Tuesday, January 2, 2024

APA DIA LANDSKAP MENARIK?

LANDSKAP (Landscape)
merupakan pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, tasik dan tumbuh-tumbuhan terutamanya pemandangan kawasan desa atau taman dikawasan perbandaran. Konsep landskap juga dikaitkan dengan keadaan udara iaitu salah satu daripada saluran penting sumber nyawa kepada makluknya. Udara bersih menjadikan hidup manusia dan udara yang tercemar kan menyebabkan kesan negatif ibarat manusia yang mudah diserang penyakit. Aspek pencemaran alam sekitar bermakna kehidupan manusia juga bakal tercemar dimana perlu untuk semua menjaga alam sekitar iaitu perlunya teknologi hijau. Bermakna perlunya manusia kepada perlandskapan yang perlukan dan melibatkan proses merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia untuk bahagia. Kini ramai yang faham dimana landskap adalah taman buatan manusia dimana ada konsep rekabentuk landskap yamn mana ia menggabungkan elemen-elemen yang sesuai seperti tumbuhan, struktur, air dan batu-batan untuk menwujudkan ruang di kawasan terbuka. Dalam pada itu di kawasan luar bangunan sesebuah pejabat atau syarikat ada di lakukan aspek landskap yang juga terdapat dalam bentuk taman bunga, taman rekreasi bertujuan bagi mencantikkan aura pada pemandangan alam. Lazimnya pembinaan landskap juga ia perlu disesuaikan dengan fungsinya iaitu sama ada untuk bersantai atau hanya untuk sekadar penghias ruang semata-mata atau untuk dapat manuisa bergerak aktif di dalamnya. Diluar sana sudah ada landskap semulajadi namun kini ia mungkin diubah atau dibentuk dalam rekabentuk baru untuk menjaga kepentingan manusia. Manusia akan berusaha memperbaiki keadaan dengan tujuan tertentu yang mana ia melibatkan alam sekitar yang semulajadi diganggu gugat dengan pembinan bangunan, kawasan perumahan, ladang dan sebagainya. Akibat dari itu terjadinya tanah runtuh, pokok-pokok hijau ditebang dan berkurangan. Jika pembangunan tanah ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna maka ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu penting ada konsep perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Kepentingan landskap dapat memelihara alam sekitar dimana landskap selalu menambah nilai estetik sesuatu kawasan dan sekelilingnya termasuk aspek dalam mencantikkan kawasan dan pandangan keliling. Memberi pengguna suasana yang nyaman serta menyegarkan penglihatan akan dapat menghidu udara segar, deruan bunyi angin dari pohon-pohon, siulan burung-burung, bau harum dari kuntuman bunga-bunga. Secara tidak langsung sekadar dapat melupakan suasana hiruk pikuk yang dialami. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya kongsikan info mengenai landskap menarik dan beberapa aspek kepentingannya untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Penulis blog sering terfikir apakah dia sebenarnya l
aman indah dengan adanya landskap menarik kerana ia amat luas pengertiannya. Bagi pemilik rumah yang ada ruangan luas atau halaman rumah dengan elemen semula jadi bantu beri ketenangan pada penghuninya jika ia dapat di buat landskap menarik. Rumah  yang memiliki landskap laman menarik bukan sahaja selesa untuk didiami, malah turut memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya. Dari segi nilai hartanah, kediaman yang menawarkan latar landskap menarik dikatakan bernilai lebih tinggi berbanding rumah dengan halaman tidak terjaga. Pada penulis blog mendapati harga rumah kediaman berlandskap menarik dijual sehingga 12% lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan rumah biasa. Selain itu dilihat halaman kediaman yang dihiasi dengan landskap pepohon rimbun juga bukan sahaja lebih redup, malah dapat membantu mengurangkan bahang panas di sekitar rumah. Ia membantu pemilik menjimatkan tenaga elektrik kerana bahang panas kurang terasa dan tidak perlu membuka kipas atau pendingin hawa sepanjang masa. Dari segi psikologi pula, memiliki landskap menarik di halaman rumah juga dikatakan dapat membantu memberi ketenangan kepada penghuninya. Selalu juga dimana kesibukan harian dan tekanan yang dialami ketika berada di pejabat boleh hilang jika dapat membelai bunga ataupun pokok tanaman lain di laman rumah pada hujung minggu. Selain itu selalunya ada juga kajian yang menyatakan bahawa landskap halaman rumah yang terjaga elok dapat membantu mengurangkan risiko jenayah. Hasil alaporan kajian pakar jenayah mendapati ada hubungan antara kadar jenayah dengan landskap kejiranan. Mereka percaya persekitaran halaman kejiranan dan rumah yang usang, lusuh dan tidak terurus menaikkan dorongan kepada seseorang untuk melakukan jenayah. Sementara halaman yang terurus dan dijaga rapi boleh menenangkan pemikiran dan mewujudkan rasa selamat yang boleh menurunkan risiko jenayah. Justeru itu penulis blog percaya iaitu dengan semua kelebihan itu sebaiknya jangan biarkan halaman rumah terbiar tanpa dijaga. Keluasan halaman bukan ukuran utama kerana tidak kira luas atau sempit, jika kena cara penataan, ia tetap kelihatan menarik. 


