Friday, January 19, 2024

INDUSTRI MAKANAN TERNAKAN - FAKTA MENARIK

INDUSTRI TERNAKAN MALAYSIA
terutama ternakan untuk ruminan pada masa ini masih berskala kecil dan berpotensi untuk dikembangkan bagi menjamin bekalan makanan dalam negara serta mengurangkan daging import. Antara isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan industri ini adalah kekurangan baka yang berkualiti, harga makanan ternakan yang tinggi serta kekurangan kepakaran dan isu tenaga kerja. Transformasi industri ternakan akan ditumpukan kepada perusahaan ternakan secara komersial, penghasilan baka ternakan yang berkualiti, peluasan Amalan Penternakan Haiwan Baik (GAHP) dan penghasilan rumusan makanan ternakan yang berkualiti pada harga kompetitif. Selain itu, aspek R&D dari segi kawalan penyakit haiwan dan kecekapan sistem ternakan akan diberi penekanan. Industri bukan ruminan termasuk ayam serta itik, khinzir dan telur yang telah pun mencapai tahap sara diri yang tinggi akan terus agar ia dibangunkan supaya daya saing dan kemampanan industri ini dapat ditingkatkan. 
Makanan Ternakan (Animal Feed) perlu menepati keperluan tumbesarab haiwan ternakan untuk menghassilkan daging yang berkualiti. Pada penulis blog mendapatu dimana fakta penting mengennai makanan ternakan termasuk bagi mengekalkan kesihatan haiwan ternakan yang mana ia memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul dimana kesannya adalah sistem pertahanan tubuh dan fungsi badan stabil atau lebih sempurna. Makanan ternakan berkualiti akan membentuk sistem imun tubuh untuk bertindak terhadap patogen dan parasit. Makanan sebaiknya ia memenuhi semua keperluan pertumbuhan yang diperlukan ternakan bagi pertambahan saiz tubuh melibatkan pertambahan bahan interselular, lapisan baru pada kulit dan pengembangan sel. Selalunya proses pertumbuhan memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan vitamin. Makanan ternakan juga mesti ia memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan dimana ia juga termasuk proses pengeluaran yang mana ia dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan. Sebagai contoh bagi tujuan pengeluaran susu maka haiwan lembu susu memerlukan bahan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa. Apa pun faktor makanan yang berkait dengan pembiakan adalah aras tenaga, kandungan protein, mineral dan vitamin. Dalam pada itu keperluan aras tenaga tinggi membantu mempercepatkan umur kematangan seks dan meninggikan kadar kebuntingan. Di Malaysia industri makanan ternakan dijangka akan mencecah sebanyak 193 juta kilogram pada tahun 2026  iaitu kenaikan daripada 183 juta kilogram tahun 2021 dengan angaran kadar pertumbuhan 0.9% setahun (Sumber: DOSM dan DVS). Apa pun semenjak 1994 dimaporkan dimana permintaan makanan ternakan dimana Malaysia meningkat dengan kadar 6.9% setahun. Pada tahun 2021 sahaja Malaysia berada di kedudukan ke 29 dibelakang Palestin dengan sejumlah 182.6 juta kilogram. Sumber yang dirujuk melaporkan dimana Malaysia mengeksport maknan ternakan sebanyak USD354 juta pada tahun 2021 iaitu pada kedudukan ke 24 pengeksport makanan ternakan didunia. Ia merupakan pada kedudukan 121 dari barangan eksport Malaysia. Destinasi utma pasaran eksport makanan ternakan dari Malaysia termasuk USA (USD85.7 juta), Singapura (USD64.6 juta), Vietnam (USD50.1 juta), Brunei (USD24.3 juta) dan China (USD10.6M). Dalam pada itu uniknya apa yang penulis blog rujuk dimana Malaysia ada mengimport makanan ternakan sebanyak USD 461 juta pada tahun sama iaitu pada kedudukan ke 27 dunia. Dilaporkan dimana negara Malaysia ada mengimport makanan ternakan daripada negara Thailand (USD170 juta, Vietnam (USD64.7 juta), China (USD49.2 juta), USA (USD27.1 juta), dan Singapura (USD17.6 juta). Artikel pada petang Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengebai beberapa fakta menarik tentang industri makanan ternaan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


