Wednesday, July 31, 2024

SEMBANG 'TEKNOLOGI HIJAU'

TEKNOLOGI HIJAU
(Green Technology) didefinasikan sebagai ia merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Lazimnya Teknologi Hijau juga akan merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran yang mana ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar atau dirujuk  ia adalah selamat untuk digunakan juga menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Apa pun ia juga dapat menjimatkan tenaga dan sumber asli dan juga mampu menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui (renewable). Masih ramai yang kurang pasti lagi sebenarnya apakah maksud ‘teknologi hijau’ ini. Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau lazimnya ia menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian biasanya apa pun teknologi yang dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui kaedah termasuk cara penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang. Perlu juga di ketahui akan apakah kepentingannya dimana teknologi hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Di antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sering kita hadapi sekarang. Selain itu dilaporkan kejadian bencana alam seperti ribut taufan, isu kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini. Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha dapat dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya. Apa pun aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti dengan penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang. Olehitu marilah kita semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai teknologi hijau untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam banyak rujukkan dinyatakan juga dimana t
eknologi merupakan aplikasi dari ilmu pengetahuan bagi penggunaan yang lebih praktikal dan efisien kepada kehidupan manusia. Manakala 'teknologi hijau' pula ia dilihat merujuk kepada pelbagai aspek didalam teknologi itu sendiri dimana ia membantu dalam usaha mengurangkan impak manusia terhadap alam sekitar dan menjadi salah satu jalan menuju pembangunan mampan. Apa pun isu kesamarataan sosial, murah, jimat, mesra alam dan kemampanan merupakan indikator utama bagi pembangunan teknologi hijau. Kalau ikut makna namanya sendiri iaitu 'Teknologi Hijau' mempunyai satu tujuan iaitu 'Hijau' atau 'Green' apa pun sebenarnya ia tidak bermaksud berkenaan warna. Ciptaan teknologi hijau adalah satu ciptaan mesra alam yang melibatkan ciptaan cekap tenaga, kitar semula, keselamatan, kesihatan dan sumber yang boleh diperbaharui dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Ia menggunakan sains dan teknologi dalam usaha untuk melindungi alam sekitar. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik digunakan yang berada dalam kategori teknologi hijau. Dalam pada itu ia berkait dengan teknologi diantaranya kimia hijau, penataan alam sekitar, bangunan hijau dan lain-lainnya. Kesemua kaedah atau metadologi ini harus memastikan alam sekitar kekal terpelihara. Apa pun matlamat utamanya ia adalah untuk menghidupkan kembali kerosakan ke atas ekosistem. Ia juga turut dikenali sebagai teknologi alam sekitar atau teknologi bersih. Teknologi hijau juga diaplikasikan pada pembangunan dan penggunaan produk, alatan dan sistem yang digunakan untuk memelihara sumber dan alam sekitar, dimana ia mengurangkan kesan negatif yang terhasil daripada aktiviti manusia. Dalamkaitan dengan aplikasi pada produk dan atau peralatan atau sistem yang dirujuk sebagai teknologi hijau harus memenuhi kriteria termasuk ia meminimumkan tahap kemusnahan alam sekitar serta proses pembebasan gas rumah hijau sifar atau lebih rendah. Teknologi ini juga dikaitkan dengan pelepasan emisi yang selamat dan tahap meningkatkan kualiti alam sekitar yang lebih sihat untuk semua. Teknologi ini akan memelihara penggunaan tenaga dan sumber alam serta ia mempromosikan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui. Sebagai contoh, industri pembuatan kereta sekarang sudah beralih arah dengan pengunaan teknologi hybrid dan elektrik bagi mengantikan petrol dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon. Aspek penting teknoogi ini ada dalam kebanyakan sistem bagi pengangkutan awam seperti Komuter, ERL , LRT , MRT sudah lama menggunakan tenaga elektrik. Kini penggunaan kereta eletrik (EV) sudah disasarkan sebagai salah satu jenis kereta masa depan mengikuti teknologi hijau.


Teknologi hijau yang menggunakan sumber yang boleh diperbaharui mempunyai potensi ekonomi yang besar dan membuka peluang pelaburan yang baik kepada para pelabur dan usahawan. Dilaporkan dimana kini pasaran teknologi hijau telah banyak berkembang dengan agak pesat dengan keuntungan yang besar di negara maju. Dari sudut sebagai pengguna pula pembaca blog juga perlu harus tahu bahawa membeli dan menggunakan teknologi hijau pula boleh mengurangkan kos bayaran bil bulanan dan menggunakan produk teknologi hijau adalah lebih selamat dan sihat. Banyak perkra yang mana teknologi hijau akan memberi maafaat kepada pengguna. Isu Kitar Semula yang mana ia merupakan satu aspek didalam teknologi hijau membantu menguruskan sisa bahan kitar semula. Kaedah ini dilaporkan akan dapat membantu bagi tujuan yang bermanfaat. Teknologi ini digunakan didalam industri mengurusan sisa, sisa pembakaran dan lain-lain. Kini ada terdapat pelbagai bahan kitar semula yang boleh ianya digunakan untuk menghasilkan baja tumbuhan, arca, bahan api dan juga perabot. Dalam teknologi Pembersihan Air pula dilihat yang teknologi hijau membersihkan air. Keterdesakan untuk mendapatkan air minuman yang bersih menjadi keutamaan. Berdasarkan penggunaan pelbagai teknologi, banyak kempen telah berjaya memberikan masyarakat air minuman yang bersih. Di Malaysia dimana diantara ketara yang berlaku iaitu ada syarikat Coway dan Cucko yang telah berjaya menembusi sebahagian besar masyarakat di Malaysia dalam menyediakan air bersih melalui kempen pemasaran mereka yang agresif. Penulis blog sendiri sudah bertahun menjadi pengguna kepada produk penapis air eperti Coway dan Chukoo di beberapa premis. Teknologi ini juga melibatka aktiviti Membersihkan Udara iaitu dengan menangani pembebasan karbon juga merupakan satu fokus utama. Seiring dengan pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh manusia. Industri automotif, perkilangan dan lain-lain menyumbang kepada pembebasan karbon yang tinggi dan merosakan alam sekitar. Teknologi hijau dapat membantu mengurangkan pembebasan karbon dan membersihkan udara. Ini membolehkan manusia dan semua yang bernyawa dapat bernafas dengan lebih baik. Penting dalam konsep teknologi hijau dimana cara Memulihara Tenaga diambil kira kerana teknologi hijau mampu untuk memulihara tenaga. Kini sudah ada pelbagai alternatif telah diperkenalkan bagi mengantikan peranti yang menggunakan banyak tenaga elektrik atau bahan bakar. Dilaporkan penggunaan kereta elektrik semakin meningkat dan kita dapat lihat penggunaan yang tinggi di United Kingdom dan di China. Masyarakat yang menggunakan peranti mesra alam juga amat mengalakan. Kini walaupun pemasangan peranti mesra alam ini agak mahal bagi sesetangah pengguna seperti kos panel solar namun manfaat dalam mengurangkan perbelanjaan sangat besar. Apa pun dalam sembang ini dilaporkan teknologi hijau berkait dengan cara 
Memperbaharui Ekosistem dimana teknologi ini idgelar juga sebagai 'Teknologi Bersih' yang bermanfaat untuk memberi nafas baru ke dalam ekosistem yang telah didakwa ia mengalami kerosakan akibat tangan manusia. Cara dalam  penggunaan teknologi ini dimana pokok ditanam semula, sisa diurus dan dikitar semula. Ini memastikan ekosistem yang terjejas dapat berjalan semula, sekaligus terus dipelihara. Apa pun cara ini membantu memastikan tumbuh-tumbuhan dan spesies haiwan tidak pupus dan terpelihara dengan baik. Bumi perlukan perlindungan dan teknologi hijau mampu didalam memberikan solusi yang tepat bagi menyelamatkannya kerana kita semua bergantung hidup diatas muka bumi ini.


