasa yang memainkan peranan ekonomi yang besar dalam dunia pakaian (textiles) kehidupan manusia. Ulat sutera adalah serangga yang benar-benar jinak dalam dunia dimana ia memang tidak boleh hidup secara semula jadi dan lazimnya ia perlukan manusa untuk membiakkannya. Akhirnya ia akan membuat apa bentuk yang dinantikan iaitu 'Kepompong" sebagai hasil ulat sutera yang berharga. Kepompong inilah yang akan diproses menjadi bahan berharga seperti kain sutera. Dari zaman dahulu kepompong ini diusahakan secara tradisional untuk ianya menghasilkan benang tetapi kini telah ada mesin moden yang berkapasiti tinggi memproses kepompong menjadi kain sutera dengan cekap. Ulat sutera hanya diberi makan daun pokok mulberi di mana mereka menggigit tanpa henti pada waktu siang dan y. Ini yang menyebabkan mereka berkembang sangat cepat dan mula mencipta kepompong berharga mereka. Kajian saintis mendapati yang sebiji kepompong menghasilkan benang sutera berterusan antara 300m dan 900 meter panjang. Lawatan penulis blog ke negara Korea, China Thailand dan Jepun mendapati usahawan disana amat menghargai ulat sutera sebagai makanan istimewa kerana mereka adalah sumber protein yang besar dan selepas mereka mati mereka akan dijangkiti dengan Beauveria bassiana kulat. Cerita lain ulat sutera juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar dimana ia makan daun siang dan malam berterusan. Apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap sedikti bermakna masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera. Ulat sutera menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1,000 hingga 3,000 kaki). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai beberapa fakta ulat sutera dalam media sebagai bahan rujukkan semua.


Merujuk kepada portal kompas.com dimana kain sutera merupakan sejenis 
kain yang banyak diminati kerana strukturnya yang kuat, lembut dan berkilat. Kain Sutera juga dihasilkan dari benang sutera yang diambil dari ternakan ulat sutera. Ia merupakan kain yang mahal sebab ia bukan hanya asas kualitinya melainkan juga kerana ia adalah bahan kain yang asasnya adalah benang yang dibuat dari kepompong ulat sutera. Merujuk kepada sumber termasuk World History Encyclopedia dimana hasil tenunan kain sutera pertama yang pertama ditemukan di situs Qianshanyang juga Zhenjiang, negara China sekitar 2,700 tahu dahulu. Produk sutera dibawa ke negera-negara barat untuk dijual walau pun sebenarnya selama ribuan tahun orang China menyembunyikan produk dan penternakan ulat sutera. Proses penternakan ulat sutera dan pembuatan kain sutera melalui beberapa tahap daripada penternakan ulat, mengumpulkan kepompong, memproses jadi benang sehingga membuat kain. Pembuatan benang sutera adalah proses paling rumit dimana ia memerlukan kepakaran dan kesabaran tinggi. Dilaporkan dimana ulat sutera memang ia tidak makan atau minum pada akhir kitaran hidupnya kecuali ia hendak membiak, bertelur atau akan mati. Ulat sutera betina akan bertelur dalam jumlah banyak dari sebanyak 200 hingga 400 biji telur. Ulat sutera betina akan makan dengan lahap kemudian meletakkan telurnya di atas daun murbey. Telurini kemudian akan melakukan proses inkubasi dengan jangkamasa sehingga 12 hari sehingga kemuidan ia menetas. Larva ulat sutera ini yang baru menetas kemudian sebaiknya ia dipindahkan dengan hati-hari dari ruang inkubasi ke ruang pemeliharaan. Semasa larva ulat sutera hanya berukuran 4 mm maka ia perlu terus diberi makan daun mulberi. Ulat sutra yang rakus makan dalam jumlah besar sehingga tubuhnya pun mulai membesar besar dengan cepat. Badan ulat akan terus membesar dan kemudian kulitnya mengelupas dan digantikan dengan kulit yang baru. Proses mengganti kulit ini boleh berlaku sehingga empat kali dimana larva kemuidan bertukar menjadi ulat sutera seukuran kurang lebih 8 cm. Akhir sekali fasa dimana ulat sutera nin akan menjadi kepompong atau pupa dengan cara memusingkan badannya. Merujuk kepada kajian dari Biology Discussion menyatakan dimana kepompong sutera terbuat dari lilitan benang yang tidak terputus sepanjang 300 meter dan dililitkan dengan gerakan kepala yang konstan dari satu sisi ke sisi lain sekitar 65 kali seminit. Kepompong sutera kemudian terbentuk sebagai kapsul berwarna putih yang sesuai dikutip sebelum ulat sutera berubah menjadi dewasa dan memecah kepompongnya. Tuaian kepompong sutera dilakukan untuk proses pembuatan benang sutera. Kepompong sutera kemudan direndam dan direbus dengan air panas. Proses berikutnya adalah pada kepompong akan dicari ujung seratnya dan mulai diuraikan. Setelah diuraikan maka serat tersebut kemudian akan dipintal dengan alat khas sehingga ia menjadi satu helai benang sutera. Benang kemudian digulung seakan golongan benang biasa yang kemudian sesuai ditenun menjadi kain suetra yang indah, berkualiti dan dijual mahal.


Merujuk berita AFP dimana terdapat produk '
Makanan Kucing Dari Ulat Sutera Janjikan Pendapatan Lumayan' yang di viralkan di Taiwan. Di laporkan ada banyak kucing yang menjilat sisa makanan di misainya tanpa berasa geli terhadap ramuan juadahnya dari pupa ulat sutera. Dalam kajian di lakukan di kawasan Mao Thai Thai di Taiwan beberapa pemilik kucing sukarelawan mencuba makanan kucing yang dibangunkan oleh pakar ulat sutera. Menggunakan hasil sampingan dari pengeluaran sutera dimana saintis Taiwan cipta makanan itu dalam usaha menghapuskan sejenis bakteria dalam usus ulat sutera yang memudaratkan. Apa pun antara hasilnya selain disukai kucing dilaporkan ia juga mengurangkan bau busuk najis kucing. Kucing menjadi lebih bertenaga dan bau busuk najis juga kurang, ia lebih daripada saya jangkakan. Produk makanan dari ulat sutera di buat dengan pelbagai perisa normal seperti rasa tuna, daging dan ayam akan tetapi protein utama dalam bahan itu adalah ulat sutera. Saintis Taiwan membuat kajian dimana kebanyakan pemilik kucing yang mengambil bahagian dalam percubaan ini memberikan maklum balas positif. Produk ini dibangunkan di Pusat Penyelidikan Pertanian dan Stesen Sambungan Miaoli gunakan ratusan ulat yang u dikumpulkan dalam dulang ketika sedang makan dedaun mulberi. Apa pun penggunaan bahan buangan yang inovatif ini membolehkan industeri ternak ulat sutera di Taiwan lebih kompetitif. Inii kerana sebelum ini aktiviti menternak ulat sutera di Taiwan untuk semata-mata bertujuan menghasilkan fabrik tidak lagi menguntungkan. Walau pun ada daun Mulberi digunakan untuk membuat teh dan bahan kepompong boleh digunakan dalam kosmetik tetapi ia belum memberikan pulangan maksima. Dilaporkan kini satu tin makanan kucing dari ulat sutera itu dijual dengan harga RM10.12 iaitu ia agak sedikit mahal daripada harga purata manakan kucing komersial yang lain. Dilaporkan produk ini sudah bersedia dipasarkan di Korea, Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.


Fakta menarik dalam AFP dimana kisah dari India yang laporkan '
Ulat Sutra Ubah Hidup Warga India' perlu di ketahui puncanya. Walau pun ulat sutera. Dilaporkan ulat ini yang basanya dianggap perosak tanaman bagi para petani kini sudah berubah. Bagi seorang petani bernama Munia Murmu usaha dilakukan berkaitan ulat sutera dimana dia kini mampu keluar dari isu kemiskinan. Sambil menunjuk kepada TV dalam rumah barunya, Murmu dengan bangga menunjukkan sumber kekayaan barunya iaitu ada ratusan ulat sutra yang sedang menggeliat. Seperti ribuan petani yang terpencil di India dimana dia hidup dalam jeratan kemiskinan yang serba kekurangan sebelum ini. Malah dakwanya mereka sekeluarga sehingga pernah tidak makan kerana ketiadaan sumber pendapatan yang baik. Mammu yang sudah berumur 40 tahun menyatakan dengan kumpulan yang ada menternak ulat sutera dalam komunitintnya. Dia juga menternak ult sutera dalam hutan dikawasan berdekatan sekitar Bihar Timur. Dia dan petani lain kini memelihara ulat yang menghasilkan benang sutera yang memiliki banyak permintaan terutama dari beberapa negara luar termasuk dari India sendiri, Eropah dan USA dan beberapa negara lain.  Benang sutera yang sangat berkualiti dalam membuat kain sari sutera yang merupakan sejenis pakaian tradidional di India membolehkan industri ini berkembang. Selain kain sari dilaporkan kain sutera banyak digunakan sebagai garmen serta kelengkapan rumah. Dilaporkan apabila tiba musim perkahewinan dimana banya komuniti membeli kain sutera yang selalu berlaku 2-3 bulan dimana Murmu sebagai petani miskin dahulu kini mampu menerima pendapatan sehingga Rupee 50,000 (RM2,830) yang jauh lebih baik dari dahulu. Kalau dulu dia cuma mampu tinggal di rumah kecil tanpa tandas, tan[a kipas angin dan kosong akan tetapi kini mempunyai rumah selesa dengan pelbagai peralatan eletrik dan sebagainya yang selesa. Ia berlaku gara-gara penglibatannya dalam menternak ulat sutera. Kini bahagian dinding-dinding rumahnya telah dicat berwarnawarni serta sudah dihiasi lukisan kehidupan warga pedalaman. Rumahnya juga memiliki ruang yang digunakan untuk menonton tv dan ada dua tandas dengan sumber bekalan air bersih. Paling win apabila Momu kini sudah mempunyai set komputer laptop untuk digunakan keluarga.  Mereka sudah lama memelihara ulat sutra di hutan lebat Bihar dan negara bagian Jharkhand. India dilaporkan sudah menjadi pengeluar produk benang dan kain sutera yang kedua terbesar didunia setelah negara China. Bukan sahaja pengeluar produk sutera sahaja malahan India juga merupakan pengguna produk dari sutera yang terbesr di dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ULAT SUTERA... DI TERNAK MANUSIA...
DARI KEPOMPONG... BENANG JADINYA...
BEBERAPA NEGARA...PRODUK UTAMA...
MERUJUK MEDIA... BANYAK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).

