Saturday, August 17, 2024

SEPERTI KERBAU MENANDUK ANAK

Peribahasa 'SEPERTI KERBAU MENANDUK ANAK' adalah satu peribahasa lama yang menggunakan haiwan kerbau sebagai kiasannya. Haiwan kerbau merupakan sejenis haiwan yang sangat sayangkan anaknya dan menjaganya dengan baik daripada ancaman serta sentiasa memberikan susu kepada anaknya (Sia lihat foto diatas)
Dalam membuat beberapa rujukkan dimana sebenarnya peribahasa ini adalah pajang iaitu 'Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya' yang membawa maksud iaitu sebagai 'Menghukum anak ialah untuk memperbaiki kelakuannya, bukan untuk menyeksa' atau makna dalam rujukkan lain mana sebagai 'menggambarkan keadaan hanya pura-pura sahaja ataupun tidak dengan sungguh-sungguh'. Kalau dalam bahasa mudah iaitu ibu kerbau hanya menanduk anaknya sebagai tanda 'kasih sayang' sahaja dan bukan perbuatan menghukum sebenar. Kerbau adalah haiwan yang menyusukan anaknya dimana anaknya yang sebenarnya menanduk-nanduk tetek ibunya untuk menyedut susu. Apa pun menarik dikongsikan info saintifik bagaimana kerbau apa yang penulis blog rujuk ia menyumbangkan 72 juta tan susu dan 3 juta tan daging setahun kepada bekalan makanan dunia. Dalam pada itu dilaporkan yang kebanyakan daripada susu dan daging kerbau adalah untuk pasaran domestik dan pasaran eksport daripada negara yang banyak menternak kerbau seperti India, Pakistan dan China.  Di India dilaporkan dimana ternakan kerbau sungai dibela khas untuk khusus bagi pengeluaran susu daripada pengangkutan dimana kerbau paya dibela khas untuk pengangkutan daripada susu. Apa pun sebenarnya Malaysia mengimport banyak daging kerbau dari India kerana bekalan daging tempatan tidak mencapai SSL. Dilporkan dimana susu kerbau (buffalo milk) mengandungi ciri-ciri fizikokimia yang berbeza daripada spesies ruminan lain diantaranya dimana segi kandungan asid lemak dan protein yang lebih tinggi. Susu kerbau paya dan kerbau sungai ada bezanya dari segi fizikal dan kimia dimana ia dikaji didalam makmal. Susu kerbau lebih tinggi kandungan jumlah pepejal, protein mentah, lemak, kalsium dan fosforus, serta kandungan laktosa yang lebih tinggi sedikit daripada susu lembu. Tahap jumlah pepejal yang tinggi menjadikan susu kerbau sesuai untuk diproses kepada hasil tenusu tambah nilai seperti keju. Kandungan Asid Linoleik Berkonjugat (CLA) dalam susu antara 4.4 mg/g lemak pada bulan September hingga 7.6 mg/g lemak pada bulan Jun. Perubahan musim dan genetik mungkin mempengaruhi variasi tahap CLA susu kerbau dan perubahan dalam komposisi kasar susu kerbau. Sebenarnya kejadian kerbau menanduk anaknya agak jarang dapat dilihat dan kalau berlaku juga dianggap sebagai kerbau bermain sahaja. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technolgy" saya kupas peribahasa lama 'Seperti Kerbau Menanduk Anak' untuk di analisa dari segi teknikal pertanian sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Haiwan Kerbau
(Bubalus bubalis) merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara, dan China dimana ia merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesieskerbau sudah ada ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau Balkan, Mesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau enanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau DIcucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal.


