Tuesday, September 3, 2024

TUMBUHAN BERACUN DAN ANCAMANNYA

TUMBUHAN BERACUN
merupakan jenis tumbuhan liar yang ada dlm hutan atau sesetengah tumbuhan renek atau tumbuhan ornamental di dakam rumah yang menghasilkan racun yang mengganggu kehidupan manusia. Ada jenis banyak tumbuhan yang mengeluarkan cairan, getah (latex), serbuk (powder), debunga (pollen) dan sebagainya yang ada racun dimana ia boleh mengancam kesihatan manusia daripada rasa gatal apabila terkena atau dimakan sehingga kepada kejadian maut (fatal). Bagaimana pun di dalam hutan selalunya masyarakat didalam hutan akan menggunakan bahan racun dari tumbuhan ini untuk di jadikan senjata khas bagi tujuan memburua haiwan atau binatang liar sebagai makanan atau tujuan komersil yang lain. Bagi penulis blog yang sudah bekerja di banyak lokasi diseeluruh negara dan sering juga masuk kedalam hutan memang sering melihat aktiviti mengambik racun dari tumbuhan ini oleh masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia dan oleh kaum dayak di Sarawak dan Sabah. Antara jenis tumbuhan popolar adalah seperti Pokok Ipoh (
Antiaris toxicaria) dimana getah ipoh (latex) adalah sejenis raun di ambil untuk berburu termasuk dalam penggunaan sumpit. Nama pokok ini pokok ipoh mempunyai getah yang beracun. Biasanya getah pokok ini digunakan oleh orang asli untuk memburu haiwan, dengan cara mengunakan sumpit dan hujung anak sumpit yang dipangil (temiang) itu disapukan dengan getah. Racun getah pokok ipuh ini bertindak dengan serta-merta dimana ia akan membunuh mangsa dengan cepat. Merupakan sejenis racun getah yang boleh membunuh. Biasanya bahagian daging haiwan yang terkena anak sumpit itu akan dipotong dan dibuang untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu. Apa pun senjata parang atau pisau yang terkena getah pokok ipuh ini mesti dipastikan dicuci bersih sebelum mengunakan untuk momotong makanan atau buah-buahan. Artikel pada petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai tumbuhan beracun dan ancaman serta kegunaanya dalam masyarakat sebagai bahan rujukkan semua.


Dalam stu laporan di hmetro.com dilaporkan dimana ujud keadaan '
Pokok menarik tapi beracun' yang sesuai dirujuk. Sebagai contoh dimana pokok jenis dieffenbachia adalah yang berikan ancaman (Sila lihat foto disebelah). Apa pun semua suka memiliki rumah kediaman dengan taman menarik dan tentunya menjadi impiana. Ia tidak mengira kediaman dari jenis atas tanah atau pangsapuri. Jika kediaman bertanah pastinya laman rumah menjadi tempat untuk dihiasi dengan landskap tumbuh-tumbuhan menghijau. Begitu juga dengan kediaman bertingkat, kebanyakkannya menjadikan ruang balkoni sebagai taman mini. Dalam semua ingin menzahirkan keunikan itu ramai dalam kalangan kita berkunjung ke nurseri tanaman atau lot perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis tumbuhan hidup sebagai koleksi hiasan paling menarik. Kebanyakan sekadar memilih tanaman yang menarik,menepati cita rasa rekaan landskap diimpikan dan mudah dijaga selain mempunyai jangka hayat hidup yang lama. Namun di sebalik keghairahan kita membeli pelbagai tanaman itu, berapa ramai pula yang melihat pada sisi lain iaitu sejauh manakah iq selamat untuk menghiasi ruang halaman atau balkoni kediaman?. Harus dinilaikan juga iaitu sama ada jenis tumbuhan itu menghasilkan batang yang panjang, menghasilkan duri, mengeluarkan bau kurang enak dan beracun. Jadi untuk beberapa minggu berikutnya sesuai dikongsikan berkenaan beberapa tanaman menarik untuk dijadikan hiasan akan tapi sebenarnya mempunyai racun yang boleh memudaratkan anda dan keluarga. Berikut beberapa tanaman hiasan yang seelok-eloknya dielakkan untuk dijadikan tanaman hiasan dalam rumah. Antaranya adalah pertama dinamakan 'Pokok Duit-duit' yang merupakan sejenis tanaman tropika ini berasal dari Afrika dan dikatakan boleh menyebabkan gatal pada bahagian tubuh terutama kulit sensitif. Ia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai racun pada bahagian tertentu. Pada kebiasannya pokok duit-duit dijadikan hiasan meja sudut luar atau dalam rumah. Ini kerana daunnya yang tebal dan berkilat menghasilkan keadaan sudut pandangan menarik. Namun harus berwaspada kerana tumbuhan ini antara pokok hiasan beracun yang boleh membahayakan kesihatan. Kedua adalah 'Pokok Keladi Dieffenbachia' yang merupakan sejenis tanaman hiasan juga sering kelihatan menghiasi taman dan bahagian dalam rumah. Apa pun jika diteliti dengan mikroskop, ia mempunyai hablur kristal halus berbentuk jarum dari ‘kalsium oksalate.’ Apabila daun ini mungkin dimakan tanpa sengaja oleh anak, ia boleh menyebabkan rasa ‘mencucuk’ lidah maka mulut mangsa akan membengkak dan air liur meleleh. Apa pun jika dalam keadaan teruk kesannya mulut jadi kaku dan memudaratkan. Selalunya jenis tumbuhan ini haruslah dijauhi dan dielakkan terutama bagi yang mempunyai anak kecil.


