Wednesday, May 1, 2024

IKAN RAKYAT - ISU SEMASA?

RAKYAT MALAYSIA
dilaporkan oleh beberapa media adalah merupakan antara negara yang mana mereka paling banyak makan ikan berbanding penduduk lain di dunia. Apa pun jenis 'Ikan Rakyat' seperti ikan kembung merupakan pilihan utama rakyat negara ini diikuti selar, tongkol, cencaru, pelaling dan selayang manakala ikan air tawar ialah keli dan tilapia. Ada lapran lain menyatakan dimana rakyat Malaysia kini muncul sebagai pemakan ikan kelima tertinggi di dunia dimana ia juga di laporkan sebagai negara yang tertinggi makan ikan di Asia Tenggara. Apa tidaknya Malaysia mempunyai kawasan laut luas dan aktiviti penternakan akuakultur yang hebat selain daripada kuasa membeli yang sangat baik. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana selain Malaysia dimana negara Iceland, Portugal, Jepun dan Hong Kong turut disenarai lima negara pemakan ikan yang tertinggi di dunia. Merujuk kepada fakta oleh Pengarah Penyelidikan Kesihatan Ikan dan Keselamatan Makanan Jabatan Perikanan Malaysia dimana hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang menunjukkan rakyat negara ini makan 54 kilogram ikan per kapita setahun. Dilaporkan juga dimana jumlah atau kuantiti berkenaan dijangka terus meningkat sehingga 55 kilogram menjelang 2020 berbanding hanya 20 kilogram yang dicatatkan pada 1970-an. Warga tempatan apa yang penulis blog teliti memakan ikan dan pelbagai produk laut dalam pelbagai bentuk sama ada ikan segar, ikan proses dan sebagainya kerana ramai yang semulajadi suka dengan makanan laut. Secara tidak langsung dimana faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan industri perikanan negara. Kalau rakyat di negara Iceland makan ikan sehingga 90 kilogram per kapita setahun dimana  rakyat Malaysia pula menjadi negara kelima paling banyak makan ikan di dunia selepas negara itu. Dalam pada itu dinyatakan dimana beberapa negara maju telah lama mengamalkan dasar sekuriti makanan untuk memastikan rakyat mereka memperolehi bekalan makanan pada harga berpatutan sama ada semasa aman atau konflik. Malaysia juga sedang berusaha ke arah itu walaupun tidak sepantas diharapkan. Kini nisbah sara diri (SSR) bagi produk-produk makanan dilaporkan dimana bagi bekalan daging ayam mencapai 99.9%, bejkalan ikan (9.7%), buah-buahan (77.4%) dan susu (46.7%). Dilaporkan juga bagaimana pun bagi SSR bagi cili, kubis, halia, manga dan kelapa kurang daripada 100 peratus. Dalam pada itu memang diketahui dimana pencapaian SSR bagi ayam yang tinggi (99.9 %) memberi makna yang sedikit sebab negara masih mengimport jagung dari luar negara berbillion ringgit setahun. Pada penulis blog dimana industri makanan ternakan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyokong industri ternakan ayam, lembu dan susu. Penggantungan makanan ternakan pada import menjadikan industri makanan ternakan tidak menentu dan kerajaan akan terus menanggung beban untuk menyediakan subsidi harga ayam dan telur. Berbalik kepada isu ikan rakyat yang semakin mahal dan sukar didapatkan sudah menjadi isu penting di Malaysia, Kerajaan mengambil berat isu ikan rakyat yang timbuk tenggelam mengikut keada. Artikel pada pagu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan apakan kepentingan ikan rakyat dan beberapa perkara yang berkait untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Merujuk kepada Jabatan Perikanan dan LKIM dimana sudah ada beberapa jenis ikan yang dikategorikan sebagai 'Ikan Rakyat' di Malaysia. Ikan rakyat ini kebanyakannya adalah spesis ikan yang di sukai oleh kebanyakan rakyat MAlaysia dan di jual dengan harga rakyat (harga yang mampu beli di kalangan semua golongan masyarakat). Penulis blog dapati dimana sebanyak 8 spesis ikan kegemaran rakyat dipilih iaitu Ikan Kembung, Selar, Pelaling, Selayang, Cencaru, Tilapia, Keli dan Ikan Aya atau IkanTongkol (Sila lihat foto diatas). Dari senarai tersebut 6 jenis ikan adalah dari jenis Ikan Laut (air masin) kecuali dua jenis iaitu Ikan Tilapia dan Ikan Keli dari jenis Ikan Air Tawar. Jenis ikan air laut kebanyakannya adalah ikan dari perairan laut di keliling Malaysia dimana ia bersaiz kecil seperti ikan kembong, ikan pelaling, ikan selar, ikan cencaru (dipanggil juga sebagai Ikan Jacket), Ikan pelaling dan ikan selayang. Ikan tongkol agar besar sedikit saiznya dan paling disukai ramai untuk dijadikan makanan Nasi Dagang. Diantara jenis ikan rakyat tersebut yang ada bagi penulis blog yang paling sering di makan adalah Ikan Keli (Keli asak Sambal ada banyak dijual di mana sahaja) dan Ikan Tongkol (masak kicap atau nasi dagang). Walau pun suka juga makan ikan kembong dan ikan cencaru tetapi disebabkan kembong semakin mahal dan jarang jumpa sama dengan bekalan ikan cencaru yang tidak selalu ada menyebabkan ia agak kurang di makan dalam sebulan. Bagaimana pun kalau penulis blog pergi makan di Restoren Ala-Thai pastinya akan mendapatkan Ikan Siakap (masak 3 rasa atau Sweet sour) tetapi ikan siakap tidak dimasukkan sebagai ikan rakyat.


