Tuesday, January 16, 2024

KRISIS BERAS DI MALAYSIA - FAKTA MENARIK (PT 1)

KRISIS BERAS DI MALAYSIA
merupakan satu isu yang selalu di bincangkan terutama apabila berlaku kenaikan harga dan juga kekurangan bekalan kepada pengguna. Pada penulis blog faham dimana ketika kenaikan harga beras terus menjerut orang ramai pada beberapa tahun kebelakangan ini dimana kerap ada persoalan yang timbul mengenai kesediaan kerajaan untuk menguruskan masalah bekalan makanan ruji rakyat Malaysia tersebut. Pengguna paling resah apabila isu kenaikan harga beras tempatan yang di kaitkan dengan harga beras dunia yang mengakibatkan harga beras import dalam pasaran tempatan turut naik dimana ini sekali gus dijangka meningkatkan kos operasi di kedai dan restoran. Isu ini amat ketara pada penggal keempat 2023 apabila kenaikan harga beras import amat dirasai pengguna dan kekurangan bekalan beras tempatan semakin mengugat semua. Isu kemana perginya beras tempatan menjadi salah satu pertanyaan kepada ramai pengguna di Malaysia dan ada yang dakwa beras tempatan sudah dijadikan 'beras import' yang harga pasaran runcit hampir dua kali ganda dari beras import. Apa pun dilapangan ramai petani masih menjual padi mereka kepada agen yang dilantik dan pengguna memang tidak boleh salahkan mereka untuk mengatakan hasil padi dan beras menjadi kurang di pasaran. Ada banyak spekulasi timbul apabila kerajaan terus membuat kenyataan yang berbeza-beza dan rakyat tidak berpuashati. Ramai dakwa dimana apa yang berlaku ialah di peringkat kilang, pemborong dan runcit. Apabila harga beras import naik sehingga RM38 untuk setiap 10kg manakala bagi harga beras putih tempatan pula ia dikawal peringkat peruncit pada kadar RM2.60 sekilogram. Dilaporkan dimana tahap sara diri padi negara ialah pada 65% yang bermakna pasaran perlu mempunyai bekalan sekurang-kurang pada peratusan yang sama. Ada kenyataan yang juga mendakwa aktiviti menukar kampit beras tempatan kepada beras import untuk mendapatkan keuntungan. Apa pun tugas  bahagian kawal selia padi dan beras memaklumkan akan mengambil 20% beras daripada setiap kilang diberikan kepada pihak dilantik kerajaan untuk mengeluarkan beras tempatan. Dilaporkan dimana kalangan pengguna pula sudah pun membeli beras berlebihan dimana kemudian ia dihadkan pembelian untuk pengguna yang sedia ada. Berlaku kes dimana ada kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan ada sesuatu yang orang ramai tidak tahu. Dalam masa sama dimana diperingkat global, negara India yang merupakan pengeksport beras terbesar dunia melarang bahan beras itu dieksport ekoran cuaca panas. Ia menjejaskan dimana pada Jun 2023 harga beras import meningkat pada bulan-bulan selepasnya. Di Asia Tenggara dilaporkan dimana Filipina sudah membuat pakatan dengan Vietnam untuk membeli beras dari negara tersebut manakala Presiden Indonesia pula iaitu Joko Widodo mengutarakan cadangan membeli beras dari Kemboja, China dan Bangladesh. Pihak Padiberas Nasional (Bernas) iaitu satu-satunya syarikat yang diberikan lesen mengimport beras mengumumkan kenaikan harga beras import sebanyak 36% iaitu daripada RM2,350 per metrik tan kepada RM3,200 per metrik tan bermula 1 September 2023. Dalam masa sama dilaporkan dimana  Indonesia telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India berkaitan potensi mengimport satu juta tan beras dan Malaysia pula dilaporkan akan mendekati negara seperti Pakistan, Myanmar, Brazil dan Uganda untuk bekalan beras import. Kerajaan akan berikan lesen mengimport beras yang hanya diberikan kepada Bernas bermakna hanya syarikat itu yang mempunyai jawapan