Tuesday, May 21, 2024

SELASIH - APA FAKTANYA

SELASIH
(Ocimum basilicum Linn.) merupakan sejsnis tumbuhan herba yang ditanam untuk pelbagai tujuan kegunaan. Penulis blog dapati dimana tanaman ini juga dikenali sebagai Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic) dan juga dipanggil sebagai Bai horapa (Thai). Tumbuhan ini dari keluarga Lamiaceae (labiatae) mudah tumbuh di negara kita dimana kadang kala ia dijumpai tumbuh liar didalam belikar sahaja. Penulis blog dapati dimana selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tumbuhan ini sudah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Apa pun penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana terdapat sebanyak 35 spesis Selasih yang dikenalpasti akan tetapi yang paling biasa dijumpai di Malaysia dan kawasan tropika lain adalah seperti Ocimum americanum, Ocimum basilicum, Ocimum campechianum, Ocimum gratissimum, Ocimum kilimandscharicum dan juga Ocimum tenuiflorum. Tumbuhan renek ini mudah ditanam dan dijaga dimana ia akan menghasilkan daun, bunga dan bijinya dalam masa singkat sahaja. Sebenarnya dari banyak spesis yang terdapat dinegara kita dilaporkan kebanyakan tumbuhan ini adalah berbau dengan mempunyai citarasa khas. Apa yang penulis blog buat ujian dimana tumbuhan ini kadang-kadang agak busuk (Langu), Bau Harum atau Bau Manis dimana ia juga tergantung kultivarnya. Dilaporkan ada beberapa di antaranya jika dimakan menyebabkan pemakannya akkan dapat rasa seperti mabuk. Walau pun kajian taksonomi mendapati ada beberapa jenis selasih yang mana ia berasal dari Asia Tenggara seperti Kemangi akan tetapi dilaporkan sebahagian besar adalah dari India. Dalam pada itu dikalangan orang Eropah yang mengenali tumbuhan ini secara tradisionalnya mengenalinya sebagai Ocimum basilicum ("basil" atau "sweet basil") iaitu ia juga dikenali sebagai rempah yang diwariskan dari tradisi dari Yunani Kuno. Di India tanaman selasih yang paling dikenali merupakan jenis "tlasi" atau "tulasi" ("holy basil" dengan nama botaninya O. tenuiflorum syn. O. sanctum. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai fakta menari bagi selasih untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Fakta penting mengenai tumbuhan ini adalah mengenai 
morfologi tanaman selasih secara tepat. Tumbuhan selasih merupakan tumbuhan herba yang tumbuh menegak dimana ia juga mengeluarkan aroma yang sangat harum. Ia boleh tumbuh dengan ketinggian sekitar 0.6 -1.6 meter dengan mempynyai warna batang yang hijau atau coklat yag bentuknya agak bersegi empat. Susunan daun selaish adalah jenis tunggal bertentangan dengan mempunyai tangkai yang berukuran panjang 0.5 - 2 cm dan berbentuk bulat telur dimana dibahagian hujungnya. Bahagian pangkal daun adalah agak meruncing dengan bahagian permukaan daun agak halus dan bintil-bintik kelenjar. Daunnya juga ada tulang daun menyirip dengan di tepinya bergerigi, panjangnya 3.5 - 7.5 cm dengan ukuran lebarnya adalah sekitar 1.5 - 2.5 cm. Daunnya juga ia mempunyai warna hijau tua dan apabila berbunga dilihat dimana bunganya berwarna putih atau lembayung atau pelbagai warna warna lain. Dibahagian kelopak sisi luar ada yang berambut, bulat telur terbalik dengan tepi mengecil sepanjang tabung. Biji selasih adalah bertekstur keras, berwarna coklat tua dimana apabila dimasukkan dalam air akan mengembang dan lembut.


Tumbuhan herba ini mudah tumbuh ditanah yang subur dan di tempat lembab dengan mana jika ada sedikit teduhan di tanah dataran rendah sampai ketinggian 450 meter. Tumbuhan ini dilaporkan ditanam secara kecil-kecilan atau secara komersil yang meluas bergantung kepada pasaran atau untuk kegunaan sendiri. Pengurusan bagi tanaman selasih mudah kerana tidak banyak perosak dan penyakit yang perlu dirawat. Penjagaan yang baik selalu membolehkan hasilnya dapat dituai dalam masa singkat sama ada dari bahagian daun, bunga atau pun bijinya. Dilaporkan kehebatan tanamaan selasih adalah kerana hasil kajian dan analisa makmal dilaporkan ia dilapor mengandungi bahan kimia berguna seperti bahagian daunnya yang ada komponen seperti Asid Kafeat, Asid kumarat, bahan Myresin, Rutin dan juga Kuersetin. Pada keseluruhan pokok herba ini juga ianya mengandungi minyak meruap yang terdiri daripada 1,8-Sineol, p-Cymene, Limonen, Linalool, Metilkaviol, Metil sinamat, Pinen, Safrol dan juga Alfa-Terpinen. Kajian juga nendapati dimana minyak selasih yang diekstrak sesuai digunakan sebagai bahan antibakteria yang sesuai untuk mengelakkan serangan dari Salmonella aureus, Salmonella enteritidis dan E. coli. Minyak ini juga ada kesan sebagai bahan Antifungi dimana dilapor merawat C. albicans, P. notatum dan Microsporeum gyseum. Unsur sepeti Kamfor, d-limonen, myresen dan timol mempunyai kesan sebagai bahan kawalan serangga perosak (repellent) dengan kemampuan dalam membunuh serangga sampai 90% pada konsentrasi 113 - 283 ppm. Dalam kajian lain ia telah dikaitkan dengan bahan antikanser. Pada bahagian daun Ocimum basillicum yang telah digunakan sebagai ubatan tradisional antikanser semulajadi secara tradisional. Kandungan Asid Fenolate yang tinggi didalam selasih dikaitkan dengan perkara ini. Apa pun penyelidikan saintifik perlu dijalankan berterusan mengenai perkara ini.


