Thursday, January 25, 2024

LIHAT HELANG TINGGI, AYAM DIREBAN DILEPASKAN

Peribahasa ini memang unik apabila ' MELIHAT HELANG MELAMBUNG TINGGI AYAM DIREBAN DILEPASKAN' dijadikan panduan untuk semua pembaca blog. Pada penulis blog mendapati peribahasa atau ungkapan ini menyamai dengan peribahasa 'Mendengar Guruh di Langit, Air didalam Tempayan di curahkan' cuma ia diambil dalam sudut berlainan agaknya. Merujuk kepada beberapa sumber rasmi dimana maksud peribahasa ini adalah 'Mengharap sesuatu yang tidak pasti' dan akhirnya kecewa. Memang perkara seperti ini jangan 'Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti perlu dijadikan panduan kalangan masyarakat. Pada penulis blog dimana apa yang perlu belajar hari ini ialah agar jangan mengharap pada sesuatu yang aku tidak mungkin akan dapat. Mengharap orang lain untuk mengembirakan orang lain memang ianya sebaiknya perlu dikikis kerana lazimnya individu itu sendiri yang perlu mencari kegembiraan tersebut tanpa perlu menunggu orang lain untuk lakukannya. Dalam pada itu kini kepada mereka yang 'tamak' akan cuba melibatkan diri dengan mencari duit dengan cara mudah seperti melabur yang kemudiannya akan jadi mangsa kepada 'scammer' yang menjadi isu hangat ketika ini. Bukan itu sahaja dalam alam pekerjaan dimana pada Oktober 2023 seramai 42 orang rakyat Malaysia tertipi dengan rankaian scammer yang tertipu dan berada di Peru selepas dilaporkan terlibat scammer yang menjanjikan pekerjaan bergaji besar. Kerajaan terpaksa campur tangan untuk membawa balik beberapa mangsa dimana ada ramai lagi yang tersangkut di negara tersebut. Bagai kata peribahasa 'melihat helang melambung tinggi, ayam di reban dilepaskan' boleh dijadikan panduan kepada semua agar tidak menjadi scammer yang sangat aktif didalam sosial media diseluruh dunia. Memang sudah jadi lumrah atau fitrah manusia itu sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu berdasarkan kehendak hati dimana setiap orang perlu membantu diri sendiri untuk mengawal kehidupannya. Apa pun sebaiknya jangan terlalu mengharap sesuatu perkara itu terjadi pada diri sendiri dan perkara tersebut tidak berlaku diman perkara ini mungkin akan menghadirkan satu rentetan kisah kekecewaan dan kelukaan pada perasaan dan sebuah hati. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa diatas untuk dijadikan bahan rujukan dalam aspek teknikal pertanian bagi rujukkan pembaca semua.

Burung Helang (Raptor atau Eagle) merupakan salah satu daripada haiwan burung yang terdapat di seluruh Malaysia iaitu ia  termasuk ada di Sabah dan Sarawak. Apa pun memang negara Malaysia juga merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut. Ramai orang pernah pergi atau berkunjung ke Langkawi dimana namanya adalah satu kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu 'Burung Helang'. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi dan antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ciri-ciri burung helang secara umumnya dimana helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia akan menjaga anaknya sehingga mampu terbang. Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor) dimana makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam (Ini yang orang dulu mencipta peribahasa - ayam di tambat disambar helang). Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh. Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Penulis blog akan kupas mengenai Industri Ternakan Ayam di Malaysia untuk dikaitkan dengan peribahasa ini dalam aspek pertaanian. Industri ini merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan juga banyak negara lain di dunia. Haiwan berkaki dua yang dipanggil sebagai Ayam (Birds) juga merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk di,ama antara jenama ayam paling terkenal adalah Makanan Ayam Goreng Kentucky (Kentucky Fried Chicken) yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Kini ada banyak lagi restoren makanan berasaskan ayam muncul diseluruh dunia. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC dimana dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng resepi KFC. Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi sepanjang masa?. Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging dimana sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Penternakan ayam juga menyebabkan kita menjadii 'net importer' bahan makanan ayam iaitu jagung dan kacang soya yang menyebabkan jumlah impot makanan negara amat tinggi berpuluh-puluh billion ringgit setahun. Kebanyakan makanan ayam adalah rumusan daripada jagung dan kacang soya serta bijirin lain yang dihasilkan oleh beberapa kilang makanan ternakan utama seperti Gold Coin, Cargill, Seng Heng Chan dan beberapa lagi. Penternakan ayam meliputi pelbagai jenis unggas iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga BURUNG termasuk juga ternakan Burung Puyoh. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 260,826,321 ekor di ternak pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut sebanyak 171,980,685 ekor adalah dari jenis Ayam Pedaging, sebanyak 62,162,143 ekor adalah Ayam Telur, sebanyak 15,473,432 ekor adalah Ayam Pembiakbaka dan sebanyak 11,210,061ekor adalah Ayam Kampong. Sementara itu terdapat sebanyak 9,780,573 ekor ternakan itek dilapor di Malaysia pada tahun 2019 (Sumber: Perangkaan Ternakan di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Verterinar 2020). Apa pun dilaporkan penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1.5 juta metrik tan setahun dimana daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Ramai akan jumpa daging ayam ini dihidangkan di restoran sema sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam goreng Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan. Kenaikan harga ayam daging di Malaysia sejak tahun 2023 menarik dan menjadi topik pperbincangan hangat apabila harga mencecah lebih RM12.00 sekilogram akibat kos makanan yang tinggi yang perlu diimport.


