Saturday, August 24, 2024

SEPERTI MENJILAT KELUAN BAGAI KERBAU

Menarik untuk memahami peribahasa lama iaitu 'MENJILAT KELUAN BAGAI KERBAU' dimana mungkin agak ramai kalangan pembaca etia blog ini yang tidak pernah lagi dapat mendengarnya. Penulis blog pun mula-mula menemui peribahasaini agak kurang faham dengan satu perkataan iaitu 'Keluan'. Kemudian merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) dimana di jelaskan yang maknanya adalah 'Tali yang dicucukan pada hidum kerbau atau hidung lembu'.  Dalam membuat rujukan dilaporkan dimana fungsi Keluan atau 'Keluh' ini adalah untuk menjinakkan kerbau atau lembu yang banyak tingkah atau kelkuan tidak menentu. Sebenarnya tali keluan ini apabila ia di tarik maka ia akan memberikan rasa sakit pada hidung ternakan yang di perlihara untuk bergerak. Sebenarnya teknologi ini oleh kebanyakan penternak kerbau dan lembu secara tradisional yang ada di kampong sejak dulu kala disebabkan cara ini akan menghadkan haiwan tersebut mudah di kawal dan tidak merosakkan kebun stau sawah orang lain di kampong. Ada banyak kes pergaduhan di kalangan masyarakat kampong berpunca dari ternakan yang merosakkan tanaman. Apa pun cara ini dilihat ia berbeza dengan menjaga ternakan di luar negera secara komersil dan besar-besaran yang khusus dipelihara dengan tujuan disembelih dan diambil susunya. Lembu atau kerbau mereka aan dilepas bebas di padang raguta atau padang rumput luas untuk makan. Kelainan disana dimana bulan hidung yang di tebuk sebaliknya telinganya akan di tebuk untuk di buat tagging (ID pada haiwan tersebut). Memang selalu kita melihat dimana penternak kerbau terutamanya akan mengheret kerbaunya dari tali yang diikat [ada hidungnya dan kerbau tersebut menurut sahaja. Sebelum ini ada saya menulis satu peribahasa berkaitan kerbau iaitu 'Seperti Lembu di Cucuk Hidung' yang boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini) untuk membacanya. Sebenarnya kiasan tersebut tidak sama makna dengan kiasan ini dimana dulu ia berikan makna dimana 'Orang yang selalu menurut kemanhuan orang lain'. Bagi peribahasa ini pula memberikan makna iaitu 'Sangat kecewa kerana tidak sampai maksudnya' atau dalam makna lain sebagai 'Seseorang yang sangat kecewa kerana tidak tercapai yang diharapkan'. Dalam masyarakat umum di Malaysia memang selalu berlaku insiden orang yang akan kecewa kerana tidak mendapat apa yang di harapkan. Sebagai contoh keluarga atau ibubapa ung sudah ada 4 orang anak perempuan akan tetapi anak kelima yang di lahirkan perempuan juga menjadikan ibubapanya rasa kecewa. Artikel pada petang khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kaitan peribahasa ini dalam aspek pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog Haiwan Kerbau (Bubalus bubalis) merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara, dan China dimana ia merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesieskerbau sudah ada ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau Balkan, Mesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau menanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal.