Bagaimana pun ada banya juga cabaran terhadap perlaksanaan Teknologi Hijau ini. 
Teknologi hijau memang mampu untuk memberikan solusi yang baik kepada kita dan juga bumi ini. Namun terdapat cabaran yang perlu dihadapi, umumnya bagi mengantikan teknologi hijau dengan teknologi sedia ada melibatkan kos yang tinggi. Apa pun ini berpunca dengan mengambil kira kos bagi dapat pemeliharaan alam sekitar diluar proses produksi secara konvensional. Disebabkan teknologi hijau masih baru maka kos pembangunan dan latihan yang berkaitan akan menjadi lebih tinggi berbanding teknologi sedia ada. Bagaimana pun bagi menikmati manfaat daripada teknologi hijau maka ia juga bergantung kepada beberapa faktor yang lain seperti bagaimana ketersediaan infrastruktur sokongan, kesediaan teknologi, sumber manusia mahir dan elemen geografi turut mempengaruhi. MAsih ada terdapat halangan lain yang mengekang penggunaan teknologi hijau. Antaranya kekangan institusi, seperti kekurangan rangka kerja pengawalseliaan yang sesuai, kekangan teknologi, kewangan, politik, budaya atau hal-hal lain berkaitan perundangan. Apa pun dari perspektif syarikat perusahaan pula, cabaran terbesar bagi mengaplikasikan teknologi hijau tentulah berkenaan perbelanjaan pelaksanaan yang tinggi. Dilaporkan selain itu isu kekurangan maklumat atau tidak mempunyai sumber alternatif bagi sumber mentah atau bahan kimia yang digunakan, impak terhadap produksi, kekurangan sumber manusia dan kemahiran turut menjadi cabaran bagi menerapkan teknologi hijau secara total. Secara realitinya untuk menyelesaikan halangan dan cabaran ini, ia perlu melalui proses yang sangat rumit. Oleh itu, keperluan untuk mengenalpasti dan mencari penyelesaian bagi setiap cabaran yang menghalang penggunaan teknologi hijau dalam skala besar bagi sebuah negara amat diperlukan dalam usaha mempromosikan teknologi hijau di semua peringkat. Dimana juga penting agar dasar teknologi hijau di Malaysia teris di perkukuhkan. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam usaha untuk mempromosikan teknologi hijau ini, dan kita sudah merangka dasar-dasar teknologi hijau sejak tahun 2009 lagi. APa pun teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) yang ditubuhkan pada 9 April 2009 dan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) telah dilancarkan Perdana Menteri ketika itu pada Julai 2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. DI Malaysia Dasar Teknologi Hijau Negara berasaskan empat tunggak iaitu SSektor Tenaga untuk mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga. Kedua adalah Sektor
Alam Sekitar bertujuan memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar serta Sektor Ekonomi untruk terus mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. AKhir sekali adalah Sektor Sosial iaitu agar dapat meningkatkan kualiti hidup untuk semua. Apa pun di MAlaysia berdasarkan 4 tunggak diatas kemudian di gariskan lima (5) objektif yang perlu dicapai. Ia adalah untuk menyelaraskan pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangan Teknologi Hijau terhadap ekonomi Negara. Kedua adalah untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi Negara. Ketiga adalah untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa. Keempat untuk memastikan agar dasar pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang dan ke limat untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. Kini usaha kerajaan untuk menggalakkan pembangunan aktiviti teknologi hijau, kerajaan telah menyediakan beberapa insentif yang dimasukkan didalam Belanjawan Negara yang di umumkan. Melihat kepada usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia, anda boleh menilai bahawa teknologi hijau masih berada difasa awal dan masih banyak yang perlu dilakukan bagi merancakkan pertumbuhan dan penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Berdasarkan matlamat jangka pendek yang dipetik di Rancangan Malaysia dimana kerajaan mensasarkan supaya kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau itu sendiri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TEKNOLOGI HIJAU... BANYAK BAIKNYA...
PENGGUNA UNTUNG...ADA DI MALAYSIA...
PELBAGAI INSENTIF...BAJET DI SEDIA...
SEMBANG MUDAH... RUJUKKAN PEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Muharam 1446H).

Tuesday, July 30, 2024

ASAM GELUGOR - FAKTA DI MEDIA (Part 2)

ASAM GELUGUR
(Garcinia astroviridis) merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di Malaysia daripada keluarga Clusiaceae atau Glutiferae. Buah asam gelugor merupakan buah yang ramai tidak tahu ianya diproses untuk dijadikan kepingan asam gelugor atau 'Asam Keping'. Tumbuhan saka ini lazimnya tumbuh dalam hutan belantara di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kini telah ditanam sebagai sumber buah untuk dijadikan pelbagai produk lain. Foto diatas merupakan beberpa koleksi asam gelugur yang terdapat dinegara kita dimana ramai yang tidak mengenalinya. Pokok asam gelugor mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan dahan yang melempai kebawah. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai asam gelugor dengan pautan berikut (Sila klik disini). Pada pemerhatian penulis blog dimana bentuk kanopi adalah berbentuk Kon atau piramid terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Ketinggian pokok mencecah 150 kaki tinggi dengan jarang-jarang dibuat cantasan dewasa (atau dibuat 'topping'). Pokok asam gelugor yang ditanam lazimnya mampu mengeluarkan hasil pertama selepas 7-8 tahun ditanam dan ia mampu berbuah sepanjang tahun. Buah asam gelugor yang matang mengandungi asid citrik, asid malic, asid tatarik dan juga asid askorbik yang tinggi dan berperanan sebagai anti oksidan. Asam Gelugor yang dijual dengan nama ASAM KEPING dan digunakan untuk bahan masakan bagi menambahkan rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan Asid Hydroycitric boleh menggantikan Asam Jawa (Tamarind). Pada masa ini ada yang pengguna menggunakan asam gelugor untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik. Artikel malam ini sambil menonton Bulletin Utama TV3 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan kisah menarik berkaitan asam gelugor seperti dalam media lokal untuk ia dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam sinarharian.com di laporkan dimana '
Cuaca panas beri rezeki berbeza' dan sesuai fakta ini di kongsikan. Kisah dari Kedah melaporkan dimana fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda daerah Padang Terap sejak beberapa hari lalu memberikan rezeki kepada seorang pengusaha asam keping dikenali Jariah Yahya (70) berada di Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang, Kedah. Dakwanya proses menjemur asam keping menjadi lebih cepat berbanding sebelum ini yang perlu mengambil masa empat ke lima hari (Sila lihat foto disebelah). Asam keping ini lambat kering kalau cuaca tidak panas betul-betul. Sejak beberapa hari lalu, cuaca memang sangat panas dan dalam masa dua hari asam keping yang dijemur dapat kering dengan cepat. Apa pun jika cuaca tidak panas betul-betul, asam keping yang dijemur akan rosak, jadi berkulat dan jadi hitam serta perlu dibuang kerana tidak boleh dimakan. Cuaca kemarau macam sekarang ini memang asam keping akan cepat kering dalam tempoh dua hari sahaja dah boleh simpan dalam plastik. Dia yang telah mengusahakan asam keping lebih 10 tahun beritahu dimana hasil asam keping yang telah siap dikeringkan akan dijual pada harga RM20 bagi setiap kilogram. Lazimnya pada setiap pagi suaminya iaitu Abdul Rahman akan membantu mengutip buah asam gelugur sebelum dihiris untuk dijemur di perkarangan rumah mereka. Dilaporkan berbeza pula buat pengusaha tanaman pisang di Kampung Pisang dekat sini apabila mengalami kerugian selepas banyak pokok pisangnya rosak dan tumbang disebabkan cuaca panas. Bagi usahawan Mohd Azlan (39) dimana ada lebih 1,000 pokok pisang jenis berangan dan raja yang ditanam patah selepas kekurangan air. Katanya kini berlaku kolam tadahan air di ladangnya juga hampir kering dan tidak mampu menyiram pokok pisang yang ditanam. Dia yang menanam pisang sebanyak 5,000 pokok di ladang ini dan yang telah rosak ada dalam 1,000 pokok. Musim kemarau ini menyebabkan air kurang dan batang pisang mudah patah.  Tandan buah pisang tak sempat hendak besar dan buah tidak sempat matang menyebabkan saya rugi dalam jumlah yang agak besar juga diman dia reda dengan ujian tersebut dan kini sedang mengusahakan tanaman tembikai madu sejak penghujung April. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan. Dilaporkan berlaku gelombang haba tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 - 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tempoh tiga hari berturut-turut.


