Monday, May 27, 2024

KEMAMPANAN TANAMAN KELAPA DI MALAYSIA (Pt 2)

KEMAMPANAN INDUSTRI KELAPA
(Cocos nucifera) di Malaysia adalah satu perkara serius yang perlu di ambil kira didalam mempastikan tanaman ini tidak semakin berkurang dan bekalan tidak mencukupi. Tanaman kelapa semakin berkurangan saban tahun di Malaysia daripada lebih 200,000 hektar sekitar tahun 1980'an hanya seluas 84,936 hektar pada tahun 2023 dengan jumlah penghasilan sebanyak 640,200 metrik tan dengan nilai pengeluaran sekitar RM960,391 juta (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan di Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Malaysia masih mengimport diantara 100 - 150 juta biji kelapa setahun daripada Indonesia untuk keperluan pemprosesan di kilang kelapa. Pada penulis blog dimana kelapa adalah komoditi yang terkenal disebabkan permintaannya bagi kegunaan segar dalam industri pemprosesan makanan yang meningkat menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran seperti Indonesia. Antara varieti kelapa yang masih berhasil adalah varieti Malayan Tal (Cn1), Matag (CN13,CN14, CN15), Kelapa Pandan (CN5), MRD, MYD dan beberapa lagi. Umum tahu dimana rakyat Malaysia seawal pagi menikmati nasi lemak, tengah hari masak lemak cili api menggunakan santan sehingga ke malam dihidangkan dengan kuih koci (inti kelapa), serawa, bubur kacang durian, kuih tradisional begitu juga makanan pada waktu malam. Ini belum diambil kira semasa hari raya apabila kegunaan kelapa sehingga permintaan kelapa tua untuk dibuat santan pada hari raya Aidilfitri kali ini bukan sahaja meningkat dan bekalannya tidak mencukupi sehingga perlu di import 34% menurut Jabatan Statistik Malaysia DOSM (2020). Penulis blog yang sudah meulis lebih 500 artikel megenai kelapa mendapati memang ada banyak cabaran dihadapi industri kelapa pada masa kini yang menyumbang kepada pengurangan hasil dimana di antaranya produktiviti rendah dan pengurangan keluasan bertanam. Beberapa sumber menyatakan dimana kini Kadar tahap SSL (Self Sufficient Level) semasa kelapa di Malaysia adalah 66.6%. Sebaiknya bagi meningkatkan SSL daripada 66.6% kepada 80% menjelang tahun 2040 dimana kerajaan melalui jabatan dan agensi pertanian perlu melihat polisi guna tanah penanaman bagi menambah kawasan bertanam kelapa sebagai satu strategi yang terbaik. Apa pun keperluan ini adalah bagi memelihara kawasan guna tanah dari sebarang penukaran kepada status aktiviti pembangunan dan aktiviti pertanian lain. Selain itu penggunaan varieti kelapa yang berkualiti dan berhasil tinggi seperti Matag akan dapat meningkatkan pengeluaran kelapa di samping memberi keuntungan kepada pengusaha tambah beliau lagi. Jika ada pun isu-isu seperti penukaran status tanah penanaman kelapa kepada aktiviti lain seperti penanaman kelapa sawit dan juga ancaman pembangunan telah menyebabkan berlakunya penurunan keluasan bertanam kelapa di Malaysia perlu di rancang dengan baik. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan aspek kritikal mengenai isu kemampanan industri tanaman kelapa di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Penulis blog melihat dimana penanaman kelapa di Malaysia telah pun bermula sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada awal abad ke-19 dimana tanaman kelapa merupakan komoditi utama sebagai bahan mentah untuk penghasilan lemak dan minyak sayuran. Perdagangan kelapa dunia berkembang dengan ketara disebabkan permintaan lemak dan minyak sayuran yang tinggi. Kelapa merupakan satusatunya bahan asas untuk penghasilan lemak dan minyak pada waktu tersebut. Dilaporkan bahawa jumlah keluasan tanaman kelapa merosot dengan ketara sehingga kurang satu pertiga daripada keluasan asal dahulu rentetan persaingan komoditi gantian seperti jagung, kacang soya dan yang paling ketra dengan meluasnya penanaman kelapa sawit. Jumlah penanam kelapa juga berkurangan separuh daripada penanam asal iaitu 102,000 penanam di mana ia semakin berkurangan. Penulis blog semasa awal tahun 1980'an pernah