Wednesday, September 18, 2024

FAKTA LENGKAP KETUMBAR (PT 3)

KETUMBAR
(Coriandrum sativum) merupakan sejenis herba atau tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus dimana kalangan rakyat Maaysia selalu membeli biji ketumbar atau daun ketumbar. Apa pun bagi penulis blog dimana tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Sealaunya dalam kuliner masakan ada rasa ketumbar mesti ada dimana ia ia sealalu disimpan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Nama lain bagi tumbuhan ini seperti Ketumbar (Malaysia atau di Indonesia), Coriander or Chinese Parsley (English), Cilantro (USA), Dhania (India), Phak Chee (Thailand) dan berbagai lagi. Tanaman Ketumbar bukan tanaman popular di Malaysia untuk menghasilkan bijirin ketumbar tetapi ia ada ditanam terutama dikawasan tanah tinggi untuk menghasilkan daun ketumbar bagii tujuan masakkan. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai tanaman ketumbar di Malaysia setiap tahun kerana ia amat kecil dan kurang signifikan dikumpulkan. Daun ketumbar ada dijual sebagai 'daun ketumbar segar' untuk bahan masakkan. Tumbuhan ketumbar adalah satu jenis tumbuhan yang lembut dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 50 cm dengan batang yang lembut. Daun ketumbar berwarna hijau, bergigi dan berbentuk 'open lobed' serta berbagai bentuk lain. Daun ketumbar mempunyai aroma yang kuat dan sering dijadikan ramuan penting masakan Thai Tomyam atau nasi minyak. Batang Ketumbar berwarna hijau yang sederhana lembut. Bunganya berwarna putih atau merah jambu yang lebar 5-6 cm dan lebar 2-3 cm. Akar ketumbar seperti 'annual herbs' yang lain mempunyai akar serabut. Komponen terpenting ketumbar adalah bijinya yang buat berwarna cokklat kekuningan bersaic garispusat 1-2 mm. Biji-biji ketumbar kering merupakan bahagian yang dikomersilkan sebagai produk ekspot beberapa negara pengeluar didunia. Saya ada meulis mengenai ketumbuar sebelum ini dengan boleh di rujuk dengan pautan (Sila Klik Disini). Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik tentang sebagai bahan pembacaan dan rujukkan semua.


Walau pun dalam Part 2 di kongsikan fakta akan khasiat dan manafaat mengambil daun ketumbar kepada kesihatan akan tetapi ada juga kajian bagaimana l
angkah berjaga-jaga jika mengambil Ekstrak Ketumbar. Dilaporkan dimana ketumbar dan ekstraknya mungkin sangat berkesan untuk menurunkan tekanan darah manusia sehingga boleh mengganggu pengambilan beberapa jenis ubat tekanan pesakit. Isu ini mungkin boleh mengakibatkan tekanan darah yang sangat rendah atau ia di dalam bahasa knilonal di pnanggil sebagai 'hipoglikemia'. Beberapa gejala apabila berlaku keadaan masaalah hipoglikemia termasuk pening kelapa, rasa kebimbangan, rasa berdebar-debar, rasa berpeluh dan rasa seakan kelaparan. Ini menyebabka pesakit akan perlu mendapatkan makanan atau jika serius perlu mendapatkan rawatan segera dengan doktor. Apa pun adalah lebih baik untuk mengambil hanya sedikit ketumbar setiap hari dan lebih sedikit jika sesiapa merancang untuk menggunakan bentuk ekstrak herba ini. Pastikan sentiasa memantau tahap tekanan darah anda dan melaporkan sebarang isu kepada doktor yang mungkin menasihatkan agar tidak meneruskan pengambilan ekstrak ketumbar setiap hari jika ia menjejaskan tekanan anda terlalu banyak. Dalm pada itu ada Amalan Mengambil Teh Daun Ketumbar. Diaporkan dimana kepada sesiapa yang tidak suka tekstur daun ketumbar dalam segar ada dalam masakan dan sebagai hiasan maka disyorkan agar meminum teh daun ketumbar sahaja. Meminum teh daun ketumbar bertujuan untuk meningkatkan kesihatan juga. Ia juga amat mudah disediakan dan mempunyai banyak kelebihannya jika diamalkan sebagai minuman sihat meminum teh daun ketumbar setiap hari. Resepi ini menggunakan asas bahan-bahan iaitu 4-5 helai daun ketumbar, 1 bunga lawang, 1 secubit kunyit an 1.5 cawan air. Cara membuatnya dengan mendidihkan air dalam periuk dan selepas seminit maka boleh dimasukkan bunga lawang dan kunyit. Biarkan mendidih selama seminit kemudian masukkan daun ketumbar. Tutup dengan tudung dan biarkan ia masak selama 2-3 minit dan boleh dimatikan gas dan tuangkan ke dalam cawan. Ia juga boleh diminum dengan cara menambah pemanis semulajadi jika mahu. Meminum teh daun ketumbar masih kurang diamalkan di kalangan orang Malaysia agaknya.