Portal bhnews.com pula laporkan '
Asam keping warisan moyang' menjadi bahan rujukkan kali ini. Dipaparkan juga foto bagaimana Che Rodziah menghiris asam gelugur untuk dijadikan asam keping. Kisah dari Alor Gajah, Melaka diman usahawan ini sudah 33 tahun memasak akan tetapi tidak pernah membeli asam keping dan sebaliknya bahan masakan itu disediakan hasil titik peluh sendiri. Bagi Che Rodziah Ibrahim dimana dia juga tidak perlu mendapatkan bahan asam keping dengan meminjam atau meminta daripada sesiapa kerana bahan diperlukan untuk menghasilkan masakan ada di sekelilingnya. Sejak mula belajar memasak ketika berusia 12 tahun, wanita dari Kampung Tiak, Baling, Kedah itu hanya menggunakan asam keping daripada buah asam gelugur dari pokok berhampiran rumah keluarganya. Dakwanya sejak kecil ibu ajar dia bagaimana membuat asam keping dimana dulu dia cuma perlu kutip buah asam gelugur dari pokok di belakang rumah untuk dihiris. Sebaiknya hirisan tidak boleh terlalu tebal kerana ia lambat kering apabila dijemur yang kini tinggak di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Apa pun selepas mendirikan rumah tangga dengan suami dan kini menetap di kampung halaman suaminya juga tidak pernah membeli asam keping kerana buah itu sering diberikan percuma oleh jirannya. Ilmu menghasilkan asam keping atau istilah botaninya garcinia cambogia diturunkan kepada anak sulungnya, Nurrujaha Jasni, 22, yang masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia juga mengajar anaknya buat asam keping yang boleh menambah keenakan selain menaikkan aroma pada masakan ibunya dan dia gemar menjemur asam keping di atas nyiru besar diwarisi daripada moyangnya. Sejak dulu arwah moyang menggunakan nyiru besar itu untuk menampi padi, tetapi saya guna untuk jemur asam keping. Lazimnya setiap kali memasak asam pedas, gulai, tomyam, laksa dan seumpamanya dimana selain menghilangkan hanyir ikan dalam masakan memang amalan kaedahnya tidak pernah lupa mencampurkan asam keping.  Asam keping yang benar-benar kering mampu bertahan lama dan berkualiti sebagai bahan penambah perisa masakan.


Seterusnya dalam portal hmetro.com menatik kisah bagaimana '
Tabah besarkan 9 anak hasil jualan asam keping' untuk di kongsikan. Bagi Khadijah (foto sebelah) dimana dia bersama suaminya menjemur asam gelugur di rumah mereka di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Kelantan. Kini dengan membuat dan menjual asam gelugur inilah makcik dapat membesarkan sembilan anak. Khadijah nyatakan sejak berusia belasan tahun lagi, dia sudah belajar cara memproses asam gelugur daripada arwah ibunya, Siti Aminah Taib dan kini meneruskan warisan berkenaan bersama suaminya iaitu Daud Merah (73). Apa pun pendapatan bulanan diperoleh tidak menentu kerana bergantung kepada permintaan penduduk setempat yang mahu membeli asam keping mereka. Buah gelugur sama juga seperti durian, rambutan dan duku yang diperoleh mengikut musim. Selalunya apabila tiba musimnya maka dia dan suami akan memproses asam gelugur setiap hari dengan mengutip buah yang gugur daripada pokok di belakang rumah. Dia juga kemudian memotong buah ini iaitu dipotong nipis sebelum direndam dalam larutan air garam supaya tahan lama. Apa pun selepas asam gelugur dipotong maka mereka akan terus menyusun dan menjemurnya antara dua atau tiga hari bergantung kepada keadaan cuaca kerana mahu memastikan benar-benar kering. Asam keping adalah perencah masakan tradisional paling digemari suri rumah sejak dari dulu kerana rasanya yang asli dan diperlukan untuk masak pelbagai jenis masakan seperti ikan singgang. Biarpun perisa makanan tradisi ini semakin sukar diperoleh, namun ia tetap menjadi pilihan kaum ibu kerana asam ini lebih menyelerakan dalam masakan tertentu jika dibandingkan dengan perisa lain. Dia menjualnya dengan harga RM6 untuk 500 gram. Dalam pada itu kebanyakan orang zaman sekarang kurang berminat mengusahakan pembuatan asam keping disebabkan pendapatannya tidak lumayan. Kini walaupun semua anak-anaknya sudah besar, namun dia dan suami tidak mahu menyusahkan mereka kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga. Dia dan suami juga tidak boleh duduk bersahaja tanpa melakukan kerja kerana selagi ada kudrat maka mereka akan terus mengusahakan aktiviti pembuatan asam keping ini kerana kebanyakan pelanggan sudah lama sudah kenal sejak lebih 40 tahun lalu.