mendengar laporan kajian berkaitan tanaman kelapa yang diibaratkan sebagai 'Tanaman Orang Miskin' atau pun kurang menguntungkan oleh PM masa itu. Apa pun dalam 10 tahun kebelakangan ini dilihat industri kelapa telah mula dilihat semula sebagai industri yang mampu memberikan pulangan yang tinggi kepada pengusaha. Penulis blog ingat bagaimana kementerian pertanian telah melancarkan Program Sumber Kewangan Baru (SKB) iaitu bagi tanaman durian, kelapa, nanas dan beberapa lagi untuk dilaksanakan. Pada awal tahun 1980 semasa harga ladang kelapa hanya mampu mencecah RM0.10 sebiji akan tetapi pada tahun 2021 harganya mencecah sehingga RM1.25 sebiji (Sumber: Laporan Harga FAMA 2021). Beberapa buah syarikat dan pengusaha kelapa sawit juga telah mula menanam kelapa secara intensif menggambarkan masa depan industri yang lebih cerah dimana mereka ada yang menerima bantuan kerajaan melalui Jabatan Pertanian. Di Malaysia industri kelapa merupakan tanaman industri keempat terbesar selepas kelapa sawit, getah dan padi dengan kebanyakan ladang terdapat di Sabah dan Sarawak. Malaysia merupakan antara 10 negara pengeluar kelapa di dunia walaupun pengeluaran kelapa menurun antara tahun 2014 dan 2016 (Sumber: Laporan FAO 2020). Kepelbagaian produk berasaskan kelapa kini berjaya menembusi pasaran global bakal meningkatkan lagi pertumbuhan industri hiliran kelapa dengan ketara. Walaupun Malaysia menghadapi defisit hampir RM60 bilion perdagangan makanan dan produk pertanian namun dilihat perkembangan industri hiliran kelapa di dunia amat pesat dengan perkembangan pelbagai produk yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Pada penulis blog mendapati dimana kini Malaysia masih lagi kekurangan bekalan kelapa yang memaksanya mengimport kelapa tua dari Indonesia untuk memenuhi permintaan produk hiliran kelapa. Kebanyakan petani kelapa adalah pekebun kecil yang menanam kurang daripada 4 ha di kawasan luar bandar. Keadaan ini menimbulkan pelbagai cabaran termasuk isu luas atau skala ekonomi yang sedikit atau tiada, isu kekurangan pembiayaan atau latihan dan juga isu rantaian bekalan yang terputus dan sering bergantung kepada orang tengah. Apa pun sebagai sebuah negara yang mempunyai kawasan yang sesuai untuk penanaman kelapa penulis blog fikir Malaysia harus mengambil peluang untuk meningkatkan lagi jumlah tanaman kelapa dan jumlah pengeluaran kelapa dan produk kelapa. Perkara ini adalah selaras dengan permintaan pasaran tempatan dan globa dimana ia secara tidak langsung akan membantu petani kecil meningkatkan taraf hidup mereka melalui sokongan pengeluaran kelapa yang mampan.


Penulis blog amat setuju dengan laporan media bertajuk '
Saiz ladang kelapa yang semakin mengecil beri impak besar kepada harga' dimana ia menunjukkan industri kelapa negara dilihat ia semakin menghadapi kemurungan. Apa pun terus berlaku perubahan saiz ladang yang diusahakan untuk tanaman kelapa di malaysia yang menghadapi cabaran ini seperti apa yang berlaku di kawasan Bagan Datoh, Perak yang ketika ini mengecil kira-kira 60 peratus berbanding dengan jumlah keluasan sedia ada memberikan impak besar kepada harga pasaran kelapa. Apa pun dilaporkan masaalah kekurangan kawasan menyebabkan kurangnya hasil dan pengeluaran dimana ini seterusnya menyebabkan harga bahan itu mendadak naik berikutan permintaan yang tinggi. Menurut seorang penanam dan peraih kelapa bernama Omar Sofian (63) yang membeli hasil pertanian yang sudah lebih 30 tahun terbabit dalam membeli kelapa di Bagan Datoh nystsksn ysng kesan terhadap pengecilan keluasan tanaman sebenarnya memberikan kesan besar yang rsmsi orang masih tidak sedari. Kalau sebelum ini pengusaha berdepan masalah lambakan hingga mengakibatkan harga jatuh dimana jumlah pengurangan hasil pengeluaran kerana skala ladang yang semakin kecil mengakibatkan pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi untuk kelapa. Isu ini akan lebih dirasakan menjelang musim perayaan utama serta ketika musim cuti persekolahan di mana banyak majlis