kepada usaha mengimport beras. Antara perkara di berikan perhatian adalah dimana kalau hendak mendapatkan bekalan maka syarikat perlu membuat perjanjian semasa harga beras murah. Jika mengimport beras pada harga sedang tinggi ianya akan bertentangan dengan kepentingan korporat mereka kerana itu adalah cara dan kesan dari penswastaan. Pendekatan subsidi beras dan kawalan harga hanya kaedah penyelesaian sementara dan tidak mampu menyelesaikan masalah selagi kartel tidak dihapuskan daripada rantaian bekalan padi negara. Malaysia memang boleh mencapai bekalan beras tempatan untuk tampung keperluan penduduk malah tak mustahil untuk eksport beras satu hari nanti dengan kekayaan sumber dan usaha-usaha yang ada dengan syarat atasi masalah akar iaitu kartel. Artikel pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu krisis beras di Malaysia dan beberapa fakta menarik sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Fakta di media laporkan '
Harga beras naik mendadak, apa reaksi rakyat' memang wajar dikupas. Ada ramai yang mengeluh mengenai beras dimana berlaku kenaikan harga mendadak dan stok beras juga dikatakan tiada di pasaran. Dilaporkan dimana sebenarnya harga beras ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan sebagainya. Namun penulis blog pun perasa apabila pada akhir-akhir ini harganya dikatakan telah naik mendadak di mana kadar kenaikannya juga telah pun ianya mengejutkan orang ramai. Sekitar 90% beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan beras import manakala baki sekitar 10% lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun. Penulis juga faham dimana majoriti beras putih adalah beras putih tempatan dan bakinya adalah beras putih import. Didakwa dimana beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import di mana jurang perbezaan keduanya adalah kecil. Dalam pada itu jenis beras wangi biasanya menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab dan kenduri kahwin orang Melayu, beras pulut untuk dijadikan kuih muih, ketupat atau lemang dan beras jepun di restoran Jepun. Kerajaan sentiasa memahami serta prihatin akan nasib pengguna yang tidak mendapat keadilan semasa urusan jual beli. Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang maka satu pemantauan khas harga beras telah dibuat pada setiap hari yang melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH). Cara ini adalah dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) secara rutin bermula 23 September 2023. Dilaporkan dimana ramai pengguna tidak tahu bahawa selama ini ada dua jenis beras yang dijual di pasaran iaitu beras import dan beras tempatan. Dinyatakan juga pasukkan pemantau dimana harga beras import tidak dapat dikawal oleh kerajaan dimana ia selalu dijual mengikut harga pasaran kerana kerajaan hanya mengawal harga beras tempatan iaitu RM2.60 sekilo. Dilaporkan juga harga Beras Putih Import (BPI) ditentukan oleh negara pengeksport beras diman pada 2023 harga beras dunia telah naik dengan mendadak berbanding tahun lepas. Apa pun dilaporkan dimana kenaikan harga beras import juga telah menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan naik dengan mendadak. Dilaporkan ada banyak peniaga mula beralih kepada beras tempatan bagi menjimatkan kos dan ada yang membelinya dalam kuantiti yang banyak bagi menyimpan stok untuk pernigaan mereka. Keadaan ini menyebabkan stok beras tempatan masa itu cepat habis dijual di pasaraya. Apa pun jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard maka para pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku dan boleh melaporkannya kepada KPKM.