Dalam nstp.com pula dilaporkan '
Jual asam keping demi sesuap nasi' adalah kisah yang sesuai di kongsikan. Bagi  Che Munah (80) dan suaminya Abdullah Jusoh (64) yang mana memasak dan tidur di ruang tamu rumahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kelantan. Walau pun mereka terpaksa berniaga dengan sebelah mata yang hampir buta, warga emas, Che Munah Che Man, 80, sanggup menjaja asam keping demi mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut. Akibat kemiskinan dilaporkan mereka terpaksa menjaja asam keping di sekitar Pasir Puteh dan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sejak empat tahun lalu. Apa pun dakwa mereka aktiviti menjaja asam keping bukanlah dalam jumlah yang banyak dimana mereka hanya membawa antara 12 - 14 bungkus sahaja sehari. Duit yang mereka dapat itu nanti boleh digunakan untuk membeli beras dan ikan. Apa pun kisah hidup Che Munah yang mengalami masalah penglihatan kanan itu tular selepas dikongsi pelanggan asam kepingnya di Facebook. Wartawan yang membuat tinjauan ke rumahnya juga mendapati hanya terdapat satu dapur gas dan satu tilam dengan kelambu tanpa sebarang perabot di ruang tamu yang kecil. Mereka walaupun miskin akan tetapi tidak pernah meraih simpati sesiapa dan bergantung pada jualan asam keping kerana modalnya yang murah selain mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan. Mereka tidak menyangka permintaannya untuk meminta sedikit makan daripada pelanggannya. Apa pun kebetulan mereka demam dan hari itu hari terakhir menjaja dimana jualan kurang jadi saya minta dibelikan makanan dan tidak sangka pelanggan itu datang ke rumah dan selepas itu saya terkejut bila ramai orang yang datang melawat dengan bawa makanan dan duit. Mereka juga tidak mempunyai telefon bimbit dan tidak tahu kisahnya tular di laman sosial. Suaminya kini tidak bekerja kerana hanya pandai melakukan kerja kampung dan tiada yang mahu datang mengupahnya. Sellu dia hantar isteri ke jalan besar dan dia ambil kereta sewa pergi menjaja sementara dia cuba cari kerja kampung yang boleh bagi kami makan dan minum.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ASAM GELUGOR...ASAN KEPING SAMA...
POKOK BERBUAH... ADA MUSIMNYA...
MENJADI RAMUAN...MASAM RASANYA...
MENARIK MEMBACA...DALAM MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Surian 3, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, 
Johor,
Malaysia.
(12 Muharram 1446H).

Monday, July 29, 2024

ASAM GELUGOR - FAKTA DI MEDIA (Part 1)

ASAM GELUGUR
(Garcinia astroviridis) merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di Malaysia daripada keluarga Clusiaceae atau Glutiferae. Buah asam gelugor merupakan buah yang ramai tidak tahu ianya diproses untuk dijadikan kepingan asam gelugor atau asam keping. Tumbuhan saka ini lazimnya tumbuh dalam hutan belantara di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kini telah ditanam sebagai sumber buah untuk dijadikan pelbagai produk lain. Foto diatas merupakan beberpa koleksi asam gelugur yang terdapat dinegara kita dimana ramai yang tidak mengenalinya. Pokok asam gelugor mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan dahan yang melempai kebawah. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai asam gelugor dengan pautan berikut (Sila klik disini). Pada pemerhatian penulis blog dimana bentuk kanopi adalah berbentuk Kon atau piramid terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Ketinggian pokok mencecah 150 kaki tinggi dengan jarang-jarang dibuat cantasan dewasa (atau dibuat 'topping'). Pokok asam gelugor yang ditanam lazimnya mampu mengeluarkan hasil pertama selepas 7-8 tahun ditanam dan ia mampu berbuah sepanjang tahun. Buah asam gelugor yang matang mengandungi asid citrik, asid malic, asid tatarik dan juga asid askorbik yang tinggi dan berperanan sebagai anti oksidan. 
Asam Gelugor yang dijual dengan nama ASAM KEPING dan digunakan untuk bahan masakan bagi menambahkan rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan Asid Hydroycitric boleh menggantikan Asam Jawa (Tamarind). Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugor untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik. Artikel malam ini sambil menonton Bulletin Utama TV3 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan kisah menarik berkaitan asam gelugor seperti dalam media lokal untuk ia dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik kisah dan fakta dimana '
Dulu cef, kini tauke asam keping' dimana asam keping yang telah siap keringkan sedia untuk ia dijual kepada peraih di Kampung Masjid Ijok, Selama, Perak untuk di kongsikan. Kisah bagaimana  bekas tukang masak hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang kini bergelar usahawan asam keping selepas pulang ke kampung halamannya. Walaupun berpengalaman lebih 20 tahun sebagai cef, ia bukan halangan kepada Zulkarnain Abu Sakman (41) yang kini boleh berbangga apabila perniagaan asam keping diusahakannya mendapat permintaan menggalakkan dari seluruh negara. Dilaporkan sebaik pulang ke kampung empat tahun lalu, dia pada mula mengusahakan perniagaan pisang, namun kurang mendapat permintaan tinggi serta tidak memperoleh hasil lumayan. Dia kemudian mengkaji produk yang boleh dikomersialkan untuk tujuan memperoleh pendapatan lumayan dan mendapati perniagaan asam keping berpotensi menjana pendapatan jika dijalankan secara tekun dan produktif. Dia kemudian menggunakan `buas' (benih) asam yang diperoleh daripada penduduk setempat dan mengusahakan perniagaan asam keping. Alhamdulillah, ia mendapat permintaan baik bukan saja daripada penduduk setempat malahan juga dari negeri lain. Dilaporkan selepas hampir dua tahun mengusahakan perniagaan ini, saya menerima banyak permintaan dari negeri di selatan tanah air, sekali gus memperoleh pendapatan bersih sehingga RM5,000 sebulan bergantung kepada permintaan yang mana rumahnya dijadikan tempat memproses asam keping. Selain mengusahakan perniagaan asam keping dia juga mengusahakan gerai makan yang beroperasi pada malam kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang masakan. Walau pun pada mulanya dia agak risau untuk pulang ke kampung dan menjalankan perniagaan sendiri disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Kini dia sudah bertekad dan tidak mahu pandang belakang sebaik melangkah meninggalkan pekerjaan cef dan kesabaran saya kini sudah membuahkan hasil. Kekuatannya datang daripada sokongan keluarga dan saudara maranya.


Menarik kisah dan fakt dalam portal berita  sinarharian.com bertajuk 'Hilangkan lemak dengan air asam gelugur' sebagai petua kepada ramai pembaca yang suka memasak dan ingin menjaga kesihatan. Dinyatakan dimana tahukah semua kalau  asam gelugur atau asam keping kaya dengan Hydroxy Citric Acid atau HCA sangat membantu dalam mengekang nafsu makan? Ia dipercayai mempercepat penguraian lemak dalam tubuh. HCA bertindak menghalang perubahan makanan bergula dan karbohidrat berubah menjadi lemak. Selain dapat meningkatkan serotonin yang mampu mengurangkan selera makan, asam keping menurunkan berat badan dan bantu untuk mengempiskan lemak di perut. Apa pun dilaporkan buat wanita yang mahu menurunkan berat badan, jom minum air rebusan asam gelugur ini dan dijangka ia mujarab. Caranya adalah dengan mencuci satu atau dua keping asam gelugur dan kemudian dimasukkan dalam segelas air panas. Apa pun ia perlu dibiarkan beberapa jam sehingga asam keping sudah kembang dan suam dan sesuai dimnum atau diamalkan minum setiap pagi dan malam dimana dilaporkan ia akan membantu masaalah perut buncit menjadi kempis.