kenduri diadakan hingga mengakibatkan permintaan melebihi pengeluaran dan paling ketara adalah ketika musim tengkujuh kerana ia jatuh pada cuti persekolahan. Dia dakwa kira-kira sedekad yang lalu (sekitar tahun 1990'an) dimana kawasan Bagan Datoh ini adalah menjadi antara kawasan pengeluar kelapa utama dalam negara dan menjadi kawasan pengeluaran kelapa keempat terbesar di Malaysia. Dilaporkan keadaan hujan jugatelah mengakibatkan kelapa sukar dikeluarkan manakala pada cuaca panas pula kualiti buah kelapa merosot teruk dan mengecil mengakibatkan hasil terjejas yang mana kebunnya ada di Kampung Sungai Nipah Darat.  Hasil pengeluaran dahulu dan kini juga menurun teruk iaitu daripada sekitar 150,000 hingga 180,000 biji setiap bulan kepada kini dia dapat hanya 30,000 hingga 50,000 biji sebulan dimana penyusutan harga itu amat ketara. Maka tidak hairanlah jika kelapa dijual hingga RM2.50 sebiji kerana kos sebiji kelapa yang dibeli dari ladang oleh peraih sudah mencecah RM1.50 hingga RM1.80 sebiji dan harga tersebut belum ditambah kos pengangkutan dan lain-lain kos sebelum dijual kepada ramai peniaga. Omar yang pernah dianugerahkan sebagai Peladang Jaya Kebangsaan 2016 nyatakan memang perlu campur tangan kerajaan dan pihak berwajib sangat perlu dalam memastikan industri kelapa ini menyinar semula. Apa pun isu kurangnya pengeluaran kelapa tempatan dan meningkatnya permintaan kelapa tua mengakibatkan peraih terpaksalah mengimport bekalan kelapa dari negara jiran yang tidak berkualiti dan terpaksa dijual pada harga mahal berikutan permintaan yang tinggi sedangkan pengeluaran tidak mencukupi. Kalau dulu satu tan kelapa import dijual pada harga RM700 tetapi kini harganya mencecah sekali ganda iaitu kira-kira RM1,400 bagi tiap satu tan metrik dan belum ditambah dengan kerugian kelapa rosak akibat berada lama dalam perjalanan.  Penulis blog setuju agar langkah perlu diambil kerajaan dalam memastikan industri ini menyinar semula, jika agensi yang berkaitan dapat menjalankan kajian terperinci termasuk menghasilkan baka kelapa yang bermutu tinggi dan berkualiti serta mampu dituai dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Jika perkara ini berlaku maka minat petani untuk menanam semula kelapa mungkin berjaya ditingkatkan. beberapa kali di laporkan cadangan penubuhan Lembaga Kelapa Malaysia supaya lembaga ini memantau industri kelapa sebagaimana diwujudkan untuk tembakau, koko, kelapa sawit dan getah yang pernah disuarakan dahulu juga perlu direaliasikan. Perlu langkah yang proaktif dan bersama yang dilaksanakan tidak mustahil maalah kekurangan bekalan dan harga dapat ditangani dengan berkesan.


Isu ini adalah serius dimana bharian.com melaporkan juga bagaimana '
Malaysia bakal berdepan krisis santan dan kelapa' akan berlaku tidak lama lagi. Isu bagaimana Malaysia bakal berdepan krisis kekurangan kelapa dan santan dalam tempoh lima tahun lagi iaitu susulan pengurangan berterusan luas kawasan penanaman kelapa di negara ini yang sudah bermula sejak 30 tahun lalu. Keluasan tanaman kelapa negara merekodkan penurunan drastik setiap tahun, dengan baki 84,936 hektar ketika ini iaiitu berbanding lebih 354,300 hektar sekitar 1980-an. Penulis blog jangka dimana menjelang 2020 dimana kawasan penanaman kelapa negara dijangka menurun hingga kurang daripada 70,000 hektar, sekali gus mengancam rantaian bekalan makanan negara. Apa pun isu ini berkait dimana pengurangan drastik tanaman kelapa berlaku kerana ia diganti tanaman lain seperti kelapa sawit, sayuran serta tanaman kontan, selain memberi laluan kepada pembangunan. Juga ada isu pengurangan minat pekerja tempatan kepada tanaman kelapa dan di samping itu pengusaha gemar menjual kelapa muda berikutan permintaan serta harga yang tinggi dimana perkara menyebabkan kelapa tua bagi penghasilan santan semakin berkurangan. Kini apa yang di laporkan diatas dimana Malaysia perlu mengimport sebahagian besar keperluan kelapa negara dari Indonesia yang mana ia menjadi antara pengeksport kelapa biji dan