Thursday, September 5, 2024

KETAM NIPAH - INFO MENARIK (PT 2)

KETAM NIPAH
(Scylla serrata) merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan menjana pendapatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana menternak ketam nipah ini boleh dijadikan satu bidangusaha yang menjana pendapatan.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan kes '
Rezeki ketam nipah' dimana berat seekor ketam nipah boleh mencecah berat satu kilogram seekor oleh penternak hebat. Kisah dari Kuala Muda dilaporkan sebenarnya dimana bukan mudah hendak senang, namun demi kelangsungan hidup seorang nelayan di Bukit Meriam yang nekad membanting tulangnya untuk memberi keselesaan kepada keluarganya. Nelayan Roslan Ramli (49) yang dulunya seorang nelayan dan ke laut saban hari demi mencari sesuap nasi untuk isteri dan lapan anaknya berusia enam hingga 23 tahun. Diaporkan dia ketika itu hanya bergantung pendapatan daripada sumber laut yang mana ia kadangkala lumayan dan cukup membeli keperluan dapur dan anak-anak. Kalau tidak ke laut dia keluar mencari ketam nipah di kawasan pantai berlumpur sekitar Pantai Merdeka sebelum dijual kepada peraih atau dibekalkan sebagai benih kepada mereka yang mengusahakan kolam ternakan ketam. Kalau dulu dia hanya menangkul ketam jika tidak ke laut dan kemudian hasilnya saya jual di tepi jalan kepada pelanggan yang ingin merasai kelainan isi ketam nipah. Diingat memang dulu susah mencari ketam nipah kerana keadaan ia hidup di kawasan paya bakau dan di dalam lumpur dan memang memerlukan kemahiran tinggi. Kini dia selalu memindahkan benih ketam ke dalam kolam miliknya di Bukit Meriam, Kuala Muda dimana dia melihat aktiviti ini boleh dikomersialkan dan  dia kemudian memberanikan diri mengusahakan kolam ketam seluas satu hektar. Bermula pada 2011 dengan menyambung mengusahakan kolam yang dimiliki rakannya secara perlahan-lahan sehingga memiliki tiga kolam di bawah jagaannya. apa pun usahanya sedikit demi sedikit membuahkan hasil dan bermula secara kecil-kecilan. Dia bermula dengan mencari benih sendiri sebelum dipindahkan ke kolamnya itu sebelum ia mula membiak sehingga kini. Kini dia mampu menghela nafas lega dengan apa yang diusahakan selain permintaan yang tinggi daripada orang ramai. Hasil yang diperolehi saya jual dalam pelbaga bentuk, ada yang dijual bagi tujuan makanan selain ada yang dijual bagi tujuan benih. Harga yang biasa dijual di pasaran mampu mencecah RM40 sekilogram bergantung kepada saiz ketam. Dia kini tidak menang tangan memasarkan ketam itu berikutan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, ditambah menjelang hari perayaan. Dakwanya dimana diantara masalah dihadapinya ialah modal pusingan yang digunakan untuk kolamnya ini tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya bergantung kepada poketnya sendiri. Ini kerana tapak kolam yang kini diusahakan tidak memiliki geran sementara atau TOL kerana ia milik kerajaan, jadi agensi kerajaan tidak dapat menyalurkan bantuan kepada saya bagi tujuan ini. Namun dia sedang berusaha untuk mendapatkan geran sementara untuk tiga kolam yang diusahakannya kini dan bercadang untuk membesarkan lagi kapasiti kolamnya. Sehingga hari ini satu kolamnya boleh menempatkan sehingga 2,000 ekor ketam nipah dan setiap hari dia dapat memungut hasil sehingga 100 kilogram sehari.


Dalam portal bharian.com kisah bagaimana 'Ketam nipah berpotensi rawat denggi, kanser' memang wajar dikongsikan. Terdapat beberspa saintis yang berjaya menunjukkan ketam nipah yang berpotensi menjadi penawar kepada kanser dan denggi. Kisah daripada Kuala Terengganu dimana ada sekumpulan penyelidik Institut Akuakultur Tropika atau ringkasnya AKUATROP di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati ketam bakau berpotensi menjadi penawar penyakit kanser dan denggi. Walaupun kajian itu masih di peringkat awal, beberapa hasil kajian makmal mendapati ketam bakau atau nama saintifiknya Scylla olivacca yang berpotensi menjadi ubat kepada penyakit berkenaan menerusi ekstrak partikel nano perak yang terdapat dalam darahnya. Bagi Pengarah AKUATROP, Prof Emeritus Dr Mohd Azmi Ambak, berkata kajian itu baru dijalankan kira-kira setahun dan beberapa bukti penting ditemui bagi menyokong hasil kajian. Kajian mendapati ada partikel nano perak dalam darah ketam bakau adalah bahan yang mampu menjadi ubat kepada penyakit denggi dan kanser luaran seperti kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita di dunia. Di dalam ketam bakau terdapat beberapa partikel nano dan antaranya ialah perak (silver) yang berunsur toksik, tetapi selepas menjalani proses biosintesis, ia akan menjadi ubat yang mampu merawat penyakit denggi dan kanser. Bagaimanapun, kajian ini masih di peringkat awal dan kita perlu melalui proses panjang termasuk ujian klinikal yang lebih terperinci sebelum mampu mengeluarkan ubat yang boleh digunakan oleh manusia sejagat. Selain khidmat penyelidik UMT mereka dilaporkan mempunyai kepakaran saintis dari Kanada yang bekerja secara kontrak di sini dan mungkin akan bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian lanjut mengenai penemuan ini. Selain berpotensi menjadi penawar kepada kanser dan denggi, ketam bakau juga boleh digunakan untuk merawat penyakit udang di kolam ternakan yang sering mengakibatkan kerugian besar kepada penternak secara komersial. UMT sudah pun menjalankan ujian makmal terhadap udang segar dan sakit yang diambil dari kolam dan selepas diberi makanan yang mengandungi bahan ini (ekstrak darah ketam bakau), kita dapati ia mampu merawat penyakit berkenaan. 


