Tuesday, September 24, 2024

POKOK SELASIH - FAKTA PERLU TAHU?

POKOK SELASIH
(Ocimum basillum Linn.) pada penulis blog memang sejenis pokok yang agak unik dan mudah di tanam serta mudah dijaga. Dalam banyak jenis tanaman tumbuhan ini dilihat sebagai sejenis tumbuhan pelbagai guna dan sudah di kenali masyarakat tempatan dengan pelbagai tujuan. Paling sering di manafaatkan adalah BIJI SELASIH dan JUGA DAUN SELASIH. Biji selasih yang unik sering dijadikan salah satu ramuan dalam minuman menyihatkan dimana apabila bijinya di rendal didalam air ia akan seakan-akan seperti 'Telur Katak' sahaja kelihatannya. Paling dipercayai adalah dimana dengan meminum biji selasih akan menyejukkan badan dan juga dapat membantu pencernaan. Kegunaan daun selaih didalam pelbagai resepi masakan sebagai penambah perisa dan aroma juga sangat popular didalam kuliner tradisional. Apa pun sebenarnya n
ama lain bagi selasih dalam bahasa asing seperti Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic), Bai horapa (Thai) dimana tumbuhan ini adalah daripada keluarga Lamiaceae (labiatae). Selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies 'basilicum' merupakan jenis yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Tumbuhan ini kini telah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 meter tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Penulis sendiri hanya lihat pokok selasih yang ditanam disekeliling rumah untuk dijadikan tanaman hiasan dan mendapatkan hasilnya. Maklumat mengenai keluasan tanaman selasih di Malaysia tiada maklumat setelah penulis membuat rujukka dengan Laporan Statistik Keluasan Tanaman Herba, Jabatan Pertanian Malaysia. Ini mungkin tanaman selasih kurang mendapat perhatian untuk ditanam secara meluas. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apa yang perlu tahu mengenai tanaman selasih, biji dan daun selasih untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Tumbuhan selasih ini 
berada dalam satu genus yang sama dengan 35 jenis tumbuhan lain dalam kumpulan sama seperti Ocimum americanum, Ocimum campechianum, Ocimum gratissimum, Ocimum tenuiflorum dan masih banyak jenis lain lagi. Di negara jiran Indonesia apa yang penulis blog tahu tanaman selasih mempunyai nama yang berbez pada setiap daerah contohnya di Jawa tanaman ini dikenal dengan sebutan 'Telasih' di Riau oleh masyarakat Melayu dikenal sebagai 'Selaseh' dalam Kaum Minahasa di Sulavesi sebagai 'Amping atau kukuru' sementara dalam bahasa Inggris, selasih dikenal sebagai 'Sweet basil'. Apa pun dilaporkan dimana suku kata basil berasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu 'Basileus' yang ertinya adalah ‘raja’. Tanaman basil atau selasih merupakan jenis tumbuhan kuno yang sudah dikenali dan ditanam petani sejak dari zaman pemerintahan Mesir sekitar 3.000 tahun lalu. Semasa itu dilaporkan tumbuhan ini ditanam disebabkan khasiat dan kegunaan masyarakat masa itu. Apa pun kisah asal usul selasih akan tetapi kini tumbuhan berguna ini sudah tersebar si seluruh dunia termasik di Asia Tenggara. Ciri-ciri  morfologi pokok selasih dapat dibagi berdasarkan struktur pembentuknya. Pertama dimana pokok selasih biasanya tumbuh di negara dengan iklim tropikandan sub-tropika dimana tumbuhan ini merupakan salah satu jenis yang mempunyai usia pendek. Ketinggian pokok selasih biasanya mencapai satu meter dengan batang berbentuk persegi empat atau disebut 'quadrangular'. Batang ini mempunyai ketebalan kurang lebih 6 mm dengan banyak cabang. Cabang-cabang selasih terasa halus dan berbulu ketika masih muda dengan warna adalah hijau muda sampai ungu tua.