Dalam merujuk portal berita lain dimana ia melaporkan '
Ramai Bising Isu Beras Mahal dan Bekalan Tak Cukup dimana kemudian para pesawah menjelaskan sendiri situasi terkini berkaian isu ini' wajar dibincangkan juga. Heboh dalam sosmed apabila menyentuh isu beras tidak lama dulu. Isu ini sehingga timbuk kes dakwaan yang katakan beras disorok, dicatu, disimpan dan sebagainya. Apa pun pada penulis blog dimana beras merupakan bahan makanan asas Malaysia di mana makanan ruji untuk rakyat negara ini adalah nasi. Sekiranya kalau ada yang tidak dapat makan nasi sehari tentu tidak sah makan. Disebabkan itu jugalah ramai yang terkesan dan akan 'bising' tentang perkara ini. Malahan di dengar ada yang terlalu resah sehingga melakukan aktiviti 'panic buying' ketika melihat ada stok beras yang dijual pada harga yang lebih murah. Kalau dah seorang pun ambil dalam bilangan yang banyak, makin cepatlah stok di pasaran habis sehingga ada orang lain yang tidak berpeluang beli. Walau bagaimanapun, perkara seperti harga beras tempatan naik harga, bekalan beras dicatu atau disorok adalah tidak tepat atau malahan berlaku kes iaitu pembelian melebihi keperluan juga ianya sangatlah tidak digalakkan. Hal ini kerana apa yang dihebahkan di media sosial tidaklah seperti gambaran yang sebenar. Ramai yang selalu berbincang mengenai naratif isu beras mahal atau bekalan tidak cukup. Apabila pengguna ke pasaraya, mungkin ada yang tertanya kenapa beras import lebih banyak jika hendak dibanding stok beras tempatan. Penulis blog fikir diman di Malaysia sudah pun mengeluarkan sebanyak 65% bersamaan  lebih dari 1.5 juta metrik tan setahun berbanding dengan hanya 1 juta bekalan beras diimport. Namun begitu peratusan itu hanya tinggal sekitar 30% ke 40% sahaja disebabkan kontrak yang dipersetujui antara pihak pengilang dengan pembekal tender kerajaan untuk keperluan kem-kem tentera, sekolah serta pengilang bee hoon pun banyak guna beras tempatan. Apa pun beralih kepada isu harga pula dimana harga beras import sebenarnya sudah mulai naik sejak awal tahun 2023 tetapi tidak dirasai kerana Bernas masih kekalkan harga pada RM2,350 untuk 1 tan (runcit pada RM2.60 sekilogram). Namun apa yang berlaku iaitu kenaikan harga beras sebanyak 60% maka pihak Bernas terpaksa buat pelarasan kepada RM3,200/tan untuk mengelakkan kerugian. Dilaporkan sekiranya kenaikan harga Beras Putih Import (BPI) berterusan tanpa penyelarasan harga jualan dilaksanakan maka pihak BERNAS akan mencatat kerugian pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Di samping itu juga dilaporkhan pihak BERNAS dijangka akan hilang kemampuan untuk berkongsi 30% keuntungan dengan pesawah sehingga membawa implikasi negatif kepada Kerajaan. Dalam pada itu dilaporkan harga jualan BPI akan diselaraskan oleh BERNAS dari semasa ke semasa tertakluk kepada harga pasaran beras antarabangsa (harga Freight On Board atau harga FOB) dan kadar nilai tukaran mata wang Ringgit Malaysia. Kesannya adalah disebabkan kenaikan harga tersebut maka pengguna atau orang ramai mulai beralih ke beras tempatan kerana perbezaan harganya yang agak jauh berbanding dengan harga sebelum ini. Disebabkan itulah berlaku jumlah kadar permintaan terhadap beras tempatan terus meningkat iaitu sehingga ada kedai atau pasaraya tidak dapat menjualnya lagi. Mungkin bekalan beras masih ada disimpan di dalam kilang masa itu akan tetapi pengguna di Malaysia kena tahu yang kebanyakannya telah diborong lebih awal dan kilang sudah terikat dengan kontrak yang telah dipersetujui. Perkara sebeginilah yang menyebabnya berlakunya isu gangguan bekalan beras kerana permintaannya yang semakin tinggi di samping bekalan beras tempatan yang sedia ada sudahpun 'bertuan'. 


