Sunday, September 22, 2024

JUS BUAH BETIK DAN FAKTANYA

JUS BUAH BETIK
(Carica papaya) merupakan sejenis minuman berkhasiat yang dibuat dari buah betik dan dianggap sebegai minuman berkhasiat. Buah betik adalah buah betik yang masa masih belum matang dengan isinya berwarna putih serta keras dan kulitnya berwarna hijau. Penggunaan buah betik muda sebagai bahan asas beberapa resepi makanan memang telah lama dilakukan oleh masyarakat kampong semenjak dahulu lagi. Penulis blog pun paling suka makan sayur tumis pedas betik muda dan makanan dari Thailand dibuat dari betik muda iaitu Somtam. Dari segi rekod tanaman betik adalah seluas 2,356 hektar pada tahun 2023 dengan penghasilan sebanyak 55,958 metrik tan dimana paling luas ditanam di Negeri Johor iaitu seluas 1,488 hektar (Sumber: Laporan ststistik buah-buahan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Antara varieti betik yang paling popular di tanam di Malaysia adalah Betik Sekaki, Betik Subang 6, Betik Batu Arang dan juga Betik Eksotika. Penanaman betik secara komersil di Johor semenjak dahulu banyak tertumpu di Batu Pahat, Muar dan Kota Tinggi dimana hampir 70% adalah untuk pasaran eksport terutama kenegara Singapura dan Hing Kong. Bagaimana pun serangan Penyakit Papaya Dieback dan Penyakit PRSV (Papaya Ringspot Virus PRSV) telah menyebabkan industri ini terganggu dalam masa beberapa tahun. Jabatan Pertania telah melaksanakan beberapa kaedah kawalan termasuk menebang pokok yang diserang dan dilaporkan telah berjaya mengurang dan mengawal masaalah ini dalam masa agak lama. Bagaimana pun kini peanaman betik tidaklah seehebat seperti dahulu lagi dan memag buah betik semakin berkurangan dipasaran. Apa pun jika kita duduk kampong masih boleh mendapatkan bekalan betik muda untuk dinikmati denga harga murah. Artikel kali ini saya menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta tentang jus betik muda untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Merujuk beberapa buku masakan dan di internet ada lebih dari 35 jenis bagaimana cara jus betik sesuai di sediakan dan dinikmati. Apa pun kelainan diantara jus betik ini adalah bahan yang di campurkan dengan buah metik (betik matang atau betik muda) untuk menghasilkan jus begi pelbagai tujuab dan kegunaan. Apa pun bahan lain yang selalu di gunakan bersama jus betik termasuk susu pekat manis, tomato, karot, limau manis, limau masam, buah nenas, buah jambu, rempah dan sebagainya. Ada juga yang mencampurkan jus betik dengan milo, nescafe, kopi segera dan sebagainya mengikut kreativiti. Bagaimana pun penulis blog cua hendak kongsikan cara embuat jus betik yang mudah dan asas sahaja. Apa pun bahan-bahan yang diperlukan hanya ringkas sahaja iaiti sebiji buah betik yang sudah matang . Sebaiknya buah betik itu dibuang kulint dan bijinya kemudian ia di potong kecil-kecil. Bahan lain yang di perluka adalah satu tin susu pekat berkrim (condenesed milk) dan juga air suam serta air batu ketul (jika ini minuman sejuk). Cara-cara membuat minuman jus betik dimulakan dengan memasukkan buah betik yang dipotong kecil ke dalam mesin pengisar (atau blender) dan pada masa sama di masukkan 2 sudu susu pekat. Langkah seterusya adalah memasukkan air yang secukupnya. Mudah sahaja membuat jus betik dimana blender di hidupkan untuk mengiran semua bahan didalamnya. Hanya beberapa saat kemudian semua bahan akan bercampur sehingga sebati. Tutup suis dan masukkan jus betik kedalam jug sebelum di isikan air batu ketul jika ingin minuman sejuk dan sedia untuk dihidangan.