I
ndustri Makanan ternakan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemampanan industri ternakan global dalam mempastikan bekalan produk ternakan mencukupi dan mesti ia berkualiti. Prestasi haiwn ternakan yang optimum mesti dicapai dalam usaha memenuhi permintaan global untuk tujuan pengeluaran daging, susu serta telur selain kecekapan makanan perlu dipertingkatkan. Dalam pada itu di Malaysia sudah ada strategi dari segi pemakanan atau nutrisi ternakan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini termasuk dengan menggunakan bahan makanan yang sangat mudah dihadam dan berkualiti tinggi. Perkara ini termasuklah dari  bahan penting seperti kacang soya dan tepung ikan untuk sumber protein dan jagung untuk sumber tenaga. Laporan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menyatakan dimana industri ternakan dunia menyumbang 40% daripada nilai global pengeluaran pertanian dan menyokong mata pencarian, keselamatan makanan serta pemakanan hampir 1.3 bilion orang manusia. Dalam pada itu dilaporkan permintaan untuk protein haiwan di seluruh dunia juga terus meningkat setiap tahun di mana FAO menganggarkan pada tahun 2050 permintaan untuk makanan akan meningkat sebanyak 60% dan pengeluaran protein haiwan dijangka meningkat dengan kadar sekitar 1.7% setahun. Apa pun dilihat menyedari kepentingan bahan protein sumber haiwan maka jumlah pengeluaran ternakan perlu juga dilakukan secara mampan dan cekap terutamanya dalam dunia hari ini. Kini diseluruh dunia ada menghadapi pelbagai cabaran seperti peningkatan populasi global, kekurangan tanah dan sumber, pencemaran, kehilangan biodiversiti serta perubahan iklim. Apa pun dalam masa yang sama industri pemakanan haiwan yang baik dan mencukupi sangat penting untuk meningkatkan produktiviti ternakan termasuk di negara kita di Malaysia. Salah satu komponen didalam isu makanan adalah keterjaminan makanan dimana  Malaysia mendudukki tangga ke 43 dari 113 negara pada tahun 2020 didunia dan ini termasuk dalam sektor makanan berasaskan ternakan,


Fakta bagaimana di Malaysia perlu di p
upuk minat industri menternak sejak peringkat sekolah perlu di lakukan. Ada pun penulis blog pernah merujuk satu laporan media yang menyatakan dimana pelajar sekolah menengah sudah boleh diperkenalkan kepada sektor industri penternakan dan perladangan. Ini kerana dilaporkan di media Bernama diman baru-baru ini rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam dikejutkan dengan isu daging import yang bercampur dan diragui status halalnya. Media laporkan diman pelbagai spekulasi timbul seperti cerita antara benar dan palsu juga tersebar luas dimana ada jabatan kerajaan yang tidak lena tidur dibuatnya. Hakikatnya dimana semua ini menunjukkan betapa umat Islam di Malaysia amat mengambil berat tentang isu halal haram terutamanya yang membabitkan makanan.  Kemudian rakyat mula memilih untuk mengutamakan daging tempatan kerana harga jualan daging tempatan yang biasanya sedikit tinggi sudah tidak menjadi isu dimana yang penting status halal terjamin. Dolaporkan fakta penting iaitu sebenarnya daging tempatan sangat sedikit dan tidak mampu menampung keperluan penggunaan daging negara. Merujuk kepada statistik pada 2018 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menunjukkan bahawa pengeluaran daging lembu tempatan adalah sebanyak 46,923.6 tan metrik, sedangkan penggunaannya pula mencecah 205,082.2 tan metrik iaitu jauh dari mencukupi. Ini menunjukkan dimana  pengeluaran daging lembu tempatan cuma dapat menampung 10.95% sahaja daripada penggunaan manakala selebihnya iaitu sebanyak 89.05% adalah daging yang masih diimport. Dilaporkan sama seperti lembu dimana pengeluaran daging kambing dan bebiri tempatan juga sangat rendah berbanding import. Daripada jumlah penggunaan 40,500.1 tan metrik iaitu jumlah pengeluaran daging kambing tempatan hanya 4,433.7 tan metrik sahaja, yang hanya dapat menampung 22.88% daripada keperluan pasaran. Data ini mendedahkan betapa besarnya peluang yang ada untuk kita rakyat menceburi bidang penternakan. Jika diambil purata berat seekor lembu 300 kilogram (kg), maka bilangan lembu yang masih perlu diternak bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan adalah sebanyak 527,195 ekor, manakala kambing pula sebanyak 721,328 ekor. Cuba pembaca blog bayangkan berapa ramai usahawan ladang yang boleh dilahirkan bagi mencapai angka itu dan malangnya bidang penternakan bukanlah pilihan kerjaya anak-anak muda negara iaitu ia tidak kira tahap pendidikan mereka. Sehinggakan jika ada graduan yang mengusahakan industri perladangan dan penternakan dan dia terus dia menjadi tular dan popular iaitu seakan-akan perkara itu satu keajaiban. Mungkin antara satu sebab perkara ini berlaku adalah kurangnya pendedahan anak-anak muda terhadap potensi industri penternakan khususnya di peringkat persekolahan menengah. Mungkin pelajar sekolah menengah sudah boleh diperkenalkan kepada industri penternakan dan perladangan.  Membawa murid ini melawat ladang ternakan dan memberikan mereka peluang 'berkenalan' dengan lembu, kambing dan ayam serta memberikan mereka pengalaman memerah susu kambing, memungut telur puyuh dan juga menghalau itik masuk reban mungkin perlu di fikirkan. Peru juga didedahkan mereka kepada industri dan teknologi berkaitan penyediaan makanan ternakan. Pelajar boleh juga bawa mereka ke pusat penyembelihan berdaftar yang bersih, lengkap dan berteknologi tinggi. Perusahaan daging sejuk beku juga satu bidang yang menarik untuk diberi pendedahan. Adalah tidak mustahil juga untuk koperasi mengusahakan penternakan lembu dan kambing. Pelajar yang berminat boleh membantu menguruskan ladang koperasi secara amali terutamanya pada waktu petang ataupun semasa hari minggu. Apa pun selain potensi keuntungan yang besar dimana cara ini mereka akan mendapat pahala berganda kerana dapat melaksanakan fardu kifayah iaitu membekalkan daging yang berstatus halal lagi suci kepada umat Islam seluruh Malaysia.


