Monday, July 15, 2024

KEPENTINGAN BATAS TANAMAN

BATAS TANAMAN
 biasanya ia digunakan bagi memastikan tanaman sayuran tidak tenggelam dalam air yang bergenang atau juga digunakan sebagai pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi. Biasanya batas padi ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Pada penulis blog memang sudah faham dimana Batas Tanaman (Raising plants bed) adalah satu keperluan iaitu didalam kerja-kerja awal proses penyediaan tanah sebelum kerja menanam. Membuat batas tanaman adalah aktiviti untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam diatas batas dimana ia adalah bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan kaedah iaitu meningkatkan penudaraan tanah, dapat memudahkan cara kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga bertujuan untuk aktiviti kawalan penyakit. Pada saya dapati kebanyakan tanaman sayuran dan jenis tanaman jangkapendek lain (cashcrop) mempunyai sistem pengakaran yang cetek dan mudah rosak jika ia terendam didalam air (waterlogged). Sebaiknya dalam amalan agronomi tanaman ini perlu ditanam diatas batas yang mana membolehkan terdapat kawasan zon akar (root zones) yang sesuai untuk akar menyerap nutrien dan air serta udara bagi proses tumbesaran pokok. Keperluan batas memang paling kritikal bagi kawasan ladang atau pun kebun yang mempunyai paras air tinggi seperti dikawasan bekas sawah dan dari kawasan yang mempunyai jenis tanah liat (clay soil). Tanah gambut dan tanah mineral juga sebaiknya dibuat batas penanaman untuk pertumbuhan anak pokok yang lebih baik. Dalam semua kaedah pembelajaran pertanian dimana-mana institusi dimana ia lazimnya syllabus membuat batas tanaman dijalankan sama ada dalam bentuk teori dan praktikal. Ini menunjukkan bahawa peranan batas memang amat diperlukan untuk penanaman tanaman makanan. Batas yang elok lazimya gembur dan mampu menampong aliran air terutama pada musim hujan. Penanaman bagi sesetangah jenis tanaman umbisi juga perlukan batas tanaman untuk memberikan hasil yang baik seperti Keledek (Impomea batatas), Kacang Tanah (Arachis hypogea) dan juga juga beberapa jenis sayuran buah dan sayuran jenis daun. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan iaitu aktiviti membuat batas tanaman dan teknologi yang berkaitan untuk dijadikan bacaan dan rujukkan anda.


Ada banyak cara dalam kerja pembinaan batas bergantung kepada jenis tanah, faktur jenis tanaman, faktur cuaca dan juga jenis batas yang hendak di gunakan. Apa pun ia bergantung kepada bagaimana kepentingan btas tanaman ini akan di sediakan. Apa pun semasa peringkat p
emilihan tapak maka petani hendaklah lakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan potensi hasil pengeluaran tanaman kelak. Contohnya bagi kawasan tanah kebun yang terbuka dan ada punca punca air sebaiknya ia di buat dengan rekabentuk ikut topografi tanah. Tanah yang baru hendak di buka ini perlu ianya di lakukan kerja-kerja pembersihan dengan menebang, memerun, membakar, membajak tanah, merotor sehingga sedia untuk di byat batas tanaman. Sebagai asas dimana tanah tersebut dibiarkan selama 1 - 2 minggu terdedah kepada hujan dan panas dimana semasa aktiviti seperti untuk penggemburan ia dapat tanah dilakukan dengan sempurna. Dalam menyediakan batas tanaman dimana digalakkan agar pembuatan batas ini untuk penanaman perlu dimulakan dengan mengikut saiz seperti ketinggian dan kelebaran batas yang dikehendaki. Lazimnya panjang batas mengikut keperluan dan rekabentuk tanah serta topografi tanah. Ada batas yang panjang, ukuran sederhana, pendek dan membengkok mengikut kesesuaian. Apa pun lazimnya setelah batas tanaman siap dibina maka boleh dilakukan keria-kerja pengapuran bertujuan untuk menstabilkan nilai pH tanah. Bergantung kepada jenis tanaman dimana ada batas yang perlu dipasang dengan plastik penutup bumi dan lazimnya jenis plastik silvershine paling kerap di gunakan selain daripada jenis penutup batas seperti jerami padi, lalang kering, rumput kering dan sebagainya. Pemberian baja asas kedalam batas tanaman membantu untuk menyuburkan tanaman seperti baja organik, kompos, baja MOP dan sebagainya. Pemasangan sistem pengairan diatas batas tanaman juga perlu di buat sebelum kerja-kerja memasang penutup batas.