Menarik dalam portal mstar.com bertajuk '
Betul ke betik boleh bantu lawas buang air besar?' sesuai di kongsikan kaliini. Dilaporkan dimana buah betik mempunyai pelbagai khasiat dan membantu melancarkan proses penghadaman. Apabila setiap kali mengalami masalah sembelit atau sakit perut, pasti akan ada menasihatkan agar makan buah betik bagi memudahkan proses membuang air besar. Persoalannya betul ke betik dapat membantu? Atau ada kajian yang membuktikan kepada dakwaan tersebut? Sebenarnya ada benarnya kaedah itu. Merujuk kepada sebuah kajian yang diterbitkan menerusi Neuro Endocrinol Letter pada 2013 menjelaskan individu yang makan betik selama 40 hari kurang risiko mengalami masalah sembelit atau perut kembung. Mengambil jus betik adalah cara terbaik untuk menerima manfaat buah itu. Kandungan enzim papain di dalam betik (terutamanya yang masih muda) akan membuatkan protein lebih mudah dihadam sekaligus melancarkan proses membuang air besar.cSelain itu, betik juga merupakan sumber tidak larut yang sangat baik untuk manusia bagi membantu mengikis kotoran yang membentuk pada usus besar bergerak lebih cepat. Salah satu cara terbaik menikmati betik dan mendapatkan khasiatnya adalah dengan menjadikannya sebagai jus. Jus mengandungi lebih banyak air berbanding makan buahnya begitu sahaja. Betik juga bagus kerana mempunyai serat yang tinggi. Ia juga dapat melegakan sembelit dan membentuk papain yang lebih pekat. Apabila betik diproses menjadi jus, ia akan membuatkan kandungan serat tidak larut di dalamnya diserap lebih baik badan manusia. Jus betik juga dapat membantu mengurangkan masalah cirit-birit, meredakan kesakitan perut, menurunkan kadar kolestrol, mencegah pembentukan batu karang, merendahkan risiko kanser usus dan meningkatkan sistem imunisasi manusia. Kajian klinikal terhadap jus daun betik di dalam pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 30ml (dua sudu besar) jus daripada dua (2) daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. Kenaikan platelet ini hanyalah salah satu dari pelbagai proses yang berlaku di dalam pesakit yang menghidapi demam denggi. Kajian masih lagi berjalan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak KKM tidak menyediakan jus daun betik di hospital-hospital kerajaan. Isu berkaitan daun betik dan keracunan Cyanogenic ada dijelaskan. Bahan Cyanogenic glycosides adalah bahan kimia yang digunakan oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut sebagai pertahanan dalam menghadapi serangan serangga perosak atau haiwan pemangsa. Dos cyanide yang paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak 1 mg bagi setiap kg berat badan. Oleh itu bagi seseorang yang mempunyai berat badan sebanyak 60 kg, 12,000 helai daun betik perlu diambil pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan akut. Kajian keselamatan pengambilan daun betik mendapati ia selamat diambil dalam dos yang disarankan.


Menyentuh persoalan lain dan merujuk kepada beberapa kenyataan beberapa media seperti 'Isu Daun Betik Yang Mengandungi Bahan Kimia Yang Memudaratkan dan Produk Penawar Demam Denggi' juga ada dijelaskan. Apa pun pernah dilaporkan yang pihak seperti 
Kementerian Kesihatan masih teruskan menjalankan kajian berhubung kegunaan jus daun betik sebagai penawar demam denggi  dakwa Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah masa itu. Dakwanya kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. Peningkatan platelet ini hanya satu daripada pelbagai proses yang berlaku dalam pesakit yang menghidap demam denggi. Beberapa kajian masih lagi diadakan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak kementerian juga tidak menyediakan jus daun betik di hospital kerajaan. KKM mengulas kenyataan oleh pihak tertentu bahawa daun pokok betik mengandungi bahan kima yang berbahaya iaitu 'cyanogenic glycoside' yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jantung dan seterusnya menyebabkan kematian. Pokok betik tergolong dalam kumpulan 'cyanogenesis' lemah iaitu yang menghasilkan hidrogen sianida dalam kuantiti sedikit [terdapat 0.02 miligram (mg) sianida dalam empat helai pucuk daun betik dan jumlah ini berkurangan apabila daun itu bertambah matang]. Dos sianida paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak satu mg bagi setiap kilogram (kg) berat badan. Bagi seseorang yang mempunyai berat badan 60 kg memerlukan 12,000 helai daun betik pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan. Pihak laporan IMR pun sudah menjalankan kajian keselamatan dengan mengenakan dos tertinggi 2,000 mg bagi setiap kg berat badan diuji dalam haiwan makmal. Dalam kajian ini ada tiga jenis cara pengambilan digunakan iaitu satu dos sahaja, satu dos setiap hari selama 28 hari dan satu dos setiap hari selama 90 hari, hasilnya didapati tiada kesan sampingan ke atas buah pinggang, hati dan jantung. Keputusan ujian darah pula adalah normal sementara kajian khusus ke atas hati (kajian hepatotoksiti) juga adalah normal. Pernah dimaklumkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kementerian juga telah mendaftarkan produk-produk yang mengandungi daun betik (folium carica papaya) di bawah kategori produk tradisional. Apa pun dilaporkan belum ada sebarang produk tradisional atau suplemen kesihatan yang didaftarkan dengan PBKD untuk merawat demam denggi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JUS BETIK... SENANG BUATNYA...
JUS BETIK TUA...DAN BETIK MUDA...
SANGAT BERKHASIAT...APA RASA...
SIAPA MEMBACA.... BOLEH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.