Tuesday, April 2, 2024

CUACA PANAS - JEJASKAN TANAMAN PADI (PART 1)

KEMARAU DAN SUHU PANAS
yang melampau boleh menjejaskan pertumbuhan dan merosakkan tanaman padi dimana isu ini menyebabkkan kekurangan penghasilan beras negara. Insiden musim kering dan suhu panas selalu berlaku di Malaysia dari bulan Febuari sehingga Jun dimana ini boleh menyebabkan aktiviti pertanian terganggu. Keluasan tanaman padi di Malaysia pada tahun 2023 seluas 637,955 hektar dimana seluas 522,689 hektar berada di Semenanjung Malaysia dan bakinya di Sabah (37,343 ha) dan di Sarawak (77,943 ha) dengan menghasilkan sebanyak 2,281,736 mt padi (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Jumlah ini jika di proses menjadi beras sebanyak 1,574,950 mt yang bernilai RM2.597 billion dengan purata pengeluaran sekitar 3,577 mt sehektar. 
Apa yang penulis blog tahu dimana tanaman padi akan tumbuh subur di kawasan panas dan kering beriklim lembap. Bagaimana pun jika berlaku insiden gelombang haba yang sangat panas boleh menyebabkan kerosakan kepada hasil dan kualiti serta proses pertumbuhan seperti percambahan dan persenyawaan. Apa pun sebenarnya tanaman padi sangat mudah ianya terdedah kepada tekanan haba terutamanya semasa peringkat reproduktif dan masak. Akibat suhu yang sangat tinggi berlaku walaupun untuk beberapa jam sahaja semasa ia berbunga boleh menyebabkan kemandulan penuh manakala ketika ia sedang masak, ia boleh membawa kepada pengurangan pengisian bijirin dan kualiti penghasilan yang tidak baik dan akan menyebabkan banyak bijirin rosak. Kajian mendapati dimana jika berlaku kenaikan 2°Celcius suhu boleh membawa kepada pengurangan 13% dalam pengeluaran hasil padi manakala kemarau atau penurunan sebanyak 15% kadar hujan boleh membawa kepada kejatuhan dalam hasil sehingga 80%. Apa pun cuaca panas dan kering juga boleh meningkatkan populasi perosak beras iaitu perkara yang boleh menyumbang kepada penurunan hasil padi. Faktur seperti kekurangan air, corak taburan hujan yang tidak teratur dan tekanan air akan meningkatkan intensiti beberapa penyakit tanaman padi. Lazimnya Malaysia mengimport 30% daripada beras untuk kegunaan negara manakala yang lain 70% lagi datangnya daripada penanam tempatan. Kesannya jika pengeluaran padi tempatan jatuh maka Malaysia akan meningkatkan import untuk mengimbangi penurunan dalam bekalan tempatan. Lazimnya Fenomena Nino yang kini sedang melanda Malaysia sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran tanaman padi yang memerlukan sumber air banyak dan mengubah struktur tanah sekali gus, memberi kesan kepada pengeluaran padi negara. Akibat kekurangan bekalan air akan menjejaskan hasil padi kerana air bukan sahaja penting untuk proses fisiologi pokok padi malah membantu untuk mengawal rumpai dan penyakit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana cuaca panas dan kemarau menjejaskan tanaman dan pengeluaran padi negara seperti dilaporkan media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Bernama laporkan dimana 'Padi tidak menjadi akibat  cuaca panas risaukan petani' berkaitan dengan isu ini. Apa pun insiden cuaca panas melampau yang melanda daerah Pokok Sena dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 hingga 30 peratus berbanding musim lepas. Kejadian ini dilaporkan beberapa media dimana di Kg Galau, Pokok Sena pesawah bernama Mohd Farid (38) ada mendakwa dia yang mengusahakan lebih 30 hektar sawah turut terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lepas dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering. Akibatnya padi jadi ringan, jadi hampa (kosong), suhu ekstrem sangat dan kita ingat panas biasa-biasa sampai ada yang dah buang air 20 hari sebelum mengerat (menuai). Tiba-tiba suhu panas sangat mengakibatkan pokok (padi) cepat kering dan buah padi kurang berisi beras. Dakwanya bukan salah siapa pun apabila ada yang menjadi sampai tujuh dan lapan tan per hektar. Cumanya ada tersilap percaturan yang mengakibatkan bendang cepat kering sehingga pokok terbantut dan menjejaskan pokok padi yang tengah bunting ketika itu. Fenomena El Nino yang melanda ketika ini (Mac 2024) telah mengakibatkan hasil tuaiannya turut menyusut dan tinggal kira-kira 5 mt sehektar berbanding 7 mt sehektar  sebelum ini. Bagaimana pun dia yakin dimana selagi ada jaminan daripada pihak MADA dimana tiga empangan sedia ada mencukupi untuk pengairan musim depan maka dia dan pesawah lain tidak risau sangat untuk tanaman semula nanti. Cuma pesawah kena lebih peka pada ramalan cuaca agar tak lepas (buang air dari petak sawah) air awal-awal dan ikut jadual penanaman yang ditetapkan MADA. 