Merujuk kepada pihak Jabatan Perikanan Malaysia menyatakan dimana penurunan pendaratan spesies kembung ketika musim tengkujuh dan suku pertama tahun 2023 telah pun mengakibatkan kurang bekalan dan disusuli kenaikan harga agak ketara. Ikan kembung merupakan jenis ikan rakyat paling di minati di Malaysia sejak dulu. LKIM juga telah mendedahkan trend pendaratan ikan kembung adalah paling rendah bermula November dan pola lazim tersebut memang berterusan sehingga bulan Mac - April sebelum bekalan ikan ini kembali meningkat mulai April - Mei setiap tahun dan harga dijangka turun semula seperti mana normal. Sebenarnya keadaan ini berkait rapat dengan stok sumber makanan ikan berkenaan di laut di samping faktor cuaca yang berlaku sedikit perubahan sepanjang tahun. Kemudian semasa bulan Jun-Julai dimana selalunya spesis ikan kembung mudah didapati berada di kawasan perairan laut Malaysia dan memberi keuntungan kepada nelayan tempatan terutama di Pantai Barat Semenanjung. Isu ini dapat dilihat berdasarkan data pendaratan spesies itu yang popular digelar ikan rakyat secara kumulatif dari 2008 hingga 2022 di lokasi tersebut adalah sekitar 2.0 juta tan. Kekurangan ikan kembung di jeti pendaratan di seluruh negara menyebabkan harganya tidak stabil dan sedikit mahal sejak akhir-akhir ini. Tinjauan yang dilakukan di jeti pendaratan mendapati harga kembung memang meningkat dan kebanyakannya ditetapkan pada harga RM12 sekilogram malahan ia jauh lebih tinggi di pasar sekitar Lembah Kelang. Selalunya kalau ikan kurang di tempat pendaratan ini bermakna harga ikan akan naik dengan harga tinggi di pasaran runcit. Jadi sukar untuk dipaksa nelayan tempatan agar menjual dengan harga murah seperti biasa.  Apa pun lazimnya semasa waktu bekalan ikan kurang sebenarnya para nelayan akan terpaksa pergi jauh ke laut dan menggunakan minyak (enjin) yang lebih banyan disamping perlu menggunakan tenaga yang lebih menjadikan kos meningkat. Memang tidak logik kalau tiba-tiba ada orang yang meminta agar dikawal harga ikan tersebut semasa proses pendaratan ikan di jeti. Kesannya apabila kurang ikan semasa pendaratan maka kena akui apabila harga runcit akan menjadi mahal kerana kos untuk nelayan pergi ke laut lebih tinggi. Isu ini akan ketara semasa musim yang tidak menentu seperti apabila laut bergelora dan cabaran serta kemungkinan bahaya yang nelayan perlu lalui pada musim tengkujuh. Dalam pada itu dikalangan pemborong dan peruncit juga mempunyai risiko tertentu dan pastinya mereka turut mengambil margin atau keuntungan yang sekali gus menjadikan harga kembung yang dijual pada pembeli sedikit mahal. Selalunya apabila sudah pun masuk bulan Oktober dan laut mula bergelora yang menyebabkan harga ikan kembung telah naik dimana isu ini kemungkinan libatkan spesis ikan-ikan lain juga akan naik. Apa pun di Malaysia setakat ini masih belum terdapat satu teknologi yang membolehkan ikan kembung diternak seperti ikan siakap, tilapia dan sebagainya yang boleh menjadikan harganya stabil sepanjang masa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN RAKYAT... IA ADA 8 JENIS SEMUA...
6 JENIS IKAN LAUT...2 AIR TAWAR JUGA...
HARGA BERUBAH... IKUT MUSIMNYA...
SUMBER PROTIN... RAKYAT MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.