Menarik aktiviti 
Persidangan ICAN yang membincangkan isu makanan ternakan di Malaysia untuk dijadikan fakta menarik. ICAN 2023 diadakn bagi membincangkan isu keselamatan dan makanan ternakan global yang mana ia  bermatlamat untuk menyerlahkan kemajuan dan trend terkini dalam pemakanan haiwan, mempromosikan teknologi dalam pemprosesan makanan, kebolehcernaan makanan dan penggunaan nutrien serta mengeratkan hubungan antara penyelidik, makanan dan ternakan pengeluar dan pembuat dasar dan mencari cara penyelesaian kepada masalah berkaitan industri. Seramai 120 orang dari dalam dan luar negara berkaitan telah menghadiri persidangan tersebut yang diadakan secara fizikal dan dalam talian. Terdapat satu sesi forum juga akan diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan Keterjaminan Makanan Haiwan Ternakan dan hala tuju industri tersebut. Apa pun dilaporkan makanan ternakan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemampanan industri ternakan global. Kini bagi usaha untuk memenuhi permintaan global untuk daging, susu dan telur, prestasi ternakan yang optimum mesti dicapai, kecekapan makanan perlu dipertingkatkan. Apa pun strategi dari segi pemakanan dan termasuk aspek nutrisi ternakan boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini termasuklah dengan menggunakan bahan makanan yang sangat mudah dihadam dan berkualiti tinggi sebagai sumber tenaga. Apa pun selain menggunakan bahan-bahan asas secara konvensional, penggunaan makanan alternatif, seperti produk sampingan pertanian tempatan boleh membantu mengurangkan kos makanan. Antaranya seperti bagaimana  menggunakan bahan tambahan makanan seperti enzim dan probiotik untuk meningkatkan penghadaman makanan dan penggunaan nutrien. Keperluan pemakanan atau nutrisi haiwan ternakan tertentu juga penting pada peringkat pertumbuhan, pembiakan dan pengeluaran produk ternakan yang berlainan menerusi pemakanan yang betul. Kalau ada peningkatan kecekapan penggunaan makanan ternakan bakal membawa kepada peningkatan kemampanan pengeluaran makanan global, Penting jika dijadikan makanan ternakan lebih mampu milik dan boleh diakses oleh lebih ramai orang di seluruh dunia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN TERNAKAN... PENTING ADA...
DI PERINGKAT NEGARA... JUGA DI DUNIA...
PERLU DI KELUARKAN...SETIAP MASA...
PRODUK GASIL TERNAKAN...TERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rajab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.