Saturday, September 7, 2024

POKOK RENGAS - APA DIA?

POKOK RENGAS (Melanochyla tomentosa) merupakan sejenis pokok atau tumbuhan yang terdapat di hutan-hutan Malaysia dan beberapa negara ASEAN beriklim tropika yang lain. Pada penulis blog perkataan 'rengas' amat lekat di kepala semasa aktif hobi memancing udang galah di Sungai Endau, Mersing Johor kerana nelayan sungai disana selalu ingatkan jangan kena 'rengas' kerana ia amat gatal. Bagaimana pun merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka di laporkan 'Kayu Rengas' di kenali sebagai sejenis tumbuhan yang berkayu keras dan bergetah. Menarik dimana perkataan rengas ini ada peribahasa Melayu iaitu 'Jangan Bersandar DI batang Rengas' yang membawa maksud 'Tak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat'  yang mudah di fahami akan maksudnya. Peribahasa kedua adlah berbunyi 'Bersandar di batang rengas, gatalah badan' yang mana ia memberi makna sebagai 'Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya dia sendiri akan mendapat kesusahan' yang mana ia mengingatkan semua agar sentiasa berwaspada berkawan dengan orang yang jahat. Ada lagi peribahasa ke tiga berkaitan perkataan 'rengas' iaitu 'Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas' dimana kali ini ia bermakna iaitu 'Hidup yang serba salah, kerana menghadapi bencana' amat relevan dengan kehidupan masyarakat sehingga kini. Ini bermakna hasil dari kesemua peribahasa diatas menunjukkan bahawa pokok rengas bukanlah sejenis pokok yang sesuai di dekati kerana kesemuanya menyatakan ia adalah pokok kayu bergetah yang mana menyebabkan 'gatal' sebagai kesengsaraannya. Dalam pada itu terdapat jugasebuah puisi yang menggunakan perkataan 'rengas' iaitu puisinya adalah 'Sayang Sarawak Muaranya Sempit, Buah Rengas Lagi Berbunga, Hendak Di bawa Perahu Sempit, Tinggal Nama Hati Memuja' dimana ia menunjukkan satu situasi kesukaran atau kesusahan. APa pun merujuk kepada perbincangan diatas menunjukkan bagaimana pokok rengas menjadi ancaman kepada sesiapa yang cuba mendekatinya walau pun kualiti kayunya amat baik akan tetapi getahnya amat gatal dan menyebabkan kerengsaan (gatas) di kulit sesiapa yang terkena. Penulis blog ingat bagaimana kegatalan dan kerengsaan pada tangan semasa memancing udang yang memang tidak selesa dibuatnya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai pokok rengas dan beberapa info menarik mengenainya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana 
Pokok Rengas adalah sejenis tumbuhan dengan nana botaninya Gluta spp atau Melanorrhoea sppRengas adalah nama umum bagi pokok dalam genus Gluta iaitu dalam keluarga Anacardiaceae dimana spesis yang paling popular di kenali adalah Rengas Tembaga (Gluta renghas Linn) dimana ia dilihat sebagai pokok balak berkayu merah yang berkualiti. Bagaimana pun ada terdapat beberapa spesies dalam genus Gluta juga dikenali sebagai Rengas diantaranya adalah speis Rengas ayam (Gluta elegans Kurz), Pokok Rengas Kerbau Jalang (Gluta aptera), Pokok Rengas Lanjut (Gluta wallichii), Rengas air (Gluta wrayi), Rengas lanceolata (Tidak dikenali nama Melayu) atau (Gluta lanceolata (Oliv.)), 
Pokok Rengas Padi dan juga Pokok Rengas Marah Keluang (Melanorrhoea curtisii). Pokok rengas pada umumnya ia  berukuran sedang hingga besar dan ia kadang-kadang juga sebagai pokok ecil seperti dalam semak di tepi sungai (Sila lihat foto paling atas). Pokok rengan boleh tumbuh setinggi 45-50 meter dengan batangnya berbentuk bulat dan ad dilihat lekukan di kawasan tertentu. Ukurlilit pangkal batangnya sekitar 90 - 120 cm dengan mempunyai akar banir sehingga 4 meter tinggi. Kulit pada batang pokok dewasa selalunya dilihat ia ada yang halus dan ada yang pecah-pecah atau seakan mengelupas berwarna jingga