Thursday, September 26, 2024

DAUN SALAM - APA FAKTA MENARIK

DAUN SALAM 
(Syzygium polyanthum) dari famili Lauraceae   atau mudahnya di kenali sebagai 'Bay Leaf' merupakan sejenis tumbuhan herba yang di gunakan sebagai ramuan yang menyedapkan makanan. Selalunya daun salam yang digunakan dalam masakan Melayu, masakan India dan juga dalam masakan Barat merupakan daun daripada 3 kumpulan tumbuhan berbeza. Namun daripada perbezaan ini dilaporkan dimana ada di antaranya yang boleh menggantikan antara satu-sama lain. Dalam pada itu difahammkan dimana spesis dari jenis ‘Indian bay leaf’ memang ia mempunyai ciri-ciri yang sedikit berbeza terutama dari segi aromanya. Pada penulis blog mendapati dimana daun salam atau bay leaf tidak sering ia digunakan seperti rempah-rempah atau herba yang lain akan tetapi selalunya ia hanya dicampurkan di dalam jenis masakan terpilih. Dalam kes lain sebenarnya ia sendiri tidak boleh dimakan namun kehadirannya di dalam masakan akan memberikan aroma yang menyedapkan kuliner tersebut. Ia boleh digunakan dalam bentuk segar mahupun diproses sebagai daun salam kering. Di pasaran dimana kebiasaannya daun salam ini boleh didapati di dalam bentuk kering dimana lazimnya ia dikeluarkan dari hidangan setelah hidangan iaitu setelah hidangan siap dimasak atau selalu ia diasingkan semasa makanan akan dihidangkan. Dalam beberapa rujukan yang di buat mendapati ada beberapa jenis daun salam yang berbeza dari segi taburan geografi serta jenis tumbuhan dimana ia dikaitkan dengan gelarannya seperti ‘bay leaf’ sendiri atau dikenali sebagai Bay Laurel (Laurus nobilis). Ia merupakan tumbuhan natif di kawasan Mediterranean dan didapati di kawasan-kawasan di Turkey, Utara Syiria, Selatan Sepanyol, Utara-tengah Portugal, Utara Morocco, Kepulauan Canary dan di Madeira. Manakala daripada kumpulan famili lain adalah jenis ang sama juga terdapat di kawasan-kawasan yang lain dimana ia kebiasaannya berbeza kerana memiliki bentuk daun atau aroma yang sama dengan jenis Laurus nobilis dimana antara contoh yang paling ketara adalah jenis California bay laurel (Umbellularia californica) yang juga merupakan dari family Lauraceae. Dari keluarga laurel sendiri terdapat beberapa lagi spesies yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana seperti ‘Cherry laurel’. Janis kedua yang juga dikenali sebagai ‘Indian Bay Leaf’ atau ‘Malabatrum’ (Cinnamomum tamala) yang juga merupakan dari famili Lauraceae. Indian bay leaf merupakan keluarga terdekat kepada pokok yang digunakan untuk menghasilkan kulit Pokok Kayu Manis atau Cinnamon (Cinnamomum verum). Jadi aroma yang dihasilkan daripada daun Indian bay leaf ini  juga adalah seakan-akan kulit kayu manis yang agak lemah. Dalam pada itu jenis 'Indonesian Bay Leaf’ atau penulis blog kenali ia sebagai Daun Salam (Syzygium polyanthum) adalah dari keluarga Myrtaceae dimana daunnya sering ada ianya digunakan dalam masakan-masakan Melayu dan kawasan serantau. Ia mempunyai pelbagai nama tempatan antaranya seperti daun serai kayu, samak kelat, manting, maselengan selain dikenali sebagai 'Daeng klua' di Thailand. Daun salam digunakan di sekitar kepulauan tanah Melayu dan juga bagi masakan di Thailand yang mana kawasan ini mempunyai ikatan kebudayaan yang kuat. Namun begitu ‘Indian bay leaf’ juga adakalanya digunakan kerana perpindahan budaya daripada migrasi dari negara India ke rantau ini yang ketara. Dalam pada itu uniknya ada satu lagi daun yang mempunyai kaitan terdekat dengan daun salam iaitu ‘West Indian bay leaf’ (Pimenta racemosa) dari keluarga Myrtaceae yang turut digunakan untuk membangkitkan aroma masakan. Ia juga turut digunakan untuk menghasilkan pati haruman dan huga produk wangian. Berbeza dengan daun salam biasa dimana jenis ini mempunyai bentuk daunnya iaitu hujungnya yang agak bulat. Ia juga kini turut ditanam di kawasan-kawasan lain termasuk Oceania. Nampaknya bukan hanya ada daun salam yang selalu kita kenali di Malaysia sahaja tetapi ada banyak lagi seperti dijelaskan diatas. Artikel pada tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta menarik mengenai daun salam untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Paling penting adalah mengetahui dan memahami akan apakan dia kegunaan Daun Salam. Pada penulis blog yang ada menanam sepokok daun salam didepan rumah memang sudah biasa dengan pokonya (Sila lihat foto paling atas sekali). Sebenarnya daun salam popular bukan sahaja kerana aroma yang dibangkitkan di dalam masakan malahan ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. 
Daun salam mudah digunakan dalam pelbagai masakan kerana ia tidak mengubah rasa masakan melainkan menambah aroma sahaja. Jadi ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan termasuk masakan jenis lemak, masak asam, tumis, kari, sup, nasi dan lain-lain jenis masakan. Jadi ia juga boleh dipadankan dengan bahan masakan seperti masakan ayam, daging, ikan dan sayuran. Apa pun dilihat penggunaan daun salam boleh disesuaikan dalam bentuk daun segar, daun kering mahupun serbuk daun salam yang telah dihancurkan dengan di kisar dahulu sebelum digunakan. Paling mudah adalah menyimpan daun salam kering yang tahan lama. Ini kerana lazimnya daun sakam ini cara penggunaannya ianya tidak dimakan bersama bahan makanan yang dimasak sebaliknya dikeluarkan sebelum makanan tersebut dihidangkan. Hasil kajian dilaporkan daun salam memang ia tidak memudaratkan sekiranya dimakan dimana didakwa yang pucuk muda daun salam juga biasa ia dijadikan ulaman yang dimakan bersama nasi. Apa pun selain digunakan untuk masakan dimana daun salam juga didakwa ia mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ia digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah berkaitan pernafasan seperti selesema dan batuk. Dalam kes atau masalah berkaitan pencernaan dilaporkan ia juga dapat membantu proses penurunan berat badan. Lain-lain khasiat kesihatan termasuk membantu mengubati masalah darah tinggi, mengawal masaalah kencing manis, meredakan stress, mencegah penyakit batu karang, membantu untuk dapat menguatkan jantung dan pelbagai lagi khasiat kesihatan. Dari aspek lain memang mudah untuk menanam sendiri pokok daun salam dirumah. Pergi sahaja ke nurseri dimana selalu akan ada anakbenih pokok daun salam yang dijual atau beli secara on-line sahaja.