Dalam kosmo.com di laporkan kisah '
Hidung kerbau berair, najis berdarah' yang cuba dikaitkan dengan artikel ini. Banyak media lokal laporkan jika kerbau-kerbau di sana kelihatan lemah, hidung berair dan najis berdarah sebelum ditemui mati bergelimpangan keesokan paginya. Seorang remaja Muhammad Syukur Khamis (15) yang ciral dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ dalam keadaan sugul mengenai 36 kerbau peliharaan bapanya yang mati mengejut akibat penyakit Hemorrhagic Septicemia atau hawar berdarah di Kampung Kubang Bujuk. Apa pun pelajar tingkatan tiga idakwa hatinya luluh apabila kerbau-kerbau peliharaan bapanya yang berusia antara dua hingga lima tahun itu mati. Pada mulanya empat ekor mati diikuti kerbau-kerbau lain termasuk 11 ekor pada hari ini (semalam). Dia redho tetapi dalam hati amat sedih sebab menganggap kerbau-kerbau ini seperti sahabat sendiri kerana sudah menjaganya sejak saya berusia enam tahun. Apa pun dia kini tidak pergi ke sekolah sejak Rabu lalu kerana fikirannya runsing memikirkan nasib me­nimpa kerbau-kerbau itu. Dia berharap agar penyakit tersebut tidak akan menjangkiti tiga kerbau kesayangannya iaitu Semek, Tokol dan Along yang kesemuanya berusia kira-kira dua tahun dan hanya mampu berdoa ­tiada lagi kerbau peliharaan kami mati selepas ini. Bapanya dakwa ini kali pertama dia mengalami kejadian sebegini sejak lebih 50 tahun mengembala kerbau. Jumllah kerugian yang saya alami setakat ini dianggarkan hampir RM200,000 dimana walaupun perit dia anggap ini ujian buat mereka  sekeluarga dan sebagai asam garam sebagai ahli penternak kerbau. Dia difahamkan sampel darah haiwan yang mati itu telah dibawa pegawai Jabatan Perkhid­matan Veterinar untuk dianalisa dimana berita musibah menimpa keluarga Muhammad Syukur mendapat perhatian sebahagian peminatnya yang menziarahinya di kandang kerbaunya untuk melahirkan rasa sedih. JPV dakwa setakat ini ada 22 ekor kerbau dan 15 lembu telah disahkan mati akibat penyakit itu  sebelum dapat dikawal. Pihak JPV sudah memberi suntikan vaksin terhadap 675 lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak di 12 kampung di kedua-dua daerah terbabit. Haiwan ternakan itu juga tidak dibenarkan dipindahkan ke lokasi lain bagi mengurangkan risiko penularan wabak hawar berdarah. Bagi budah seperti Syukur mula terkenal sejak awal tahun lalu selepas gambarnya bermesra dengan sekumpulan kerbau sering memenangi anugerah fotografi antara bangsa termasuk yang terbaharu Imej Asia 2020 bagi bulan Ogos bagi kategori Orang/Jalanan oleh Asian Geographic.


Menarik kisah dari luar negara (so called modern society) bertajuk '
Seperti Lembu dicucuk hidung' iaitu menyamai dengan 'seperti menjilat keluan bagai kerbau' sahaja kisahnya. Dalam dunia sekarang dimana sudah banyak NGO-NGO yang memperjuangkan kebajikan haiwan dimana isu kerbau da lembu di cucuk hidung dianggap 'zalim'. Bagaimana pula aktiviti ada ramai orang yang menebuk dan mencucuk hidung pula sebagai satu kebudayaan atau satu fesyen. Sudah ramai mereka yang mana membuat lubang di hidungnya dan di pasang dengan logam sama ada dengan emas, tembaga atau sebagainya tetapi ia tidak sama dengan maksud peribahasa kita 'Seperti menjilat keluan bagai kerbau'. Bagaimana bagi stylist dan fesyen ini mungkin jika dia tidak dapat menebuk dan mencucuk hidungnya makan kemungkinan mereka akan kecewa.... Sejak dahulu penternak di Asia sudah melakukan mamasang tali pada hidung kerbau dan lembu sebagai satu kaedah untuk mengawal pergerkannya. Ini kerana setelah di tarik maka kerbau dan lembu akan kesakitan dan akan mengikut sahaja apa kata tuannya dan akan menurut semua perintahnya. Bagi kalangan penternak okal dimana teknik ini adalah salah satu cara terbaik untuk menguasai yang lemah apatah lagi kalau yang dikuasai itu sejenis haiwan besar, kuat, kurang berakal (bahasa lain 'bodoh') dan juga mudah untuk mengawalnya. Apa pun kalangan penternak mereka hendak mempastikan yang haiwan ternakannya tidak merayau-rayau kekebun orang yang akan menjadi punca pergaduhan. Ini kerana kerbau dan lembu liar akan bergerak cepat memakan rumput dan taam-tanaman dengan kuantiti yang banyak. Kerbau akan lebih banyak makan berbanding lembu. Ada kiasan dimana haiwan ternakan kerbau dan lembu akan mengikut sahaja kalau sudah di cucuk hidung bagaikan 'kalau di baga ke rumput dan suruh makan, aku makan; kalau dibawa keparit berair suruh minum, aku minum dan yang penting Aku Kenyang'. Kerbau yang kuat makan akan cepat membesar dan boleh dijual atau disembelih untuk dagingnya. Ada yang suka berkelakar dimana sebenarnya kerbau dan lembu yag di cucuk hidung ini sebagai 'haiwan bijak' kerana ia lebh terjaga oleh tuannya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENJILAT KELUAN...KERBAU IBARATNYA...
TIDAK CAPAI HAJAT... RASA AMAT KECEWA...
PERIBAHASA LAMA... MASIH RELEVAN DIA...
KERBAU SEMAKIN MAHAL...JARANG JUMPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.