Thursday, January 4, 2024

SAGU - KEHEBATAN DAN FAKTA MENARIK

SAGU
atau BIJI SAGU adalah sejenis kanji yang dihasilkan daripada teras batang pokok tropika iaitu dari Pokok Rumbia atau secara saintifiknya dipanggil Metroxylon sagu. Pokok sagu dikatakan berasal dari banyak tempat di dunia ini termasuklah Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Papua New Guinea. Bagaimana pun di Malaysia dimana makanan berasaskan sagu sangat pupular di Sarawak khususnya di Mukah. Penulis blog ada beberapa kali ke Mukah untuk melihat sendiri bagaimana c
ara memproses bijian sagu secara tradisional yang tidak banyak berubah menjadi moden kerana sehingga ini kerana masih belum ada mesin dicipta untuk memasak bijian sagu menggunakan alatan termasuk alatan 'belanga'. Lazimnya bijian sagu yang dibuat daripada tepung lemantak yang telah diadun dengan campuran yang sesuai yang merupakan makanan ruji kepada masyarakat Melanau sejak lebih 120 tahun lalu. Apa pun dilaporkan makanan ini masih kekal sebagai hidangan utama di meja-meja makan masyarakat terutamanya bagi kalangan masyarakat Melanau di Kampung Tellian dan sekitar Daerah Mukah yang lain. Bijian sagu juga diproses menggunakan cara tradisional dengan pada kebiasannya diadun dengan beberapa campuran seperti ‘dabo padai’ juga dikenali sebagai hampas padi halus, santan kelapa, kelapa parut, garam dengan perasa yang sesuai de-ngan jenis bijian sagu yang ingin dibuat. Terdapat dua jenis bijian sagu yang sangat terkenal di daerah Mukah iaitu 'Sagu Biasa' dan 'Sagu Tupek' atau Sagok Benyoh. Ia dimasak di atas periuk gergasi yang juga digelar sebagai Belanga oleh penduduk di Mukah. Dilaporkan dimana menurut salah seorang pembuat dan pemilik Belanga dikenali sebagai Bilun Guan dimana periuk yang digunakan untuk memasak bijian sagu dinamakan ‘Belanga’ dalam dialek Melanau di Kampung Tellian. Biasanya bagi menghasilkan sesuatu bijian sagu dimana prosesnya memerlukan peralatan separti paka, takung, upak, kejangan dan batang kayu kering untuk menyediakan api untuk memasak yang dinyalakan di bawah belanga yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak dulu teknologi proses membuat bijian sagu sangat rumit dan akan mengambil masa yang lama. Bagaimana pun kini zaman sudah berubah dimana kalau nak dapatkan tepung lemantak untuk dibuat bijian sagu kebanyakkan mereka perlu membeli dari orang yang memproses atau yang menjualnya. Kini bijian sagu yang lebih untuk kegunaan di rumah dan mereka selalu akan menjualkannya dengan menggunakan sukatan tin khas ataupun disukat dengan menggunakan alat penimbang. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis mengenai apakan kehebatan bahan sagu, biji sagu dan juga beberapa fakta menarik untuk dijadikan bahan rujukkan.


