Sunday, August 11, 2024

TANAM INDIGOFERA - FAKTA DI MEDIA (Part 2)

TANAMAN INDIGOFERA
merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam daripada keluarga Fabaceae atau pun dalam kategori Legume atau kekacang yang mudah di tanam. Apa pun spesis Indigofera zollingeriana adalah spesis tanaman ini yang banyak di tanam di Malaysia dan Indonesia serta di beberapa negara ASEAN yang lain untuk di jadikan makanan ternakan terutama ternakan pelbagai jenis. Dilaporkan dimana tumbuhan jenis Indigofera mempunyai sekitar 700 spesies lebih dimana ada beberapa spesis di kawasan Asia Tenggara yang sudah pun di komersialkan. Tanaman ini berasal dari tropika seperti di kawasan Afrika, Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan dimana ia kemudian menyebar keseluruh zon kawasan kering seperti di Afrika, Asia dan masuk ke Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Indonesia sekitar tahun 1900-an oleh penjajah kolonial. Secara agronomi apa yang penulis blog tahu dimana tumbuhan Indigofera sp. merupakan tumbuhan dari keluarga leguminosa yang toleran terhadap keadaan yang kekeringan dimana ia juga adalah tanaman tahunan yang mampu berhasil selama 25 tahun. Tanaman ini sangat mudah dibiakkan dan di usahakan sebab mampu untuk ia menghasilkan potensi hasil yang tinggi untuk menghasilkan buah lengai atau polong dan biji benih yang sangat bernas. Di kalangan penternak mereka tahu dimana tanaman Indigofera sp. adalah merupakan jenis tanaman ini berpotensi tinggi sebagai sumber makanan ternakan berkualiti sebab ianya dilaporkan ia mempunyai protein dan tenaga yang tinggi untuk membantu bagi meningkatkan produktiviti ternakan haiwnan ruminan yang di pelihara. Apa pun dilaporkan dimana disamping dijadikan sebagai sumber makanan ternakan dimana tumbuhan Indigofera sp. adalah tanaman yang ada banyak kegunaan atau fungsi antaranya termasuk sebagai bahan pentinf atau sumber pewarna biru untuk kain (warna nila) serta boleh di proses menjadi sejenia ubatan tradisional, bahan anti-mikrobe, menjadi baja organik hijau dalam sistem pertanian yang ditanam berasaskan padi. Ia juga ditanam untuk dijadikan sebagai tanaman penutup bumi (covercrop) serta ia mempunyai ciri tumbuhan herba antaranya spesis Indigofera spicata dan spesis Indigofera astragalina. Dalam pada itu ada jenis tumbuhan ii yang mempuntau jenis perdu atau batang yang sesuai untuk landskap seperti spesis Indigofera tinctoria, Indigofera natalensis dan juga Indigofera australis. Tumbuhan ini dapat dibiakkan melalui bahan biji benih atau pun keratan batang dimana ianya adalah bergantung dari spesies. Penulis blog dapati kaedah pembiakan atau penanaman dengan kaedah menggunakan bahan biji benih adalah ia relatif mudah dan cepat. Dalam pada itu spesies yang dapat ditanam dengan biji maupun keratan batang adalah dari spesis Indigofera picata dan juga spesis Indigofera arrecta. Sedangkan spesis yang sesuai dibiakkan dengan keratan batang adalah spesis Indigofera suffructicosa dan Indigofera hirsuta. Di Malaysia suah ada beberapa kajian dilakukan terhadap tanaman ini akan tetapi masih belum banyak ianya di perluaskan penanamannya tidak seperti di negara jiran Indonesia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai info agronomi tanaman Indigofera dipetik dari beberapa media lokal dan dari Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan bagi semua pembaca blog ini.