Menarik kisah dikalangan 
kaum Dayak khasnya yang mana kaun ini sangat digeruni di era perang gerila suatu masa dulu kerana ianya adalah Pembunuh Senyap (silent killer). Apapun dengan  penggunaan getah pokok ipuh digunakan sebagai bahan khas yang di sapu pada hujung anak sumpit (damak) merupakan sejenis racun yang boleh melumpuhkan dan membunuh sasaran dalam beberapa saat sahaj dimana ia digunakan untuk memburu musuh atau haiwan di hutan. Pokok Ipoh dilihat yang ia adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain dengan dkenali dangan nama sainsnya Antiaris toxicaria Lesch yang mana kini pokok ini sudah terancam semakin pupus juga selain daripada pupusnya atau semakin kurang pnggunaan cara menyumpit digantikan dengan memburu menggunakan senapang (senapang angi tradisional atau jenis senapang patah yang moden). Penggunan racun dari pokok getah ipoh ini selalunya ada dua jenis pokok ipoh iatu diambil daripda 'Pokok Daun Halus' atau diambil dari 'Pokok Daun Lebar'. Hasil rujukkan menyatakan dimana sebenarnya latek dari kedua jenis tumbuhan iai sama bisanya. Perbezaanya adalah pokok yang berdaun halus getahnya sedikit berbanding dengan pokok ipoh yang berdaun besar. Pada penulis blog kenyataan ini memang logik kerapa pokok berdaun lebar mampu melakukan proses fotosintesis lebih cekap daripada pokok ipoh berdaun halus. Bagaimana pun dalam say pernah bertanya kepada Tok Batin di Kg Peta, Mersing (Suku Jakun) dimana lazimnya kebidaan racun daripada pokok ipoh berdaun besar kurang berbanding dengan tahap kebisaan dari pokok ipoh berdaun halus. Apa tekniknya dimana untuk tujuan memantapkan lagi tahap racun getah tersebut makan perlu amalkan merebus atau pun ia masak dengan beberapa jenis akar-akar tertentu bagi menambahkan tahap bisanya dan keberkesanannya kepada mangsa buruan. Alat tradisional yang sesuai dan sudah lama di gunakan adalah Sumpit. Asasnya alat sumpit ini adalah sama sahaja di seluruh dunia. Apakah yang pembaca blog ini terbayang akan sumpit dan cara ia berfungsi?. Tentunya ia adalah sejenis buluh panjang (kini sudah ada gunakan PVC pipe sahaja) dimana diisikan dengan kapas dan panah sumpit yang di bubuh racun ipoh. Penulis blog pernah ke Taman Negara Pahang melihat Suku Kaum Batek membawa sumpit dan membawa monyurt hasil buruannya. Semasa bertugas di Sarawak pula lagi sering dapat elihat aktivit menyumpit di perkampongan di sana. Apa pun ada persamaan keduanya dimana bagi kaum asli yang ditemubual dimana sumpit tersebut akan diletakkan Getah Ipoh sebelum menyumpit binatang. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun dimana kmudin racun ini bertindak dengan serta-merta untuk membius atau akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu diman pada bahagian dagingyang kena racun ipoh pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Hasil tinjauan dimana kos sebatang sumpit untuk hiasan atau di gunakan beserta peluru sumpitan berharga antara RM15 hingga RM30 dimana ia bergantung pada ukuran kepanjangan, kelebaran dan kecantikan sumpit tersebut.