Dalam menggunakan daun selasih apa yang penulis blog paling suka adalah Makanan Ayam Daun Selasih Masak Cili Hijau dengan nasi panas. Makanan ini mudah disediakan menggunakan ayam daging biasa dan paling direkomen adalah menggunakan daging ayam kampong atau sekurang-kurangnya gunakan ayam telur tua (dagingnya keras sedikit). Bagi memasak makanan ini diperlukan bagan terdiri daripada 
1/2 ekor Ayam yang dipotong (saya suka ayam kampong), 6-8 biji Cili Hijau, 6 biji Cili Padi Hijau, 6 ulas Bwg Puti (ia di tumbuk kasar), 1 batang serai yang diketuk, 1" halia yang di hiris, 1 biji bawang besar  juga di hiris,1 sudu besar sos Ikan, 2 sudu besar sos tiram, 1 biji tomato yang di potong, Daun Selasih ambil seberapa banyak disukai dan garam. Cara memasaknya dengan memanaskan beberapa sudu minyak dan di tumis bahan tumbuk ramuan sehingga wangi. Kemudian bahan lain dimasukkan adalah serai, halia, bwg besar serta mesti di kacau sebentar. Seterusnya dimasukkan daging ayam, sos ikan, sos tiram dan di kacau sebati. Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk. dan kemuidan ia ditutup sehingga ayam betul-betul masak. Sebaiknya ditambahkan garam jika tidak cukup masin. Akhir sekali adalah dimana dimasukkan herba daun selasih dan hirisan tomato dan di kacau beberapa minit dan angkat untuk dihidangkan. 


Menarik dalam portal hmetro.com bertajuk 'Selasih Bekal Tenaga di bulan puasa' untuk dikongsikan kali ini. Apa pun dilaporkan sajian enak dan menyegarkan sememangnya menjadi pilihan utama ketika berbuka khususnya bagi kanak-kanak, apatah lagi dalam cuaca panas begini. Tidak kira di bazar Ramadan mana pun selalunya juadah yang dibariskan atas meja jualan memang menarik perhatian dan kadangkala membuatkan pembaca blog rambang mata. Apa pun pada bulan mulia inilah semua akan bertemu pelbagai juadah pencuci mulut dan kuih-muih yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini. Ada juadah resipi baru dan memang tidak kurang juga yang mengambil usaha untuk mengetengahkan semula kuih-muih tradisional yang semakin dilupakan semuanya bergantung kepada kreativiti si penjual. Apa pun menyentuh soal kreativiti pembaca juga bolehlah menyediakan juadah enak yang mudah dengan mengubah suai sedikit resipi sedia ada. Bagaimanapun yang masih tiada ilham maka semua boleh mencuba dua resipi pertama mudah dengan menggunakan biji selasih bernama '
Puding kelapa biji selasih' untuk di ujirasa. Bahan disediakan adalah 200 ml santan, 2 sudu kecil madu (boleh juga gunakan gula Melaka atau pemanis pilihan), 2½ sudu besar biji selasih, Seikat daun pandan dan 2 buah mangga dipotong dadu. Cara penyediaan iaitu dengan menggaulkan santan, madu dan biji selasih di dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan masukkan daun pandan dan biarkan dalam peti sejuk buat semalaman. Langkah seterusnya adalah mengasingkan daun pandan dari puding dan boleh dihidangkan dingin bersama kiub mangga. Resepi ke dua adalah 'Teh bunga kekwa selasih' dimana bahan diperlukan adalah beberapa kuntum bunga kekwa kering, 1 sudu besar biji selasih, air panas mendidih secukupnya dan bahan pemanis pilihan secukup rasa. Cara penyediaan adalah dengan memasukkan bunga kekwa ke dalam secawan air yang sudah dididihkan dan perlu dibiarkan seketika. Kemudian ditambahkan biji selasih dan pemanis pilihan dan ia boleh diminum panas atau sejuk. Apa pun mungkin ramai yang tidak tahu biji selasih atau dipanggil biji chia ini sebenarnya kaya dengan omega-3, protein, serat, antioksidan, kalsium, magnesium dan vitamin B3. Didakwa dengan pengambilan 10 gram biji selasih (kira-kira dua sudu makan) ketika bersahur boleh membekalkan tenaga untuk anda menjalani ibadat puasa. Pembaca boleh manfaatkan kebaikan biji selasih yang bukan saja murah malah mudah untuk disediakan. Apa pun jika tiada ilham untuk menghasilkan resipi sendiri, anda boleh menyediakan puding kelapa biji selasih pada waktu malam supaya ia boleh dinikmati sejuk ketika berbuka keesokan harinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SELASIH... SEJENIS HERBA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI CARA...
MUDAH DITANAM.. DI RUMAH SAHAJA...
ADA RESEPI AYAM... KENA UJIRASA...
DUA RESEPI... AKHBAR JELASKANNYA...
BAC ARTIKEL... HATI TURUT SUKA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Jamadilawal 1444H).
Kemaskini pada;
11 Zulkaedah 1445H
Parkroyal A'Formosa Resort,
Alor Galah, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.