kemerahan atau warna coklat kemerahan atau kelabu kemerahan atau coklat kelabu (Sila lihat foto disebelah). Apa yang menjadi ciri khas pokok rengas dimana ia akan menghasilkan sejenis getah (latex) yang ia  berwarna pucat atau gelap yang mana jika terbiar lama menjadi hitam bila kena udara. Getah dari pokok rengas ini memang Amat Beracun dimanajika ia dapat melukakan lapisan kulit maka selalunya akan menyebabkan gatal atau iritasi hebat. Tajuk padat atau melebar, sering berbentuk kubah, dengan percabangan yang besar-besar. Bentuk dan susunan daun pokok rengan tersusun dalam spiral dimana ia dilihat sering berkelompok membentuk seperti dianyam dimana ada setiap helai daun ini tepinya adalah rata dan mempunyai tangkai daun panjang. Bunga pokok rengai berjambak dan malai dimana ia keluar di ketiak yang masing-masing berkelamin ada jantan dan betina dimana kelopaknya seakan berbentuk cawan dengan selalunya cepat gugur. Apa pun memang ada mahkota sebanyak 4-8 unit dimana ia akan gugur atau kekal dan membesar bersama buah yang akan terbentuk kelak. Paling unik dimana pokok rengas mengeluarkan buah iaitu berupa Batu Karang setu unit setiap buah dengan mempunyai satu ruangan didalamnya dan berwarna kecolkatan apabila matang.


Walau pun getah pokok rengas in sering dijauhi manusia dan haiwan kerana ia beracun dan menyebabkan kerengsaan gatal akan tetapi dilaporkan dimana kayu pokok rengas amat berkualiti dan menghasilkan corak kayu yang cantik untuk di jadikan pelbagai produk asas kayu (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ada b
anyak jenis rengas yang menghasilkan kayu yang indah sebab ia memberikan warna kemerahan bergaris-garis yang amat menarik jika di jadikan perabut bernilai (furniture). Ia juga sering di proses sehingga menjadi papan panel, kayi lapis, lantai rumah serta sesuai di ukir menjadi hasil kraftangan yang sangat baik. Paling hebat dimana pokok kayu rengas yang di potong sesuai dengan saiz amat sesuai di jadikan Kayu Tiang, Gelegar Rumah KAyu, Jembatan Kayu, Kayu Alas Rel Keretapi, Di buat Perahu, Kayu Moulding dan sebagainya kerana kekukuhan kayu tersebut. Bagaimana pun kekangan yang dihadapi adalah disebabkan oleh ada getah yang menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan pekerja semasa menggunakan kayu rengas tersebut. DI beberapa negara tertentu dilaporka dimana pokok kayu rengas di ambil kayunya untuk dijadikan Kayu Arang (Cgarchoal). Dalam pada itu pokok ini mengeluarkan bahan Resin yang mana ia boleh di gunakan didalam industri varnish. Apa pun agak unik dan pelik penulis blog mendengar ada orang yang akan mengambil buah atau biji rengas dari spesis tertentu yang boleh dimakan setelah ia di panggang dahulu. Apa pun ada spesis rengas yang di ambil untuk di gunakan sebagai bahan perwarna. Penting di kongsikan maklumat akan sifat kayu rengas yang dikelaskankan berkualiti Sederhana. Kayu rengan mempunyai kepadatan yang antara 560-590 kg/meter padu sehingga kepada 870 - 960 kg/padu pada kadar air 15%. APa pun biasanya kayu terasnya berwarna merah atau merah darah dimana ia kan beransur-ansur bertukar mennjadi merah gelap atau coklat kemerahan gelap setelah terkena matahari. Keadaan ini memang agak berbeza dari bahagian kayunya yang selalunya aga lebar berwarna kekelabuan atau kekuningan dan kecoklatn sesuai dengan corak dan kegunaannya. Kayu rengan mempunyai serat kayu yang padu dengan dengan tekstur halus sedang hingga kasar sedang. Penyusutan kayunya termasuk rendah hingga sedang iaitu dinilai dari keadaan segar (basah) sehingga kadar air 15% atau sekitar 1.0% dan 1.8% atau kayu menjadi kering dengan kadar air sekitar 2.3% dan 4.3%. Kayu rengan adalah mudah di awetkan dengan nilai keawetan adalah pada skala Sedang sehingga rendah.