AYAM PERCIK
merupakan makanan yang menggunakan daging ayam yang dibakar kemudian dilumurkan dengan kuah percik yang enak dimakan terutama ketika panas lagi dimana ia pasti boleh ujirasa tidak seperti peribahasa diatas. Terdapat banyak resepi ayam percik daripadaa Ayam Percik Kelantan, Ayam Percik Melaka, Ayam Percik Pedas, Ayam Percik Putih dan bermacam jenama mengikut pencipta resepi dan juga lokaliti. Penulis blog memang amat meminati dengan makanan ayam percik resepi Melaka dimana ia mempunyai kombinasi semuanya iaitu manis, pedas, masam dan juga lemak (Sila lihat foto disebelah). Istimewanya Ayam Percik Melaka kerana warnanya kemerahan akan tetapi rasanya manis dan pedas berbanding dengan Ayam Percik Kelantan dan Ayam Percik Putih. Pendek kata ayam percik ini terus diratah selepas dibeli atau boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak dan pelbagai makanan lain. Apa yang pasti adalah keenakan ayam percik mengikut citarasa takyat Malaysia yang mana ada hidangan berasaskan ayam lain sepertu Ayam Goreng, Ayam KFC, Ayam Golek, Ayam Sate, Ayam Pencen, Ayam Ungkep, Ayam Masak Kicap, Ayam Rendang, Ayam Berempah, Nasi Ayam, Sup Ayam, Kaki Ayam, Kari Ayam dan banyak lagi. Ayam adalah makanan yang kaya dengan protin yang termurah di negara kita berbanding dengan protin daripada ikan, daging dan kacang soya. Memang ayam ini dimakan oleh semua gulongan masyarakat daripada yang muda seperti kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang berumur pun masih sukakan ayam. Berbeza dengan daging lembu dimana orang India tidak mengambilnya akan tetapi semua kaum ada memakan daging ayam. Pada penulis blog kepelbagaian kulinari berasaskan ayam memang luas dimana antara yang saya minat adalah sate ayam, ayam percik dan juga ayam bakar. Ayam percik paling mudah dibeli dari pasar malam dan Bazaar Ramadan kerana tidak kurang daripada satu atau dua gerai yang akan menjual ayam percik. Ia berbeza harga bergantung kepada bahagian ayam yang dibeli sama ada ianya peha, dada, rusuk, kepak dan sebagainya. Lazimnya yang paling diminati dengan harga mahal sedikit adalah bahagian peha ayam (drumstick) kerana seekor ayam hanya ada dua kaki sahaja. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

HELANG TERBANG TINGGI... ITU TABIATNYA...
AYAM DILEPASKAN... DI LUAR GEMBIRANYA...
TINDAKAN BAHAYA...JANGAN LAKUKANNYA...
YANG TAK PASTI ADA.. KECEWA KEMUDIANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhi1 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.