Dalam portal sinarplus.com dilaporkan dimana boleh 'Cantikkan kulit dan turun berat badan guna air rebusan asam gelugur, sedap dengan cara buat pun mudah' sesuai di kongsikan dengan pembaca semua. Memang ramai yang tahu jika asam gelugur dijadikan sebagai bahan dalam masakan orang Melayu sebagai bahan perasa. Selain itu tahukah pembaca blog anim agro technology ini tahu jika ia juga sangat bagus kepada dalaman badan. Air rebusan asam gelugur dapat membantuk untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan nafsu makan. Apa yang lebih menarik, air rebusan berkenaan juga bermanfaat mengawal kolesterol, melawaskan penghadaman dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Menurut seorang wanita dikenali Haney, sebenarnya, air rebusan itu sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit dan untuk turunkan berat badan. Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat bantu kurangkan nafsu makan dan cegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan. Maksudnya jika minum air tersebut, badan tidak akan serap lemak. Ada banyak lagi khasiat asam gelugur antaranya adalah mampu mengawal kolesterol, melawaskan penghadaman, merawat cacing dalam badan, mengecutkan rahim, mengurangkan gejala reumatisme atau penyakit radang sendi seperti gout dan juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Apa pun c
ara membuat adalah dimana-mana rebusan asam gelugur dengan sediakan bahan-bahan diperlukan iaitu 5-6 keping asam gelugur, daun pandan (simpul atau koyakkan) bersama dengan 5 gelas air. Langkah awal dengan merebuskan semua bahan di atas sehingga menggelegak dan tapis. Minum airnya dan amalkan sebelum makan. Nak lagi sedap boleh tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan dimana '
Usahawan asam keping' kini menjadi sumber pendapatan seorang usahawan di Perak untuk di jadikan bahan bacaan. Dilaporkan dimana nekad dan enggan menoleh ke belakang menjadi pegangan seorang bekas cef sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang kini bergelar usahawan asam keping selepas pulang ke kampung halamannya di Kampung Masjid Ijok, Selama, Perak. Walaupun usahawan ini sudah mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai cef ia bukan halangan kepada Zulkarnain yang kini bangga apabila semua perniagaan asam keping diusahakannya sudah mendapat permintaan dari seluruh negara. Menurutnya, sebaik pulang ke kampung empat tahun lalu, dia pada mulanya mahu mengusahakan perniagaan pisang namun ia tidak menerima permintaan tinggi serta tidak memperoleh hasil memuaskan. Apa pun berikutan itu dia mula mengkaji produk yang boleh dikomersialkan untuk memperoleh pendapatan lumayan dan mendapati perniagaan asam keping berpotensi dilaksanakan. Dia yang menggunakan buah asam diperoleh daripada penduduk setempat dan mengusahakan perniagaan asam keping. Alhamdulillah ia menerima permintaan baik bukan saja daripada penduduk setempat. Kini selepas hampir dua tahun mengusahakan perniagaan ini, saya menerima banyak permintaan dari negeri di selatan tanah air, sekali gus mampu memperoleh pendapatan berganda. Kini selain kerjanya mengusahakan perniagaan asam keping, dia juga membuka gerai makan yang dibuka pada sebelah malam kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang masakan. Kalau awalnya dia mulanya bimbang untuk pulang ke kampung dan berjaya menjalankan perniagaan sendiri berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ASAM GELUGOR...ASAM KEPING SAMA...
POKOK BERBUAH... ADA MUSIMNYA...
MENJADI RAMUAN...MASAM RASANYA...
MENARIK MEMBACA...DALAM MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Surian 3, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, 
Johor,
Malaysia.
(12 Muharram 1446H).

Sunday, July 28, 2024

PERTANIAN ORGANIK DAN FAKTA DI MEDIA (PT3)

PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming)
pada penulis blog merupakan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Sistem ini dilihat menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang iaitu dengan mengambil kira keadaan persekitaran atau wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa sumber organik yang boleh dengan amalan agronomi melalui kaedah mekanikal dan biologikal diman akonsepnya adalah ia dilihat bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik (bahan kimia) bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian organik. Lazimya ada dua jenis tujuan jangka masa iaitu jangka masa panjang (long term) dan jangka masa pendek (short term) untuk memajukan pertanian. Apa pun dilihat melalui kaedah holistik semula jadi dimana lazimnya pertanian organik mnyatukan kepelbagaian bio liar (wild), kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah serta membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO). Kesannya adalah ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi penulis blog percaya ia juga menambahbaik flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik akhirnya akan menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan cara pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Pada penulis blog percaya dimana beberapa prinsip untuk pertanian organik ada dibincangkan di peringkat antarabangsa melalui Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Prinsip tersebut termasuk dalam penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi melalui cara kerja yang serasi. Ini mengambilkira aspek kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Isu pencemaran pertanian yang disebabkan kesan negatif seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional sudah semakin ia menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Isu-isu seperti 'Eutrophication' dimana tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat boleh berlaku akibat dari ledakan alga kemudian ia akan membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. Kempen seperti 'Mencegah lebih baik dari mengubati’ perlu dikukuhkan melalui beberapa dasar kerajaan terhadap pertanian dimna ia perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pengguna melalui pendekatan pertanian organik. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta pertanian organik seperti dilaporkan dalam beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Merujuk kepada portal mstar.com ada fakta menarik bertajuk '
Pemuda tanam sayur organik atas bumbung mall, pelanggan boleh pilih dan petik sendiri... Ikan talapia merah pun ada!' amat menarik dikongsikan. Makan sayur-sayuran dalam diet seharian penting dalam memastikan tubuh dibekalkan dengan nutrisi berkhasiat. Namun ada dalam kalangan pemvbaca blog ini yang tidak gemar makan sayur-sayuran selain faktor sukar mendapatkan bekalan segar terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.  Apa lebih membimbangkan adalah kebanyakan sayuran yang berada di pasaran ditanam menggunakan racun serangga dan dipetik sekurang-kurangnya tiga ke lima hari sebelum ia sampai di pasaran untuk dijual. Dalam tempoh masa itu bahan sayuran tersebut sudah kehilangan 50%s daripada nutrisinya dan menyebabkan khasiatnya menjadi rendah dan berisiko untuk menimbulkan pelbagai penyakit disebabkan oleh kadar penggunaan racun serangga. Menyedari tentang masalah ini, seorang pemuda iaitu Emil Jihad mengambil inisiatif membuka sebuah perniagaan diberi nama Fresh Growcer yang berjaya menghasilkan sayur-sayuran ditanam sendiri tanpa didakwa menggunakan racun serangga perosak. Pemiliknya Emil Jihad nyatakan di Fresh Growcer mereka tidak hanya menanam dan menjual sayur-sayuran sebaliknya turut memberi peluang kepada pelanggan memetik sendiri jenis sayuran disukai. Ada jenis tanaman masih hidup di dalam sistem penanaman dan pelanggan dapat memilih dan memetik apa yang merka suka. Cara ini membolehkan sayur-sayuran dipetik masih segar dan tidak berlaku sebarang kehilangan nutrisi malah pelanggan boleh melihat sendiri bahawa racun serangga langsung tidak digunakan kerana ikan di dalam kolan tidak boleh hidup dalam sistem itu. Kini menerusi perniagaan yang dibuka sejak awal Mac lalu, dia mempraktikkan konsep 'green and sustainable farming' di mana ia menggabungkan tahap biodiversiti yang tinggi dengan alam sekitar yang memelihara sumber semula jadi. Di Fresh Growcer di gunakan sistem akuaponik di mana najis daripada ikan menjadi baja kepada sayur-sayuran yang ditanam. Air di dalam sistem tersebut pun dikitar semula malah penggunaan elektrik juga rendah disebabkan lokasinya, di mana terdapat banyak sumber cahaya matahari semula jadi. Apa pun premis Fresh Growcer dibuka di atas bumbung pusat beli-belah One Utama di Petaling Jaya yang akan memberi pengalaman menarik kepada pelanggan yang berkunjung ke situ. Siapa sangka semua sayur-sayuran segar ini ditanam di atas bumbung sebuah pusat beli-belah!. Berkongsi mengenai idea pembukaan perusahaan itu dia bersama pengasas bersama Tony Yong terpanggil apabila sedar tentang risiko kesihatan disebabkan penggunaan racun serangga terhadap tanaman. Ada terdapat banyak sisa daripada mengimport yang memberi kesan negatif terhadap alam sekitar iaitu isu disebabkan oleh penghasilan karbon daripada aktiviti membekal sebelum ini. Pelanggan memahani manfaat makan sayuran tanpa racun serangga dan mereka juga gembira dapat merasai pengalaman memetik sendiri sayur-sayuran yang tumbuh di tengah-tengah bandar. Terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran dari Asia yang ditanam di situ termasuklah bayam merah, sawi Jepun, sawi Hong Kong, dan sawi susu selain salad Romain, kale, arugula dan salad butterhead. Ada beberapa jenis sayuran lain yang sedang membesar adalah seperti cili api, ketumbar dan daun bawang dimana para pelanggan teruja dapat memetik dan memlilih sendiri sayuran yang mereka gemari. Meskipun sayur-sayuran itu ditanam di atas bumbung namun pihaknya telah menyediakan tempat khas untuk mengawal 'kebun' daripada sinaran cahaya matahari secara langsung, pencemaran dan juga masalah serangga perosak. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan 100% sayuran berkhasiat kepada semua pengguna Fresh Growcer. Kini tidak hanya menjual sayuran, di pasar raya ini juga turut menjual ikan hidup seperti talapia merah, buah-buahan, bunga dan pokok hiasan serta produk tanaman organik. Pembeli ikan akan disediakan khidmat dimana pekerja akan menangkap, memotong dan seterusnya membersihkan ikan tersebut sebelum dibawa pulang. Sesiapa yang ingin merasai pengalaman memetik sayur-sayuran segar dipelawa berkunjung ke Fresh Growcer di Tingkat 3 (Rooftop), 1UE, One Utama dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Apa pun perlu disemak dahulu info kemaskini syarikat tersebut.