Produk sagu ada dijual di banyak kedai, pasaraya atau kini imudah membelinya secara online sahaja dalam bentuk tepung sagu, biji sagu dan sebagainya. Apa pun di Malaysia dimana selalunya bahan sagu digunakan untuk membuat pelbagai jenis kuih. Sagu dihasilkan dari hati (bahagian dalam batabg pokok sagu) atau bahagian putih batang pokok palma seperti batang pokok kabung dan pastinya yang di komersilkan adalah dari pokok rumbia. Mungkin kalangan mereka yang tidak tahu akan asal usul sagu tidak tahu bagaimana ia dihasilkan dari pokok banyak tumbuh di kawasan tanah rendah tepi pantai dan berpaya. Biarpun sagu boleh dihasilkan dari beberapa jenis pokok palma, namun jenis yang paling banyak menghasilkan sagu ialah dari pokok rumbia yang banyak terdapat di Sarawak dan beberapa lokasi lain di Indonesia, Filipina dan sebagainya. Apa pun selalunya disebabkan pokok rumbia menghasilkan sagu, maka ramai menamakan pokok rumbia sebagai 'Pokok Sagu' atau nama botaninya sebagai Metroxylon sagu. Apa yang penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi terhadap pokok pokok sagu di Mukah, Sarawak dimana disana ia juga dipanggil sebagai 'Pokok Mulong' dalam bahasa tempatan. Masa itu di fahamkan Jabatan Pertanian Saeawak ada memberikan bantuan khas aktiviti penanaman pokok sagu di sana. Apa pun uniknya dimana terdapat ulat yang hidup di dalam batang pokok mulong yang dipanggil sebagai 'Ulat Mulong' atau ulat sagu yang sudah dianggap sebagai sejenis hidangan lazat bagi sesetangah masyarakat di Sarawak dan ada laporan dimana ulat mulong ini dilaporkan 'halal' dimakan oleh orang Islam. Selalunya proses menghasilkan sagu bermula dari menebang pokok rumbia, memotong batang, direndam dalam air sungai, membuang kulit luar, memarut, memerah dan mengasingkan pati dan hampas dan seterusnya adalah proses pengeringan. Akhirnya produk sagu yang 'siap' itu akan di jual dalam bentuk biji (biji sagu) dan serbuk (tepong sagu). Sagu menjadi makanan ruji bagi penduduk di kawasan tertentu di Sarawak menggantikan beras dimana ia masih diamalkan sehingga hari ini. Pada penulis blog dimana antara jenis makanan berasaskan sagu yang unik adalah Ambuyat. Ini kerana a
mbuyat atau dipanggil juga 'Linut' adalah makanan berkanji berwarna putih atau jernih dan teksturnya seperti gam, asalnya tepung sagu rumbia daripada bahagian batang pohon rumbia dipanggil 'Ampulung'. Makanan tradisi ini sangat terkenal dalam kalangan suku kaum Bisaya, Brunei, Bajau, Kadazandusun dan Murut. Pernah beberapa kali penulis blog dapat ujirasa makanan ambuyat ketik abertugas di Sarawak dahulu semasa berkunjung kelokasi tertentu.


Produk sagu dan makanan berasaskan sagu ada banyak kehebatannya tersendiri. Dilaporkan dimana sehingga kini pun sekitar 
30% masyarakat Maluku dan Papua di Indonesia masih menggunakan sagu sebagai makanan asasi dalam menu makanan seharian. Bagaimana di kawasan bandar dimana produk sagu sudah di olah menjadi berbagai jenis bentuk bermula dari bentuk tepung, gula bahkan beras sagu. Sagu memang memiliki kandungan nutrisi yang baik bagi kegunaan manusia dimana zat utama terbanyak dalam sagu adalah karbohidrat. Karbohidrat ini masuk dalam kategori makronutrien yang diperlukan dalam jumlah banyak untuk sumber tenaga dan fungsi otak. Kajijan mkmal menunjukkan bagi setiap 100 gram sagu terdapat bahan Tenaga (355 kcal), Protin (0.6 gram),  Lemak (1.1 gram), Karbohidrat (85.6 g), Serat (0.3 g), Kalsium (91 mg), Fosforus (167 mg) dan juga bahan zat besi (2.2 mg). Apa pun dilaporkan sagu memang tidak banyak memiliki kandungan vitamin dan mineral akan tetapi sagu tergolong sebagai makanan banyak tenaga dan menjadi salah satu sumber protin dan serat yang baik. Apa pun sagu dianggap sebagai mempunyai kandungan nutrisi yang masih tergolong relatif lengkap walaupun jumlahnya tidak banyak. Ada banyak manafaat sagu untuk kesihatan dimana pertama pastinya ia memberikan banyak tenaga. Ini kerana dilihat kandungan karbohidrat dalam jumlah banyak di dalam sagu boleh menjadi bahan alternatif yang sangat baik sebagai bahan suplemen semulajadi mampu menambah tenaga. Sagu juga dilaporkan mempunyai ciri untuk membantu mengembalikan tenaga yang hilang. Dalam pada itu sagu dapat meningkatkan pengeluaran bahan Glukosamin semulajadi dalam badan yang dapat memperbaiki keseluruhan pergerakan sendi dan pemulihan di kawasan sekitarnya. Lazimnya dimana sagu selalu juga menjadi pilihan makanan untuk kalangan atlet atau orang yang aktif bersukan. Kehebatan kedua adalah dimana makanan sagu didakwa mampu mencegah penyakit jantung. Ini kerana kadar kolesterol tinggi dan trigliserida merupakan dua faktor risiko dari penyakit jantung. Jika hendak dibandingkan dengan tepung ubikayu dimana produk  sagu dapat membantu mempertahankan kadar kolesterol dan trigliserida dalam kadar wajar dalam darah. Memakan sagu dilaporkan akan dapat membantu mencegah penyakit jantung. Ini kerana sagu mengandungi Amilose iaitu sejenis bahan  dengan rantaian glukos yang memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna. Perkara ini membuat rantaian glukos ini akan melepaskan gula ke dalam darah dengan jumlah yang lebih terkawal menyebabkan kadar kolesterol dan trigliserida akan sentiasa berada pada tahap normal. Hasil satu kajian pada tahun 2011 dilaporkan makan sagu atau pengambilan bahan amilose ini dapat memberikan manfaat untuk menurunkan kolesterol dan lemak dalam darah. Bahkan dilaporkan dimana kandungan amilose pada sagu juga dapat mengawal kadar gula dalam darah.