Kepada mereka yang masih mencari idea untuk menghiasi laman rumah ada banyak cara mencari cadangan untuk dijadikan sebagai inspirasi menjadikan landskap menarik. Apa pun palig lazim di fikirkan adalah dengan membuat kolam atau air pancuran dalam landskap. Asas dimana landskap halaman sememangnya tidak lengkap tanpa elemen air baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Terdapat banyak jenis kolam atau pancuran yang boleh dijadikan pilihan sesuai, namun ia perlu disesuaikan dengan keluasan halaman serta bajet. Kolam ikan koi misalnya sesuai untuk mereka yang memiliki peruntukan lebih kerana harga seekor ikan itu memang mahal harganya. Biarpun kosnya agak mahal namun bagi yang mengutamakan kedudukan dimana kolam ikan koi paling sesuai untuk menghiasi halaman rumah. Jika memiliki bajet terhad, kolam air pancuran biasa juga sudah pun ia juga memadainya kerana kos penjagaannya tidak terlalu tinggi. Selalunya kolam air pancuran menjadi pilihan utama untuk landskap halaman rumah kerana bunyian air mengalir dapat memberi ketenangan kepada penghuninya. Bagaimana pun perlu juga berhati-hati dalam memilih jenis rumput tiruan supaya tidak timbul masalah penjagaan di kemudian hari. Ada yang suka dengan cara pemasangan rumput tiruan dimana ramai yang memilih memasang rumput tiruan di halaman rumah bagi menjadikan kawasan itu lebih hijau dan mendamaikan. Sebaiknya berhati-hati dalam memilih jenis rumput tiruan supaya tidak timbul masalah penjagaan di kemudian hari. Rumput tiruan jenis 'indoor' jangan sesekali dipasang di luar rumah kerana ia akan cepat rosak kerana terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan. Apa pun sebaiknya dipilih rumput tiruan khas untuk 'outdoor' dan tahap ketebalan atau kelembutan bergantung kepada jenis serta harga. Untuk cuaca Malaysia misalnya, antara jenis rumput yang menjadi pilihan ramai ialah 'Japanese carpet grass', 'Philippines carpet grass', 'cow grass' dan 'pearl grass'. Selalunya masing-masing memiliki ciri-ciri kelebihan dan kekurangannya dan terpulang kepada minat. Rumput tiruan jenis 'cow grass' dan 'pearl grass' umpamanya dikatakan lebih murah dan tahan lasak, tetapi teksturnya lebih kasar. Selalunya jenis 'Japanese carpet grass' dan 'Philippines carpet grass' pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi lebih lembut apabila dipijak selain tampak mewah. Apa pun dilihat kelebihan utama rumput tiruan antaranya boleh menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan selain selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak. Namun dari segi kekurangannya apabila rumput itu ada risiko boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang matahari. Jika memilih jenis taman mini ala Bali dimana selalunya konsep landskap ini sesuai bagi mereka yang gemarkan pepohon merimbun, arca hiasan, kolam pancuran, mahupun perabot kayu. Ia juga sesuai untuk semua jenis saiz halaman. Ada juga suka dengan gaya landskan minimalis ala Scandinavia dimana jika halaman rumah memiliki keluasan terhad dan anda juga mahukan landskap yang ringkas, konsep ini paling sesuai. Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi set kerusi rehat atau meja makan berona semula jadi sudah mencukupi untuk menyerlah keindahan halaman kediaman anda. Boleh juga gunakan barang kitar semula dimana ada banyak barangan yang tidak terpakai boleh dikitar semula untuk mencantikkan lagi halaman rumah. Antara barangan yang boleh dikitar semula termasuk tayar, tin, botol plastik dan perabut lama. Jadi, tunggu apa lagi, gunakan kreativiti dan panduan yang ada bagi menghasilkan pelbagai hiasan menarik untuk halaman.


