Friday, September 20, 2024

KEREPEK PERIA KATAK - POTENSINYA

KEREPEK PERIA KATAK
dan GORENG PERIA KATAK merupakan salah satu produk makanan snek yang semakin popular di Malaysia masa kini. Beberapa usahawan tempatan sudah pun berjaya mengkomersilkan produk ini malahan semasa beberapa kali penulis blog ke Bandaraya Kuching di Sarawak suah ada restoren yang menghidangkan kerepek peria katak sebagai salah satu produk ikon di Bandar Kuching. Kini makanan snek peria katak sudah di sediakan dengan pelbagai resepi masakan dan ramuan daripada jenis kerepek peria katak yang simple kepada perisa yang pedas, berempah dengan rasa yang unik. Menguji citarasa makanan kerepek ini memang snek ini agak berlainan dengan kerepek pisang, kerepek ubi kayu, kerepek keledek, kerepek keladi atau pun kerepek lain dipasaran. Umum mungkin sudah menjangka dan tahu kalau buah peria katak yang segar memang rasanya amat pahit sekali. Ini kerana didalam buah peria katak ia mengandungi bahan di namakan sebagai 'Charantin' dimana ia banyak khasiat kesihatan yang rasanya sedikit pahit bila di goreng. Penulis blog m
elihat kepada bentuk buah peria katak dimana ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat-sifat anti-diabetes, termasuklah 'charantin' yang telah disahkan mempunyai kesan dalam menurunkan glukosa darah, selain 'vicine' dan 'sebatian insulin' yang dikenali sebagai polipeptida-p. Apa pun charantin adalah sejenis bahan berpotensi yang mengandungi sifat-sifat antidiabetes. Charantin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan ia merupakan campuran dua sebatian yang dikenali sebagai sitosteryl glucoside dan stigmasteryl glucoside. Bahan Vicine pula adalah sebatian glycol alkaloid yang diasingkan daripada biji-biji buah peria ini. Semantara itu bahan Polipeptida-p pula adalah ia juga dikenali dengan nama p-insulin iaitu bahan yang merupakan protein hipoglisemik yang menyerupai insulin. Bahan ini telah ditunjukkan dalam menurunkan tahap gula darah dalam tubuh manusia selain 'gerbil' dan 'langur' apabila disuntik dibawah permukaan kulit. P-insulin bertindak dengan cara mengajuk tindakan seperti mana yang dilakukan oleh insulin tubuh manusia. Zat-zat ini juga berfungsi dan bertindak sama ada secara individu atau bersama untuk membantu mengurangkan kadar gula darah. Apa pun apa yang penulis blog rujuk beberapa blog mengenai kesihatan dimana peria katak juga diketahui mengandungi kandungan bahan 'lektin' yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan. Cara tindakannya adalah sama dengan kesan insulin di bahagian otak. Bahan Lektin juga ia dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglisemik yang berkembang selepas seseorang individu memakan peria katak. Bagaikana laporan kajian cara peria katak mampu menurunkan gula darah dimana sudah ada beberapa kajian telah mengesahkan peranannya dalam mengawal gula darah. Dalam satu kajian dilaporkan kajian yang telah dijalankan selama 3 bulan terhadap 24 individu dewasa yang mempunyai diabetes menunjukkan bahawa dengan mengambil 2,000 mg peria ini setiap hari boleh menurunkan gula darah dan juga hemoglobin A1c. Selain itu diberikan suplemen buah peria ini telah bantu