segar terbesar dunia mellui kawalan keluusan AP (sudah di mansuhkan?). Negara kita mengalami masalah kekurangan kelapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan terpaksa mengimport sebanyak 90 - 150 juta biji kelapa daripada Indonesia berdasarkan lesen pengimport yang dikeluarkan kerajaan untuk di proses dikilang. Kekurangan kelapa kini semakin kronik dalam pasaran apabila pengeluaran hasil tempatan menurun berikutan musim pokok melawas (tidak berbuah) sejak beberapa tahun kebelakangan. Indonesia juga berdepan masalah sama dimana selain isu bekalan kelapa berkurangan ia diburukkan dengan banjir di negara itu. Apa pun sebenarnya Malaysia juga perlu bersaing untuk negara mendapatkan kelapa biji dari Indonesia kerana ia turut menjadi tumpuan Thailand dan China yang menawarkan harga sedikit tinggi dimana ini akan membuatkan ejen di sana lebih gemar melayan tawaran harga itu. Negara mungkin mengalami krisis kekurangan kelapa termasuk santan lima tahun lagi berikutan jangkaan pengurangan lebih banyak kawasan penanaman kelapa. Sehingga kini pelabuhan Barter Trade Batu Pahat di sini adalah lokasi penting kerana mengendalikan kemasukan kelapa biji Indonesia, yang lazimnya diangkut dengan tongkang dari Kepulauan Riau, Indonesia, sebelum diagihkan ke seluruh negara. Penulis blog pernah menbaca laporan dimana Indonesia adakan langkah Himpunan Industri Pengolahan Kelapa Indonesia (HIPKI) yang melobi kerajaan Indonesia agar melarang eksport kelapa biji bagi melindungi industri tempatannya sejak awal tahun 2020 dan ia boleh menyebabkan bekalan untuk negara ini terancam jika dilulus serta dilaksanakan. Apa pun dilaporkan dimana ketika ini 70% keluasan penanaman kelapa berada di Semenanjung, membabitkan Kuala Selangor, Selangor dan Bagan Datuk, Perak, selain beberapa lokasi sekitar Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sabah dan Sarawak pula masing-masing merekodkan 14% dan 16% kawasan kelapa negara dengan keseluruhannya merekodkan tren penurunan 2.8% setahun. Dilaporkan sejak lebih 10 tahun lalu dimana negara Filipina melarang eksport kelapa biji dan hanya membenarkan bekalan yang sudah diproses manakala kos mengimport kelapa dari India agak tinggi berikutan lokasinya yang jauh. Pada penulis blog bagi mengatasi krisis kelapa yang mungkin melanda negara lima tahun lagi, beberapa langkah perlu dilaksanakan segera termasuk meningkatkan zon penanaman kelapa negara ini. Isu kebergantungan kepada import kelapa terutama Indonesia dilihat ia tidak lagi kondusif berikutan polisi baharu termasuk melarang eksport kelapa biji dari negara itu yang mungkin akan diambil hasil berikutan tekanan industri di sana. Selain zon penanaman kelapa di Malaysia perlu ditingkatkan, penanaman kelapa hidbrid iaitu kelapa matag yang mengeluarkan hasil sekali ganda berbanding kelapa biasa perlu diperluaskan serta digalakkan. Namun dilaporkan yang penanaman kelapa juga mengambil masa sehingga lima tahun bermula daripada benih sehingga matang serta mengeluarkan hasil. Apa pun jika krisis kelapa tidak dapat dielakkan berkemungkinan rakyat Malaysia nampaknya perlu menggunakan alternatif lain bagi tujuan bagi mendapatkan santan termasuk menggunakan santan kelapa sawit nanti. memang ada sebanyak 360 produk makanan dan bukan makanan berasaskan kelapa boleh dihasilkan daripada buah,isi, air termasuk sabut, pelepah daun, batang serta tempurung. Malaysia memerlukan sebanyak 1.5 bilion biji kelapa menjelang 2030 untuk keperluan pengguna biasa dan industri dimana hanya 490 juta biji kelapa setahun dikeluarkan dalam Malaysia. Fakta menyatakan keperluan sebanyak 17 biji kelapa kegunaan dan keperluan setiap rakyat Malaysia setahun. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu PArt 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
INDUSTRI KELAPA... BAGAIMANA DI MALAYSIA...
LUASNYA MENURUN...PERMINTAAN TETAP ADA...
DI GUNAKAN HARIAN... MAKANAN BERSANTAN...
INDUSTRI KELAPA ....IA PERLU DIBANGUNKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.