Tuesday, September 10, 2024

POKOK IPOH DAN KEGUNAANNYA

POKOK IPOH
(
Antiaris toxicaria Lesch) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan  tropika termasuk ada dijumpai di Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Penulis blog cuma beberapa kali berpeluang melihat pokok Ipoh semasa bertugas di Pahang dan membuat tinjauan teknologi dikawasan perkampongan Orang Asli di Daerah temerloh pada tahun 2016 dahulu. Paling unik dimana di negeri Perak yang ada ibunegeri bernama ' Ipoh' dimana nama ini juga berkemungkinan mendapat nama sempena pokok Ipoh pada masa dulu. Pokok Ipoh juga dikenali sebagai pokok upas. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan tropika seperti di Malaysia, Filipina, Borneo, Indonesia, India, Mynmar, Indochina dan sebahagian dari Kepulauan Fiji. Ia hidup subur di kawasan bertanah rendah dan lembab dan amat jarang ditemui di kawasan tanah tinggi dan beriklim sejuk. Apa pun di laporkan dimana pokok Ipoh selalnya di jadikan tumbuhan berguna apabila ookok ini akan mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Kajian mendapati dimama jenis racun ini mampu untuk bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan terutama haiwan buruan yang bersaiz sederhana dan bersaiz burung. Dalam pada itu hasil tinjauan dimanab bagi tujuan mengelakkan keracunan tersebut kepada pemburu dimana selalunya mereka ini akan membuaang iaitu bahagian daging pada haiwan perburuan dengan cara memotong dan dibuang terus. Disahkan dimana pokok ipoh merupakan tumbuhan yang beracun. Kalangan masyarakat Melayu dan orang asli menggunakan getah pokok ini sebagai salahsatu bahan di dalam rumusan racun panah atau sumpitan mereka. Getah ipoh yang telah diolah bersama beberapa bahan lain akan disapukan pada hujung anak panah atau sumpitan untuk digunakan ketika berburu. Lazimnya, mereka akan menggunakan racun yang kurang kuat untuk memburu binatang kecil seperti burung dan tupai dan racun yang lebih kuat untuk binatang yang lebih besar seperti monyet. Pokok ipoh merupakan sejenis tumbuhan berkayu keras serta bercabang dan ia boleh mencapai ketinggian sehingga lebih daripada 50m. Pokoknya disokong oleh akar banir yang besar dan batangnya mempunyai lilitan melebihi satu meter. Artikel malam kemerdekaan ke 67 di Hotel King Wood Sibu saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok ipoh dan kegunaannya untuk di jadikan bahan rujukkan semua pembaca blog ini.