Dalam bharian.com juga dilaporkan '
Ketam nipah Abang Sado' iaitu kisah dari Sarawak yang menarik di kongsikan. Kisah dari Tg Manis, Sibu (penulis blog berkunging pada 31 Ogos 2024 baru-baru ini) tetapi tidak sempat ujirasa kehebatan ketam ini. Media laporkan gelaran `Abang Sado' antara jolokan diberikan nelayan setempat terhadap `Ketam Sebayang' atau nama saintifiknya Scylla serrata yang cukup popular dalam kalangan penggemar makanan laut di daerah ini. Gelaran itu jelas memperlihatkan saiznya yang agak luar biasa, selain memiliki tekstur isi lebih kenyal dan manis berbanding ketam biasa, menyebabkannya sentiasa menjadi `buruan'. Bagi nelayan setempat, ketibaan musim ketam berkenaan yang kebiasaannya boleh ditemui di Sungai Sebayang dan Sungai Semaring, disifatkan sebagai rezeki Ramadan, sekali gus mewujudkan sumber pendapatan tambahan untuk mereka. Dilaporkan dimana Ketam Sebayang memang isinya manis dan enak sehingga ramai pengusaha makanan laut sanggup menawarkan harga tinggi untuknya.  Ramai peminat sanggup bersengkang mata memburu ketam itu semata-mata mahu mencari rezeki lebih dimana lazimnya ketam ini kebanyakannya gemuk dan isinya cukup manis. Ia tidak hanya dijual kepada individu malah ada pengusaha makanan laut sanggup menawarkan harga tinggi semata-mata mahu menikmati kelazatan ketam ini. Masih tidak ramai mengetahui ketam berkenaan yang dijual di Sibu, termasuk Sarikei diperoleh dari Kampung Sebayang atau di jual hanya di perkampungan nelayan berhampirannya. Didakwa dimana selain dari rasa isinya yang lembut dan manis menyebabkan nilainya semakin meningkat dimana ini lebih-lebih lagi adalah didorong permintaan tinggi pelanggan, terutama dalam kalangan pengusaha restoran makanan laut. Biasanya, ketam ini `timbul' bermusim dan amat sukar diperoleh jika di luar musimnya mendarat. Dalam kalangan pengusaha restoran makanan laut, ia biasanya dianggap sebagai hidangan eksklusif. Nelayan lain Edmond Juat dakwa harga ketam nipah liar kebiasaannya lebih mahal berbanding yang diternak di dalam sangkar. Ada nelayan yang mampu menangkap ketam 'Abang Sado' hingga 50 kilogram sehari. Sekilogram ketam ini dijual pada harga antara RM28 hingga RM30 mengikut saiz dan gred. Ini kerana banyak cabaran perlu diharungi penangkap ketam berikutan tabiat haiwan itu yang gemar bersembunyi di kawasan berpaya. Kerja menangkap ketam nampak mudah tetapi memerlukan kemahiran. Nelayan akan menggunakan perangkap bernama `bento' yang diletakkan umpan ikan segar seperti kembung dan tenggiri. Umpan ini berperanan sebagai 'penarik' ketam keluar daripada tempat persembunyiannya. Nelayan akan memperoleh hasil tangkapan mencecah 50 kilogram sehari, dengan setiap kilogram ketam berkenaan dijual pada harga antara RM28 hingga RM30/kg mengikut saiz dan gred. Aktiviti memburu ketam hanya dilakukan pada musim tertentu dan beliau mempelajari selok belok ini termasuk kaedah bagaimana cara penangkapannya sejak 10 tahun lalu. Kerja mengikat sepit ketam juga perlu kemahiran sebab ia adalah untuk mengelak daripada disepit dengan mengikatnya menggunakan tali. Jika tidak maka tentu jari akan menjadi mangsa. Apa pun tidak dinafikan kerja ini memang sukar. Itulah sebab tidak ramai sanggup melakukannya. Namun bagi kami di sini, pekerjaan ini sudah menjadi sumber rezeki dan mata pencarian untuk menyara keluarga. Sebagai info dimana sebanyak 50 kilogram purata `Ketam Sado' diperoleh dalam sehari dengan harga jualan adalah amtara RM28 hingga RM30 satu kilogram dimana tangkapan akan gunakan alaat 'Bento' (Sila lihat foto paling bawah sekali). Semuga artikel dalam dua (2) segmen ini iaitu Part 1 dan Part 2 dibaca kesemuanya dan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
MENTERNAK KETAM.. KETAM NIPAH...
HUKUM MAKAN...FAWTA ADA SUDAH...
RAWAT DENGGI...KANSER PUN BOLEH...
DI GORENG SAJA.. SUP PUN DIPILEH..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.