Tuesday, March 5, 2024

STRATEGI INDUSTRI BULUH MALAYSIA (Part 3)

BULUH (Bamboo) atau Bambu merupakan salah satu dari sumber Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang penting di Malaysia dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Penulis blog merujuk laporan antarabangsa dimana negara China kini yang menguasai sumber hutan bukan kayu menjadikan buluh antara salah satu eksport penting yang mampu menyumbang ekonomi negara mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia jika ada lebih banyak kajian dilakukan sebelum ini menjadikan bahawa sumber hasil hutan bukan kayu seperti buluh adalah di antara penyumbang ekonomi negara yang signifikan. Pada penulis blog juga percaya dimana potensi industri buluh di Malaysia masih belum lagi ianya diteroka secara meluas dan ia dinilai masih berada ditakuk lama. Penulis blog berfikir dimana diantara faktor yang menjadi halangan industri buluh tidak dibangunkan secara meluas sebelum ini kerana Malaysia masih lagi berdepan dengan cabaran memajukan tanaman perladangan lain iaitu Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea braziliensis), Buah-buahan dan juga sayurans serta tanaman makanan yang lain. Walau pun masih lagi kekurangan bahan mentah selain tidak mempunyai ladang buluh yang besar seperti sawit dan getah untuk dibangunkan dan dieksport tetapi potensi tanaman buluh tidak boleh diketepikan. Dalam pada itu dilihat dimana industri buluh hanya digunakan secara tradisional sejak turun-temurun tanpa ke arah evolusi industri buluh yang lebih hebat dan lebih komersial. Malaysia juga pada penulis blog dimana masih tidak memiliki teknologi yang canggih untuk membangunkan industri buluh tempatan. Tambahan pula ramai rakyat Malaysia melihat industri buluh masih lagi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha industri perkayuan selain kekurangan kesedaran dan juga ilmu pengetahuan yang luas berhubung dengan potensi buluh yang mampu untuk dikomersialkan. Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk dari KPPK dimana jumlah eksport industri buluh mengalami kadar penurunan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 apabila mencatatkan RM9.97 juta, RM 9.16 juta dan RM 8.28 juta. Bahkan apabila dianalisa dimana industri buluh di Malaysia masih dianggap masih jauh terkebelakang dan tidak dibangunkan secara serius apabila nilai pasaran dunia industri buluh ialah USD68 bilion (RM295 bilion) pada 2018 (Sumber: MTIB, 2021). Artikel pada subuh ini dalam bllog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana strategi industri buluh tempatan dapat di lakukan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Memang sesuai bagi penulis blog untuk membincangkan akan beberapa cabaran yang terdapat didalam membangunkan Industri Buluh di Malaysia. Seterusnya cabaran yang ketiga adalag dimana Malaysia ketinggalan agak jauh dari segi penggunaan teknologi berbanding dengan negara-negara lain yang maju dalam industri buluh. Dalam industri buluh dilihat iaitu ia  memerlukan penggunaan teknologi yang tinggi terutama dalam proses penghasilan produk-produk nilai tambah. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana penggunaan teknologi ini perlu bergerak seiringan dengan peredaran masa dan negara kita tidak boleh ketinggalan dalam hal ini. Apa pun bagi cabaran yang ke empat (4) dimana dalam industri buluh iaitu produk yang berinovasi kurang mendapat sambutan di negara sendiri iaitu di Malaysia. Sikap rakyat tempatan dalam dalam pembelian secara talian seperti 'produk straw' mahupun 'produk sudu buluh' yang mudah untuk dihasilkan tidak mampu dijual secara meluas di kedai-kedai Malaysia kerana banyak pilihan lain dipasaran. Kini banyak jenis produk tersebut ditempah dari China. Dilihat dimana produk-produk buluh yang berinovasi ini perlu dihasilkan lebih banyak dan dijual secara meluas dengan harga yang berpatutan jika hendak di pasarkan dalam negara. Dalam pada itu cabaran atau pun permasalahan yang ke lima dimana di dalam pasaran industri buluh kecil yang menyebabkan tumbuhan ini tidak dapat dikomersialkan secara meluas. Sistem dalam pasaran yang perlu ditambahbaik agar pengusaha buluh tempatan ini boleh mendapat pendedahan dan kefahaman yang jelas sebelum menanam buluh. Selain itu dilaporkan terdapat juga kilang-kilang yang mengusahakan buluh perlu mengetahui pasaran produk yang dihasilkan dimana ia dapat dijual. 