mengurangkan fructosamine secara ketara. Fructosamine ialah penanda lain bagi kawalan gula darah jangka panjang. Apa pun peria katak ini dianggap memperbaiki cara gula digunakan dalam tisu badan manusia dan mempromosikan rembesan hormon insulin, iaitu hormon yang sebenarnya ia bertanggungjawab untuk mengawal paras gula darah. Apa pun dilaporkan dimana penyelidikan yang dijalankan terhadap manusia adalah masih terhad. Di Malaysia sebaiknya boleh dilakukan lebih banyak kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi diperlukan untuk memahami bagaimana peria ini boleh memberi kesan kepada kadar gula darah dalam populasi kepada umum. Artikel pada pagi Isnin cuti umum sempena Sambutan Hari Malaysia 2024 dan Sambutan MaulidurRasul 2024 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi produk kerepek peria katak untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Selalunya memang agak m
ahal harganya ketika membeli kerepek peria rangup jika dibeli di kedai atau pun membeli secara on-line di Lazada atau Shopee. Apa pun lazimnya sebalang boleh mencecah harga sehingga puluhan ringgit (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog lebih baik membuat sendiri makanan snek peria katak ini sendiri di rumah kerana ia mudah dan lebih terjamin kualiti dan kesegarannya.Dalam internet dan jualan on-line ada beratus jenis produk kerepek peria katak dengan pelbagai jenama, harga dan perisa yang berlainan. Pada penulis blog memakan kerepek peria katak buatan sendiri adalah yang paling enak dan nenberikan tahap kepuasan masima. Ilmu dan kemahiran menyediakan produk kerepek peria katak memang mudah dipelajari dan di buat sendiri selepas membaca tulisan ini. Bagi menyediakan kerepek peria katak yang rangup perlu disediakan bahan-bahan iaitu Buah Peria Katak Segar (Hijau gelap - kuantiti ikut kehendak), Tepung Goreng Pedas (Ada jenama Bestari di syorkan), Garam, Air,  Minyak masak dan alatan menggoreng dan memotong. Cara membuatnya mudah iaitu dimulakan dengan membersihkan buah peria dan cungkil bijinya dengan menggunakan sudu. Kemudian buah peria katak ini di sagat menggunakan alat sagat dipasaran atau boleh juga ia dipotong nipis-nipis mengggunakan pisau tajam. Kemudian hirisan ini direndam dengan air garam selama 15 minit dan ditoskan sehingga kering. Apa pun kemudian dimasukkan hiridan peria ke dalam bekas keringdan taburkan dengan bahan tepung pedas Bestari. Perlu dipastikan ia bergaul sekata dan tidak terlalu tebal. Seterusnya diatas kuali dipanaskan minyak masak dan mesti di tapis dulu hirisan peria katak tadi sebelum goreng agar lebihan tepung dapat diasingkan. Menggoreng hirisan peris bersalut tepong tadi dalam minyak yang betul-betul panas. Sebagai petua dimana ia boleh sesuaikan kerana jika ada yang tidak suka pedas (kanak-kanak) maka boleh gunakan jenis tepong lain yang sesuai. Goreng sehingga warna keemasan dan diangkat serta di toskan dan disejukkan. Sedia untuk dihidang dan enak dimakan semasa suam panas dan sesuai di simpan dengan menggunakan bekas yang kedap udara agr tahan lama. Dilaporkan kerepek peria rangup ini boleh tahan sehingga dua atau tiga bulan jika disimpan di dalam bekas kedap udara. 


