Tuesday, July 30, 2024

ASAM GELUGOR - FAKTA DI MEDIA (Part 2)

ASAM GELUGUR
(Garcinia astroviridis) merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di Malaysia daripada keluarga Clusiaceae atau Glutiferae. Buah asam gelugor merupakan buah yang ramai tidak tahu ianya diproses untuk dijadikan kepingan asam gelugor atau 'Asam Keping'. Tumbuhan saka ini lazimnya tumbuh dalam hutan belantara di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kini telah ditanam sebagai sumber buah untuk dijadikan pelbagai produk lain. Foto diatas merupakan beberpa koleksi asam gelugur yang terdapat dinegara kita dimana ramai yang tidak mengenalinya. Pokok asam gelugor mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan dahan yang melempai kebawah. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai asam gelugor dengan pautan berikut (Sila klik disini). Pada pemerhatian penulis blog dimana bentuk kanopi adalah berbentuk Kon atau piramid terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Ketinggian pokok mencecah 150 kaki tinggi dengan jarang-jarang dibuat cantasan dewasa (atau dibuat 'topping'). Pokok asam gelugor yang ditanam lazimnya mampu mengeluarkan hasil pertama selepas 7-8 tahun ditanam dan ia mampu berbuah sepanjang tahun. Buah asam gelugor yang matang mengandungi asid citrik, asid malic, asid tatarik dan juga asid askorbik yang tinggi dan berperanan sebagai anti oksidan. Asam Gelugor yang dijual dengan nama ASAM KEPING dan digunakan untuk bahan masakan bagi menambahkan rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan Asid Hydroycitric boleh menggantikan Asam Jawa (Tamarind). Pada masa ini ada yang pengguna menggunakan asam gelugor untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik. Artikel malam ini sambil menonton Bulletin Utama TV3 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan kisah menarik berkaitan asam gelugor seperti dalam media lokal untuk ia dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam sinarharian.com di laporkan dimana '
Cuaca panas beri rezeki berbeza' dan sesuai fakta ini di kongsikan. Kisah dari Kedah melaporkan dimana fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda daerah Padang Terap sejak beberapa hari lalu memberikan rezeki kepada seorang pengusaha asam keping dikenali Jariah Yahya (70) berada di Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang, Kedah. Dakwanya proses menjemur asam keping menjadi lebih cepat berbanding sebelum ini yang perlu mengambil masa empat ke lima hari (Sila lihat foto disebelah). Asam keping ini lambat kering kalau cuaca tidak panas betul-betul. Sejak beberapa hari lalu, cuaca memang sangat panas dan dalam masa dua hari asam keping yang dijemur dapat kering dengan cepat. Apa pun jika cuaca tidak panas betul-betul, asam keping yang dijemur akan rosak, jadi berkulat dan jadi hitam serta perlu dibuang kerana tidak boleh dimakan. Cuaca kemarau macam sekarang ini memang asam keping akan cepat kering dalam tempoh dua hari sahaja dah boleh simpan dalam plastik. Dia yang telah mengusahakan asam keping lebih 10 tahun beritahu dimana hasil asam keping yang telah siap dikeringkan akan dijual pada harga RM20 bagi setiap kilogram. Lazimnya pada setiap pagi suaminya iaitu Abdul Rahman akan membantu mengutip buah asam gelugur sebelum dihiris untuk dijemur di perkarangan rumah mereka. Dilaporkan berbeza pula buat pengusaha tanaman pisang di Kampung Pisang dekat sini apabila mengalami kerugian selepas banyak pokok pisangnya rosak dan tumbang disebabkan cuaca panas. Bagi usahawan Mohd Azlan (39) dimana ada lebih 1,000 pokok pisang jenis berangan dan raja yang ditanam patah selepas kekurangan air. Katanya kini berlaku kolam tadahan air di ladangnya juga hampir kering dan tidak mampu menyiram pokok pisang yang ditanam. Dia yang menanam pisang sebanyak 5,000 pokok di ladang ini dan yang telah rosak ada dalam 1,000 pokok. Musim kemarau ini menyebabkan air kurang dan batang pisang mudah patah.  Tandan buah pisang tak sempat hendak besar dan buah tidak sempat matang menyebabkan saya rugi dalam jumlah yang agak besar juga diman dia reda dengan ujian tersebut dan kini sedang mengusahakan tanaman tembikai madu sejak penghujung April. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan. Dilaporkan berlaku gelombang haba tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 - 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tempoh tiga hari berturut-turut.