Paling perlu di ketahui mengenai selasih dimana DAUN (leaves) 
selasih memiliki karakteristik yang sangat kuat dengan 'rasa manis' sampai 'rasa pedas' yang sangat tajam. Seperti batangnya juga dimana pada daun selasih berwarna hijau muda hingga keungu-unguan dengan kontour berbulu yang terasa halus. Apa pun bentuk daunnya mirip telur bulat hingga elips yang pada ujungnya meruncing dengan panjang sekitar 5 cm. Dalam pada itu ciri bunga dari pokok selasih adalah jenis bunga majmuk. Bahagian mahkota berbentuk tubular dari tanaman ini terdiri atas dua lapis dengan panjang kurang lebih 5 mm hingga 8 mm. Bunganya juga memiliki bulu halus jika dilihat dengan teliti pada bahagian luar dengan warna selalubya bermula dari putih, putih keunguan, sampai kuning krim. Ciri penting yang mungkin semua igin tahu dimana bah dari tanaman selasih terdiri atas empat nutlet iaitu buah-buah kecil dengan pod tersendiri pada setiap biji yang berada dalam ruang tertutup berbentuk tabung di kelopak. Bentuk dari nutlet tersebut seperti bulat telur dengan ukuran sekitar 2 mm x 1 mm. Nutlet atau biji ini selalunya berwarna coklat tua sampai hitam dengan biji berwarna hitam. Paling unik adalah dimana pada seluruh bahagian tumbuhan ini ia mempunyai aroma kuat yang mudah dirasa dengan bau yag sangat khas. Apa pun lazimnnya ia beraroma harum, langu dan juga manis dimana asasnya adalah ia semua bergantung pada jenis atau kultivarnya. Bahkan pada beberapa kes ada tanaman ini  yang boleh menyebabkan kes mabuk jika menciumnya. Adalah lebih baik mengenali kutivar selaih yang umum di tanam dan banyak kegunaannya berbanding dengan spesi selasih liar untuk tujuan tanaman hiasan (ornamental plants).


Menyentuh mengenai kegunaan atau m
anfaat pokok selasih perlu di jelaskan disini. Paling populat dimana kegunaan selasih adalah ia digunakan untuk campuran bahan makanan. Namun tidak hanya itu dimana dalam kalangan masyarakat tertentu ada ritual upacara keagamaan tertentu juga mereka memanfaatkan biji selasih sebagai kelengkapan majlis. Bagi kegunaan dalam MAKANAN ia selalu digunakan sebagai bahan ramuan masakan. Selalu penulis blog suka makan sayur lemak nangka munda dengan ada daun selasih didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu memang biji dari pohon selasih kerap dimanfaatkan sebagai penyegar atau tonikum dan juga rempah-rempah. Tidak hanya itu, hampir seluruh bagian dari tanaman selasih dapat dimanfaatkan untuk berbagai kebutuhan mulai dari bunga, daun, sampai dengan bijinya. Sebenarnya diseluruh dunia dimana tanaman selasih diketahui bermanfaat sebagai salah satu penyedap utama makanan. Beberapa negara yang banyak menggunakan selasih sebagai ramuan masakan kuliner mereka sebagai penyedap adalah India, Thailand, China dan Italia. Di Itali pula dilaporkan dimana daun selasih biasanya dikeringkan kemudian digunakan sebagai salah satu bahan pembuatan akanan seperti Soss pesta khas Genoa. Apa pun tumbuhan selasih berkait degan aktiviti keagaaan juga. Dalam beberapa rujukkan dilaporkan para penganut agama Kristien juga biasa menggunakan selasih pada kegiatan ibadatnya di gereja Kristen Ortodoks. Tanaman ini menjadi bagian dari upacara kebaktian dan diletakkan pada beberapa bahagian dalam gereja mereka. Perlu di kongsikan juga akan beberapa khasiat dari pokok selasih. Pohon selasih tidak hanya bermanfaat untuk keperluan seharian tetapi ia ternyata mempunyai khasiat bagi kesihatan. Khasiat ini tidak jauh dari kandungan yang terdapat di dalam selasih dimana dilaporkan ada bahan kimia dalam biji selasih. Kandungan zat kimia utama dari selasih adalah minyak pati iaitu terdiri dari bahan seperti Methyl chavicol, linalool, geraniol, citral, ocimenen, eugenol metyhl, ether, methyl cinnamate, farsenol, furfural, hionene, dan juga 1.8 cincole. Dilaporkan ada 3 jenis bahan aktif yang terkandung di dalam tanaman selasih dimana diantaranya adalah Eugenol yang berfungsi sebagai fungicide. Sementara itu bahan Metal eugenol yang mempunyai fungsi sebagai bahan perangkap semasa memasang botol trap lalat buah (Fruit fly trap).  Bahan Tymol berfungsi untuk menghalau serangga atau disebut sebagai 'insect repellent'. Dalam pada itu khasiat untuk kesihatan manusia ada banyak yang dilaporkan. Daun selasih biasa dijadikan produk ekstrak yang berkhasiat sebagai bahan stimulan dan juga 'carminative'. Zat ini secara efektif dapat mengatasi masaalah kesihatan termasuk batuk-batuk, muntah, demam, cirit, disentri kronik, dan juga malaria. Biji selasih biasa digunakan untuk ubat-ubatan dan juga sebagai bahan tambahan untuk minuman yang tidak mengandungi bahan alkohol. Tanaman selasih juga berkhasiat untuk meredakan sakit pada saraf dan sakit kepala serta dijadikan bahan rawat sebagai anti-inflamasi dan zat anti-convulsant dan juga mencegah terjadinya penyakit stroke. Dalam pada itu biji selasih sudah terkenal sebagai ubat tradisional mengatasi isu susah tidur atau rasa kegelisahan (penderita insomnia). Perkara ini disebabkan pada biji selasih mengandungi bahan kimia yang dipercayai ia dapat memberi khasiat menenangkan kepada pengguna.