Dalam kes lain dilaporkan dimana kalangan pe
sawah sendiri perjelaskan tentang bekalan beras dimana bak kata orang, kalau hendak tahu asal sesuatu perkara itu sebaiknya biarlah dari dasarnya. Beberapa kajian telah utama bagi mendapatkan pandangan daripada beberapa orang pesawah yang bergiat aktif dalam pengeluaran padi dilakukan. Pesawah dakwa dimana isu yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia semasa krisis beras adalah berpunca dari kenaikan harga beras import sahaja. Namun akibat dari kenaikan harga beras import ini telah mempengaruhi jumlah stok beras di pasaran walaupun stok beras tempatan sebenarnya masih  tidak berubah. Apa pun kajian mendapati dimana perkara ini adalah kerana kuasa beli yang telah berubah setelah harga beras import meningkat. Sebagai contoh dimbil dimana jika sebelum ini pengguna itu aktif membeli beras import sebagai beras dimakan selama ini tetapi penulis blog percaya dimana disebabkan kenaikan harga beras import yang naik  secara mendadak maka pengguna itu mengubah pembelian ke arah beras tempatan yang jauh lebih murah. Semua berpaling kepada kerajaan terutama KPKM dan beberapa kementerian lain yang terlibat dalam isu ini. Mereka tertunggu-tunggu apakan dia tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ini?. Pada ramai mungkin ada yang tertanya apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi. Sebenarnya pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan dan menjalankan program khas bagi memastikan bekalan beras putih tempatan sentiasa mencukupi. Maka lahirlah satu pedekatan yang dinamakan sebagai Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT). Ia diujudkan bagii menangani situasi permintaan terhadap beras putih tempatan yang bertambah secara mengejut, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah bekerjasama dengan beberapa agensi tertentu untuk melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT). Apa pun dilihat langkah intervensi ini adalah bertujuan dalam memastikan bekalan beras putih tempatan dapat menjamin kestabilan BPT di pasaran. Program yang dijalankan selama setahun ini juga membolehkan pengilang meningkatkan pengeluaran sebanyak 20% bekalan untuk pasaran dalam tempoh tersebut. Dilaporkan dimana PKBPT dilaksanakan oleh 93 pengilang, 103 pemborong dan 5 pemborong utama. Program ini akan dipantau terus oleh Kawal Selia Padi dan Beras (KPB). Malah dilaporkan diskaun atau rebet juga tidak dibenarkan. Antara langkah intervensi yang diambil adalah dengan menghadkan pembelian 100 kilogram untuk pengguna atau seseorang bagi satu transaksi bagi tujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya pembelian panik. Di samping itu didakwa 20% stok beras daripada pengilang telah diminta untuk disalurkan kepada FAMA dan LPP untuk ianya dipasarkan terus ke kawasan luar bandar yang banyak kumpulan B40. Menteri Pertanian dakwa telah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk berbincang dengan pihak lain seperti Kementerian Kewangan supaya tender kerajaan menggunakan beras import sahaja. Antara lain langkah yang dijalankan adalah dengan memberikan lesen borong kepada persatuan pengusaha restoran serta penjaja supaya mereka boleh membeli beras import dengan harga lebih murah iaitu RM3.20 sekilo daripada Bernas. Walau bagaimanapun ada yang dakwa bahawa langkah intervensi itu hanyalah untuk tempoh jangka pendek sahaja. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KRISIS BERAS... BERLAKU DI MALAYSIA...
HARGANYA NAIK... RAMAI RAKYAT DERITA...
BERAS IMPORT MAHAL...TEMPATAN TIADA...
PERLU DI TANGANI... MAKANAN RUJI UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
N0 47, Jalan Kebun Nanas,
Bandar Putra 2, Kelang,
Selangor,
Malaysia.
(2 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.