Memang tidak ramai kalangan pembaca blog ini yang mengetahui akan ciri-ciri marfologi pokok ipoh ini kerana tidak pernah melihatnya atau belajar mengenainya. Apa pun bahagian daun pokok Ipoh ini ialah cirinya pada bahagian hujung daunnya berbentuk tirus, oblong elliptik, pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis. Dilihat dimana d
aun pokok ipoh adalah jenis ringkas dan berselang-seli. Berbentuk bujur memanjang dengnan ukuran diantara 7.5 - 20 cm dan ukuran lebar 3.8 - 9 cm. Diperiksa dimana ada terdapat 10 hingga 14 pasang urat daun. dimana ukuran panjang tangkai daun antara 0.25 - 1cm panjang. Tepi daun licin atau sedikit bergigi dan pada pangkal daun selalu ia berbentuk bulat dengn pada kebiasaannya berbentuk hati yang tidak sama rata. Dalam pada itu marfologi bunga pokok ipoh adalah jenis uniseks iaitu ia terdapat di celah/axil daun. Bunga jantan dan gunga betina terdapat pada pokok yang sama. Saiz bunga jantan selalunya ia bersaiz  kecil, berkepala dan berada di bawah ranting dimana pada setiap satu bunga mempunyai 4 sepal dan 3 - 8 stamen. Bunga betina pula selelu ia wujud secara berkelompok di bahagian atas ranting. Kemudian marfologi bagi bentuk buahnya iaitu dilihat seakan 'Buah Pear' dengan selalu ia berwarna merah tua yang mana ia kemudian akan bertukar kepada warna kehitaman iaitu  mempunyai saiz berukuran lebih kurang 4.5 cm panjang dan 1.25 cm lebar, lembut dan lembab seperti baldu. Penulis blog pernah bertanya kepada beberapa orang asli di mana mereka nyatakan yang getah ipoh telah digunakan secara meluas pada anak panah dan sumpitan oleh penduduk tempatan di Tanah Melayu dan Indonesia semasa menentang Portugis dan Belanda suatu ketika dulu. Menyentuh mengenai bahan toksik yang didapatkan dari pokok ipoh diman ada terdapat lebih 400 glikosid jantung yang boleh diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan. Apa pun pada pokok ipoh merupakan salah-satu daripadanya. Getah ipoh (Latex) mempunyai sifat-sifat agen iritasi dan glikosid jantung. Ciri-ciri sebatian glikosid jantung inilah yang membuatkan rumusan racun tersebut bertindak dengan berkesan terhadap mangsa. Beberapa glikosid jantung telah ditemui dalam getah ipoh dimana kajian menyatakan diantaranya termasuk bahan seperti a-antiarin, b-antiarin, 12 b-hydroxycannogenin 3 b-O-b-D-deoxygulopyranoside dan 3 b-O-a-L-rhamnopyranoside. Dilaporkan diman dalam kepekatan kecil isitu sebatian yang mempunyai sifat-sifat sebagai glikosid jantung mampu menguatkan jantung yang lemah dan memperlahankan degupan jantung yang cepat. Sebaliknya dilsporkan yang jika ia diambil pada kepekatan tinggi maka kesannya ia boleh mengakibatkan kegagalan jantung. Individu yang terkena kepada kes pendedahan yang berlebihan getah ipoh boleh mendatangkan masalah pada usus dan sistem saraf. Antara tanda-tanda keracunan adalah rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit, gangguan peng-lihatan, sakit kepala, letih, rasa keliru, badan menggeletar, kacau fikiran dan sawan. Masalah jatung merupakan masalah yang biasa terjadi dan ia merupakan kesan yang paling merbahaya sekali. Kematian berlaku akibat jantung gagal berfungsi.


Dilaporkan ada banyak kegunaan lain getah ipoh dimana masih ramai pembaca blog ini yang keliru dalam membeza-kan antara 'Pokok Ipoh' dan 'Akar Ipoh'. Akar ipoh atau nama botaninya sebagai  Strychnos ovafolia ialah sejenis tumbuhan yang melilit dan memanjat. Walau bagaimanapun dilsporkan dimana akar ipoh juga beracun dan sering digunakan dalam rumusan membuat racun panah atau sumpitan bersama-sama getah ipoh. Masih tiada laporan yang menyebut getah ipoh atau bahagian-bahagian lain pokok ini pernah digunakan sebagai bahan ramuan perubatan tradisional. Kebanyakannya hanya menyebut kegunaannya sebagai racun panah atau sumpitan dikalangan orang tertrntu sahaja di Malaysia. Penulis blog tertarik dengan penjelasan iaitu penggunaan perkataan ‘ipoh’ atau ‘upas’ juga tidak merujuk secara khusus kepada pokok ipoh atau akar ipoh sahaja. Isu ini dilihat yang ia lebih merujuk kepada tumbuhan yang beracun. Oleh yang demikian ada kalanya ditemui perkataan tersebut digunakan untuk merujuk tumbuhan beracun yang lain seperti ‘Upas kamarunggi’ (Sophora tomentosa) dan juga jenis ‘Upas laki-laki’ (Ochrosia oppositifolia). Dinyatakan dalam beberapa rujukkan dimana perkataan 'upas' merupakan
sejenis bhan dari pokok beracun termasuk dari ppokok Ipoh (Antiaris toxicaria) dimana racun yang berasal daripada pokok ini selalu di gunakan sebagai bahan untuk menyumpit haiwan liar untuk dijadikn makanan mereka pada kaun tertemtu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Apa pun pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli di Semenanjung dan Orang Dayak di Borneo. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu dimana bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus,oblong elliptik,pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis.