Wednesday, October 30, 2024

MAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia merupakan slah satu strategi yang perlu di perkukuhkan demi menjamin keterjaminan makanan negara. Apa pun seperti yang mungkin diketahui umum, pertanian di Malaysia menyumbang 12% sahaja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan 16% dari penduduk Malaysia terbabit dalam bidang itu. Angka ini menjelaskan kemerosotan bidang pertanian dan ia menjadi semakin tidak penting di negara ini berbanding masa dahulu dimana kini sektor industri, pembuatan, O&G, dan perkhidmatan jauh kedepan menyumbang kepada ekonomi negara. Bagaimana pun sebagai langkah kedepan sektor pertanian negara terutama didalam bidang penghasilan bahan makanan mesti terus di kukuhkan demi kedaulatan  negara. Pada tahun 2024 ini di lihat harga bahan makanan semakin meningkat naik diatas berbagai faktor diantaranya adalah kenaikan kos bahan input, faktur cuaca (kemarau dan banjir), kadar pertukaran wang asing (nilai ringgit menurun) dan pelbagai punca lain. Apa pun hal ini berlaku juga mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya ketidaktentuan cuaca, kekurangan tenaga kerja muda, selain keutamaan negara kepada industri perindustrian yang menyebabkan banyak tanah pertanian berubah status dan dibangunkan. Dalam pada itu strategi membangunkan negara sebagai lubuk perindustrian memang memberi impak positif terhadap banyak hal dan kemajuan negara. Misalnya boleh dilihat sudah wujud banyaknya peluang pekerjaan dalam sektor berkenaan dimana kejadianini selain membantu didalam meningkatkan pendapatan negara ia juga memajukan ekonomi serta turut menyumbang kepada imej dan prestij Malaysia dan ini sekali gus mendorong kepada kedatangan pelancong. Bagaimana pun baru-baru ini berlaku krisis beras di Malaysia dimana ini adalah sesuatu yang tidak pernah di jangkakan. Selama ini Malaysia masih berbangga dengan gelaran 'Jelapang Padi' dengan kemampuan menghasilkan beras jenama tempatan. Kemanakah perginya beras tempatan yang dihasilkan oleh pesawah tempatan dengan jutaan kg sedangkan dipasaran hanya dijual 'beras import' yang hanganya berganda mahal. adakah sebenarnya rakyat Malaysia masih terus bergantung kepada 'beras import' yang sebenarnya ia adalah cuma 'beras tempatan' sahaja. Memang di laporkan oleh Kemterian Pertanian dan Keterjaminan Malanan (KPKM) yang selalu  menyatakan Malaysia cuma inport 30% sahaja beras import terutamanya jenis beras premium seperti beras wangi, basmati dan seumpamanya. memang Malaysia mastih turut bergantung kepada beras import, namun apabila berlaku isu kekurangan beras tempatan disebabkan faktor permintaan meningkat maka pengguna terkapai-kapai dalam mencari harga beras lama. Di analisa dimana isu ini seakan sudah mengejutkan ramai akan bagaimana sebagai sebuah negara yang mampu menghasilkan beras sendiri tetapi berhadapan dengan kesukaran mendapatkan beras tempatan. Ia juga  sebenarnya tamparan hebat kepada ramai kerana sektor pertanian tidak sepatutnya diabaikan, malah perlu lebih dimajukan meskipun dalam ghairah rasa hendak mengejar status sebagai negara industri. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai isu bagaimana memajukan sektor pertanian di Malaysia sekadar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Benarkan situasi dimana dalam keadaan semasa sekarang ada isu dimana ia memperlihatkan kadar pengangguran meningkat dalam kalangan anak muda dan graduan. Jadi perlu difikirkan dalam usaha meningkatkan industri pertanian sebaiknya Malaysia boleh menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor ini dalam bidang pertanian. Apatah lagi sektor itu didakwa ia dapat menjamin keselamatan bekalan makanan dimana ia adalah asas kedaulatan dan keamanan sesebuah negara. Isu sedemikian kerana negara masih belum mencapai keadaan mampu diri dalam keluaran makanan dan dibuktikan melalui nilai import yang masih tinggi sehingga mencapai lebih dari RM10 bilion setahun. Jadi penting difikir akan bagaimana pengeluaran makanan perlu diberi perhatian supaya tidak bergantung kepada import semata-mata terutamanya untuk bahan utama makanan penting seperti produk beras, ternakan, tenusu, sayuran dan buahan. Pada penulis blog perlu ada langkah untuk meningkatkan tahap kesedaran kepentingan pertanian di semua lapisan masyarakat. Krisis beras kini dilihat memang menyedarkan ramai mengenai pentingnya memajukan sektor pertanian. Ketika ini selain dari beberapa jelapang padu utama negara di Kedah, Perlis dan Perak, Selangor dimana beberapa lokasi baru untuk jelapang padi negara perlu di laksanakan seperti di Sabah dan Sarawak. peningkatan produktiviti dari awasan jelapang padi sedia ada juga perlu di tingkatkan kepada tahap maksimum.  Dilaporkan dimana 
langkah kerajaan Terengganu dalam usaha untuk mengatasi isu ini juga patut dicontohi iaitu dimana mereka mengeluarkan jenama beras sendiri pada saat tepat melalui pembelian beras daripada beberapa kilang padi untuk proses pembungkusan sebelum dibekalkan kepada pengedar tunggal untuk dipasarkan. Apa pun dalam media dilaporkan dimana selain Terengganu, tindakan negeri Melaka juga patut dicontohi apabila menubuhkan jawatankuasa khas dalam menangani isu kekurangan beras tempatan dengan memanggil pihak berkaitan untuk sama-sama mencari penyelesaian seperti memantau pengeluaran beras serta kegiatan menyorok bekalan beras dan juga bakal mewujudkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP). Antara langkah lain yang diambil termasuklah usaha menggubal dan merungkai semula dasar sedia ada iaitu kaedah penyaluran subsidi berasaskan keluasan tanah yang bertanam padi (berasaskan input) perlulah ditukar kepada berasakan output supaya dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran padi. Sebaiknya pihak kerajaan perlu mengambil langkah secara menyeluruh, bersepadu dan segera untuk memastikan yang keselamatan makanan terutama beras negara tidak lagi bergantung kepada bekalan import semata-mata. Sektor pertanian perlulah lebih diberi perhatian dengan lebih jitu dan terperinci untuk dimajukan kerana sektor ini adalah kaedah sebagai penyelamat terutama ketika negara Malaysia dan dunia kini sedang mengalami krisis ekonomi dan untuk memastikan keterjaminan makanan pada masa hadapan akan dijamin.