Kehebatan lain mengenai makanan dari sagu adalah dimana ia dapat membantu  melancarkan 
sistem pencernaan. Mereka yang suka makan sagu juga mndapat khasiat untuk membaiki dalam keseluruhan sistem pencernaan. Sejak dulu dilaporkan ramai orang yang akan menggunakan sagu untuk tujuan ianya menyembuhkan berbagai penyakit pencernaan seperti isu perut kembung, sembelit, gastrik dan gangguan pencernaan lainnya. ini disebabkan sagu mengandungi serat dimana walau pun jumlahnya sedikit akan tetapi kandungan serat sagu ini memberikan kesan untuk mempercepatkan proses pencernaan sehingga membantu menyeimbangkan bakteria pada usus. Selain itu makanan dari sagu juga meningkatkan pengeluaran bahan enzim pencernaan dan pergerakan usus secara keseluruhan dengan melindungi agar usus tidak jadi kering. Itu sebabnya selalu pakar perubatan dan pakar makanan akan mengesyirkan pesakit mengambil sagu untuk Pesakit Gastroenteritis atau  (Gastrik) karena memberikan ada kesan menyembuhkan dan menyejukkan perut dari rasa sakit. Seterusnya kehebatan makanan dari sagu di laporkan mampu meningkatkan kesehatan tulang dan sendi. Walau pun dilaporkan kandungan mineral dalam sagu sedikit akan tetapi dilaporkan ia boleh berikan bahanm mineral seperti zat besi, kalsium dan tembaga darinya. Kandungan mineral dalam sagu ini memberikan manfaat dalam aktiviti perbaikan tulang dan semua sendi. Maka tidak hairan kalau ada testimoni dimana mengambil makanan sagu akan dapat mencegah terjadinya 'osteoporosis' karena sagu akan meningkatkan kekuatan dan kepadatan tulang. Sagu juga ia mempunyai khasiat untuk meningkatkan pengeluaran bahan glukosamin yang memengaruhi akan kepadatan tulang, fleksibiliti dan juga cara gerakan sendi. Kadar glukosamin yang meningkat ini dapat menyebabkan peningkatan pengeluaran cecair sinovial dalam jumlah kecil antara selubung sendi dan tendon. Perkara ini akan membantu meningkatkan fleksibiliti dalam pergerakan sendi. Siapa sangka jika makan sagu akan meningkatkan prestasi semasa bersukan?Salah satu kehebatan dan kesan kesihatan dari sagu yang dikatakan cukup menonjol adalah meningkatkan banyak tenaga semasa aktif bersukan khususnya semasa berolahraga. Hasil kajian juga telah pun  membuktikan bahawa ketahanan tubuh semasa berolahraga meningkat hingga 37% selapas mengambil makanan dari sagu. Dalam kajian lain pada tahun 2016 menyatakan bahawa mengambil bubur yang terbuat dari sagu setelah 15 minit berbasikal dapat meningkatkan prestasi hingga 4%. Semua ini berpunca kerana makanan dari sagu mengandungi unsur karbohidratnya yang cukup tinggi.