Dalam portal hmetro.com dimana kisah 'L
adang organik' ada kaitan denga tajuk kali ini. Dilaporkan dimana penggunaan bahan kimia termasuk baja dan racun perosak dalam aktiviti pertanian sering merisaukan pengguna yang begitu mementingkan penjagaan kesihatan. Apa pun kesan penggunaan bahan kimia tidak terkawal dalam sektor pertanian bukan saja menjejaskan kesihatan pengguna malah turut selalunya memberikan impak kepada pengeksportannya. Oleh itu  konsep pengurusan ladang organik dalam penanaman dan penghasilan makanan organik secara semula jadi adalah selamat, berkualiti, tidak mencemarkan alam sekitar dan dapat memulihara kepelbagaian ekosistem. Usaha penanaman dan ternakan organik tanpa menggunakan baja dan bahan kimia terlarang dalam penghasilan bahan makanan dipelopori syarikat Bestari Bersatu Sdn Bhd (Bestari) di bawah jenama anak syarikatnya, DQ Farm Products Sdn Bhd (DQF). Penulis blog pernah membuat tinjauan ladang ini pada tahun 2016 semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu. Ini bermakna semasa artikel ini di tulis pengusaha ini yang sudah mendapat persijilan MyOrganik masih kekal beroperasi dengan baik. Akhbar hmetro laporkan dimana menurut Pengarah Urusan Bestari Norhana syarikat DQF memperoleh sijil organik pertama di Malaysia untuk tanaman dan ayam kampung ternak lepas serta ayam telur ternak lepas. Dia dakwa pihaknya sentiasa berusaha ke arah konsep pengurusan ladang organik bagi memastikan pengguna dapat menikmati makanan dengan selamat walaupun kosnya agak tinggi. Konsep pengurusan ladang yang dilaksanakan lebih kepada pertanian lestari yang memanfaatkan penggunaan bahan di persekitaran sebagai sumber nutrien tanaman seperti pengkomposan sisa ladang dan ternakan. Disediakan juga beberapa unit Rumah Perlindungan Hujan (RPH) turut dibina untuk tempatkan ayam (Sila lihat foto disebelah). Syarikat akan menghasilkan sendiri kebanyakan bahan semburan antiperosak dan penyakit tanaman menggunakan tumbuhan semula jadi yang terdapat di sekitar ladang. Diantaranya serai, buah pinang dan pelbagai lagi tumbuhan herba hutan yang mempunyai manfaat untuk melindungi pokok daripada serangan serangga perosak di Bentong, Pahang. Pendekatan konsep pertanian  lestari ini akan memanfaatkan penggunaan bahan yang ada di persekitaran sebagai sumber nutrien tanaman. Buat masa ini, ladangnya mempunyai kira-kira 20 ayam kampung, 5,000 pokok pisang, 800 pokok durian, 20 pokok dokong, manggis, kuinin, rambutan dan petai. Bagi menguruskan ladang organik bukan satu perkara mudah berbanding agrokimia kerana ia memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk memastikan hasil pertanian bebas racun perosak mahupun bahan kimia berbahaya kepada tubuh badan dan alam sekitar. Banyak perkara kami kena buat sendiri dan fikir alternatif lain untuk melawan penyakit tanaman tanpa menggunakan bahan kimia sedia ada. Hasil daripada usaha keras itu kami berjaya mengeluarkan hasil tanaman organik yang pertama iaitu durian organik dan tembikai organik. Selalunya semburan bahan kimia secara berterusan untuk mengekalkan kesegaran dan ciri kosmetik buah-buahan serta sayuran menyebabkan berlakunya peningkatan kandungan bahan kimia dalam hasil pertanian.  Bagi ternakan ayam kampung ia diternak dengan cara belaan bebas dan diberi makan cacing dihasilkan lalat Black Soldier yang diternak sendiri di kawasan ladang. Kini kadar permintaan ayam organik ini sangat tinggi terutama mereka yang mengamalkan amalan pemakanan sihat. Apa pun didakwa pencapaian terbaik syarikatnya ialah menerima anugerah Usahawan Penternak Bukan Ruminan Jaya Peringkat Negeri 2009 dan memasarkan ayam kampung berjenama yang pertama di pasaran umum sejak 2001.