Penting agar sentiasa di bincangkan bagaimana u
saha dan langkah untuk memajukan Sektor Pertanian semasa di Malaysia. Antara isu penting termasuk bagaimana untuk mengubah kaedah pertanian menggunakan teknologi terkini menjadi lebih moden, menarik dengan produktiviti tinggi untuk pasaran domestik dan eksport. Kini hanya induatri kelapa di Malaysia yang dilihat mempu di eksport dengan nilai billion ringgit setahun dalam pelbagai produk berasaskan kelapa sawit. Melihat kepada beberapa startegi sedia ada seperti usaha memberi bantuan insentif dan bengkel kemahiran kepada usahawantani masih perlu di perbanyakkan. Kempen kepada lebih ramai pengguna untuk membeli produk tani tempatan adalah salah satu kaedah edukasi pengguna untuk kurangkan kebergantungan produk import. Strategi untuk membuka kawasan pertanian baru dilihat satu usaha menambahkan lagi kawasan pertanian untuk meningkatkan penghaislan bahan makanan selaras dengan peningkatkan penduduk di negara sendiri. Siatem pemasaran, penggredan, pemprosesan produk pertanian dan pasaran eksport juga [erlu di perkukuhkan. Sikap negatif dikalangan rakyat Malaysia yang mana sektor pertanian di Malaysia dalam negara sering kali dipandang enteng dan tidak mendapat perhatian oleh pentadbir negara perlu diubah. Kalangan masyarakat konvensional masih mempunyai stigma dalam fikiran bahawa pertanian adalah suatu pekerjaan yang kuno dan tidak mendatangkan hasil yang lumayan serta kotor. Perkara ini menjadi faktor-faktor yang membantutkan usaha bagi meningkatkan kemampuan industri tani domestik menjadi salah satu pemain utama dalam ekonomi negara. Sebenarnya sektor pertanian adalah ia merangkumi aktiviti perladangan sawit dan getah, penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta penternakan ayam, lembu dan hidupan laut seperti ikan dan udang. Persoalannya dimana apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memajukan sektor pertanian di Malaysia agar terus signifikan menjadi isu nasional. Baru-baru ini isu bekalan dan harga daging ayam, harga bawang, harga beras dan beberapa lagi di bincangkan di Parlimen Malaysia dimana isu ini amat signifikan untuk diatas.


Apa pun penulis blog fikir dimana diantara langkah pertama untuk memajukan sektor pertanian dengan mengubah kaedah iaitu pertanian menggunakan teknologi terkini. Industri tani mengalami kelembapan dalam kemajuan mungkin kerana petani dan juga syarikat perladangan masih menggunakan kaedah lama yang menghasilkan kuantiti produk yang tidak banyak dan berlaku serta ada banyak kerosakan. Perkara ini disebabkan oleh kos untuk mengubah kaedah pertanian adalah tinggi dan ramai pengguna tidak akan membeli sekiranya harga produk pertanian meningkat. Petani kecil dan syarikat pertanian bertindak untuk mengekalkan kaedah lama dan mencipta keuntungan daripada mengambil risiko kerugian. Maka perlu ada anjakan paradigma seharusnya diusahakan supaya hasil pertanian menjadi lebih berkualiti dan kuantiti produk dapat ditingkatkan. Sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya masyarakat tempatan adalah diperlukan agar sektor yang mana ia menghasilkan sumber mentah bekalan makanan dan minuman kita dapat dibawa ke tahap yang lebih baik. Apa pun selaras dengan langkah pertama dilihat yang sektor pertanian boleh dimajukan dengan bantuan bimbingan dan insentif daripada pihak yang bertanggungjawab. Penerapan kaedah baru yang menggunakan teknologi tinggi ini walau pun ia memang memerlukan kepakaran pekerja yang mampu membimbing petani menghasilkan produk yang terbaik hasus dikemaskan. Mungkin isu ada lambakan graduan yang terhasil pada ketika ini boleh diberikan peluang untuk menyertai sektor pertanian dan menyumbangkan kepakaran masing-masing dalam meningkatkan kemampuan industri pertanian domestik. Selain itu berkemungkinan dimana sektor pertanian juga layak mendapatkan bantuan insentif sebagai modal untuk mereka beralih kepada penggunaan kaedah pertanian yang berteknologi tinggi. Kewujudan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada sepatutnya menjadi penggerak kepada inisiatif untuk memajukan sektor pertanian dalam negara. Bajet tahunan sektor pertanian
 yang mencukupi dan dengan cara bimbingan yang tepat sudah pasti kemajuan sektor pertanian dapat dijalankan dengan baik. Sektor pertanian boleh ianya dimajukan dengan menggalakkan pengguna membeli produk tani tempatan dan kurangkan membeli produk import. Menurut laporan tahunan oleh Bank Negara Malaysia yang pernah di keluarkan dimana negara kekal sebagai pengimport makanan dengan sekurang-kurangnya seperempat daripada jumlah keseluruhan bekalan makanan diimport. Ini bermakna yang Malaysia masih lagi tidak mencapai tahap keberdikarian (SSL) dalam bekalan makanan. Jika dilihat pada sudut geografi apa yang semua tahu dimana Malaysia dikurniakan sumber seperti air dan tanah yang sesuai dan cukup untuk menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu industri utama dalam negara. Sebaiknya sebagai rakyat yang cinta akan negara perlu sedar yang Malaysia berkemampuan untuk menghasilkan bekalan makanan domestik sendiri disamping berkemampuan untuk pasaran eksport. Produk tani tempatan juga walau pun sudah agak dipelbagaikan di mana satu jenis hasil buah-buahan tempatan seperti buah Nanas menjadi sambal, jem dan juga jus minuman selain di makan segar. Perlu sedat dengan kapasiti membeli dan menyokong produk-produk hasil dari pertanian tempatan maka ia telah memberikan secara terus suntikan insentif yang diperlukan industri tersebut untuk mengorak langkah dalam kemajuan yang sepatutnya dilaksanakan.  Bagi penulis blog dalam menyokong langkah di atas dimana ladang-ladang pertanian yang baru perlu dibuka dengan lebih banyak mengikut kadar pertumbuhan dan permintaan pengguna. Isu ini memang sesuai kerana apabila terciptanya permintaan yang tinggi maka kuantiti produk perlu ditambah bagi menampung keperluan pengguna. Dengan pembukaan ladang atau kawasan pertanian yang baru dimana amalan agronomi pertanian yang terkini boleh diasimilasikan sekaligus membentuk pertanian terancang dan lebih berkesan berbanding kaedah lama. Sebenarnya perlu ada pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di Malaysia. Sejarah menunjukkan bahawa negara Malaysia yang pernah menjadi pusat dagangan dunia dalam membekalkan barang dagangan seperti hasil pertanian ke seluruh pelusuk dunia sejak lama dulu perlu di fikirkan. Sekiranya sektor pertanian diangkat sebagai industri utama dalam negara tidak hairan jika Malaysia berpotensi menjadi hub produk pertanian di rantau Asia Tenggara. Tambahan pula terkini dimana industri halal yang semakin mendapat dan juga perhatian masyarakat dunia wajar disinergikan bersama sektor pertanian negara yang lazimnya menghasilkan produk-produk yang “Halalan Toyyiban”. Semoga masyarakat bersikap cakna dalam potensi yang ada pada industri pertanian dan pemimpin negara membuka mata dan peluang kepada rakyat untuk menghasilkan produk pertanian yang terbaik serta mampu dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Semuga artikel ini memberi sedikit maklumat berguna kepada pembac ablog semua. Wasallam!!!...
SEKTOR PERTANIAN... ADA DI MALAYSIA...
PERLU DI KUKUHKAN...MAKANAN ADA...
STRATEGI SESUAI...LIBATKAN SEMUA...
KETERJAMINAN MAKANAN...SIAPSIAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia. (4 Ramadan 1445H).

Tuesday, October 29, 2024

SEPERTI KERBAU BALAR

Ramai yang pernah dengar peribahasa 'SEPERTI KERBAU BALAR' dimana kiasan ini sering di gunakan sejak dahulu sehingga sekarang. Secara umumnya dimana peribahasa adalah ungkapan yang mengandungi makna tersirat dan biasanya digunakan dalam kehidupan sehari-hari oleh masyarakat tempatan. Pada penulis blog percaya dimana ada beribu jenis peribahasa dimana ada menggunakan haiwan kerbau termasuk kerbau balar. Apa pun sebenarnya kehadiran kerbau balar (bukan warna hitam sebaliknya sebagai Albino, seperti lazimnya seperti foto diatas) amat sukar di jumpai sehingga ada satu peribahasa Melayu yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia. Apa pun peribahasa 'Kerbau Balar' adalah bermaksud 'seseorang yang berlagak sombong dan angkuh tetapi sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kelebihan'. Mencari kisah bagaimana asal usul kiasan ini amat menarik juga dimana sejarah peribahasa kerbau balar bermula dari zaman dahulu kala di mana kerbau merupakan haiwan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kerbau selalunya akan digunakan untuk membajak sawah dan sebagai sumber makanan terutama untuk daging. Dalam pada itu kewujudan peribahasa kerbau balar berasal dari kebiasaan 'kerbau yang suka berlagak' atau 'kerbau yang suka menunjukkan kekuatannya' dimana ia dilihat akan berkeakuan 'dengan mengangkat kepalanya tinggi-tinggi'. Tetapi sebenarnya kerbau yang sombong itu apabila dia diuji dengan beban yang berat dilihat ia tidak mampu untuk dapat menanggungnya dan akhirnya jatuh. Kiasan ini membawa makna tersendiri dengan tafsiran peribahasa 'kerbau balar' adalah seseorang yang berlagak sombong dan angkuh tetapi sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Orang yang menggunakan peribahasa ini ingin menyatakan bahawa seseorang yang sombong dan angkuh sebenarnya tidak mempunyai kekuatan atau kelebihan yang sebenar. Apa pun ,engambil contoh penggunaan peribahasa kerbau balar dalam ayat seperti 'Harun di lihat diaselalu berlagak sombong dan angkuh sebagai ketua kampong akan tetapi sebenarnya dia hanya seperti kerbau balar sahaja'.  Ayat lain dimana sebaiknya 'janganlah berlagak seperti kerbau balar Pak Ali suatu masa nanti akhirnya malu sendiri'. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai aspek teknikal pertanian mengenai peribahasa 'kerbau balar' untuk dijadikan bahan rujukan semua.


