Monday, January 22, 2024

DAUN KELADI DIMANDIKAN

Peribahasa yang ini macam hendak gelak pun ada kerana peribahasa 'DAUN KELADI DIMANDIKAN' memang kerja orang tidak betul kerana menyiram atau 'memandikan daun keladi' yang lazimnya air tidak melekat walau daun keladi basah. Ramai mungkin kalangan pembaca blog ini yang mungkin sudah tahu akan sifat daun keladi yang tidak basah selepas hujan di kawasan rumah. Semua titisan air hujan akan jatuh ketanah tanpa ianya dapat membasahkan kepada permukaan atau daun keladi. Kiasan dalam peribahasa '
Daun keladi dimandikan' sebenarnya ia membawa maksud sebagai 'Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia'. Dalam cuba memahami peribahasa ini dimana maksud mencurah air ke daun keladi adalah seperti pesanan atau nasihat atau pengajaran yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar. Selalunya kes ini merujuk dimana apabila diberikan nasihat atau pengajaran dimana ia tidak masuk dalam fikiran atau diterima. Penulis blog percaya dimana asal usul peribahasa adalah daripada pemerhatian orang-orang tua pada zaman dahulu dengan memerhatikan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka atau situasi dipersekitaran mereka. Penulis blog pernah berkunjung ke Terengganu untuk melihat bagaimana usahawan batik chanting melakukan kerja-kerja melukis batik. Mula-mulanya kain putih akan dilukis dahulu dimana ada pelbagai rekabentuk dan motif yang di lukis sebelum ia di alirkan cairan lilin sebagai sempasan. Lilin cair memang tidak akan larut dalam air dimana semasa proses mewarna dilakukan akan terhasil corak-corak batik yang cantik dan indah dimana peranan lilin ini boleh juga ia diibaratkan 'daun keladi dimandikan'. Ini adalah kerana bahagian atas setiap daun keladi dilitupi oleh satu lapisan kalis air yang dinamakan sebagai 'kutikel berlilin'. Lapisan ini menghalang peresapan air keluar dan masuk melaluinya. Kutikel merupakan lapisan bukan sel yang akan menyelaputi beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun dan batang pokok. Lapisan ini mampu menghalang kehilangan air melalui proses penyejatan. Lapisan ini tidak berwarna dimana cahaya matahari masih dapat untuk ia menembusinya. Lapisan ini tidak membenarkan bahan gas melaluinya dan sebaliknya gas akan keluar dan masuk melalui bahagian bawah daun. Selain itu struktur daun ini membantu untuk melindungi daun tersebut daripada serangan serangga perosak. Penulis blog dapati dimana terdapat pelbagai jenis pokok keladi namun pokok keladi yang dimaksudkan adalah dari jenis Keladi Cina yang mudah dilihat ditanam dan mempunyai daun yang kalis air. Selalunya saiz daun keladi memang ia lebar dan besar dengan ada struktur urat daun akan menyokong daun keladi supaya berada dalam susunan bentuk yang sesuai bagi memastikan ia menerima jumlah cahaya matahari. Maka akan berlaku proses fotosintesis bagi menghasilkan tenaga dan sebagainya. Urat juga berfungsi menghalang daun keladi dari menjadi layu. Uniknya ada sifat lilin yang tidak larut dalam air dan keadaan kutikel berlilin pada permukaan daun yang sebenarnya adalah punca daun keladi tidak basah walau sebanyak mana air sekalipun dicurahkan padanya. Begitulah juga maksud peribahasa ini iaitu seperti melakukan perbuatan yang sia-sia sahaja seolah-olah seseorang yang tidak mahu berubah setelah sudah berkali-kali memberikan nasihat kepadanya. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas secara teknikal mengenai bagaimana daun keladi tidak basah bagi ia menjelaskan peribahasa diatas.