Dalam membuat lebih pemahaman lagi mengenai pokok daun salam sebaiknya di rujuk beberapa maklumat tambahan. Ada maklumat yang dakwa p
okok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama dimana ada juga yang memanggilnya sebagai 'Pokok Serai Kayu' sebab ianya dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai tetapi dari pokok yang ada kayu. Ia dilaporkan mempunyai ciri seperti daun 'bayleaf' dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalam sos pasta atau pizza dimana daun salam ini juga selalunya ia digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara di Malaysia seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara. Memang mudah menggunakan daun salam ini memadai dengan memasukkannya kedalam kuali semasa memasak setelah dibasuh bersih (Sila lihat foto disebelah). Cara orang memasak rendang di banyak negeri mesti memasukkan sekali beberapa helai daun salam untuk menambahkan keenakan rasa dan aroma rendang tersebut. Bagaimana pun dikalangan maysarakat dunia dilihat mereka sebenarnya lebih mengenali akan Daun Bayleaf dari negara Mediterranean sahaja kerana ia banyak digunakan didalam makanan mereka yang juga sudah mendunia sekarang dimana sahaja. Tetapi sebaiknya jangan pandang rendah dengan Daun salam di sini atau boleh juga dipanggil sebagai 'Bayleaf Nusantara' dengan ada pelbagai khasiat yang baik. Jenis ini sesuai tumbuh dan mudah didapati di kawasan tropika ini. Ia sesuai diambil kerana khasiatnya baik kepada pesakit yang ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan. Cara mengambilnya juga mudah iaitu dengan membuat air rebusan sebagai minuman teh dimana diambil beberapa helai daun salam dan kemudian rebus dengan air sampai separuh dan suam panas boleh diminum. Boleh juga menggunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Dilaporkan dimana bagi sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Jika ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Paling terkini dilaporkan mereka yang ada ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema maka diamalkan dengan cuba melumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut dan ianya boleh dirawat.