HAIWAN KERBAU (Bubalus bubalis) merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia SelatanAsia Tenggara, dan China dimana ia adalah merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesieskerbau sudah ada ditemui di EropahAustraliaAmerika UtaraAmerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau Balkan, Mesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau menanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal.

Banyak media lokal yang laporkan berkaitan dengan kisah '
Kerbau albino paling mahal dijual RM2.3 juta' yang e\menarik di kongsikan dan berkait dengan tajuk artikel. Dilaporkan dimana seekor Kerbau Albino (atau kerbau balar) dijual kepada sebuah ladang pada harga RM2.3 juta di Thailand baru-baru ini (Sila lihat foto disebelah). Kisah dari Bangkok, Thailand ini menlaporkan bagaimana seekor kerbau albino di wilayah Phetchaburi, tengah Thailand dijual pada harga 18 juta baht (RM2.3 juta), Kerbau gergasi milik pengusaha penternakan, Damrongsak Morakot yang diberi nama Ko Muang Phet itu memiliki ketinggian 180 sentimeter (5 kaki dan 9 inci). Ia dibeli oleh pihak pengurusan Ladang Ternak Wanasuwan di Chiang Rai pada Festival Kerbau Uthai Thani ke-12. Haiwan besar dan berwajah cantik itu turut mencuri perhatian kerana ‘membintangi’ drama popular, Mon Rak Luk Thung sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon di sebalik kandang. Ciri penting seperti ia memiliki kecantikan luar biasa dan badan yang sangat besar, Ko Muang Phet bukan sekadar haiwan ternakan, ia juga dianggap sebagai keajaiban genetik. Didakwa dimana kerbau itu mempunyai 90 peratus peluang untuk mewariskan ciri albinonya yang jarang ditemui dinegara Thailand.


Berlainan pula dengan masyarakat Toraja di Sulawesi, Indonesia yang amat menilai akan kehebatan kerbau albino atau Kerbay Baar atau Tedong Bonga. Dalam portal detik.sulsel.com dilaporkan dimana '
Mengenal Tedong Bonga Toraja, Kerbau Albino yang Harganya Miliaran Rupiah'' wajar di tulis semula kisahnya.Di Toraja dimana 'Tedong Bonga' atau kerbau belang merupakan salah satu hewan khas Toraja, Sulawesi Selatan (Sulsel). Dilaporkan dimana kalangan masyarakat Suku Toraja kerap melibatkan haiwan ini dalam berbagai upacara adat yang dilakukan. Apa pun bagi masyarakat Suku Toraja dimana kerbau merupakan haiwan yang sakral sehingga keberadaannya sangat dihargai. Salah satu jenis kerbau khas Toraja yang cukup terkenal adalah jenis Tedong Bonga. Tedong Bonga ini disebut-sebut sebagai kerbau dengan kasta tertinggi maka tidkk hairan jika harga jual haiwan ini sangat fantastik yang boleh mencapai miliaran rupiah (jutaan ringgit). Dengan harga fantastik tersebut maka kerbau Tedong Bonga ini digadang-gadang sebagai kerbau termahal sebab ia didakwa hanya dapat dijumpai di Sulawesi Selatan khususnya di Toraja. Kenapa nilai jualan bagi Tedong Bonga ini sangat tinggi di bincangkan dalam paparan berikut. Pertama kena faham apakah dia 'Tedong Bonga'?. Beberapa definasi dakwa Tedong dalam bahasa Toraja merupakan sebutan untuk kerbau, sedangkan bonga berarti belang. Dengan demikian maka Tedong Bonga diartikan sebagai 'kerbau belang'. Haiwan kerbau Toraja ini memiliki motif atau corak belang di sekujur tubuhnya dengan corak warna belang putih tersebut dikenal dengan kulit albino. Kerbau albino ini disebabkan oleh adanya kegagalan mutasi pada gen TYR yang menyebabkan produksi asam amino menjadi berkurang. Keadaan ini yang menyebabkan tidak terbentuknya enzim tyrosinase sehingga kulit menjadi putih atau memunculkan warna belang. Apa pun Tedong Bonga ini bukanlah kerbau biasa dan sangat jarang ditemukan. Langkanya kerbau jenis ini menyebabkan harganya jauh lebih tinggi dibandingkan kerbau biasanya. Makna Tedong Bonga bagi masyarakat Suku Toraja bermakna kesejahteraan dimana ia juga menandakan tingkat kekayaan dan status sosial pemiliknya. Masyarakat Toraja percaya Tedong Bonga merupakan makhluk suci. Hewan ini sangat disakralkan karena dipercaya kelak akan membawa mereka ke nirwana saat meninggal. Jumlah kerbau ini untuk dikorbankan dalam upacara adat, maka status sosial seseorang semakin tinggi dan sebaliknya apabila tidak mampu berkurban maka status sosialnya dianggap turun dan akan lebih cenderung diabaikan. Dalam upacara kematian masyarakat Toraja yang dikenal "Rambu Solo" keluarga yang tidak mampu mengurbankan kerbau dianggap aib atau dosa. Pasalnya, keluarga akan merasa sangat malu ketika tidak dapat mewujudkan kematiannya sebagai mestinya. Tedong Bonga memiliki harga yang fantastis, bisa mencapai milyaran rupiah dimana saiz besaran harga tergantung jenis kerbau dan karakteristik yang dimiliki. Kerbau khas Toraja ini terdiri atas dua jenis yaitu Tedong Saleko dan Tedong Bonga. Kedua jenis Tedong Bonga ini memiliki harga berbeza. Tedong Saleko merupakan jenis kerbau yang memiliki belang sempurna atau belang simetris yang tersebar di seluruh tubuhnya. Harga jualnya cukup fantastis, minimal Rp 300 juta hingga 1 miliar per ekor. Kerbau ini menjadi favorit masyarakat Toraja karena bulunya yang sangat indah dan sulit didapatkan sebab populasinya sangat terbatas. Mereka yang mampu membeli kerbau jenis ini secara langsung akan meningkatkan martabat. Sedangkan Tedong Bonga adalah kerbau yang berbadan belang dalam jumlah besar maupun kecil. Harga jual minimal Rp 25 juta hingga 175 juta, tergantung berapa banyak dan besarnya distribusi garis-garis pada tubuhnya. Kelamin kerbau ini juga menjadi penentu harga dimana kerbau betina lebih murah sebab ia hanya digunakan sebagai pelengkap sahaja sedangkan kerbau jantan harganya lebih mahal sebab ia menjadi kebanggaan dan dicari oleh masyarakat Toraja.


Dijelaskan akan ciri-ciri kerbau albino atau Tedong Bonga menurut masyarakat Toraja untuk di kongsikan. Selain jenis kerbau maupun jenis kelaminnya, tinggi rendahnya nilai jual Tedong Bonga juga dipengaruhi karakteristik tertentu yang akan menambah nilai jual Tedong Bonga. Berikut lima ciri atau karakteristik penilaian dari terendah ke yang tertinggi. Pertama adalah ia mesti ada Motif Belang (Hitam dan Distribusi Putih pada Tubuh) seperti foto disebelah. Faktor ini mendapat rating tertinggi dalam menentukan harga jual dari kerbau belang ini. Bonga Saleko dan Bonga Doti adalah kerbau belang yang memiliki harga jual tertinggi berdasarkan penilaian penyebaran warna hitam putih pada kulitnya dengan komposisi yang seimbang dengan taburan bintik di sekitarnya. Apa pun harga jualannya mencapai Rp 300-350 juta (RM1.1 juta) untuk setiap satu ekor kerbau dimana ia bahkan harganya bisa lebih tinggi lagi. Ciri kedua adalah pada Warna Mata dimana penilaian selanjutnya didasarkan pada warna bola mata iaitu jika ia mempunyai bola mata putih akan memiliki nilai jual yang tinggi. Jenis kerbau ini bagi masyarakat Toraja dikenal dengan sebutan 'mata gara'. Ketiga adalah ciri pada Model dan Warna Tanduk dimana jenis tanduk dengan warna putih kekuningan yang proporsionate dengan postur tubuh Tedong Bonga akan meningkatkan nilai jual mereka. Kerbau yang memiliki model tanduk yang seimbang dengan kepalanya juga memiliki harga tinggi. Ciri keempat adalah pada bahagian  Ekor (Warna dan Panjang Ekor) dimana harga Tedong Bonga yang memiliki ekor panjang di atas lutut akan jauh lebih mahal. Kondisi ekor kerbau yang panjang, bersih, gemuk, dan ujungnya memiliki banyak bulu akan memiliki nilai sosial ekonomi yang tinggi. Ke lima adalah ciri mengikut Pusaran Bulu dimana biasanya pusaran bulu Tedong Bonga ditemukan di hidung, bahu dan pinggul. Sementara itu dilaporkan jenis kerbau yang pusaran bulunya terletak di tengah leher bagian atas tidak disukai karena diyakini jika pusaran itu hilang atau dipotong, maka pemiliknya akan cepat mati. Kerbau yang memiliki pusar bulu di tulang belikat, dipercaya akan sukar kembali jika pergi, atau kerbau menjadi berumur pendek. Kepercayaan ini juga menentukan harga jual kerbau.
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KERBAU BALAR... ALBINO IA SAMA...
HARGANYA MAHAL...UNIK WARNANYA...
NILAI STATUS NAIK... ORANG DI TORAJA...
PERIBAHASA POPULAR... ADA DI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Safar 1446H).