Portal bhnews.com pula laporkan '
Asam keping warisan moyang' menjadi bahan rujukkan kali ini. Dipaparkan juga foto bagaimana Che Rodziah menghiris asam gelugur untuk dijadikan asam keping. Kisah dari Alor Gajah, Melaka diman usahawan ini sudah 33 tahun memasak akan tetapi tidak pernah membeli asam keping dan sebaliknya bahan masakan itu disediakan hasil titik peluh sendiri. Bagi Che Rodziah Ibrahim dimana dia juga tidak perlu mendapatkan bahan asam keping dengan meminjam atau meminta daripada sesiapa kerana bahan diperlukan untuk menghasilkan masakan ada di sekelilingnya. Sejak mula belajar memasak ketika berusia 12 tahun, wanita dari Kampung Tiak, Baling, Kedah itu hanya menggunakan asam keping daripada buah asam gelugur dari pokok berhampiran rumah keluarganya. Dakwanya sejak kecil ibu ajar dia bagaimana membuat asam keping dimana dulu dia cuma perlu kutip buah asam gelugur dari pokok di belakang rumah untuk dihiris. Sebaiknya hirisan tidak boleh terlalu tebal kerana ia lambat kering apabila dijemur yang kini tinggak di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Apa pun selepas mendirikan rumah tangga dengan suami dan kini menetap di kampung halaman suaminya juga tidak pernah membeli asam keping kerana buah itu sering diberikan percuma oleh jirannya. Ilmu menghasilkan asam keping atau istilah botaninya garcinia cambogia diturunkan kepada anak sulungnya, Nurrujaha Jasni, 22, yang masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia juga mengajar anaknya buat asam keping yang boleh menambah keenakan selain menaikkan aroma pada masakan ibunya dan dia gemar menjemur asam keping di atas nyiru besar diwarisi daripada moyangnya. Sejak dulu arwah moyang menggunakan nyiru besar itu untuk menampi padi, tetapi saya guna untuk jemur asam keping. Lazimnya setiap kali memasak asam pedas, gulai, tomyam, laksa dan seumpamanya dimana selain menghilangkan hanyir ikan dalam masakan memang amalan kaedahnya tidak pernah lupa mencampurkan asam keping.  Asam keping yang benar-benar kering mampu bertahan lama dan berkualiti sebagai bahan penambah perisa masakan.