Dalam pada itu lebih baik mengenai beberapa jenis pokok daun salam dimana di Malaysia Pokok Salam ini dari jenis Syzygium polyanthum iaitu ia adalah adik beradik kepada buah-buahan nadir seperti jambu mawar (Syzygium jambos) dan jambu bol (Syzygium malaccense). Buahnya yang kecil-kecil mirip kepada jambu apabila ranum berwarna merah juga boleh dimakan dan manis rasanya. Apa yang banyak dibincangkan dimana persoalan timbul adalah a
pakah khasiat daun Salam kepada kesihatan. Khasiat dan kebaikan daun salam yang kandungan nutrisi dan kompaun sihat memang ada testimoni yang di tuliskan. Walaupun daun salam ini sering digunakana di dalam masakan namun ianya sering dibuang terlebih dulu dari makanan sebelum hidangan makanan tersebut dimakan. Kajian makmal menyatakan dimana kandungan nutrisi yang terdapat di dalam satu sudu kecil daun salam yang telah dihancurkan (0.6 gram) terdiri dari sebanyak 2kcal kalooti, 0.4g karbohiderat, 0g protin, 0g lemak dan juga ada komponen berkhasiat lain. Antara komponen adalah Flavanoid, Tannin, Eugenol, Asid sitrik, Alkaloid, Triterpenoid dan Minyak pati. Selain itu dilaporkan dimana ia turut mengandungi polifenol yang bersifat antioksidan. Apa pun sebenarnya kewujudan komponen minyak pati yang ada di dalamnya memberikan aroma dan bau bagi daun salam. Dalam beberapa laporn di dakwa ada 10 khasiat Daun Salam kepada kesihatan. Pertama adalah ia memperbaiki paras kolesterol darahKolesterol di dalam darah kita oleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kolesterol baik iaitu HDL dan kolesterol yang tidak baik iaitu LDL dan TG. Satu kajian telah dijalankan keatas sukarelawan yang sihat untuk mengkaji kesan pengambilan teh daun salam selama 10 hari ke atas paras kolesterol di dalam darah. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan teh daun salam dapat meningkatkan paras HDL secara signifikan. Terdapat juga penurunan di dalam paras LDL dan TG namun penurunan ini adalah tidak signifikan. Namun begitu, lebih banyak kajian yang diperlukan untuk menyokong kajian ini. Kedua dimana daun salam mampu memperbaiki paras gula di dalam darah dimana masaalah diabetes atau dikenali sebagai kencing manis merupakan sejenis penyakit di mana paras gula di dalam darah menjadi tinggi dan melebihi paras normal. Satu kajian terhadap pesakit diabetes telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian daun salam ke atas kesihatan pesakit diabetes. Kajian ini mendapati bahawa pemberian daun salam sebanyak 1, 2 dan 3g dapat menurunkan paras gula di dalam darah mereka. Kehebatan ketiga dimana daun salam mampu untuk memperbaiki luka dimana selalunya proses untuk  penyembuhan luka merupakan salah satu proses yang akan dilakukan oleh tubuh badan kita ketika berlakunya luka untuk melindungi tubuh kita dari serangan mikroorganisma luar. Kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak daun salam ke atas penyembuhan luka haiwan di dalam kajian. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun salam mempunyai potensi untuk memperbaiki luka walaupun kesan yang ditunjukkan hanyalah sederhana.


Seterusnya yang ke 4 adalah daun salam sesuai untuk r
awatan cirit birit kerana ia dikatakan telah digunakan secara tradisional untuk merawat masalah cirit birit. Oleh itu untuk mengkaji hal ini, kajian telah dijalankan untuk melihat kesan ekstrak daun salam di kalangan haiwan. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun salam mempunyai sifat anti diarrhea (cirit-birit). Ke lima dimana daun salam mampu untuk ia mengurangkan paras enzim ureaseEnzim urease merupakan sejenis enzim yang diperlukan oleh bakteria H. pylori untuk menghasilkan perlindungan daripada asid perut. Aktiviti enzim urease ini juga akan menyebabkan penghasilan batu karang. Daun salam merupakan antara tumbuhan herbal yang didapati dapat mengurangkan kadar aktivit enzim urease sekaligus dapat mencegah batu karang. Seterusnya ke enam dimana daun salam yang bersifat anti epilepsi iaitu sejenis gangguan pada saraf otak di mana ianya mengeluarkan isyarat yang tidak normal. Dikatakan minyak pati daun salam mempunyai sifat anti epilepsi kerana kandungan komponen seperti bahan methyleugenol, eugenol dan pinene yang terdapat di dalam minyak patinya. Namun begitu lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menyokong kajian ini. Ke tujuh dimana daun salam mampu melindungi hati terutama bagi mereka yang mempunyai masalah hati, paras ALT, AST, ALP dan bilirubin akan menjadi sangat tinggi dan melebihi paras normal. Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian esktrak metanol daun salam keatas kerosakan hati yang disebabkan oleh parasitamol. Apa pun dilaporkan pemberian ekstrak ini didapati dapat mengurangkan paras ALT, AST, ALP dan bilirubin. Hal ini menunjukkan bahawa daun salam berpotensi untuk mencegah kesan toksik yang dapat merosakkan hati. Ke 8 dimana daun salam yang bersifat anti bakteria sememangnya berkesan untuk mencegah aktiviti termasuk bakteris jenis Staphylococcus aureus. Ke 9 dimana daun salam mempunyai ciri bersifat anti radang atau anti inflamasi di mana ekstraknya ditemukan dapat menyekat penghasilah IL-6 dan ekspresi protein COX-2 dimana kandungan sesquiterpene di dalam ekstraknya juga merupakan komponen yang bertanggungjawab ke atas sifat ini. Akhir sekali dimana khasiat daun salam adalah ia mampu untuk melindungi perut. Hasil kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan biji pokok daun salam ke atas ulser perut di kalangan haiwan kajian yang mendapati bahawa pemberian ekstrak ini menghasilkan kesan ulserogenik (anti ulser) ke atas haiwan terbabit. Semuga artikel panjang ini mampu memberi penjelaskan beberapa fakta menarik mengenai daun salam untuk difahami pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN SALAM...ADA BANYAK JENISNYA...
ENAKANAN MAKANAN...SEMUA SAMA..
MUDAH DITANAM... SENANG DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL... MUDAH FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.