Monday, October 28, 2024

PAKU PAKIS AKUARIUM - APAKAH DIA?

PAKU PAKIS AKUARIUM
 atau Paku Pakis Aquatik (Aquatic fern plant) adalah sejenis tumbuhan 
paku pakis yang hidup secara akuatik  dengan bentuk morfologinya yang tidak menunjukkan kehadiran struktur krozier serta sporangium yang terlindung dalam sporokarp. Kebanyakkan paku pakis akuatik ini akan kelihatan terapung di permukaan air dan kadang kala ia dianggap tumbuhan angiosperm yang mana ia kelihatan cantik dan inik. Terdapat banyak jenis paku pakis akuatik yang di letakkan didalam akuarium dan ada dijual di kedai yang berkaitan. Penulis blog sendiri hanya kenal akan spesis paku pakis yang berada di daratan yang ada pelbagai jenis dan ads menulisnya didalam blog ini dalam beberapa artikel (Sila klik disini). Dalam artikel ini saya jelaskan dimana Paku Pakis (Ferns) merupakan tumbuhan yang mudah kita jumpa didalam belukar di Malaysia terutama dikawasan tanah lembab. Tumbuhan paku-pakis (pteridofit) adalah dari keluarga Davalliaceae mempunyai lebih dari 40 spesis merupakan jenis tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain yang mengandungi anthocyanin. Ia merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri–ciri khas dimana selalunya pada pucuk daun muda terdapat satu bentuk seperti 'gelungan tali' yang berlingkar dikenali sebagai 'krozier'. Ciri lain yang nyata ialah kesemua paku–pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini berkumpul membentuk tompokan iaitu di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun. Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus. Susunan dan bentuk sorus berbeza–beza bergantung kepada spesies paku–pakis tersebut. Secara umumnya saya dapati tumbuhan pakupakis dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu paku-pakis primitif yang berstruktur ringkas (fern-allies) dan paku-pakis sejati (true-fern). Pada paku-pakis primitif akarnya hanya berupa rizoid (seperti Psilotum), berbatang kecil dan umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja. Manakala pada paku–pakis sejati terdapat pembahagian antara akar, batang dan daun nampak jelas. Ketiga-tiga organ tersebut telah mencapai kesempurnaan yang tinggi. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya kupas mengenai pakupakis akuarium atau jenis paku pakis akuatik untuk dijdaikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca.


Seperti dijelaskan diatas dimana ramai orang Malaysia yang hanya 
mengenali spesies paku pakis yang biasa dijadikan ulam-ulaman, hiasan dan juga ubatan tradisional. Penulis blog paling suka makan pucuk paku pakis atau 'Sayur Midin Goreng Belacan' yang sangat popular di Sarawak (Sila lihat foto disebelah) yang di makan dengan nasi putih. Namun ia adalah jenis tumbuhan pakupakis yang berada didaratan terutama dikawasan tanah lembap. Terdapat jenis paku pakis yang mana ia hidup secara akuatik didalam air (sama ada air tawar atau air masin) yang mana ia adalah jarang diketahui oleh masyarakat umum di Malaysia. Dilaporkan dimana saintis mendapati iaitu bentuk morfologinya yang tidak menunjukkan kehadiran struktur krozier serta sporangium yang terlindung dalam sporokarp adalah mirip ciri paku pakis. Apa pun dilaporkan kebanyakkan paku pakis akuatik ini kelihatan terapung di permukaan air dan tenggelah didasar dan juga kadang kala ia dianggap tumbuhan angiosperm seperti Kiambang (Pistia sp.) dan Telipok (Nymphea sp.). Ada laporan menyatakan Malaysia ada mempunyai tiga spesies paku pakis akuatik dan beberapa spesies semi-akuatik. Tiga spesies paku pakis akuatik tersebut dikenalpasti sebagai tumbuhan Paku Air atau Kiambang Kecil (Salvinia molesta). Jenis kedua adalah tumbuhan Azola (Azolla pinnata) atau juga di panggil sebagai 'Mosquito fern'. Jenis ketiga pua adalah tumbuhan Tapak Itek (Marsilea creanata) yang mudah dijumpai dikawasan tertentu.  Saya ada menulis ketiga-tiga jenis pakis akuatik ini dalam blog ini yang boleh dibaca dengan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini) dengan agak lebih jelas. Dalam penerangan lain dinyatakan dimana jenis paku pakis semi-akuatik yang sering di jumpai ialah Pucuk Piai (Acrostichum sp.) dan juga Paku Ruan (Ceratopteris thalictroides) yang boleh dilihat jika ada yang mengenalinya. Mempelajari akan keunikan paku pakis akuatik seperti Salvinia molesta dimana ia merupakan spesies akuatik yang bersaiz kecil dan ringan namun ia mampu terapung pada permukaan air terutamanya di kawasan takungan air seperti di kawasan sawah, tasik dan parit. Tumbuhan ini mempunyai keunikan pada permukaan daun yang mempunyai struktur halus yang dikenali sebagai papila. Struktur unik ini berbentuk seakan pemutar telur yang terdiri daripada empat unjuran halus pada permukaan daun. Apa pun kehadiran struktur ini telah memberi daya apung dan kedudukan tumbuhan yang stabil pada permukaan air. Rizom bagi tumbuhan ini menjalar pendek dan mempunyai struktur sporangium dalam bentuk sporakarp. Jumlah kehadiran spesies tumbuhan ini perlulah dikawal kerana ia amat cepat membiak sehingga kelihatan seperti hamparan hijau di kawasan kolam, tasik mahupun paya. Lazimnya spesies ini akan dianggap sebagai rumpai jika pertumbuhannya tidak dikawal kerana ia mampu memberi kesan kepada biodiversiti di sesuatu kawasan seperti menggangu aktiviti rekreasi air, menyebabkan laluan air tersumbat, kualiti air terjejas, kehidupan organisma akuatik terjejas dan sebagainya. Walaubagaimanpun, spesies ini sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan pada kolam ikan mahupun akuarium kerana seakan-akan menyediakan habitat asal buat hidupan akuatik.


Dalam pada itu dilaporkan s
etiap spesies pakupakis akuatik ini memang ia mempunyai keunikan tersendiri di mana bagi spesies Marsilea crenata selalunya ia akan mempunyai bentuk daun seperti bilahan kipas (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini sesuai hidup dalam habitat seperti di kawasan berlumpur kerana akarnya tenggelam di dalam tanah dan hanya bahagian daun yang terapung pada permukaan air. Struktur sporangium spesies ini dalam bentuk sporokarpa, berada pada bahagian pangkal stip atau batang yang terendam di dalam air. Apa pun kini ada mereka yang suka menanam pakis jenis ini sebagai tanaman hiasan di kawasan keliling rumah yang disukai. Saya amat kenal dengan rumpsi skutik iaitu Azolla dan ada menulisnya dalam blog ini. Keterangan mengenai azolla ini boleh dibaca dengan pautan disertakan (Sila klik disini). Pada penulis blog mendapati Azolla pinnata pula merupakan spesies paku pakis akuatik yang bersaiz kecil sekitar 0.5 cm. Ia dikenali sebagai ‘mosquito fern’ kerana ia dilaporkan akan mampu mengurangkan pembiakan nyamuk dikawasan berair. Tumbuhan ini tinggi dengan kandungan protein sehingga ia merupakan sebagai salah satu makanan alternatif kepada haiwan ternakan dan sebilangan kecil pesawah menjadikan tumbuhan ini sebagai baja semulajadi kerana ia mampu bersimbiosis dengan bakteria sebagai pengikat nitrogen. Walaubagimanapun, spesies ini kurang dikomersialkan di negara kita dan hanya dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di dalam akuarium serta hiasan di kolam-kolam buatan. Seterusnya bagi jenis paku pakis di kawasan paya pula selalunya ia memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana hidup di kawasan panas dan kawasan berair yang mempunyai nilai pH yang tinggi. Hanya sebilangan kecil spesies paku pakis yang mampu hidup di kawasan ekstrem ini seperti Pucuk Piai (Sila lihat foto paling bawah). Struktur sporangium bagi spesies ini sedikit berbeza dengan spesies paku pakis akuatik yang lain, di mana sporanya penuh pada bahagian apeks abaksial yang kelihatan keperangan. Spseies ini mempunyai keunikan struktur morfologi yang tersendiri dimana ia telah menjadi pilihan oleh para pereka landskap di kawasan rekreasi sebagai tumbuhan hiasan. Kehadiran spesies ini pada kolam atau tasik buatan bagi mampu menyajikan permandangan yang indah buat para pengunjung di kawasan rekreasi sambil beriadah mahupun berkelah. Secara teknikalnya setiap tumbuhan pasti mempunyai kepentingan dan keunikan yang tersendiri, namun pendedahan dan perkongsian bagi kumpulan tumbuhan ini amat kurang dititik beratkan di kalangan masyarakat di negara kita. Kebiasaannya, nilai ekonomi dan kegunaan tumbuhan akan menjadi faktor utama terhadap kepentingan sesuatu tumbuhan.