Pokok Rengas (Gluta spp) adalah salah satu spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae yang lazim ditemui di hutan-hutan Malaysia. Apa yang membuat pokok ini menarik adalah sifatnya yang beracun, khususnya getahnya. Pokok ini cukup mudah dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri uniknya seperti getah berwarna hitam dan bentuk daunnya yang serupa dengan daun pokok mangga, yang juga sebahagian dari famili yang sama. Apa pun menurut pengalaman ramai, jika terkena getah pokok Rengas, keadaan melecur yang amat sakit dan kegatalan yang melampau akan berlaku. Hasil daripada getah ini pada kulit mungkin berlangsung lebih seminggu jika tidak dirawat. Jika berlaku situasi tersebut, langkah pertama yang boleh diambil ialah menggosok kawasan kulit yang terkena getah dengan permukaan tanah sehingga hilang kesan getahnya. Dilaporkan dimana ada seorang pegawai muda yang telah meninggal dunia akibat alahan teruk terhadap pokok ini dulu dan dilapor dalam media. Beliau dikatakan telah mengacau beras yang ditanak menggunakan ranting kayu dari pokok Rengas, dan setelah beberapa hari dimasukkan ke hospital di Kota Kinabalu akhirnya dia telah meninggal dunia. Pada orang yang belum kenal akan pokok rengas baik berhati-hati kerana pokok ini menimbulkan risiko. Ada terdapat petua yang boleh membantu merawat dan mencegah kesan getah Rengas iaitu jika sesiapa juga terkena getahnya sebaiknya dielakkan penggunaan sabun wangi semasa mandi dan cukuplah dengan hanya menggunakan air sahaja mencucinya.Apa pun selain itu dimana pada bahagian dalam kulit pokok rhu juga boleh diusap pada kawasan kulit yang terkena getah Rengas sebagai penawar. Selain itu, serbuk perasa atau ajinomoto yang ditumbuk halus juga boleh disapu pada kulit yang melecur untuk menghilangkan rasa gatal dan mengeringkan luka tersebut. Dilaporkan ada satu lagi petua yang dikongsikan oleh komuniti Tawau, Sabah untuk merawat masaalah ini iaitu dengan mengambil daun pokok rengas yang telah kering dan membakarnya sehingga menjadi abu. Apa yang dilakukan seterusnya dimana abu dari daun pokok rengas ini dicampurkan dengan minyak masak dan disapu pada tempat yang terkena getah rengas. Bagaimana pun sekiranya ingin memotong pokok dari kayu rengas perli dipastikan untuk melindungi diri dengan memakai pakaian yang melindungi sebahagian besar badan penebang tersebut. Secara amnya belum banyak maklumat mengenai pokok rengas di Malaysia secara saintifik dan bagaimana untuk merawat dan mencegah kesan getahnya adalah penting untuk sesiapa saja yang sering berada di hutan atau bekerja dengan kayu-kayuan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RENGAS... KENALI DIA...
POKOK BERGATAH...BAHAYA...
MENYEBABKAN GATAL...RENGSA..
KAYU BAIK.. PELBAGAI GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Aggronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.