Kedah memang memerlukan cuaca panas musim ini bagi menstabilkan tanah untuk rawatan tanah jerlus tapi bukanlah cuaca yang dilihat terlampau panas sehingga menjejaskan hasil petani dan situasi ini di luar jangkaan. Bagi Jamil yang hasil padinya tidak terjadi apabila panas kuat dimana padi menjadi kering dan tidak ada isi berbanding musim lepas. Kejadian bukan sahaja pokok jadi kering malah sawah ditimpa penyakit seperti bena perang dan serangan makhluk perosak lain, tapi masih dapat dikawal dimana dia menganggarkan 30% hasil tuaian terjejas akibat cuaca panas ini (Sila lihat foto paling bawah sekali). Bagi pesawah lain iaitu Aziz Mat (82) dari Kampung Balik Bukit dakwa dia yang mengusahakan kira-kira 8 hektar sawah turut kehilangan hasil kerana hanya 5 hektar sawahnya berjaya ia mengeluarkan hasil susulan kemarau. Dakwanya kerugian dianggarkan dalam RM20,000 sebab banyak petak (sawah) tidak ada isi, menjadi hampa, suhu yang panas sangat sampai tangkal kecut dan patah. Tambahnya ada kira-kira dalam 9 relong (tiga hektar) yang gagal tuai dan tidak dapat apa-apa hasil seperti yang lain dapat. Walau pun bekalan air dan ada kemudahan infrastruktur mencukupi akan tetapi yang menjadi punca ialah cuaca panas melampau dimana ini juga bukan kelemahan siapa-siapa. Dia berharap untuk menunggu musim tanaman semula dijangka bermula bulan depan. Dilaporkan dimana dikawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4 direkodkan. Hasil semakan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kawasan di Pokok Sena mencatatkan 37 darjah Celsius iaitu pada tahap gelombang haba iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan '
El Nino jejas padi' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan dimana Fenomena El Nino dan musim tengkujuh memberi kesan langsung kepada tanaman di negara ini. Apa pun ketika fenomena El Nino, tanaman padi memerlukan sumber air yang banyak akan terjejas dan jumlah pengeluaran hasil akan menyusut. Tanaman padi menerima kesan besar terhadap fenomena El Nino kerana tanaman jenis ini memerlukan sumber air yang banyak. Semua tahu kalau dikatakan 'beras' merupakan barangan ruji yang menjadi bahan makanan asas rakyat Malaysia. Dilaporkan akibat dari kekurangan bekalan air menjejaskan hasil padi kerana air bukan saja penting untuk proses fisiologi pokok padi, malah membantu mengawal rumpai dan penyakit. Cuaca panas dan kekurangan air dalam tanah menyebabkan tekanan (stres) pada pokok padi dan apabila pokok padi mengalami tekanan ia akan menjejaskan pertumbuhan pokok, seterusnya menjejaskan hasil. Diantara langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah menjalankan program pembiakbakaan bagi menghasilkan varieti padi lebih rintang terhadap suhu tinggi dan yang tidak memerlukan penggunaan air yang banyak. Antara kaedah boleh diamalkan pengusaha sawah padi untuk mengurangkan penggunaan air antaranya kaedah pengeringan dan pengairan bergantian 'alternate wetting and drying' dan pengeringan pertengahan musim 'mid-season drainage'. Pakar pertanian turut menjelaskan perbezaan kaedah pengeringan dan pengairan bergantian adalah di mana petak sawah dibiar mengering sehingga paras air tanah berada pada paras 15 sentimeter (cm) daripada permukaan tanah dan kemudian petak sawah akan diairi semula. Kitaran ini berulang sehingga waktu menuai dan hanya dihentikan seketika sewaktu peringkat pembentukan bunga padi. Bagi kaedah pengeringan pertengahan musim ialah petak sawah dibiar mengering tujuh hari pada pertengahan pertumbuhan padi iaitu sekitar hari ke-50 dan kemudiannya petak sawah akan diairi semula. Hasil kajian dari UPM dan MARDI mendapati penggunaan kedua-dua kaedah itu dapat mengurangkan penggunaan air dan tidak akan menjejaskan pertumbuhan padi serta pengeluaran hasil. Dilaporkan dimana kefahaman sifat tanah adalah penting untuk menyesuaikan