Mempunyai a
kuarium kini menjadi hobi mendapat permintaan yang tinggi dalam reka bentuk ruang kediaman, awam dan pejabat. Selain fauna marin, ia mungkin mengandungi pelbagai tumbuhan. Antaranya, adalah bernilai menonjolkan pakis, terkenal dengan kepelbagaian spesies mereka. Ramai yang berfikiran stereotaip bahawa akuarium hanya bertujuan untuk memelihara ikan telah lama hidup lebih lama kegunaannya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana sebagai tambahan kepada kehidupan marin dalam air iaitu pelbagai tumbuhan secara aktif ditanam di dalamnya sama ada diletakkan dengan atau tanpa haiwan peliharaan akuatik. Antaranya adalah tumbuhan pakupakis yang agak bersahaja dan menarik dari segi estetika menonjol dan mencantikkan lagi akuariu yang di pamerkan. Selalunya ciri tanaman ini adalah berkait dengan tumbuhan berspora yang tumbuh subur dalam hampir semua iklim dan juga dalam takungan tertutup. Pakis akuarium boleh ditanam dalam keadaan yang hampir dengan semula jadi, menggunakan pelbagai kayu hanyut, yang budayanya mudah dilampirkan. Dan juga mereka berasa hebat hanya di dalam air. Spesies pakis akuatik terdiri dilihat daripada bahagian akar, batang dan daun dimana ia juga kebanyakannya serupa antara satu sama lain. Tumbuhan sedemikian di dalam takungan dengan penduduk akuatik berfungsi bukan sahaja untuk hiasan akan tetapi juga untuk mewujudkan keadaan yang selesa, terima kasih kepada ikan, siput atau "pemilik" akuarium yang lain berasa selamat. Ia juga akan bertindak sebagai sumber oksigen tambahan, dan bagi sesetengah penduduk, sumber makanan. Di samping itu, tanaman spesies ini bertindak sebagai penulen cecair semula jadi juzuk berbahaya yang memberi kesan buruk kepada hidupan marin. Tetapi tanaman serba boleh, berguna dan menarik ini tidak sesuai untuk pemeliharaan bersama dengan semua ikan. Tumbuhan paku pakis tidak berakar dalam bekas dengan individu yang lebih suka menanam diri di dasar berlumpur untuk berteduh atau memburu. Akibat tindakan sedemikian, bahagian bawah tanah tumbuhan itu rosak, dan lebih kerap ia hanya digali keluar dari tanah. Apa pun dimana kebanyakan pakis akuarium adalah tumbuhan yang berusia berjuta-juta tahun akan tetapi terdapat pilihan yang dibiakkan oleh penternak baru-baru ini. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PAKUPAKIS AKUATIK... APA BENDANYA...
TUMBUHAN BERAIR... ITU HABITATNYA...
DIDALAM AKUARIUM... IA INDAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMLAH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).

Sunday, October 27, 2024

IKAN LAGA SEMAKIN POPULAR

IKAN LAGA atau
IKAN LAGA SIAM atau CUPANG adalah .sejenis ikan air tawar yang berasal daripada beberapa negara di Asia Tenggara antara lain ia terdapat liar di Thailand, Malaysia, Brunei, Singapura, Vietnam dan juga di Indonesia. Ikan ini mempunyai bentuk dan karakter yang unik dan selalu ia cenderung agresif dalam mempertahankan wilayahnya dan akan berlaga demi mempertahankan kawasannya. Bagi penulis blog dimana di kampong semasa kanak-kanak dan remaja memang suka mencari ikan laga kampong berwarna gelap dan memeliharanya di rumah secara konvensional. Masa itu tidak tahu apakah nama saintifik ikan tersebut akan tetapi kemungkinan adalah spesis Ikan Laga Kampong atau Ikan Laga Liar (Betta imbelis) yang mudah didapatkan di anaksungai dan taliair sawah air tawar dekat dengan rumah. Bagaimana pun lazimnya ikan jenis ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Ikan Laga hiasan, Ikan Laga Bertarung dan Ikan Laga Liar. Memang dari pengalaman dahulu dimana ikan ini adalah sejenis ikan yang mana ia kuat bertahan hidup dalam unatu jangkamasa lama sehingga apabila ikan tersebut ditempatkan di dalam bekas kecil dengan jumlah air sedikit dan tanpa adanya alat bekalan oksijan (aerator) selalunya ikan ini masih dapat bertahan hidup agak lama berbanding jenis ikan lain. Habitat semulajadi ikan ini biasanya ditemui di perairan yang tenang seperti dalam paya, kolam dan anak sungai yang memiliki sedikit tumbuh-tumbuhan seperti tumbuhan dalam air dan akarnya yang terendam. Ikan ini apa yang penulis blog tahu ia akan lebih memilih habitat yang mempynyai sistem air agak hangat dan ada sedikit arus. Dikampong dulu mudah mencari ikan laga ini dimana ia sering berada di kawasan air dengan mempunyai vegetasi air yang lebat seperti kiambang, rumput air dimana mempunyai akar-akar tumbuhan yang menjuntai ke dalam air. Sebenarnya jenis tumbuhan akuakultur ini memberikan tempat berlindung dan menciptakan zon dengan menerima intensiti cahaya matahari mencukupi dalam air. Apa pun di habitat lain dimana ikan laga ini juga boleh tinggal dikawasan perairan dengan dasar berlumpur atau berpasir. Mereka dapat mencari makanan dipersekitarannya dan mencari tempat bertelur di antara lapisan tanah tersebut dan membesar dalam habitat tersebut. Kini paling di konersilkan adalah jenis ikan laga untuk Berlawan (Fighting Fish). Ada banyak jenis ikan laga hibrid yang berwarnawarni dan dijual dengan harga premium. Terdapat banyak aktiviti pertandingan untuk ikan laga di banyak negara dimana ikan yang menang didalam pertanidingan tersebut mampu mencapai nilai komersial sehingga puluhan ribu ringgit seekor. Hobi memelihara ikan laga juga semakin popular dikalangan orang kebanyakan dimana mereka sanggup berbelanja tinggi untuk hobi ini. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai industri Ikan Laga untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik kisah bagaimana '
Peminat ikan laga perlu daftar dengan Jabatan Perikanan' yang dilaporkan di media lokal. Kisah dari Port Dickson ini menyatakan dimana para peminat ikan Laga atau Betta di negeri ini disaran supaya berdaftar dengan Jabatan Perikanan negeri bagi tujuan penyimpanan data dan juga bantuan yang boleh disalurkan jabatan itu, kata Pengarah Perikanan Negeri Sembilan iaitu Halimi Abu Hanip. Dilaporkan ini termasuklah bantuan dalam memberikan kursus kepada mereka dalam aspek penjagaan dan makanan. Ini sudah pasti akan dapat mengembangkan lagi industri ikan hiasan ini selain dapat menyuntik semangat keusahawanan terutama dalam kalangan golongan belia yang didapati menjadi trend sekarang ini sebagai usahawan ikan hiasan ini (Betta).  Sebenarnya ikan Betta Malaysia berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara, malah, sudah ada penternak yang berjaya membuat jualan sehingga ke Jerman dan Itali, tetapi bukanlah dengan kuantiti yang besar kerana kebanyakannya dijual secara dalam talian dan menggunakan khidmat kurier. Dia berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian penutup Pertandingan Ikan Betta Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir di Pusat Ikan Hiasan (PIH). Ikan Betta atau juga dikenali sebagai 'ikan laga' atau 'pelaga' atau 'pelaga Siam' merupakan ikan hiasan yang cukup popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia dan luar negara. Sektor ikan hiasan sememangnya industri perikanan yang penting dalam negara, selain pengeluaran akuakultur atau pendaratan ikan untuk makanan. Ini kerana sektor khusus untuk penggiat hobi ini telah berjaya mengeluarkan 325 juta ikan pada tahun 2017 sahaja dan terus meningkat kini. Perkara itu juga sekali gus telah berjaya menjana pulangan yang bernilai RM340 juta kepada pendapatan negara. Majlis ini sempena pertandingan itu dimenangi Muhammad Amirul Aizet Jamaluddin dari Batu Cave, Selangor yang membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi. 