Pada penulis blog peribahasa ini menyamai dengan peribahasa lain iaitu 'Bagaikan mencurah air kedaun keladi' yang memberikan kata-kata kiasan yang tersirat dengan pengertian yang agak kompleks dan meluas. Ia terbit hasil dari pemerhatian orang-orang Melayu zaman dahulu terhadap persekitaran mereka dan kemudian telah mencari erti dalam bahasa pertuturan seharian bagi menyampaikan maksud tertentu. Sama dengan sifat keladi dimana ia adalah satu sindiran terhadap orang yang tidak mahu mendengar atau menerima nasihat atau pengajaran yang disampaikan. Ia selalu digunakan kepada anak-anak yang enggan mengikut nasihat orang tua mereka. Jadi apakah yang telah diperhatikan hingga terbawa akan kes atau fenomena air di atas daun keladi ini untuk disamakan berkenaan orang yang tidak mendengar ajaran atau pun tunjukajar orang lain. Foto disebelah di lihat dimaa titisan air ini hanya duduk degil di atas daun akan tetapi ia tidak diserap atau membasahi daun keladi tersebut. Malah titisan air itu ‘bergumpal’ dan mengekalkan bentuk sferikal ketika berada di permukaannya. Dari segi sains didapati dimana fenomena ini dipanggil 'hidrofobik' (istilah yang berasal dari perkataan 'hydro atau air dengan perkataan 'phobia' atau takut). Ia juga seakan benda yang merujuk orang yang takut air dimana ciri hidrofobik dalam konteks ini merujuk kepada permukaan yang tidak menyerap air. Titisan air berbentuk sfera yang jatuh pada dipermukaan atasnya boleh bergolek dan jatuh ke tanah tanpa meninggalkan kesan basah atau lembapan pada permukaan daun keladi tadi. Perkara ini beoleh berlaku sebab Daun Keladi (Caladium spp) adalah sejenis tubuhan dari keluarga Araceae yang banyak terdapat di negara Malaysia juga. Selalunya dilihat pokok keladi tertentu mempunyai saiz daun yang lebar dan mempunyai mekanisme membersihkan diri sendiri (self-cleaning). Apabila dilihat secara mikroskopik dimana terbukti yang bahagian permukaan daun keladi ini mempunyai struktur-nano yang kasar (rough). Struktur-struktur kasar pada permukaan daun ini memerangkap udara di liang-liang yang sangat halus yang mana ia akan menjadikan luas permukaan yang bersentuhan antara cecair-kepada-pepejal menjadi amat rendah. Apabila ini berlaku maka ia akan menyebabkan daya lekatan air berkurangan dimana ini akan membolehkan daya tarikan permukaan air berupaya membentuk sfera. Kemudian ttisan air ini bagaikan terapung di atas permukaan daun dan mudah bergerak. Malah ia boleh bergolek-golek bagaikan bola bila ditiup angin. Ciri inilah yang dicerap oleh orang zaman dahulu apabila melihatnya dan kemudian menyatakan andaian titisan air yang bergolek itu adalah seperti nasihat yang diberikan dan daun keladi adalah orang yang degil tidak mahu menerima nasehat.  