Dalam kompas.com juga dilaporkan '
Keuntungan Menanam Indigofera, Batangnya buat Biomassa, Daun untuk Pakan Ternak dan Pewarna Batik' sesuiai di tulis semula. Kisah di petik daripda Yogykarta dimana sebanyak dua kelurahan di Gunungkidul, Yogyakarta iaitu di Kelurahan Gombang dan Karangasem menjadi 'pilot project' program CSR Desa Berdaya Energi. Kedua wilayah itu menjadikan jenis tanaman ekosistem biomassa sebagai bahan asas alternatif pengganti kepada perlombongan arang baru. Berbagai tanaman yang dapat dicadangkan menjadi biomassa pengganti arang batu seperti Kaliandra Merah, Gmelina, Gamal dan Indigofera. Hasilnya hanya tanaman yang paling berjaya berikan hasil adalah Indigofera lantaran kemarau cuaca berkepanjangan yang melanda sejak setahun lalu. Dilaporkan yang kelebihan Indigofera selain ia boleh menjadi bahan makanan ternakan (pakan ternak) dimana ia juga boleh dijadikan sebagai bahan pewarna terutama kain batik. Dan harganya pula kalau ianya dijadikan produk ini cukup mahal. Menurut petani bernama Mamit Setiawan dimana bagi pewarna batik ini jika pokoknya sudah besar dan batangnya ini sudah tinggi maka tumbuhan ini sesuai untuk ia digunakan sebagai produk biomassa (Sila lihat foto disebelah). Pokok dan dahannya akan ditebang dan diproses dijadikan sawdust (serbuk gergaji). Projek ini dimulakan pada awal 2023 dengan tujuan mencapai sasaran zero emisi atau 'Net Zero Emission (NZE)' pada tahun 2060. Target asal dimana ia mampu menghasilkan 300 tan biomass setahun dari bakal ditanam 50,000 pokok biomass. Dilaporkan dimana kerja penanaman dilakukan setelah menuai sekitar 100,000 pokok dalam fasa pertama. Sudah ada 50,000 pokok baru sahaja di tanam yang mampu hasilkan 300 tan bahan biomass dalam setahun di masa akan datang. Penglibatan kaum ibu dilihat ianya akan menjadikan daun tanaman biomass ini sebagai bahan asas dalam pewarnaan batik atau ecoprint. Masa ini dilaporkan ecoprint ini sudah berjalan seperti dirancang dimana peserta laporkan masih kekurangan infra iaitu pusat pemprosesan di lapangan. 
Apa pun masa ini lokasi penanaman dan pusat ini di usahakan dalam satu kawasan tanah milik iaitu Sultan Hamengkubuwono X iaitu tanah seluas 6 hektar. Bagi menambah luaskan boleh di lakukan sebab ada banyak kawasan tanah kosong yang segera ditanam dengan anakbenih tanaman biomass ini.


Dalam portal liputan6.com dilaporkan domana '
Budidaya Indigofera Hasilkan Pemasukan Minimal 2.8 Juta sebulan' wajar dikongsikan. Penanaman Indigofera dilaporkan ia mampu memberikan nilai penghasilan bagi petani berkisar iaiyu sekitar Rp 2.8-3.6 juta/ha/bulan (RM785 - RM1,009 sebulan). Makanan ternakan ini  merupakan komponen penting dalam sistem penghasilan ternakan sebab ia merupakan komponen kos pengeluaran sehingga 70% dari keseluruhan jumlah kos ternakan. Tingginya biaya ini dalam bidang ternakan ruminan merupakan berpunca dari sistem penyediaan pakan ternakan yang tidak efisien dan mengguunakan bahan  pakan jenis konsentrat yang berasal dari biji2an, bijirin dan dari sisa dari sekktor [ertanian yang mana penggunaannya semakin luas bukan saja untuk pakan ternakan akan tetapi dalam industri lainnya. Konsentrat ini semakin hari semakin mahal kos membelinya dan relatif susah di beli oleh peternak. Apa pun penulis blog yang dua kali ke Institut Pertanian Bogor diman sejak 2009 saintis Prof. Luki Abdullah telah berjaya untuk mengembangkan konsep baru penyediaan makanan ternakan menggunakan konsentrat Hijau dari Indigofera. Apa pun sebenarnya 'Konsentrat Hijau' bermaksud dengan bahan pakan atau pakan ternakan samaada  secara tunggal maupun campuran yang memiliki nilai gizi tinggi yang berasal daripada bahan asas hijauan tumbuhan. Spesis Indigofera zollingeriana merupakan tanaman legume yang memiliki kandungan protein tinggi iaitu sekitar 25-31%, TDN minima adalah sebanyak 70% dengan tingkat atau tahap pencernaan ternakan dengan guna bahan kering adalah sekitar 75-78%. Tanaman ini mudah untuk di tanam dan dijaga mampu tumbuh dengan baik hingga ketinggian 1,200 m dari paras laut, ia juga mudah untuk dapat menghasilkan benih sehingga mudah dibiakkan. Timbuhan indigoferran dilaporkan ia mempunyai siste pengakaran dalam dan dapat mempertahankan kesuburan sehingga sangat sesuai untuk kes konservasi kebun, cepat di tuai iaitu hanya sejak tanam hanya 4 bulan. Selain itu Indigofera juga dapat dipanen setiap 40-60 hari sekali apabia penghasilan hijauan segar tinggi 10-20 tan setiap kali menuai dapat digunakan untuk berbagai ternakan termasuk Lembu, Kerbau, Kuda, kambing, bebiri, arnab dan jenis ternakanunggas. Ia didakwa  sangat baik untuk meningkatkan produksi dan kualiti daging, telur dan susu serta menghasilkan produk bahan makanan ternakan yang sihat sebab rendah kolesterol dan kandungan vitamin lebih tinggi. Penggunaan bahan konsentrat hijau berasaskan dari tanaman Indigofera cepat merebak di Indonesia sebab ramai kalangan peternak sudah merasakan manfaatnya terhadap tanaman ini dan menjimatkan kos pengeluaran makanan ternakan sehingga 41%. Selain itu Indigofera juga dapat menjadi bidangusaha baru bagi petani dan peternak yang dapat meningkatkan pendapatan mereka. Kajian mendapati dimana tanaman Indigofera dapat dalam memberikan penghasilan berkisar Rp. 2.8- 3.6 juta/ha/bulan dari usaha daun hijauannya. Selain itu usaha pembenihan dan pengeluaran biji benih Indigofera juga menjadi satu usaha baru yang didakwa agak menggiurkan sebab kini harga bijibenihnya adalah lumayan ekonomik dan dimana jumlah permintaannya semakin banyak. Maklumat dari pemantauan oleh pihak Prof Luki sejak tahun 2015 lalu menunjukkan iaitu tingginya kos bahan animo dalamusaha peternakan terhadap Konsentrat Hijau Indigofera berbanding dengan persepsi meningkatkan atau mempertahankan produksi dengan biaya pakan lebih murah sekarang.