Agak berkaitan di media adalah laporan bertajuk '
Baja bio-organik untuk tanaman berkualiti tinggi' untuk artikel ini. Dilaporkan inovasi baja terkini dalam dunia pertanian berjaya menarik bagi perhatian ramai khususnya kalangan petani terutama pengusaha tanaman sawit apabila penghasilan tanaman mereka meningkat dan berkualiti. Apa pun terinspirasi daripada kesan dan akibat penggunaan baja kimia yang kini meningkat kepada alam sekitar, Pengasas Baja Nadi iaitu Hasrul Hassan dengan tekad menggabungkan bahan semula jadi untuk mencipta formula unik yang dapat memenuhi keperluan tanaman secara optimum. Dia ada buat  kombinasikan semua bahan utama dan dihantar ke makmal yang diperakui, untuk menilai kekuatan dan kebolehupayaan baja ini bagi menggantikan baja kimia yang di sedia maklum memberi kesan secara langsung kepada tanah dan manusia. Kini dengan kandungan bahan semula jadi yang diperakui dan bebas daripada bahan berbahaya maka Baja Nadi menjadi pilihan yang selamat dan berkesan untuk tanaman. Baja Nadi sangat berbeza dengan jenama lain kerana ia dibuat daripada bahan semula jadi yang melalui ujian kekuatan dan perkara keberkesanan di makmal diperakui. Perkara itu bagi memastikan setiap penggunaan Baja Nadi membawa manfaat yang optimum kepada tanaman dan tanah. Baja Nadi didakwa mengandungi kandungan mikrob baik yang tinggi untuk membantu dalam meningkatkan kesihatan tanah dan dapat menghalang jangkitan penyakit. Ini berikan keberkesanan baja ini dalam menyuburkan tanah dan meningkatkan produktiviti tanaman secara semula jadi. Operasi Baja Nadi yang berpusat di Yong Peng, Johor sejak 2013 menunjukkan kesungguhan syarikat ini dalam memberikan sokongan kepada industri pertanian tempatan. Ia boleh menjadi pilihan dalam industri pertanian dengan memberikan alternatif yang selamat, berkesan dan berpatutan kepada petani. Didakwa dimana antara kelebihan Baja Nadi ia dapat mengembalikan tanah kepada sifat semula jadi dan boleh menghalang jangkitan penyakit. Ia boleh meningkatkan produktiviti dan yang paling penting harga yang ditawarkan adalah sangat kompetitif berbanding baja yang ada di pasaran terutama baja kimia. Tiga perkara utama mengenai Baja Nadi yang perlu diberi perhatian ialah kemampuannya untuk menstabilkan pH tanah dan menyuburkan tanah dan didakwa ia akan menghalang jangkitan penyakit bawaan tanah dan akhir sekali mampu untuk meningkatkan hasil tanaman. Bagi tanaan sawit didakwa ia turut membantu terutama pengusaha tanaman sawit dalam menghalang serangan kulat Ganoderma iaitu musuh utama tanaman sawit. Testimoni oleh seorang petani atau  peneroka sawit di Felda Redong 1, Segamat iaitu Mohd Nor Hafiz Jaafar dakwa selepas menggunakan Baja Nadi ini iaitu di sepanjang 12 bulan katanya secara purata hasil sawitnya setiap bulan melebihi 10 tan. Hasil tertinggi yang pernah diperoleh adalah 17.45 tan untuk kebun sawit yang berkeluasan 10 ekar. Peneroka sawit di Felda Keratong 8, Nordin Yunus dakwa dimana Baja Nadi ini mampu dalam menyelamatkan pokok sawit akibat serangan Ganoderma. Apa pun katanya biasanya pokok yang sudah berlubang akibat serangan Ganoderma akan tumbang dan mati. Akan tetapi kini apabila dia menabur Baja Nadi pada pangkalnya dalam masa tiga bulan, pokok kembali berbuah dan mula pulih. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK... PERKARA LAMA...
KONSEP DI GUNA... RAMAI PETANI LUPA...
TIDAK GUNAKAN... BANYAK BAHAN KIMIA...
HASILNYA DIJAMIN... KESIHATAN DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia,
(7 Zulkaedah 1445H).

Saturday, July 27, 2024

PERTANIAN ORGANIK DAN FAKTA DI MEDIA (PT2)

PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming) pada penulis blog merupakan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Sistem ini dilihat menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang iaitu dengan mengambil kira keadaan persekitaran atau wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa sumber organik yang boleh dengan amalan agronomi melalui kaedah mekanikal dan biologikal diman akonsepnya adalah ia dilihat bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik (bahan kimia) bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian organik. Lazimya ada dua jenis tujuan jangka masa iaitu jangka masa panjang (long term) dan jangka masa pendek (short term) untuk memajukan pertanian. Apa pun dilihat melalui kaedah holistik semula jadi dimana lazimnya pertanian organik mnyatukan kepelbagaian bio liar (wild), kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah serta membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO). Kesannya adalah ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi penulis blog percaya ia juga menambahbaik flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik akhirnya akan menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan cara pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Pada penulis blog percaya dimana beberapa prinsip untuk pertanian organik ada dibincangkan di peringkat antarabangsa melalui Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Prinsip tersebut termasuk dalam penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi melalui cara kerja yang serasi. Ini mengambilkira aspek kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Isu pencemaran pertanian yang disebabkan kesan negatif seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional sudah semakin ia menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Isu-isu seperti 'Eutrophication' dimana tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat boleh berlaku akibat dari ledakan alga kemudian ia akan membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. Kempen seperti 'Mencegah lebih baik dari mengubati’ perlu dikukuhkan melalui beberapa dasar kerajaan terhadap pertanian dimna ia perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pengguna melalui pendekatan pertanian organik. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta pertanian orgnik seperti dilaporkan dalam beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menrik satu laporan analisa oleh ahli akademik 
Dr Nur Bahiah iaitu berkaitan 'Dilema sambutan Pertanian Organik di Malaysia' untuk di kongsikan dan tulis semula. Isu dimana aktiviti pertanian organik bukan lagi isu baharu di Malaysia akan tetapi penulis blog pun dapati ia kurang sambutan terhadapnya dan memang agak suram. Pertanian organik bukan lagi isu baharu di Malaysia, tetapi sambutan terhadapnya agak suram sejak akhir ini. Ianya pernah hangat diutarakan bermula pada sekitar tahun 2001 dimana masa itu ada peruntukan khas telah pun disediakan oleh pihak kerajaan khusus kepada petani organik pada Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005). Namun begitu mungkin disebabkan tiada kesinambungan terhadap inisiatif ini maka pertanian organik kelihatan menjadi semakin hambar pada setiap tahun. Hanya petani yang betul-betul berminat sahaja yang meneruskan pertanian organik. Malahan, di dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN) juga, isu organik ini tidak diberi penekanan, sebaliknya fokus diberikan kepada pensijilan MyGAP. Penulis blog yang bentangkan kertas utama pada webminar di UITM pada 25 April 2024 laporkan dimana sudah ada sebanyak 357 buah ladang berstatus sijil MyOrganik dengan keluasan 2,223 hektar pada tahun 2023. Ironinya dimana tahap kesedaran masyarakat terhadap produk organik semakin meningkat setiap tahun. Jika dahulu dilaporkan yang produk organik adalah sinonim untuk pesakit kanser sahaja kini kesedaran pengguna terhadap faktor pemakanan serta gaya hidup sihat semakin menjadi perhatian. Penulis blog pun setuju situasi dimana kesedaran ini secara tidak langsung telah mendorong pengguna bertukar pola pemakanan mereka, dengan beralih kepada sumber makanan yang berkualiti dan sihat seperti sayuran dan buah-buahan organik. Kalangan pengguna juga semakin sedar akan keburukan hasil pertanian yang dicemari atau dihasilkan dengan menggunakan racun dan baja kimia atau sintetik yang berlebihan. Selalunya produk pertanian organik atau bebas baja dan racun kimia semakin mendapat tempat atau pun permintaan dari penggemar organik serta pengguna setempat. Dalam pada itu usaha kerajaan bagi mempromosikan produk dan pertanian pertanian organik melalui akredetasi pensijilan sejak tahun 2003 sehingga kini (melalui persijilan MyOrganik) turut disambut baik oleh petani dan pengusaha ladang. Ada ramai kalangan petani yang di bert latihan sanggup bertukar dari pertanian konvensional kepada pertanian yang bebas bahan kimia. Ini turut membuatkan fenomena kewujudan restoran makanan organik dan pengilang produk berasaskan sumber makanan organik meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kini penulis blog pun faham dimana produk pertanian organik juga mendapat tempat di kalangan pengusaha dan peruncit dengan wujudnya kedai-kedai khas mahupun seksyen khas organik yang boleh didapati di pasaraya besar seperti Aeon Big dan Giant Big. Apa yang lebih menarik dimana sudah banyak premis atau pun kedai khas organik juga semakin banyak dibangunkan terutama di Lembah Kelang. Kini penjualan produk organik secara online juga kelihatan semakin bertambah. Dalam pada itu dilihat walaupun permintaan dari pengguna semakin meningkat namun harga produk organik masih kekal tinggi berbanding konvensional. Masalah yang sering timbul sehingga kini adalah perbezaan harga produk organik yang boleh mencecah sehingga tiga kali ganda berbanding konvensional. 