TANAMAN PERIA KATAK (Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae atau 'Bitter Gourd' adalah sejenis tanaman yang menjalar dimana kini ia semakin mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman untuk pesakit diabetes oleh dikalangan masyarakat tempatan. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (tumbuh liar) ada penulis blog jumpa ia tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil dengan buahnya berwarna hijau gelap serta sedikit kecil saiznya. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini ditanam selalu menggunakan benih hybrid seperti Jenis Taiwan No 321 atau Hup Nong yang lebih komersial. Peria Katak di tanam diatas batas yang di bubuh lapisan plastik silvershine jika ditanam secara konvensional akan tetapi kini ia sudah banyak ditanam secara fertigasi. Batas tanaman konvensional lazimnya ia disediakan perlu digaul dengan baja organik (lazimnya tahi ayam) dengan kadar 2 tan satu hektar. Bubuh 2 biji benih setiap lubang dan jarak penanaman sebaris sejauh 1.5 meter dalam barisan. Kalau terlalu rapat maka penghasilan adalah tinggi tetapi pokok cepat mati berbanding jika ditanam dengan jarak lebih jauh. Baja vegetatif NPK 15:15:15 dan baja organik tahi ayam dibubuh peringkat awal penanaman. Baja buah jenis diberikan dengan baja NPK 12:12:17:2 mengikut kadar disyorkan. Penyiraman dijalankan 2 kali sehari dan kerja-kerja kawalan rumpai dijalankan. Kawalan rumpai dengan cara manual (menajak , mencabut) atau gunakan racun kimia secara terkawal. Perbezaan antara peria katak dengan peria biasa ialah peria katak dikawasan terpencil tidak perlu dibalut. Kajian penulis jika kawasan tersebut "isolated" daripada kawasan tanaman sayuran jenis cucurbitaceae yang lain lebih baik. Bagaimanapun pastikan yang Lalat Buah (Daucus spp) sentiasa dipantau dan check kehadirannya. Bagaimana pun pada masa ini ramai petani mengubah penanaman peria katak secara sistem fertigasi dengan para yang kukuh. Amalan agronomi penanaman peria katak secara fertigasi sama dengan teknologi penanaman sayuran buah yang lain. Buah Peria Katak yang matang dituai menggunakan pisau tajam dan di kumpulkan mengikut gred. Antara perosak tanaman peria katak ialah Ulat Pengorek Buah, Lalat Buah dan boleh di kawal jika kadar serangan tidak serious dengan perangkap methyl eugenol. Terdapat serangan Penyakit Layu Bakteria (Penyebab Fusarium spp) merupakan masaalah utama peria katak. Petani mungkin tidak dapat hasil jika serangan layu fusarium berlaku pada peringkat awal. Kawalan rumpai hanya pada peringkat awal penanaman dan tidak menjadi masaalah jika pokok telah menutupi keselurohan kanopi. Harga sayur peria katak boleh dikatakan stabil akan tetapi jumlah permintaan tidak tinggi berbanding dengan jenis syur peria biasa di pasaran diman peria katak hanya dibeli oleh orang tertentu sahaja kerana ia pahit berbanding dengan peria biasa yang manis.


Dalam portan sinarharian.com ada di laporkan '
Elak lambakan peria, siswazah UITM hasilkan kerepek' sesuai dengan tajuk kali ini. Konsep 'Kreatif dan kritis' adalah kiasan yang boleh digambarkan mengenai kelebihan seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengambil inisiatif menghasilkan kerepek peria pelbagai perisa untuk mengelakkan berlaku lambakan sayuran itu. Bagi Aina Fatini Md Rizan (24) dakwa idea untuk menghasilkan kerepek peria berkenaan timbul apabila tanaman peria yang diusahakan bersama suaminya sejak 4 tahun lepas terjejas akibat sekatan pergerakan dan sukar untuk dipasarkan. Mereka berdua akan pada kebiasaannya menjaga tanaman peria yang diusahakan suaminya di tanah seluas 0.3 hektar di Kampung Kubang Palas, Banggu di Kota Bahru mampu memberi hasil sekitar 150 kilogram (kg) setelah selesai dituai dalam tempoh dua hari sebelum dipasarkan sekitar Kelantan termasuk ke Pasar Selayang, Selangor. Bagaimanapun pernah pasaran peria ini mula