jenis tanah dengan tanaman serta kaedah pengurusan tanah yang baik. Dari sudut pertanian tanah bukan sahaja membekalkan air dan unsur nutrien diperlukan tanaman, malah merupakan tapak sokongan bagi akar tanaman untuk menampung berat jisim tanaman. Tidak semua jenis tanah sesuai untuk semua jenis tanaman dan tanah yang tinggi kandungan lempung dan mempunyai topografi yang rata sangat sesuai untuk penanaman padi. Tanah yang sama tidak sesuai untuk tanaman durian kerana kedua-dua tanaman ini ada keperluan air yang berbeza. Apa pun pada masa sama nutrien diperlukan bagi tanah padi adalah seperti tanaman lain iaitu memerlukan 16 unsur kimia untuk memberikan hasil terbaik. Dari 16 unsur itu dimana ada 13 unsur perlu dibekalkan melalui pembajaan jika kandungan unsur di dalam tanah tidak mencukupi untuk keperluan pokok padi dan keasidan tanah yang tinggi akan merencat kesediaan unsur dalam tanah untuk diserap pokok padi. Lazimnya kalangan pembaca dan masyarakat umum sering sahaja  beranggapan hanya unsur nitrogen, fosforus dan kalium (NPK) sahaja diperlukan pokok padi namun keperluan bagi unsur surih seperti mangan, boron, kuprum, zink dan molybdenum seringkali diabaikan. Selain dari membekal unsur nutrien mencukupi untuk pokok padi, tahap keasidan tanah perlu dipastikan berada pada tahap bersesuaian iaitu nilai pH antara 5.5 hingga 6.5. Sebenarnya secara teori selain dari faktor perubahan iklim antara cabaran masa kini oleh pesawah dalam memastikan peningkatan produktiviti antaranya kenaikan harga bahan input iaitu kapur dan baja.


Dari Kota Kinabalu media sinarharian.com melaporkan dimana '
Cuaca panas: Paras sungai menurun 40 peratus, tanaman padi terjejas' berkait dengan tajuk artikel ini. Dilaporkan paras air sungai menurun antara 10 hingga 40 peratus selain dari tanaman padi antara yang paling terkesan susulan kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah ketika ini. Kementerian Pertanian Sabah (MAFI) menyatakan dimana semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya untuk mendapatkan keseluruhan laporan kesan akibat daripada kemarau tersebut. Apa pun sekarang ini kesan kemarau sudah boleh dilihatlah, sungai pun sudah turun (paras) 10 peratus hingga 40 peratus. Padi antara yang memang terkesan sebab memerlukan air. Kin sedang berlaku situasi kesan terhadap pertanian susulan daripada kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah. Kerajaan Sabah akan mengenal pasti jenis bantuan diperlukan kepada petani terjejas disebabkan kemarau ini dimana dari segi pertanian ada daerah-daerah yang terkesan dimana isu ini berlaku kebanyakkannya bergantung dengan sungai.  Dilaporkan di Sabah dimana ada terdapat beberapa sungai di lima daerah di Sabah iaitu Kota Belud, Keningau, Membakut, Tambunan dan Kota Marudu yang kini berdepan dengan penurunan paras air yang agak kritikal. Dilaporkan dimana diantara yang serius adalah di Sungai Padas di Beaufort dimana ia berada pada paras 2.58 meter berbanding paras normal 4.5 meter sebelum ini. Perlu ada beberapa langkah tyang boleh diambil bagi menangani keadaan itu dimana diantaranya menangguhkan kegiatan pertanian tertentu dan penggunaan jenis tanaman yang memerlukan kurang air atau boleh bertahan ketika musim kemarau. Kaalangan penduduk lokan juga dinasihatkan tidak menyimpan stok dalam jumlah besar tanaman di ladang selain mengambil langkah perlu bagi mengurangkan kerugian yang bakal berlaku akibat ketiadaan air dan cuaca panas. Catuan air dan penggunaan pam air mudah alih juga telah digerakkan bagi memastikan bekalan air mencukupi terutama dikawasan tanaman komersial. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
CUACA PANAS... BERLAKU FENOMENA....
KEKURANGAN AIR...MUSIM BENCANA....
PADI TERENCAT... KURANG HASILNYA...
TINDAKAN PENTING...BERAS PERLU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.