Seterusnya dalam portal hmetro.com menatik kisah bagaimana '
Tabah besarkan 9 anak hasil jualan asam keping' untuk di kongsikan. Bagi Khadijah (foto sebelah) dimana dia bersama suaminya menjemur asam gelugur di rumah mereka di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Kelantan. Kini dengan membuat dan menjual asam gelugur inilah makcik dapat membesarkan sembilan anak. Khadijah nyatakan sejak berusia belasan tahun lagi, dia sudah belajar cara memproses asam gelugur daripada arwah ibunya, Siti Aminah Taib dan kini meneruskan warisan berkenaan bersama suaminya iaitu Daud Merah (73). Apa pun pendapatan bulanan diperoleh tidak menentu kerana bergantung kepada permintaan penduduk setempat yang mahu membeli asam keping mereka. Buah gelugur sama juga seperti durian, rambutan dan duku yang diperoleh mengikut musim. Selalunya apabila tiba musimnya maka dia dan suami akan memproses asam gelugur setiap hari dengan mengutip buah yang gugur daripada pokok di belakang rumah. Dia juga kemudian memotong buah ini iaitu dipotong nipis sebelum direndam dalam larutan air garam supaya tahan lama. Apa pun selepas asam gelugur dipotong maka mereka akan terus menyusun dan menjemurnya antara dua atau tiga hari bergantung kepada keadaan cuaca kerana mahu memastikan benar-benar kering. Asam keping adalah perencah masakan tradisional paling digemari suri rumah sejak dari dulu kerana rasanya yang asli dan diperlukan untuk masak pelbagai jenis masakan seperti ikan singgang. Biarpun perisa makanan tradisi ini semakin sukar diperoleh, namun ia tetap menjadi pilihan kaum ibu kerana asam ini lebih menyelerakan dalam masakan tertentu jika dibandingkan dengan perisa lain. Dia menjualnya dengan harga RM6 untuk 500 gram. Dalam pada itu kebanyakan orang zaman sekarang kurang berminat mengusahakan pembuatan asam keping disebabkan pendapatannya tidak lumayan. Kini walaupun semua anak-anaknya sudah besar, namun dia dan suami tidak mahu menyusahkan mereka kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga. Dia dan suami juga tidak boleh duduk bersahaja tanpa melakukan kerja kerana selagi ada kudrat maka mereka akan terus mengusahakan aktiviti pembuatan asam keping ini kerana kebanyakan pelanggan sudah lama sudah kenal sejak lebih 40 tahun lalu.


Dalam nstp.com pula dilaporkan '
Jual asam keping demi sesuap nasi' adalah kisah yang sesuai di kongsikan. Bagi  Che Munah (80) dan suaminya Abdullah Jusoh (64) yang mana memasak dan tidur di ruang tamu rumahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kelantan. Walau pun mereka terpaksa berniaga dengan sebelah mata yang hampir buta, warga emas, Che Munah Che Man, 80, sanggup menjaja asam keping demi mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut. Akibat kemiskinan dilaporkan mereka terpaksa menjaja asam keping di sekitar Pasir Puteh dan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sejak empat tahun lalu. Apa pun dakwa mereka aktiviti menjaja asam keping bukanlah dalam jumlah yang banyak dimana mereka hanya membawa antara 12 - 14 bungkus sahaja sehari. Duit yang mereka dapat itu nanti boleh digunakan untuk membeli beras dan ikan. Apa pun kisah hidup Che Munah yang mengalami masalah penglihatan kanan itu tular selepas dikongsi pelanggan asam kepingnya di Facebook. Wartawan yang membuat tinjauan ke rumahnya juga mendapati hanya terdapat satu dapur gas dan satu tilam dengan kelambu tanpa sebarang perabot di ruang tamu yang kecil. Mereka walaupun miskin akan tetapi tidak pernah meraih simpati sesiapa dan bergantung pada jualan asam keping kerana modalnya yang murah selain mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan. Mereka tidak menyangka permintaannya untuk meminta sedikit makan daripada pelanggannya. Apa pun kebetulan mereka demam dan hari itu hari terakhir menjaja dimana jualan kurang jadi saya minta dibelikan makanan dan tidak sangka pelanggan itu datang ke rumah dan selepas itu saya terkejut bila ramai orang yang datang melawat dengan bawa makanan dan duit. Mereka juga tidak mempunyai telefon bimbit dan tidak tahu kisahnya tular di laman sosial. Suaminya kini tidak bekerja kerana hanya pandai melakukan kerja kampung dan tiada yang mahu datang mengupahnya. Sellu dia hantar isteri ke jalan besar dan dia ambil kereta sewa pergi menjaja sementara dia cuba cari kerja kampung yang boleh bagi kami makan dan minum.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ASAM GELUGOR...ASAN KEPING SAMA...
POKOK BERBUAH... ADA MUSIMNYA...
MENJADI RAMUAN...MASAM RASANYA...
MENARIK MEMBACA...DALAM MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Surian 3, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, 
Johor,
Malaysia.
(12 Muharram 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.