Penulis blog suka membawa kepada satu perbincangan ini dengan anatomi dan beberapa c
iri-ciri khas yang terdapat pada tumbuhan tertentu bagi ia dapat untuk tumbuhan ini melindungi dirinya daripada sebarang ancaman luar. Semua hidupa didunia ini ada ancamannya termasuk tumbuhan. Agak tidak keterlaluan dikatakan dimana tumbuhan perlu melindungi diri daripada sebarang ancaman yang kebiasaannya dilakukan oleh Manusia dan Haiwan (terutama haiwan ruminan). Tumbuhan biasanya akan dimusnahkan atau dimakan oleh pelbagai jenis haiwan seperti lembu, kambing, bebiri dan ruminan pemakan daun. Banyak jenis tumbuhan menghasilkan buah, daun, umbusu, bunga dan komponen lain yang digunakan oleh manusia sebagai sebagai sumber makanan dan bahan mentah yang kemudian boleh dimakan segar atau dimasak sebelum dimakan. Oleh itu secara semulajadi ada beberapa jenis tumbuhan yang dilihat ia mempunyai ciri-ciri khas yang tertentu untuk melindungi dirinya daripada sebarang ancaman yang dinyatakan diatas. Penulis blog dapati dimana diantara beberpa ciri-ciri khas tumbuhan dalam mengatasi ancaman ia mempunyai sistem pertahanan seperti Duri, Getah, Duri Halus, Racun, Bau Busuk dan juga Cara Melipat Daun. Bagaimana pun ini tidak termasuk daun keladi yang tidak basah apabila terkena air. Bag sesetangah tumbuhan ia mempunyai struktur DURI (thorn) pada batang, ranting dan daunnya. Duri tajam boleh menyakiti atau mencederakan musuh yang mendekatinya dan ada yang menyebabkan kegatalan serta lebih malang jika ianya beracun. Manusia atau haiwan yang mendekati tumbuhan ini akan tercucuk duri dan kesan sakit tersebut akan menjauhkan dari mendekati pokok tersebut. Ada banyak jenis pokok yang mempunyai suri sama aa durinya bersaiz kecil, sederhana atau besar. Antara tumbuhan yang dikenali banyak duri adalah Pokok Kaktus (Cactus) serta pokok semalu. Strategi pertahanan tumbuhan yang kedua adalah GETAH (latex) dimana geah ini berada  pada daun, buah atau batang dan kadang kala pada buahnya dimana jika terkena kepada mangsa maka ia memang boleh menyebabkan musuh berasa gatal aatau kesakitan apabila tersentuh. Ia boleh menyebabkan rengsa, keradangan apa lagi kalau luka dan masuk kedalam darah boleh menyebabkan kes lain pula. Ada banyak tumbuuhan yang mengeluarkan getah antaranya adalah pokok keladi, pokok nangka, betik dan beberapa lagi. Ketiga adalah BULU HALUS dimana bulu halus boleh menyebabkan kegatalan apabila disentuh terutama pada kulit. Bulu halus ini ada yang melekat pada pakaian atau bulu binatang yang menyebabkan rasa iaitu ketidakselesaan. Diantara tumbuhan yang ada bulu halus adalah pokok buuh dan pokok tebu. Bagaimana pun boleh gunakan baju lengan panjang dan sarung tangan bagi mengelakkan kena bulu halus. Keempat adalah apa yang dikenali sebegai RACUN (Poison) yang terdaat paa sesetengah tumbuuhan untuk melindunginya. Ini merupakan bahan yang peling merbahaya dari tumbuhan kerana ia boleh menyebabkan maut kepada mangsanya. Diantaranya adalah termasuk Pokok Ipoh dan Pokok Pong-pong (pokok pelir anjing). Dikalangan masyarakat asli dipendalaman dimana getah pokok ipoh diambil untuk digunakan bagi sumpit untuk mendapatkan haiwa buruan didalam hutan. Kelima adalah tumbuhan akan mengeluarkan 'BAU BUSUK' dimana bau ini akan dibebaskan yang dibebaskan menyebabkan musuh akan menjauhi tumbuhan tersebut. Antara tumbuhan tersebut termasuk Pokok tembakau dan pokok Rafflesia. Bagaimana pun yang ini agak unk iaitu kebolehan 'MELIPAT DAUN' apabila ia di sentuh. Lasimnya daun akan menguncup dengan serta merta dan haiwan ruminan yang cuba mendekati pada tumbuhan ini akan takut untuk mendekatinya atau tidak nampak daun tersebut untuk dimakan. Contoh tumbuhan tersebut adalah Pokok Semalu yang juga ia berduri, cepat membiak dan sudsah untuk dimusnahkan.