terjejas disebabkan pelaksanaan ‘lockdown’ yang membataskan penghantaran tanaman ini ke luar Kelantan namun, ia tidak menjadi penghalang bagi saya dan suami untuk terus membiarkan sahaja hasil tanaman peria akan membusuk. Kemudian mereka mengambil inisiatif untuk menghasilkan kerepek peria bagi mengelak berlaku lambakan sekali gus mengundang pembaziran. Mereka pada awalnya hanya membuat mengikut gerak hati dan cara sendiri namun hasilnya tidak begitu memuaskan selain kerepek cepat lemau dan berbau tengik. Tetapi selepas menyertai kursus secara dalam talian pada bulan lalu selama dua hari dan syukurlah dengan ilmu yang diperoleh kerepek yang dihasilkan bertambah baik. Dulu dipasarkan kepada rakan-rakan terdekat serta keluarga sangat positif selain ada yang terus berminat untuk membelinya dalam kuantiti yang banyak sekali gus membuatkan saya berani untuk menceburi perniagaan kerepek peria ini secara serius. Dia bagi dapat memastikan kerepek yang dihasilkan berkualiti, beliau hanya akan memilih peria yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu masak untuk memudahkan penghasilan kerepek. Sayur peria agak mudah rosak kerana hanya mampu bertahan sekitar tiga atau empat hari menyebabkan beliau perlu mengutip sekitar lebih 30kg peria setiap hari khusus untuk tujuan menghasilkan kerepek. Kebiasaannya dimulakan kerja proses kerepek peria ini seawal 7 pagi dan berakhir sekitar 7 petang libatkan ia mempunyai beberapa peringkat pemprosesan termasuk perlu dibasuh dengan air garam untuk menghilangkan rasa pahit. Kini setiap hari mampu menghasilkan lebih 50 botol kerepek peria seberat 170 gram setiap satu yang ditawarkan dalam empat pilihan perisa iaitu asli, pedas, telur masin dan keju. Apa pun produk kerepek peria ini dijual secara dalam talian termasuk melalui platform Instagram, Facebook dan Shopee pada harga serendah RM15 hingga RM18 sebotol dan saya mampu meraih lebih RM800 sehari. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan terhadap kerepek bayam itu, beliau turut merancang menghasilkan pelbagai kerepek sayuran lain termasuk petola ular, terung dan Bayam Brazil dalam tempoh terdekat.


Satu lagi kisah bagaimana 'Pasangan buta gigih cari rezeki' dilaporkan dalam hmetro.com untuk dikongsikan. Kisah dari Alor Gajah, Melaka dimana OKU Kamarol Zaman (59) dakwa dia lebih selesa bekerja daripada tidak membuat apa-apa, sekali gus dapat bertemu dan berkhidmat dengan orang ramai. pa yang lebih menakjubkan dimana isterinya Siti Fatimah Abdul Hamid (57) yang cacat penglihatan turut mengusahakan kerepek peria goreng di rumahnya. Dia yang katanya sebelum buta ada mengalami kecacatan mata sejak kecil dan lebih ketara ketika di sekolah rendah dan menengah. Kes krosakan saraf teruk dan kronik menyebabkan penglihatan saya semakin terus selepas berkahwin dan terpaksa berhenti kerja di kilang kicap di Melaka. Dia juga hanya sempat melihat wajah anak pertama sahaja dimana selepas itu tidak dapat menatap wajah anak kedua yang kini masing-masing sudah berusia 32 dan 26 tahun lalu. Sudah bekerja lebih 10 tahun dia bekerja mencuci pinggan di kedai makan dan gembira kerana dapat bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Kerja urutan refleksologi pula dilakukan pada sebelah siang yang turut membolehkannya mengisi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat. Dia bersyukur dengan apa yang berlaku ke atas dirinya kerana setiap kejadian pasti ada hikmah tersembunyi. Isterinya yang reda dengan ketentuan Ilahi walaupun cacat sejak lahir berikutan dikurniakan dua cahaya mata normal. Kini selain membuat kerepek dia turut menanam cili dan ulam-ulaman bagi menambah pendapatan keluarga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERIA KATAK... PAHIT RASANYA...
MENJADI KEREPEK...ENAK PULA...
RAMAI SUKA.. ON-LINE DIJUAL ADA...
SNEK BERKHASIAT... BUAT SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.