Menarik bagaimana 'Ikan laga makin popular' seperti dilaporkan oleh portal  hmetro.com untuk di kongsikan. Kalau dahulu ikan laga hanya boleh ditemui di kawasan parit terbiar atau bendang dan menjadi mainan kanak-kanak di sekitar kampung tetapi kini keadaan sudah jauh berubah, apabila ia mula mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuk di bandar. Apa tidaknya bila banyak pertandingan ikan laga kini tumbuh bagai cendawan di seluruh negara dengan menawarkan hadiah cukup lumayan. Jadi tidak hairanlah apabila satu-satu pertandingan mendapat sambutan luar biasa sehingga 3,000 penyertaaan.  Jumlah itu meningkat berkali ganda ketika pelaksanaan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dimana perkara itu diakui penganjur Shah Alam PKP Betta Battle iaitu Mohd Azizie Othman yang mengakui terkejut apabila memperoleh penyertaan luar biasa di seluruh Malaysia dan Singapura. Biarpun pada ketika itu terdapat empat lagi pertandingan sama yang dijalankan serentak, mereka masih mampu menerima lebih 3,000 penyertaan. Dia pada mulanya cuma sangkakan penyertaan tidak banyak sebab ada terdapat juga empat pertandingan ikan laga di tempat lain, namun sebaliknya berlaku apabila kita menerima penyertaan luar biasa. Disasarkan 2,500 penyertaan tapi kita dapat lebih 3,000 penyertaan dimana ia membabitkan 114 kategori termasuk 'half moon,' 'double tale' dan 'crown tale' yang kita boleh anggap sebagai luar biasa. Kini dilaporkan jumlah peminat ikan laga sudah meningkat mendadak sejak PKP dilaksanakan pada tahun lalu antara faktor peningkatan luar biasa. Ini kerana pada ketika itu ada ramai pengusaha ikan laga mengambil kesempatan berniaga secara dalam talian dan mendapat sambutan menggalakkan. Apa yang unik dimana ikan ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas selain ini satu perkembangan yang baik. Diharap ada lebih ramai tampil ke hadapan menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini supaya trend sebegini terus kekal. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pemintaan terhadap ikan laga dan peminatnya terus bersemangat menyertai pertandingan. Dilaporkan bagi salah seorang pemenang kategori Junior Half Moon Butterfly iaitu Syamsul amat teruja apabila berjaya membawa pulang piala dan wang tunai RM885. Pastinya dia gembira kerana ini adalah kemenangan terbesar sejak menyertai puluhan pertandingan ikan laga sejak tahun lalu. Ini sekali gus menyuntik semangat untuk buat yang terbaik untuk pertandingan ikan laga di masa hadapan.


Menarik ikan laga yang semakin popular kerana 'Lenggok ikan laga' memang menakjubkan peminatnya sehingga hilang semua perasaan gundah gulana seketika. Ikan laga atau nama genus saintifiknya Betta dikatakan mempunyai 73 spesies dimana kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi membela ikan sebagai haiwan peliharaan maka ikan laga antara yang dicadangkan. Apa pun memang tidak dinafikan jika warna unik dan juga bentuknya yang pelbagai terutama bahagian ekor ikan laga membuatkan ikan ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Memang bukan sekadar membela sahaja malah ada yang dipertaruhkan dalam pertandingan kerana kepelbagaian keunikannya. Jenis Ikan Laga Peaceful betta adalah spesis yang turut dikenali sebagai ikan laga kampung dan ia hanya ada di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Ia selalunya ia hidup di kawasan sawah padi, paya, sungai dan kolam serta jangka hayatnya sehingga empat tahun. Jenis kedua yang popular adalah Ikan Laga Halfmoon betta dimana ia juga digelar Halfmoon betta kerana bentuk ekornya kelihatan seakan-akan bulan separuh penuh (Sila lihat foto disebelah). Ada laporran dimana ia juga tergolong dalam ikan laga paling cantik di dunia. ketiga ikan ;aga popuar adalah Ikan Laga  Double Tail Betta dimana ia mempunyai bentuk ekor terbelah dua menjadi simbolik ikan laga itu kerana alunan lenggok ekornya ketika berenang kelihatan seolah-olah ada dua ekor (Sila lihat foto paling bawah sekali). keempat yang popular adalah Ikan Laga Crowntail Betta dimana ia turut digelar ikan laga matahari disebabkan ekornya yang kelihatan seperti pancaran cahaya matahari. Apa pun uniknya ciri bentuk ekornya seperti mahkota. Ke lima adalah Ikan Laga Plakat Betta dimana ia paling senang untuk dikenali kerana mempunyai dua sirip. Sirip atasnya pendek berbanding sirip bawah sementara ekornya pula berbentuk bulan separuh. Jenis ke enam adalah Ikan Laga  Veiltail betta yang ciri sirip dan ekor yang labuh serta jatuh seperti langsir menjadikannya mudah untuk dikesan. Jenis ini juga antara yang paling senang didapati di Malaysia dan mudah dibiakkan. Ke tujuh adalah Ikan Laga Elephant Ear Betta dimana ia digelar Elephant ear betta kerana sirip kiri dan kanan mirip telinga gajah apabila beralun-alun dalam air. Ikan jantannya selalu ia  lebih suka menyerang dan menjadi dominan. Jenis ke lapan adlah Ikan Laga Rosetail Betta yang ciri ekornya berbentuk bunga dan beralun. Ia antara ikan laga paling komersial di pasaran. Jenis ke sembilan dikenali sebagai Ikan Laga Avatar Betta yang cirinya cantik dan agresif, tetapi ikan ini agak sensitif. Terakhir yang ke sepuloh adalah Ikan Laga Samurai dimana cirinya pada warnanya tidak menyeluruh pada seluruh sisik dan ketidaksempurnaan itu membentuk corak yang menakjubkan. S
emuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TERCANTIK... IA IKAN LAGA...
BANYAK WARNA...HASIL BIAKBAKA....
SELALU BERTANDING...HEBATNYA...
JUARA IKAN LAGA...MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1446H).
Posted from
AVI Pangkor Beach Hotel,
Pantai Bogak, Pulau Pangkor.

Saturday, October 26, 2024

SEMBANG PASAL NYAMOK DAN TUMBUHAN

SERANGGA NYAMOK (Mosquito)
merupakan sejenis serangga yang penghisap darah untuk tujuan pembiakan. Bagaimana pun nyamok ini juga membawa bersama beberapa jenis virus yang merbahaya dan mengamcam manusia sehingga ada yang boleh membawa maut. Sebut sahaja Demam Denggi Berdarah, Penyakit Zika, Malaria dan beberapa lagi yang dibawa oleh nyamok amat menakutkan. Nyamik yang semulajadi hidup dikawasan panas lembab tropika cepat membiak didalam air dengan kadar pembiakan yang cepat. Pada masa ini nyakok aedes merupakan ancaman nombor satu di Malaysia kerana ia mampu menjejaskan kesihatan terutama dikawasan bandar yang tidak dijaga kebersihan dengan baik. Pelbagai aktiviti kempen menghapuskan nyamoh dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tahun dan operasi menyembur asap serta racun serangga dilakukan sepanjang masa. Saya yang tinggal lama di Putrajaya akan mendengar aktiviti fogging dan semburan bahan kimia subuh hari sepanjang masa. Ini kerana Putraja adalah antara lokasi dimana kehadiran nyamoj aedes sentiasa tinggi. Memang orang ramai pun tahu jika ada kes demam denggi maka Kemterian Kesihatan akan segera membuat fogging dan kaedah kawalan nyamok yang lain. Penggunaan aerosol spray yang dijual secara komersil tidak mampu membunuh nyamuk yang ada didalam rumah anda. Kawalan tempat pembiakan nyamuk ii perlu dibuat secara kolektif dalam masyarakat kerana kecuaian seorang dua yang tidak mahu melalukannya akan memberi ruang kepada nyamok yang merbahaya untuk terus membiak. Dalam kawasan iaitu perumahan sering dilaporkan berlaku pembiakan nyamok dalam lubang tandas yang tidak digunakan, sinki dan sebagainya tanpa diketahui oleh jiran-jirannya. Bagaimana pun kali ini saya merujuk kepada beberapa penulisan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang boleh ditana disekeliling rumah dan komuniti yang didakwa mampu untuk menghalau nyamok. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" bersembang mengenai beberapa jenis fakta penting mengenai nyamok dan tumbuhan dipercayai mampu menghalau nyamok untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Sebenarnya dilaporkan ada banyak jenis tumbuhan yang mana kehadirannya tidak disukai oleh nyamok. Pertama yang perlu di ketahui adalah SERAI WANGI dimana ekstrak dari s
erai wangi biasa digunakan dalam semburan penghalau nyamuk dan juga serangga. Apa pun pati citronella yang terkandung di dalamnya boleh menghalang bauan seperti karbon dioksida dan asid laktik pada manusia yang menarik nyamuk untuk mendekat. Dilaporkan ia juga adalah salah satu bahan dalam essential oil yang memiliki pelbagai khasiat. Perlu diketahui dimana Serai Makan dengan Serai Wangi adalah spesis yang berlainan. Serai Makan biasa dimasak adalah naman botaninya Cymbopogon citratus sementara Serai Wangi adalah Cymbopogon nardus ialah sejenis tanaman saka dari famili Poaceae atau kalau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Lemongrass'. Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan. Apa pun minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk membuat losyen (ubat disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamuk. Tanaman kedua pula adalah  PUDINA (PEPPERMINT) sama ada ia berbentuk segar atau kering sebabnya daun pudina mempunyai aroma yang dibenci oleh nyamuk. Pudina juga mengeluarkan bau yang amat menyegarkan dan menenangkan bagi manusia. Semua boleh menanam pokok pudina di halaman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Salah satu cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air. Cara nak tanam pudina pun senang sangat iaitu dengan perlu tanam dari keratan sahaja sebagai bahan tanaman. Seterusnya yang ketiga adalah BUNGA TAHI AYAM (Lantana camara) yang berbau busuk. Di sebalik rupanya yang cantik dan menyerlah sebenarnya bunga tahi ayam amat ‘ditakuti’ oleh nyamuk disebabkan oleh baunya yang agak kuat. Kajian dibuat dilaporkan dalam Journal PLoS ONE (Public Library of Science) mendapati bukti saintifik bahawa tanaman ini berfungsi untuk mencegah nyamuk khususnya yang diketahui membawa penyakit malaria di Afrika. Di Amerika Utara pula dimana bunga tahi ayam sering ditanam berdekatan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menghalang arnab dan rusa daripada memakan tanaman yang ada. Manakala di Asia pula, bunga tahi ayam digunakan untuk menghalau pelbagai serangga termasuk nyamuk. Bunga ini mencantikkan akan  halaman dan ia mudah hidup dan senang dijaga.