Dalam portan kontan.co.id.com dilaporkan dimana '
Memetik untung indigofera, sumber protein bagi haiwan' sesuai di kups dan ditulis semula. Portal in laporkan dimana tanaman Indigofera alias 'Tarum' yang awalnya hanya dianggap sebagai tanaman liar namun kini tarum menjadi buruan ramai penternak dan petani. Meraka kini tahu jika usahawan batik juga akan menggunakan indigofera sebagai pewarna alami. Selain itu, tanaman ini juga mengandung protein tinggi yang banyak dimanfaatkan sebagai pakan ternak terutama kambing dulua akan tetpi terkini ia diberikan oleh peternak unggas (ayam itek) dengan yang memberi makan peliharaannya dengan bahan dari tanaman indigofera. Disebeban terkenal maka pokok 'tarum' kini semakin luas ditanam di Indonesi. Menurut pengusaha bernama Christian Priangga Bayu dimana dilaporkan dia sudah menanam tarum sejak 15 bulan lalu di Yogyakarta. Adalnya dia cuma menanam tarum untuk hanya kegunaan pakan ternaknya sebab dia memelihara 200 ekor kambing. bagaimana pun kemudian jumlah permintaan terus meningkat dimana dia juga menjual benih indigofera. Dia yang menyediakan ratusan pokok induk menjadi benih indigofera yang dijualnya lebih dari 200 polibag setiap bulan. Harga jualan anakbenih indigofera dalam polibeg sekitar  Rp 3,500 sepokok untuk benih setinggi 35 cm dan Rp 6,000 sepokok bagi benih tanaman yang sudah mencapai tinggi satu meter. Dalam sebulan dia dakwa jumlah penjualan encapai 500 pohon sampai 1,000 pokok yang dijual di sekitar Yogyakarta dan Jawa Tengah dimana ada pembeli benih indigofera yang datang dari luar Jawa. Ada yang datang dari Sulawesi, Sumatra sehingga dari Kalimantan. Dia mengirimkan pesanan benih tarum menggunakan perkhidmatan pos kargo. Apa pun dakwanya tanaman ini tergolong tanaman sangat lasak. Dalam kes lain bagi petani bernama Nur Sigit Satoto berasal Semarang, Jawa Tengah ada mengaku sudah menanam pokok ini sejak 2015 lalu di Desa Candirejo, Kecamatan Tuntang, Kabupaten Semarang, Jawa Tengah. Sigit hanya memiliki sekitar 100 pokok indukan indigofera dimana benihnya sudah sedia dijual berjumlah sekitar ratusan benih dengan anggaran ketinggian tanaman 50 cm. Sigit menjual benihnya sekitar Rp 2.500 per polibag. Dalam sebulan dia mapu mengedar dan menjaul sekitar 100 pokok anakbenih. Pembelinya pun beragam, tidak hanya perserorangan tapi juga kelompok tani dan ternak yang berada di Jawa Timur, Jawa Tengah dan Jawa Barat. Tanaman ini memang banyak dimanfaatkan sebagai pakan ternak karena mempunyai kandungan protein yang tinggi sesuai diguna sebagai pakan ternak dapat membuat biaya operasional lebih efisien. Dia dakwa para peternak tidak perlu lagi membeli pakan dari kiang komersial juga dengan kandungan protein tinggi. Sigit cukup menggunakan truk untuk mengirimkan benih tarum dimana jika ada konsinan dalam jumlah banyak semua abakbenih dalam polibag akan disusun rapi dalam kotak. Jika masa bagi perjalanan terlalu lama maka lazimnya benih tanaman akan disiram untuk menjaga kesegaraannya. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN INDIFERA... APA BENDA....
SUDAH POPULAR... DI INDONESIA...
MAKANAN TERNAKAN...RUPANYA...
BACA  ARTIKEL... INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.