Thursday, May 16, 2024

KOS TANAMAN DURIAN TERPILIH 2023

KOSTING TANAMAN DURIAN (Durio zibethinus) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Durian di Malaysia boleh pada tahun 2023 dilaporkan seluas 87,365 hektar dengan hasil sebanyak 4715672 metrik tan. Tanaman durian paling luas di tanam di Johor (19,979 ha) diikuti dengan Pahang (15,894 ha) dan Kelantan 10,556 ha) dimana kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi pasaran eksport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja, hormon  dan sebagainya mulai meningkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Durian Varieti Terpilih semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


BUAH DURIAN
merupakan sejenis buah tropika yang digelar 'Raja Segala Buah' kerana baunya dan rasa keenakannya. Tanaman durian di Malaysia telah lama dikomersilkan ditanam secara monokrop semenjak dahulu disamping penanaman secara dusun campuran bersama buah-buahan lain. Penulis yang telah menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian dalam blog ini dan masih berminat untuk giat menulis lagi mengenai beberapa varieti durian yang perlu diketahui dan diingati oleh petani dan peminat makan durian. Tahun 2023 dilaporkan  dimana harga beberapa varieti durian mencecah lebih RM40 - RM65 sekilogram iaitu varieti Musang King (D197), Duri Hitam (D200) dan beberapa durian premium lain kerana pengeluaran yang berkurangan akibat cuaca panas dan kering berpanjangan dan kadar permintaan domestik serta eksport yang tinggi. Bagaimana pun penulis yang membuat tinjauan di sekitar Raub dan Bentong, Pahang iaitu kawasan utama pengeluaran Durian Musang King di negara ini mendapati purata harga jualan runcit sekitar RM30.00 sekilogram pada hari biasa dan meningkat kepada RM35.00 sekilogram pada hari Sabtu dan Ahad. Merujuk kepada beberapa ushawan durian yang mendapat sijik MyOrganic mereka mendapat harga premium melebihi RM50.00 sekilogram. Penulis dapati sebiji durian musang King Organik seberat 2 kg telah dijual dengan harga RM100.00. Kalau beberapa tahun dahulu ini perkara yang mungkin tidak dipercayai tetapi pada tahun 2016 segalanya telah mengubah persepsi. Beberapa petani yang menjaga kebun durian mereka dengan baik dengan adanya sistem pengairan kawalan musuh dan penyakit dan menghasilkan buah durian berkualiti amat gembira dengan pulangan diterima. Ada yang dakwa musim ini mereka senang-senang dapat lebih dari setengah juta dari 5 ekar kebun durian musang king. Program cantuman dewasa durian dan penanaman durian Musang King kini menjadi satu trend dikalangan petani dan pengusaha durian disekitar Bentong, Raub, Lipis dan Jerantut.

 

KOSTING TANAMAN DURIAN TERPILIH (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : DURIAN PREMIUM (Durio zibethinus)

2. Varieti Premium  : Durian Klon Terpilih

3. Jarak Tanaman   : 9.0 m x 9.0 m 

4. Kepadatan pokok: 123 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 25 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (25 tahun):

7. Potensi Kutipan Hasil           :  185,6250 kg/ha 

8. Purata bil. buah sepokok      :  120 biji

9. Anggarah Hasil (25 tahun)    :  376,380 kg

10. Purata Harga (RM/kg)         :  RM15.00

11. Pendapatan Kasar               :   RM 5,645,700

12. Angaran Pendapatan Bersih : RM 4,960,700 


ALIRAN WANG KELUAR ( 25 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan   : RM 33,170

12. Kos Bahan Input               : RM 244,371

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 360,000

14. Kos Pelbagai                    : RM 677,854

15. Kos luarjangka (10%)       : RM   67,785

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 745,640


ANALISA KEWANGAN DURIAN PREMIUM (25 tahun):

16. iRR (Internal rate of Return)   : 41%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 1,050,824

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 7.57

(Bermakna setiap RM1 berikan RM 7.57)

19. Titik Pulang Modal Betik         : RM 1.98 

20. Tempoh Pulang Modal           : Tahun ke 7


Dalam portal sinarharian.com menarik laporan berkaitan 'Tahun 2023 digeruni pengusaha durian' apabila dilaporkan di 
Pulau Hainan di China dengan keluasan lebih 2,000 hektar dijangka mengeluarkan hasil pada Jun 2023. Didakwa dimana mulai tahun 2023 akan menjadi tahun yang digeruni oleh para pengusaha durian tempatan apabila media China melaporkan akan mengeluarkan keluaran pertama raja buah itu pada Jun depan. Mengikut penulis buku geopolitik dan sejarah ekonomi, Ahmad Faezal nyatakan ramai peniaga durian mungkin akan menghadapi masalah yang sangat ketara memandangkan sebelum ini China mengimport sebanyak 825,000 tan durian berjumlah RM17.732 billion setiap tahun. Dilaporkan dimana aktiviti penanaman yang dilakukan China di Pulau Hainan dengan keluasan lebih 2,000 hektar itu dianggarkan akan menghasilkan lebih banyak durian menyebabkan negara itu susah untuk mengimportnya lagi. Apa pun mulai 2023 iaitu tahun yang digeruni peniaga durian. Sebab apa? Media China melaporkan Jun 2023 dakwa yang durian China akan mula masuk pasaran. China dah mula tanam durian sendiri dan ramai kurang pasti apa kesannya terhadap industri durrian di Malaysia. Apa pun negara China ada satu perangai unik iaitu apabila mereka dah mula hasilkan sesuatu maka memang susah dah mereka hendak import. China dilihat telah lama melakukan penyelidikan berkaitan perkara tersebut dan setelah empat tahun diusahakan, ia akhirnya mendatangkan hasil. Kawasan tanaman tersebut seluas Kuala Lumpur dan dianggarkan menghasilkan lebih banyak buah durian pada masa akan datang dimana China sasar bekalan tahunan dari ladang domestik antara 45,000 hingga 75,000 tan. Dari jumlah itu sebanyak 75,000 tan itu baru 9% berbanding jumlah import mereka. Mungkin China sudah pasti akan cuba kembangkan industri durian ini untuk menghasilkan lagi banyak (durian) dengan cara membuka ladang baru. Sejak kebelakangan ini dilaporkan yang pasaran durian dilihat sedang 'mendidih' dan boleh diibaratkan terdapat gelembung harga yang akan mengganggu harga raja buah tersebut dalam pasaran. Meski pun masih mendapat permintaan hebat dari China, ia mungkin berkurangan setelah negara tersebut boleh menghasilkan buah tersebut. Jika permintaan terhadap raja buah tempatan menurun, gelembung harga akan pecah menjadikan nilainya jatuh mendadak kerana berlaku lambakan buah yang tidak dieksport ke luar negara. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...
TANAMAN DURIAN... MENJADI PILIHAN...
NPV BERJUTA... TAHUN KE 7 DAH SAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.