Kaedah atau cara menanam sayur secara konvensional menggunakan sistem batas tanaman dimana ia ada banyak kelebihannya. Di banyak negara maju dimana pembinaan batas secara meluas menggunakan jentera khas untuk penanaman tanaman makanan (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog yang pasti batas tanaman memudahkan proses kawalan rumpai dan kerja-kerja pembajaan di lakukan. 
Batas tanaman juga akan memudahkan kerja-kerja mekanisasi terutama jika batas disediakan secara lurus, seragam dan berskala luas atau komersial. Batas tanaman akan mengurrangkan risiko tanah tidak sekata dimana ini membolehkan tanaman mampu tumbuh dengan lebih seragam dan mampu memberikan hasil tinggi secara umumnya. Tanah di batas akan menjadi lebih gembur yang membolehkan akar tanaman menjadi sihat dan seterusnya boleh menjadikan tumbesaran pokok sempurna dan mampu berbuga dan berbuah dengan maksima. Bagi jenis tanaman umbisi pula cara menggunakan batas tanaman akan menjadikan pembentukan umbi lebih besar dan cepat seperti tanaman kentang, keledek dan lobak. Batas yang agak tinggi membolehkan tidak berlaku kes seperti 'tanaman lemas' akibat kejadian 'water logging' yang mungkin boleh berlaku jika tiada dibina batas. Jika dipasang sistem pengairan 'drip tape' menjadikan ia lebih cekap dimana tiada pembaziran air berlaku. Begitu juga dengan pemberian baja asas diatas batas tanaman akan dapat di gunakan dengan cekap. Apa pun yang pasti dimana keseluruhan kawasan penanaman dengan ada batas tanaman akan kelihatan lebih cantik, tersusun, dilihat tanaman dengan menyeluruh secara komersial. Banyak di negara maju yang menanam dengan menyediakan batas tanaman seperti tanaman jagung bijirin, kentang, pisang dan sebagainya. Kaedah pembinaan batas tanaman dikawasan tanaman makanan dan tanaman lain menjadikan ia salah satu amalan agronomi penting walau pun sebenarnya membuat jenis batas yang lebih tinggi akan melibatkan kos tambahan kepada petani. 


Bagi mereka yang ada menanam sayuran dan tanaman makanan lain di sekeliling rumah boleh menananamnya didalam polibeg atau dengan membuat batas di lokasi yang sesuai di kawasan rumah. Apa pun menanam sayur di sekeliling rumah sama ada jenis sayur daun atau ulam-ulaman memang membolehkan peminatnya mampu mendapatkan bekalan sayur yang lebih segar dan berkhasiat. Kepada mereka yang mendiami rumah bunglow, rumah semi-D, rumah teres atau dikawasan rumah pangsa masih boleh membuat batas tanaman di kawasan lapang di sekitar kediaman untuk penanaman. Apa pun lazimnya tanah di kawasan perumahan adalah tanah tambak atau tanah potong yang keras dan tidak sesuai untuk bercucuk tanam. Pembaca blog bagaimana pun boleh mambuat batas tanaman yang mudah atau menanam didalam polibeg atau bekas sesuai. Sebenarnya ada banyak teknik didalam mempastikan hobi bercucuk tanam di kawasan perumahan ini dapat dilakukan. Antaranya seperti cara meng
orek tanah sedia ada dan kemudian menambahkan jenis tanah lain (topsoil atau tanah campuran), gunakan pasu, guna polibeg, guna kotak polisteren dan sebagainya. Pada penulis blog dimana pilihan membina batas mudah (raised bed) dengan papan adalah paling mudah dan praktikal. Caranya adalah dengen amenyediakan kotak batas yang boleh guna bahan dari kayu pallet, kayu terpakai, kayu yang baru, batu bata, tayar lori, tayar kereta, tayar bas dan apa apa sahaja yang sesuai sebagai kepongan medium tanaman. Ketinggian yang sesuai adalah lebih kurang 40 - 100 cm (sejengkal setengah bagi orang dewasa) dimana paras ketinggian ini sesuai untuk tanaman jagung, terung, cili dan sayuran hijau berdaun seperti kangkung, sawi, cili, terung atau kailan. Apa yang penting dimana pada lapisan bawah batas atau kotak boleh diletakkan lapisan batu, papan lapis atau guni jut dan kemudian pada lapisan berikutnya dengan rumput atau daun kering atau pada lapisan berikutnya dengan daun agak basah. Paling penting adalah dimana pada lapisan paling atas di bubuh dengan tanah atas gembur (top soil) serta bahan organik atau humus atau kompos. Kini medium cocopeat dan seumpamanya ada banyak di pasaran dan sesuai dengan bajet. Membeli 'top soil' komersial daripada nurseri atau di kedai runcit atau pasaraya atau membekli secara on-line juga mudah di lakukan. Pastikan ada kemudahan penyiraman yang boleh memberikan air dengan kadar mencukupi dan juga sinaran matahari untuk proses fotosintesis berlaku dengan cekap. Tanaman yang di tanam jika di jaga baik mampu memberikan hasil dalam tempoh di tetapkan dan di petik mengikut ketersediaan untuk di makan pada masa yang di rancangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MEMBINA BATAS... UNTUK PENANAMAN...
BANYAK BENTUK... IKUT KESESUAIAN...
MUDAHKAN KERJA... HASIL TINGKATKAN...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU JADI RUJUKKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan 5A, Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Muharram 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.