Apakah dia asas kepada p
erbezaan Ketumbar Dengan Herba Lain sesuai di kongsikan. Jika membandingkan diantara Herba Parsley Vs Cilantro dilaporkan ada tiga (3) asas kelainan iaitu RUPA, RASA dan BAU. Dari segi rupa dilaporkan yang Parsley ialah tumbuhan kecil berwarna hijau gelap dengan daun kerinting, manakala daun ketumbar adalah hijau yang lebih cerah dan mempunyai penampilan yang lebih berbulu. Ciri kelainan lain iaitu Rasa dimana apabila bercakap tentang rasa didapati daun pasli lebih lembut daripada ketumbar. Ia juga mempunyai rasa sedikit berumput dengan sedikit kepahitan. Ketumbar segar, sebaliknya, mempunyai rasa yang kuat yang sesetengah orang menggambarkan sebagai 'sabun'. Akhirnya adlah perbezaan dari segi bau dimana daun pasli segar mempunyai bau yang ringan dan tanah manakala ketumbar segar boleh menjadi agak pedas. Seterusnya dibincangkan apakah dia berbezaan BIJI KETUMBAR dengan DAUN KETUMBAR secara betul. Apa pun dilihat dmana kedua-dua adalah berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Coriandrum sativum. Di Amerika Syarikat mereka menggunakan istilah 'ketumbar' untuk merujuk kepada daun dan batang tumbuhan manakala biji ketumbar merujuk kepada biji keringnya. Tetapi di peringkat antarabangsa dimana istilah itu diterbalikkan iaitu dengan ketumbar digunakan untuk daun dan batang dan biji ketumbar merujuk kepada benih keringnya. Ciri-ciri berbeza biji ketumbar dan ketumbar telah menyebabkan orang ramai menggunakannya secara berbeza dalam resipi masakan di seluruh dunia. Apa pun rasa citrus daun ketumbar yang mana ia menyegarkan telah menjadikannya sebagai hiasan biasa dalam masakan Amerika Selatan, Mexico, Asia Selatan, Cina dan Thai. Apa pun daun ketumbar segar yang penulis blog lihat di Asia dan Malaysia adalah ia biasanya ditambah sejurus sebelum dihidangkan disebabkan tambahan daunini adalah kerana ada panas haba didakwa ia boleh mengurangkan rasanya dengan cepat. Dalam dunia masakan sebenarnya daun dan biji eketumbar berlainan cara menggunakannya. Ini kerana kedua profil rasa yang berbeza dimana biji ketumbar dan daun ketumbar tidak boleh digunakan secara bergantian. Apa pun dilaporkan yang daun ketumbar mempunyai tahap vitamin yang lebih tinggi akan tetapi hanya ada tahap mineral yang lebih rendah. Sebaliknya dalam biji ketumbar dilaporkan ia mempunyai kadar vitamin yang lebih rendah akan tetapi lebih banyak mineral.


Penting mengetahui fakta bagaimana hendak menanam Ketumbar di dalam rumah sendiri yang sesuai di lakukan. Secara umum dimana tanaman ketumbar tumbuh subur dalam suhu antara 17° - 27°Celcius. Ketumbar lebih baik disemai terus dalam pasu daripada menanamnya dalam dulang benih dan kemudian memindahkan pucuk. Cara menanam ketumbar di bawah sinar matahari penuh dan tanah yang dikeringkan dengan baik dengan pH 6.2 hingga pH6.8. Taburkan biji ketumbar kira-kira setengah hingga satu inci dalam tanah. Jarakkan benih pada jarak kira-kira 6 inci. Tekan tanah di atas benih dan tutup dengan lapisan sungkupan halus setengah inci dan di siram air dengan teliti iaitu menyiram tumbuhan dalam tempoh kering. Pastikan anda tidak menyiram tanaman secara berlebihan untuk mengelakkan reput akar. Saliran tanah yang baik adalah penting untuk memastikan kesihatan akar yang sihat kerana ketumbar mempunyai akar tunjang yang dalam. Selalunya proses percambahan ketumbar mengambil masa sehingga 2-3 minggu. Ingatlah untuk menipiskan pokok muda pada jarak 20 cm untuk membolehkan mereka membesar dengan saiz penuh. Untuk memanjangkan penuaian ketumbar, kerap potong batang lembut, putar tanaman semasa anda menuai. Apa pun setiap kali hendak masak menu seperti Tomyam, sudah pastinya akan menggunakan daun ketumbar sebagai ‘penghias’ di waktu akhir supaya masakan menjadi wangi. Begitu juga dengan masakan lain khususnya Masakan Thai dimana penggunaan daun ketumbar sangat penting tetapi setiap kali nak masak mesti kena beli daun ketumbar yang baharu. Mudah untuk menanam pokok ketumbar ini di rumah dan ia tidak semestinya perlu membeli anak pokok untuk disemai, anda juga boleh menggunakan biji ketumbar untuk mencambahkan benih dan pokok. Mudah sahaja rupanya, jadi tak perlu lagi susah-susah nak beli daun ketumbar yang baharu setiap kali hendak masak. Apa pun bahan-bahan yang digunakan pun tidak susah. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil 1 gengam biji ketumbar dan direndam selama 5 jam. Kemudian bijji ini ditabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah kompos kalau di Malaysia. Apa pun lselepas buat batas sebaiknya benih jangan tekan ke dalam tanah dan perlu hanya ditabur. Kemudian diambil gengaman tanah lain tabur nipis sahaja untuk tutup lapisan atas dan kemudian siram. Terus meletak bekas tanaman ketumbar ini dalam kawasan ada cahaya  matahari selepas semai dan ia tidak perlu letak tempat redup. Perlu ingat dimana siram selalu kerana ketumbar suka air akan tetapi  jangan sampai air bertakung. Apabila tumbuh subur maka daun pokok ketumbar dan boleh digunakan dalam masakan.  Artikel ini adalah ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANYA KETUMBAR...SELALU DIGUNA...
PERASA MASAKAN... ENAKKAN CITARASA...
MEMANG MUDAH DI BELI...DIMANA SAJA...
TANAM SENDIRI... IA MUDAH CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1446H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.