Penulis blog dapati mungkin produktiviti pertanian organik adalah agak rendah berbanding dengan produk tanaman konvensional secara umumnya. 
Ini juga  mungkin disebabkan oleh kurangnya pengeluaran produk organik dari dalam negara kerana ramai petani yang lebih fokus kepada pengeluaran secara konvensional dimana hasilnya lebih cepat dan banyak. Apap pun scara tidak langsung isu ini akan menyebabkan ada pengeluar dan pengusaha mengambil kesempatan dengan memalsukan logo sijil organik semata-mata untuk tujuan mendapatkan harga premium. Isu pemantauan dari segi pensijilan juga sering dipersoalkan sehinggakan banyak produk organik disalahguna oleh pengusaha bukan organik. Kini kadar permintaan yang semakin meningkat dari pengguna juga menyebabkan ia tidak dapat dipenuhi diperingkat nasional dimana isu ini boleh ia menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport produk organik dari luar negara seperti Australia dan New Zealand. Isu ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan harga produk organik dan kesannya dimana hanya golongan pengguna yang berkemampuan lebih cenderung untuk mendapatkan produk organik berbanding masyarakat marhein. bagi atasi isu ini penulis blog setuju cadangan dimana salah satu cara yang mungkin boleh diambilkira adalah dengan meningkatkan pengeluaran organik diperingkat nasional. Apabila jumlah pengeluaran memenuhi atau melebihi permintaan maka lazimnya secara tidak langsung harga barangan dapat dikawal. Ini mungkin boleh diaplikasi kepada produk organik dimana kerajaan boleh menggalakkan petani untuk beralih kepada pertanian organik. Aspek kesedaran dari pihak petani haruslah ditingkatkan agar mereka sedar akan bahaya penggunaan racun yang diguna berlebihan terhadap kesihatan tubuh badan, tidak kira samada kepada petani itu sendiri mahupun kepada keluarga dan masyarakat. Pihak kerajaan mungkin boleh mengembalikan insentif yang telah disediakan sebelum ini kepada petani yang baharu atau yang akan mengusahakan organik agar kelangsungan industri organik ini dapat diteruskan. Pemberian insentif ini mampu mengurangkan kos pengeluaran pengusaha dan seterusnya mengurangkan harga produk organik di pasaran. Kerajaan juga harus memainkan peranan dengan mempergiatkan pemantauan terhadap produk yang telah diakreditasikan. Aktiviti pemantuan perlu ia dijalankan pada kawalan harga dan produk pertanian yang menggunakan logo MyOrganik. Kawalan berterusan di buat pada segenap peringkat (ladang dan pasaran) agar ini dapat menghilangkan keraguan orang ramai terhadap produk hasil pertanian organik bagi mengelak eksploitasi dan isu seperti penyalahgunaan logo. Pendekatan lain yang boleh dijalankan bagi tujuan mengurangkan impak harga produk organik ke atas pengguna adalah pengguna itu sendiri cuba untuk bercucuk tanam. Memang ada terdapat banyak inisiatif yang dijalankan oleh komuniti dalam agenda mendidik pengguna untuk dapat menghasilkan tanaman makanan sendiri mahupun usaha bagi penghasilan baja dan racun organik sendiri. Ia adalah salah satu langkah bijak yang patut diambil oleh setiap pengguna bagi memastikan makanan yang diambil adalah dijamin bebas racun dan berkualiti. KAlangan masyarakat dimaba sealunya apa yang dimakan dapat mencerminkan kesihatan seseorang. Adalah penting menjaga kesihatan haruslah bermula dari sumber yang dimakan. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan individu, malahan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat, cergas dan bebas penyakit. Pertanian organik perlu di war-warkan sepanjang masa.


Menarik laporan bernama.com dimana dilaporkan '
Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia' yang di nyatakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu Mohamad Sabu. Dilaporkan tidak sampai 1% (satu peratus) pekebun atau penternak berskala besar di negara ini yang mengamalkan pertanian organik semasa persidangan di Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri laporkan dimana kini pihak kementeriannya bersama pihak swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan kini mengambil pendekatan agresif dalam mempromosikan amalan pertanian organik kepada pemain industri tempatan. Apa pun ketika ini di beri penekanan pertanaian organik melalui dua teras iaitu yang pertama memperluaskan promosi di peringkat domestik bagi produk premium istimewa seperti hasil organik dan makanan berkhasiat bagi menyokong perkembangan pengeluaran produk seumpamanya di pasaran. Pendekatan kedua adalah dengan meningkatkan penerimagunaan pensijilan standard makanan dalam kalangan pengeluar makan termasuk myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices) dan myOrganic, dengan setiap bahan organik perlu mendapat kelulusan dua badan ini. Kini persijilan myGAP bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik. Semasa kelulusan myGAP di peringkat kebun petugas akan memantau barangan di pasaran dan orang ramai boleh bawa kepada kita untuk mereka periksa kesahihan produk organik itu. Walau pun kini masih kurang aktiviti pertanian organi iaitu hanya 1% sahaja amalan pertanian organik di negara kita namun dari segi produknya di pasaran begitu banyak pihak dakwa adalah organik. Pengguna perlu di tunjukajar bagaimana cara untuk pengguna mengenal pasti ketulenan sesuatu produk organik yang terdapat di pasaran. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK... PERKARA LAMA...
KONSEP DI GUNA... RAMAI PETANI LUPA...
TIDAK GUNAKAN... BANYAK BAHAN KIMIA...
HASILNYA DIJAMIN... KESIHATAN DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia,
(7 Zulkaedah 1445H).