Perenggan akhir dalam artikel ini saya akan menyentuh bagaimana untuk menanam selasih. Ia boleh dilakukan sesiapa sahaja sama ada menanam secara komersial di kebun atau menanam secara hobik di sekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Apa pun yang penting ada belajar ilmu pengetahuan, bahan tanaman, peralatan dan juga minat yang konsisten. Pertama mendapatkan benih selasih yang tepat dan sihat. Pembiakan selasih ini ada banyak cara tetapi yang mudah adalah melalui semaian biji atau menggunakan keratan batang. Semaian biji selasih ini boleh dilakukan dengan sendiri dirumah dengan meletakkan biji selasih diatas kapas, tisu atau tuala basah dimana setelah biji bercambah ia boleh di alihkan kedalam pasu atau atas tanah. Bagaimana pun untuk penanaman pokok selasih secara luas dan komersil perlu di semai di tapak semaian secara sistematik. Penyediaan benih selasih melalui keratan batang perlu memilih pokok induk yang sihat, bersaiz sederhana besar dan kuat. Kertan ini kemudian di masukkan kedalam bekas kaca yang ada diisikan air di bawahnya dan diletakkan didalam rumah atau tempat yang teduh. Selalunya pada hari 
ke-4 umumnya akar telah tumbuh atau keluar dan masa ini bahan kertan benih selasih sesuai untuk ia bagi dipindahkan ke kawasan kebun atau dalam pasu yang ada media sesuai. Penulis blog kongsikan bagai mana menanam pokok selasih secara komersil dengan menggunakan bib selasih. Pertama disediakan media tanam berupa campuran tanah, baja organik atau kompos dan sekam padi dengan perbandingan 1:1:1. Siram campuran tanah tersebut sehingga menjadi lembab atau kini mudah menggunakan media semaian komesil yang ada dijual di pasaran sahaja. Kemudian masukkan semua media tersebut ke dalam plot semaian atau dalam polibeg semaian dan seterusnya di tabur biji selasih yang dirawat dan dan timbus kembali. Sebaiknya diletakkan semaian ini ditempat yang teduh dan sesuai. Pastiksn mrniram untuk menjaga kelembaban media dengan penyiraman air secukupnya. Biasanya setelah 1 hingga 3 minggu maka biji selasih ini akan bercambah. Dedahnkan kepada sinaran matahari sekitar 1 jam setiap hari sehingga anakbenih semaian ini akan tumbuh setinggi 10 cm. Selanjutnya ia sudah beolah dipindahkan kekebun luas atau didalam pasu yang ada media tanaman sebenar. Penanaman menggunakan keratan batang pula menggunakan benih keratan yang sudah berakar dengan terus menanam di kebun atau didalam pasu atau dalam polibeg. Setelah menam pastika menyiram dengan rutin sehingga pokok hidup subur dan boleh dituai. Pemberian baja terutamanya baja kompos dan baja kimia juga sesuai di lakuknan mengikut umur pokok. Lazimnya tanaman selasih telah tumbuh setinggi 25 cm sudah tiba masa dan sesuai untuk di tuai. Menuai dengan memilih daun selasih bersaiz besar untuk dipetik pada bahagian hujung tangkai. Lakukan amalan agronomi dan penjagaan secara berterusan agar pokok ini terus tumbuh dan menghasilkan daun berkualiti. Petua umum agar daun cepat tumbuh dan lebat dimana ketika berbunga sebaiknya bunga dipotong (dibuang) agar unsur nutrien dapat diserap untuk pertumbuhan daun. Namun jika ingin memuai biji selasih maka boleh dibiarkan bunga tersebut hingga menjadi biji selasih. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SELASIH... PELBAGAI GUNA...
MUDAH DI TANAM... DIMANA-MANA SAJA...
DAUN SELASIH.. . RAMUAN MAKANAN DIA...
BIJI SELASIH.. MENJADI MINUMAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Zenith Hotel Putrajaya,
Putrajaya,
Malaysia.
(26 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.