Tumbuhan yang beracun ini ada dimana sahaja dimana ia akan mengeancam manusia dan haiwan yang terkena racunnya. bagaimana pun pada penulis blog semua pembaca perlu tahu akan langkah-langkah bagaimana untuk mengelakkan keracunan daripada tumbuhan ini. Sebenarnya kes k
eracunan tumbuh-tumbuhan boleh dielakkan atau ia boleh dikurangkan jika langkah-langkah berikut diikuti. Cara ini ia mungkin boleh menyelamatkan keluarga terutaka kepada kanak-kanak atau pun ancaman kepada  haiwan peliharaan dan juga haiwan ternakan. Pada penulis blog langkah pertama adalah dengan mengambi tahu atau belajar akan beberapa spesis tumbuhan beracun ini. Pastikan tentang tumbuhan yang ditanam di taman atau di perkarangan rumah sama ada beracun atau tidak dengan bertanya kepada pakar atau pihak nut=rseri bertanggungjawab atau google sahaja di internet. Kemudian mesti mengenalpasti tumbuhan tersebut sebelum menanamnya di taman atau di perkarangan rumah atau di khaskan di petak atau kawasan berpagar atau berkunci takut di hampiri oleh orang lain. Dalam masa sam aperlu juga memberitahu atau mengajar terutama golongan kanak-kanak agar tidak menghampiri pokok beracun apa lagi perlu pastikan ada bahagian tumbuhan yang di makan atau di masukkan kedalam mulut. Perlu juga mengajar kanak-kanak supaya tidak memasukkan mana-mana bahagian tumbuhan yang bukan makanan ke dalam mulut dimana selalunya kanak-kanak lebih cepat mendapat kesan keracunan berbanding orang dewasa. Amalkan agar jangan menganggap bahawa tumbuhan tersebut tidak beracun hanya kerana haiwan lain bolek memakannya sebab yang makan itu mungkin spesis haiwan makan tumbuhan dengan mempunyai 4 perut. Penting diingatkan ketika masuk hutan dimana jangan sesekali mencuba tumbuhan hutan kecuali setelah mengenalpasti ia benar-benar selamat dan tidak beracun. Perlu sentiasa ingat bahawa dengan kaedah memasak tidak bermakna boleh memusnahkan bahan toksid tersebut sebab banyak toksik yang masih mengancam kesihatan selepas ia di masak sekali pun. Dalam pada itu perlu diingatkan bahawa tidak semua orang menunjukkan reaksi yang sama ke atas tumbuhan yang dikenalpasti sebagai penyebab kerangsangan sentuhan. Sebaiknya jika ada kanak-kanak atau haiwan peliharaan baru sahaja menelan tumbuhsn beracun ini maka jangan cuba dorongkannya supaya memuntahkan semula bahan tersebut. Disyorkan agar dibawa segera berjumpa doktor atau veterinarian untuk rawatan lanjut. Adalah lebih baik jika sampel tumbuhan beracun yang terlibat dibawa bersama. Apa pun j kan berlaku ada individu yang mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap tumbuhan yang merengsakan dimana sebaiknya untuk tindakan selanjutnya perlu diambil segera bagi mengelakkan kesan alahan yang berterusan jika tidak diubati yang menyebabkan kesan kesihatan lebih serius. Apa pun perlu penulis blog nyatakan jika sesuatu tumbuhan itu adalah dianggap beracun jika apabila ia digunakan dalam jumlah yang normal dimana ia boleh menyebabkan berlaku tindakbalas seperti kaedah untuk mengelakkan, menyekat , menahan atau memusnahkan proses semulajadi manusia atau haiwan yang seterusnya diikuti penderitaan. Boleh juga berlaku situasi perubahan patologikal atau kes-kes kematian perseorangan jika tidak di jauhi pokok beracun ini. Terdapat 7,000 spesis tumbuhan beracun di dunia dan kebanyakkan spesisnya dijumpai di negara yang bersuhu panas dan lembap sepertu di Malaysia. Tumbuhan beracun akan berterusan ia akan ditanam epeminatnya  kerana ia adalah bergantung kepada kegunaannya. Strategi yang terbaik sekali untuk dapat mengelakkan keracunan tumbuhan ini ialah dengan cuba semua mengelakkan ia daripada berlaku dan pembaca blog digalakkan untuk berhati-hati dalam mengendalikan tumbuh-tumbuhan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waslallam!!!...
RACUN BERBISA.... DARI TUMBUHAN...
POKOK IPOH... MENJADI TUMPUAN...
SENJATA SSUMPIT ... IA DIGGUNKAN...
MEMBACA ARTIKEL... BHN RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.