Dalam bab ke lima artikel ini penulis blog sentuh mengenai beberapa k
eburukan Makan Sagu jika ianya diambil secara berlebihan. Memang jika sesiapa yang memakan sehari-hari dengan apa juga jenis makanan tertentu tentunya ianya berpengaruh terhadap kesihatan. Sebaiknan mengamalkan apa yang di katakan sebagai 'Makanan Seimbang'  untuk mendapatkan kesihatan yang maksima. Dalam pada itu sebaiknya di tentukan juga akan apakah jenis makanan yang dimakan berkaitan dengan kandungan nutrisi apa didalamnya dan berapa banyak kuantitinya. Penulsi blog faham dimana ada dua jenis karbohiderat iaitu Jenis Karbohidrat Kompleks dan Jenis Karbohiderat Mudah. Jenis Karbohiderat Kompleks adalah jenis karbo kompleks ada dua kategori iaitu kanji dan serat. Apa pun kedua-dua karbo ini perlu diuraikan terlebih dahulu oleh tubuh badan sebelum digunakan sebagai sumber glukosa. Antara contoh makanan yang kaya dengan kanji adalah roti, kentang dan jagung. Antara contoh diet seimbang yang kaya dengan serat pula adalah bijirin, bijian dan oat. Apa pun kedua-dua kategori karbo kompleks ini sangat disarankan untuk diambil kerana masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bagi Jenis Karbohidrat Mudah dimana karbo mudah terdiri daripada gula semula jadi dan gula tambahan. Gula semula jadi merujuk kepada yang boleh dijumpai secara alami dalam produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa pun gula tambahan pula merujuk kepada gula yang ditambah kepada sebarang makanan semasa prosedur memasak. ula tambahan kebiasaannya dilabelkan dengan nama seperti glukosa, fruktosa, maltosa, sukrosa dan lain-lain. Di ketahui dimana didalam sagu dimana satu kandungan iaitu bahan karbohidrat rafinasi di dalam makanan. Karbohidrat rafinasi merupakan jenis karbo yang melewati banyak proses pengolahan sampai menjadi makanan. Proses ini oleh ia menghilangkan lapisan benih, dedak, serat, vitamin dan mineral. Proses tersebut menyisakan butiran halus dengan kandungan gizi yang sangat seikit bahkan mungkin tidak ada sama sekali. Sedangkan dalam karbohidrat rafinasi hanya mengandung gula dan tepung. Ada dua jenis karbohidrat rafinasi iaitu seperti gula olahan dan tepung halus seperti tepung dari gandum olahan. Secara tidak sadar  biasanya pengguna karbohidrat rafinasi iaitu berbagai makanan ringan seperti kerepek, roti putih dan pasta. Walau pun ia tidak hanya dalam makanan dimana ada beberapa jenis minuman seperti minuman bersoda, minuman bertenaga dan minuman teh dalam kemasan juga mengandungi karbohidrat rafinasi. Apa pun denga kehilangan kandungan serat, vitamin, mineral, antioksidan, lemak dan protein pada masa memprosesnya membuatkan karbohidrat rafinasi sangat mudah diserap oleh usus. Kesan kabohiderat ini kepada pesakit kencing manis dimana selalunya selalunya kandungan gula dan tepung yang terdapat dalam karbihidrat rafinasi ini boleh meningkatkan kadar gula darah. Kadar gula darah ini seterusnya meningkat dengan cepat setelah mengambil makanan seperti sagu dengan kandungan karbohidrat rafinasi ini. Jika makan jenis karbohidrat rafinasi secara berlebihan dan akhirnya pankreas tidak boleh untuk menghasilkan insulin dalam jumlah cukup dimana iani menjadikan kadar gula dalam darah akan tinggi sehingga akan menyebabkan kencing manis teruk.  Ia juga akan menyebabkan isu kegemukkan dimana kandungan serat yang mudah dicerna membuat semua tidak merasa kenyang lebih lama setelah mengambilnya. Ini menyebabkan individu akan menjadi makan lebih banyak seterusnya. Ini akan menyebabkan berat badan bertambah dan jadi gemuk. Ada laporan dimana ia juga menyebabkan penyakit jantung dimana selain diabetes dan kegemukanjika mengambil sagu berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit jantung. Ini keran abahan didalamnya akanmeningkatkan kadar bahan trigliserida dan menurunkan kadar lemak baik dalam darah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK SAGU... DARI POKOK RUMBIA...
BATANG DI TEBANG... DI PROSES LAMA...
MAKAN SAGU... BANYAK KHASIATNYA...
JANGAN BERLEBIHAN... JUGA BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.