Sementara itu menganalisa cabaran luar negara dalam industri buluh dimana dilihat terdapat isu persaingan produk, harga jualan dan jaringan pasaran yang bersaing tinggi dengan negara-negara pengeluar buluh seperti China, Thailand dan Indonesia. Memang kalau hendak membelu produk berasaskan buluh di Malaysia dimana-mana sahaja akan dapat di baca label 'produced in China' dan beberapa negara jiran lain. Negara kita Malaysia dilihat seharusnya dapat membawa identiti negara tersendiri dengan menghasilkan produk asas buluh yang berkualiti tinggi sekali gus dapat bersaing dengan negara-negara lain. Selain itu dilihat dimana kepelbagaian produk yang memenuhi keperluan juga antara cabaran luar negara yang dihadapi dalam industri buluh. Perkara ini mungkin terjadi disebebkan Malaysia masih belum lagi dapat menghasilkan produk buluh dalam pembinaan yang tersendiri terutama papan laminasi secara meluas. Cabaran lain yang terakhir adalah isu kecekapan pengurusan sumber dan penyelenggaraan yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa terutama penjagaan ladang buluh yang mana ia lebih sistematik dan teratur. Meskipun industri buluh negara dilihat masih berhadapan dengan cabaran dan permasalahan yang menghalang industri ini daripada ianya sesuai dibangunkan secara komersial, namun demikian industri ini dapat melepasi segala cabaran sama ada dalam dan luar negara sekiranya pelan strategik yang dirangka di Malaysia mampu untuk dilaksanakan secara komprehensif dan inklusif. Dalam pada itu peranan dan jalinan kerjasama semua pihak sama ada kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak agensi kerajaan, pengusaha atau syarikat industri buluh tempatan dan semua pemain taruh dalam industri ini seharusnya diperkukuhkan lagi sekali gus dapat mengurangkan cabaran dan isu dalam industri tumbuhan ini. Selain itu seenarnya dasar dan polisi dalam industri ini juga perlu disemak semula dengan cara ia melibatkan semua pihak bagi memastikan industri buluh dapat bersaing di pasaran global. Sementara itu mungkin dana yang diperuntukkan dalam industri ini juga perlu ditingkatkan lagi selaras dengan objektif yang ingin dibawa oleh kerajaan bagi mengatasi cabaran dan isu dalam industri ini.


Merujuk kepada subjek dalam strategi pembangunan Industri Buluh di Malaysia boleh di kelaskan kepada beberapa pendekatan. Pendekatan yang pertama pastinya dengan Memperluaskan Tanaman Buluh di Malaysia. Penulis blog dapati pada masa kini kewujudan ladang buluh merupakan satu keperluan utama di lakukan bagi memastikan industri ini dapat dikomersialkan untuk dalam dan luar negara. Sehingga kini memang berlaku konflik dalam isu kekurangan bahan mentah seperti buluh di Malaysia juga antara salah satu sebab ladang buluh ini perlu diwujudkan. Usaha kerajaan dalam penubuhan ladang contoh buluh merupakan satu lagi langkah permulaan yang baik bagi pengusaha buluh untuk memulakan penanaman ladang buluh. Model ladang buluh pertama telah dilaporkan sudah ada dibangunkan di Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu yang bermula pada Januari 2021. Pada masa yang sama dilaporkan penubuhan ladang buluh juga boleh meningkatkan keyakinan kepada pelabur-pelabur untuk menceburi industri ini. Antara garis panduan dalam penubuhan ladang buluh yang tidak mengganggu kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) merupakan satu langkah yang baik dalam menjaga khazanah biodiversiti hutan simpan tersebut selain memelihara aset hutan yang semakin mengecil. Disyorkan agar kerajaan dapat mengutamakan penanaman buluh di kawasan hutan yang mana ia telah mengalami kemusnahan demi melestarikan alam sekitar. Usaha ini merupakan langkah yang baik dalam mewujudkan ladang buluh di negara ini walau pun kategori penanaman buluh dalam hutan yang mengalami kemusnahan sebenarnya ia perlu diteliti. Pada masa yang sama sebaiknya libatkan pandangan daripada persatuan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan alam sekitar juga amat diperlukan dalam mengimbangi strategik pembangunan industri buluh selain memastikan industri ini dilaksanakan secara mampan untuk jangka masa yang panjang. Adalah lebih baik jika kerajaan juga menggalakkan sama ada individu mahupun syarikat yang mempunyai kawasan tanah terbiar untuk mengusahakan ladang buluh selain kerajaan juga turut memanfaatkan tanah-tanah kerajaan yang terbiar untuk industri ini. Usaha ini merupakan sesuatu yang baik dengan memanfaatkan sebaik mungkin tanah yang terbiar demi menjana agar pendapatan penduduk luar bandar dan menyumbang ekonomi negara.  Artikel ini ditulis dalam 5 (lima) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

INDUSTRI BULUH... SIAPA MENJAGANYA...
BULUH DITANAM...100 TAHUN UMURNYA...
ADA BANTUAN... BERAPA YANG POHONNYA...
MEMBACA ARTIKEL.. TERBUKA MINDA KITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).
Kemaskini pada 27 Syaaban 1445H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.