Menarik kisah dalam utusan.com yang bertajuk '
Suami dilema, isteri pengotor, pemalas' untuk dikaitkan dengan isu peribahasa 'daun keladi dimandikan' untuk ditulis semula. Ia laporkan seorang suami bernama Abu dimana dakwanya kini rumah bukan lagi syurga tetapi umpama neraka. Selama lima tahun pertama dalam alam perkahwinan adalah fasa paling menduga dan mencabar. Ini berlaku apabila ia merupakan waktu suami isteri berdepan banyak konflik rumah tangga, bermasam muka, merajuk dan sebagainya. Baginya hanya kekuatan iman dan mereka yang benar-benar memahami tujuan perkahwinan sahaja bagi mereka mampu bertahan. Di sinilah juga fasa paling paling digeruni iaitu masing-masing mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Sisuami yang masih buntu memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah rumahtangganya yang berpunca daripada sikap isteri yang pemalas dan juga pengotor. Jika mahu bercerai akan tetapi dia juga bimbang memberi gangguan kepada pembesaran anak-anak. Kalau sebelum ini dia bertahan dengan perangai buruk isteri namun sejak akhir-akhir ini dia seolah-olah tidak lagi boleh baginya untuk bertoleransi dan sabar. Dia semakin tawar hati apabila sudah tidak lagi rasa bahagia dalam rumah tangga. Apa pun memang isterinya dikahwini atas dasar cinta sejak empat tahun lalu. Memang perkara itu nampak remeh akan tetapi hal itulah jugalah selalu menjadi punca mereka bergaduh. Apa pun suami ini tidak berhasrat membuka aib sesiapa, namun lebih kepada luahan dirinya yang buntu memikirkan jalan keluar kepada masalah dihadapi. Perihal isteri malas, pengotor bukan sahaja berlaku dalam drama akan tetapi ia benar-benar wujud seperti dilaluinya sekarang. Selain malas mengemas rumah dia dakwa isterinya juga memang tidak pandai memasak dan pengotor. Sudah banyak kali dia sebagai suami memberi teguran dan menasihati isterinya tentang hal-hal urusan rumah tangga akan tetapi ibarat 'mencurah air ke daun keladi' atau 'daun keladi di mandikan' sahaja perilakunya. Selau juga dia terpaksa 'pejam mata' apabila melihat keadaan dalam rumah berselerak, tidak tersusun dan kotor dimana ia sampai satu tahap dia berasa tidak tahan lagi. Walau pun pada awalnya diberikan alasan yang isterina penat bekerja seharian akan tetapi itu bul=kan alasan ia berleku berterusan dimana dia mengamati itulah rupanya sikap sebenar isterinya. Pada hari bekerja isteri mungkin penat akan tetapi pada hujung minggu isteri masih tidak berbuat apa-apa dan terus bersantai di depan televisyen sambil menonton TV dan bermain HP. Dia berharap isteri mempunyai masa untuk mengemas dan memasak setiap kali dia balik kerja tetapi memang apa diharapkan tidak pernah berlaku. Situasi itu menyebabkan rumah mereka yang kotor dan dia rasa malu jka ada tetamu datang terutama ibu bapa dan mentua atau rakan sekerja. Apa yang lebih merisaukan Zack adalah sikap malas dan pengotor isteri, mempengaruhi pembesaran dua anaknya mereka yang berusia 3 tahun dan setahun. Dia sedar mamang ada kekurangan dan kelemahan pasti wujud termasuk dirinya sendiri. Semuga artikel ini boleh memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anm agro technology kali ini. Wasallam!!!....
DAUN KELADI... KALIS AIR CIRINYA...
DISIRAM MANDI... TAK BASAH JUGA...
MEMBERI NASEHAT... HANYA SIA-SIA...
CARA MENDIDIK... BETUL CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1445H).
Posted from:
Desaru, Kota Tinggi, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.