Apakah yang boleh dikaitkan dengan 'Kuasa Landskap' yang ada dikawasan halaman semua?. Pada penulis blog dimana landskap adalah sering dianggap tidak lebih daripada sekadar untuk pengindahan sesuatu kawasan sahaja. Tapi bagi penulis blog dimana landskap mampu memberi impak lebih daripada itu termasuk menyumbang terhadap aspek kesejahteraan hidup manusia. Semakin ramai yang mula menyedari 'kuasa' landskap sebagai terapi untuk kesihatan dan kesejahteraan mental. Jadi tidak hairan, trend membina landskap di rumah masing-masing mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. Antara jenis landskap mudah adalah jika cenderung memilih pokok berdaun hijau atau tidak berbunga seperti pokok philodendron, colocasia, alocasia, pokok kelapa, pokok draco, paku-pakis dan kemoyang itu berjaya menghasilkan landskap yang memiliki aura tersendiri. Apa yang lebih menarik jika ada pokok renek yang berbunga seperti bunga cina, gardenia, kenanga, melur, akar dani dan 'fountain grass' berwarna ungu serta putih yang disusun kemas. Aspek perancangan rapi dibuat termasuk menyediakan pelan untuk memastikan susun atur pokok yang ditanam lebih teratur dan seimbang. Penting dimana pemilihan pokok bukan sekadar sebab ia cantik akan tetapi ia turut mengambil kira penyelenggaraannya. Selalunya kebanyakan pokok yang ditanam memerlukan asas tahap penjagaan rendah yang tidak perlu kerap dibaja, disiram dan dipangkas. Pokok berdaun hijau selalu ia lambat luruh dan kekal lama selain dapat memberi ketenangan. Bagi jenis pokok berakar tunjang sesuai ia ditanam jauh dari rumah untuk mengelakkan mengganggu struktur rumah manakala pokok renek dan pokok herba ditanam dekat dengan kawasan rumah. Sebagai rutin penjagaan pokok dimana pada setiap seminggu sekali dia akan memeriksa keadaan pokok supaya sentiasa dalam keadaan baik. Daun pokok yang tua dan layu akan terus dipotong dimana sebaiknya pokok hanya disiram mengikut keadaan cuaca dan baja ditabur pada setiap sebulan atau dua bulan sekali mengikut jenis pokok. Landskap dapat memberi kepuasan tersendiri selain dapat memberi nilai estetika dan nilai tambah pada kecantikan kepada rumah. Ramai yang apabila melihat pokok yang sihat dan bunga yang cantik itu sendiri sudah menjadi satu terapi jiwa yang cukup istimewa. Hidup dikelilingi tumbuh-tumbuhan membuatkan kita rasa aman, tenang, nyaman dan sihat emosi. Memang landskap akan menjadikan sesorang bahagia apa lagi kalau dibuat sendiri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA LANDSKAP...DIMANA SAJA...
MEMBUAT SENDIRI... LEBIH BERMAKNA...
TENANGKAN FIKIRAN... BAGI KELUARGA...
MEMBACA ARTIKEL... TURUT GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.