Tumbuhan yang ke 4 dikenali sebagai  P
OKOK SELASIH atau pun Pokok KEMANGI (Basil). Pokok selasih selalu dijadikan ulaman dan sering digunakan dalam masakan Thai dan ia juga sedap juga kalau buat topping pada pizza serta tumbuuhan penghalau nyamuk semula jadi yang paling berkesan. Aromanya yang sedikit menyengat menjadikan nyamuk benci akan tumbuhan ini. Cara tanam pokok selasih adalah melalui keratan batang atau biji benih. Ia mudah hidup dalam cuaca tropika dan cepat membesar. Pokok kemangi aka lemon basil juga dikatakan mempunyai fungsi yang serupa untuk menghindarkan nyamuk. Rupa kedua-dua pokok ini seakan sama, cuma berbeza sedikit pada warna bunganya. Masih ramai kelangan pembaca blog anim agro yang tidak kenal akan jenis POKOK JERAMIN (Pelargonium radula) yang mana ia juga dikenali dengan nama gelaran seperti Pokok Halau Nyamuk, Pokok Jari Lima atau Geranium. Walau pokok ini asalnya bukan tumbuhan asal dari Malaysia tetapi ia mudah ditanam dan mampu hidup subur jika dijaga dengan baik. Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain tanaman jeramin ini memang mempunyai bau yang kuat apabila kita memegang daunnya. Tumbuhan ini juga mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Cara penjagaan tumbuhan ini ialah dengan meletakkannya di tempat yang agak redup seperti di dalam rumah kerana ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaran matahari yang terik. Jenis tumbuhan ke 6 yang mampu menjuhkan nyamok termasuk Pokok BUNGA KANTAN (Etlingera eliator) yang mudah ditanam. Bunga Kantan adalah antara tanaman yang digunakan dalam masakan seperti laksa dan nasi kerabu. Apa pun bau bunga ini memang wangi dan dapat melazatkan makanan, namun ia juga dikatakan mampu mengusir nyamuk. Selalunya pokok kantan boleh boleh ditanam dengan menggunakan rizom (ubi) atau biji benih. Seterusnya yng ke tujuh adalah POKOK ZODIA (Evolia suaveolens Scheff) dari keluarga Rutaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari daerah Irian (Papua). Apa pun pati perahan daun zodia menghasilkan minyak (essential oil) yang mengandungi bahan aktif evodiamine dan rutaecarpine yang mengeluarkan bau atau aroma yang cukup tajam hingga dapat menghalau serangga terutama nyamuk. Tanaman zodia selalu ia akan mengeluarkan bau atau aromanya apabila daunnya saling bergeselan antara satu sama lain ketika pohonnya bergoyang apabila ditiup angin. Meletakkan tanaman ini di sekitar tempat angin masuk ke dalam ruangan rumah akan menghindar kemasukan nyamuk. Manakala rebusan daunnya juga berkeupayaan digunakan sebagai tonik penambah stamina tubuh. Selain itu, kesan gigitan nyamuk dikatakan akan cepat sembuh dan hilang bengkaknya jika disapu dengan daun zodia. Air rebusan batang zodia turut digunakan sebagai alternatif untuk meredakan demam malaria.


Merujuk kepada portal hmetro.com ada tajuk '
Pokok halau nyamuk' yang sesuai di kongsikan. Dilaporkan dimana tanaman Zodia mempunyai bau yang tidak digemari serangga (Sila lihat foto disebelah). Apa pun alternatif semula jadi bagi menghalau nyamuk yang kian popular adalah dengan tanaman zodia atau nama saintifiknya, Evodia sauveolens. Ia kali pertama kali ditemui di kawasan pedalaman Memberamo, Papua, Indonesia, tanaman ini sudah lama dimanfaatkan penduduk peribumi Papua sebagai penghalau serangga dan nyamuk paling berkesan. Berdasarkan kajian di Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat (Balittro) dengan gas kromatografi, minyak yang disuling dari daun tanaman zodia mengandungi linalool (46 peratus) yang digunakan sebagai penghalau nyamuk. Tumbuhan yang tergolong daripada keluarga Rutaceae ini mengeluarkan aroma unik yang tidak digemari nyamuk. Aroma khas terhasil apabila daunnya yang leper dan agak melentur berwarna kuning kehijauan. Apa pun maklumat yang paling menarik iaitu daun Evodia suaveolens ini mampu menghalau nyamuk selama enam jam dan aromanya boleh tersebar dalam lingkungan dua meter. Kini zodia turut ditanam di dalam pasu bagi sebagai penghalau nyamuk semula jadi selain menghiasi kediaman. Bagi penduduk di wilayah Sentani, Evodia suaveolens turut berfungsi sebagai penghilang bau badan, tonik stamina tubuh dan alternatif rawatan demam malaria. Selain itu penggunaan BAWANG PUTIH (Garlic) di dilaporkan ia mampu menghalau nyamok. Nyamok sememangnya menjadi musuh manusia sebab akibat gigitannya bukan saja membuatkan gatal-gatal kulit, malah membawa virus pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi, malaria dan chikungunya. Cara menghalau nyamuk sering menggunakan semburan mengandungi bahan kimia yang turut berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Sedangkan kita boleh mencuba kaedah alternatif yang selamat untuk menghalau nyamuk di rumah seperti yang tersenarai berikut antaranya dengan tanam serai yang bukan saja digunakan sebagai bahan masakan yang menyedapkan makanan atau minuman, malah boleh digunakan untuk menghalau nyamuk. Serai juga tanaman yang mudah ditanam di rumah. Ia juga sesuai ditanam di bawah jendela sekitar rumah supaya nyamuk tidak datang dekat. Kedua boleh guna Lemon mengandungi bahan ‘citronella’ yang kuat untuk menghalau nyamuk. Aroma sitrus dari daun lemon menjadi wangian yang tidak disukai nyamuk. Namun, pokok lemon mampu tumbuh dengan cepat dan anda perlu mengawal pertumbuhannya. Bunga lavender berwarna ungu dan memiliki aroma yang sangat harum dan digemari kebanyakan kita, tetapi tidak bagi nyamuk. Ini kerana lavender mengandungi zat linalool dan lynalyl asetat yang tidak digemari nyamuk. Anda boleh meletakkan tanaman bunga lavender di dalam pot berhampiran tingkap atau pintu. Didakwa dimana pokok catnip adalah tanaman yang sering digunakan untuk merangsang kucing agar lebih aktif. Apa pun dilaporkan tidak bagi nyamuk kerana mengandungi minyak pati nepetalactone yang boleh menangkis nyamuk. Pokoknya tumbuh tinggi, oleh itu tanam di kawasan rumah yang tidak menghalang pandangan. Didakwa dimana Bawang Putih juga sudah lama digunakan untuk menghalau nyamuk secara semula jadi. Hiris bawang putih dan letak di tingkap atau pintu rumah. Malah, anda boleh mencampurkannya dengan minyak pati lavender untuk kesan lebih mampan. Ada juga pokok geranium juga diketahui sebagai sejenis tumbuhan penghalau nyamuk. Tumbuhan ini mengandung geraniol dan sitronelol berbau harum yang sangat tidak disukai nyamuk. Tanam pokok ini dalam pasu kecil dan letak dalam rumah di ruang tamu, bilik tidur atau dapur. Selain dapat menghalau nyamuk, bunganya yang cantik juga menjadi hiasan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA NYAMOK...HISAP DARAH...
MENJADI GATAL...RAMAI PUN MARAH...
TANAM POKOK... SUDAH ADA DI ARAH...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH PASRAH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1446H).
Posted from
68 Boutique Hotel, Manjung, Perak.