Menarik artikel bertajuk 'Penggunaan racun dalam senjata' dari  beberapa sumber di facebook, media dan juga buku rujukkan. Dilaporkan didalam dunia persilatan ada beberapa jenis senjata yang digunakan untuk pertempuran seperti keris, lembing, buluh runcing, sumpit dan pemanah. Dilaporkan juga dimana pada kebiasaanya ada jenis senjata ini ia akan dibubuh RACUN agar kesan luka akibat dari senjata tersebut walaupun sedikit tetapi ia akan memberi impak yang sangat besar kepada musuh. Terdapat banyak kaedah membuat racun berbisa didalam menentukan dan menyediakan senjata yang berbahaya. Dilaporkan ada yang menggunakan dari sumber tumbuh-tumbuhan (daun, getah, akar) atau yang bersumberkan binatang-binatang berbisa (bisa atau venoh ular, kala jengking, kodok dan labah-labah) dan daripada bahan mineral kerak bumi seperti 'arsenik'. Apa yang penulis blog faham dimana s
ecara umumnya diantra spesis tumbuhan yang sering digunakan untuk memproses racun adalah daripada getah Pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) dan akar dari Pokok Ara atau pokok Toba( Derris elliptica). Kesan dari getah Ipoh ini apabila masuk ke dalam saluran darah kesnnya ia memang boleh menyebabkan aktiviti jantung akan meningkat dengan drastik dan bergedup kencang. Ini pula seterusnya akan mengakibatkan jantung akan kejang dan saluran darah akan pecah. Apa pun berbeza dengan kesan racun daripada sumber binatang berbisa yang mana ianya selalunya akan boleh menyebabkan kematian sel-sel neuron (sel saraf), berlaku kesan kekejangan otot melampau dan juga ia boleh menyebabkan kes lumpuh dan kecatatan kekal (mengalir ke otak). Namun begitu sekiranya musuh yang mana ia sudah terkena racun tersebut sememangnya alergik dengan bahan-bahan racun ini maka jumlah dos yang kecil sudah cukup untuk membawa kepada kematian. Apa pun didalam kes ilmu mempertahankan diri termasuk dalam masyarakat Melayu iaitu Ilmu Persilatan memang selalu ada juga diajarlam cara-cara membuat racun. Apa pun penting uga ilmu dan diajar kaedah untuk membuat penawarnya. Jika hanya belajar membuat racun sahaja maka maka tidaklah lengkap ilmu seseorang pendekar itu. Penawar kepada racun berbeza mengikut kepelbagaian racun itu sendiri dimana ia mesti di ketahui. Itu bergantung kepada pecahan ilmu racun seperti diajarkan dimana pertama ilmu racun darah dan sumsum tulang. ilmu racun tulang dan otot, ilmu racun saluran pernafasan, ilmu racun saluran pencernaan, ilmu racun saraf, ilmu racun kulit dan mata dan yang ke 7 adalah ilmu racun jantung dan pembuluh darah. Apa pun di jelaskan dimana salah satu kaedahnya untuk menghadapi kesan getah ipoh (jantung dan pembuluh darah) adalah dengan melumurkan pati dari buah asam. Dan ada juga yang mengamalkan petua iaitu dengan memakan tanah. Dalam pada itu dilaporkan memang adakalanya racun boleh menjadi penawar kepada racun yang lain. Selaluya di nyatakan ada terdapat pelbagai teknik atau cara untuk menyerapkan racun pada senjata yang akan digunakan. Ada cara dimana ia bergantung kepada pihak guru yang mengajar imana ada yang melalui coletan (disapu sahaja) kepada bahagian mata senjata. Ada kiha dengan melalui rendaman (selama beberapa hari) senjata digunakan di dalam suatu bekas tertentu yang biasanya diperbuat dari bahan batang buluh (sejenis timbuhan pelbagai guna) dan ada yang melakukannya secara ditanak. Racun yang amat berbisa adalah racun yang diperbuat daripada campuran racun yang bersumberkan daripada pokok atau tumbuhan dan juga bisa atau venom dari binatang (venom ular, kala jengking, lipan) dan sebagainya. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK IPOH.... JARANG DI JUMPA....
GERAH BERACUN...ADA DI GUNA...
BAHAN SUMPITAN... KEPADA MANGSA...
DIGUNAKAN OLEH... PEMBURU MESRA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.