Dalam portal hmetro.com menarik kisah '
Kerbau kerdil pikat hati' untuk di kongsikan dalam membincangkan peribahasa ini. Kerbau Kerdil adalah unik dan menarik perhatian ramai. Kasih sayang pemilik terhadap haiwan cukup luar biasa hingga menjadikan 16 spesies haiwan sebagai peliharaan. Apa pun dilaporkan ada koleksi terbaharu haiwan kesayangannya ialah empat kerbau kerdil yang berasal dari Afrika. Bagi Mohd Redzuan Abdullah Zawawi (40) dia mendakwa walaupun kerbau kerdil bukan tergolong sebagai haiwan peliharaan, tetapi kecomelan kerbau itu memikat hati untuk memilikinya. Pada mulanya dia hanya memiliki tiga kerbau kerdil dewasa iaitu seekor jantan dan dua betina dua tahun lalu. Salah seekor kerbau kerdil betina bunting dan melahirkan seekor anak kerbau jantan 10 hari lalu, menjadikan keseluruhan kerbau kerdil peliharaan empat ekor. Dia membeli kerbau kerdil ini daripada kenalan di Pulau Pinang dengan tujuan menjadikan sebagai haiwan peliharaan dimana kini menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang berkata, fizikal kerbau kerdil sama seperti kerbau biasa yang kulitnya berwarna hitam, bertanduk panjang akan tetapi saiznya lebih besar daripada kambing dewasa. Satu lagi sifat kerbau kerdil ini ialah jinak dengan manusia dan mudah didekati. Rutinnya bersama haiwan ini ialah memberikan makanan palet dan rumput pada sebelah pagi. Selepas itu dia dakwa rutin melepaskan tiga kerbau kerdil dewasa ke kolam berhampiran untuk berendam dalam lumpur. Selalunya pada sebelah petang akan mengambilnya pulang untuk dimandikan dan diberikan makanan sebelum dimasukkan semula dalam kandang. Anak kerbau dikurung dalam kandang dan tidak berendam dalam lumpur kerana masih kecil. Hanya dibawa kepada ibunya untuk menyusu. Anak kerbau kerdil masih bergantung kepada susu ibu sepenuhnya dan belum boleh makan makanan pepejal atau rumput. Pada sekarang dia lebih banyak meluangkan masa dengan anak kerbau kerdil dan melatihnya untuk lebih jinak kepada manusia. Tiga kerbau kerdil dewasa ini juga mesra dengan manusia, cuma saiznya agak besar untuk orang bermesra dengannya. Dilihat dimana walaupun bersaiz kerbaunya kerdil, tetapi kerbau dewasa ini boleh ditunggangi diana dia memberikan layanan kepada kerbau seperti anak sendiri dan ingin menunjukkan bahawa haiwan ini turut memerlukan kasih sayang. Kalau sebelum ini kerbau sering dizalimi dan dipaksa bekerja berat di bendang dimana kerbau kerdil adalah haiwan peliharaan paling mudah dijaga berbanding spesies kesayangan miliknya yang lain. Selalunya haiwan ini tidak memerlukan perbelanjaan besar kerana makan semua jenis rumput tanpa sebarang masalah. Apa pun kerbau kerdil turut makan palet sebagai makanan tambahan. Setiap bulan membelanjakan RM300 hingga RM400 untuk membeli palet berkenaan iaitu dengan penjagaan juga mudah, lasak dan lebih tahan penyakit.


Kisah lain dalam media tempatan bertajuk '
Rupa-rupanya penumpang Honda Odyssey, 3 ekor kerbau' amat unik dan pelik untuk dikaitkan dengan peribahasa kerbau menandu anak. Dilaporkan dimana di Bera, Pahang. Kisah bagaimana tiga ekor kerbau disumbat dalam semua motokar jenis Honda Odyssey berlaku di Kampung Bukit Serdang, dekat sini, pagi ini. Seorang lelaki terkejut apabila mendapati Honda Odyssey yang ditemuinya di Kampung Bukit Serdang, Bera ‘disumbat’ dengan tiga ekor kerbau. Lelaki berusia 50 tahun itu pada mulanya memeriksa kenderaan itu selepas curiga dengan keadaannya yang melintang di laluan pada jam 3.20 pagi. Menurut Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkeflee Nasir nyatakan yang pengadu segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut. Dalam siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan berwarna kelabu itu dalam keadaan melintang di tengah jalan. Terdapat tiga ekor kerbau yang ‘disumbat’ di bahagian tempat duduk belakang. Haiwan itu dalam keadaan tidak bermaya kerana disyaki kesan ubat pelali. Dalam pada itu orang ramai yang mempunyai maklumat atau pemilik yang kehilangan kerbau diminta segera menghubungi polis. Walau pun kisah ini kurang berkait dengan tajuk artikel 'Kerbau Menanduk Anak' akan tetapi penulis blog suka membacanya kerana perbuatan memasukkan kerbau kedalam kereta bukanlah satu kerja yang mudah dan bagaimana kelakuan kerbau tersebut didalam kereta tersebut sehingga di tinggalkan oleh pemandu kereta tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SEMUA ANAK KERBAU... MENYUSU IBUNYA...
JARANG IA DI TANDUK..IKUT PERIBAHASA...
MENGAJAR ANAK..BAIKI KELAKUANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...MENARIK ISINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.