Saturday, January 6, 2024

ACAR BUAH POPULAR - APA DIA?

ACAR BUAH merupakan sejenis makanan yang selalu di jumpai dihidangkan dalam majlis kenduri, hari perayaan dan juga jamuan rasmi di negara kita. Acar Buah adalah sejenis hidangan etnik Melayu yang juga disebut sebagai 'Acar' walau pun daripada segi rupa dan rasanya dilihat hidangan ini lebih menyerupai sejenis 'sambal yang manis'. Pada penulis blog yang memang suka makan acar buah begitu sahaja sering membelinya daripada pembuat acar buah yang enak. Acar jenis ini sebenarnya ia memang agak mudah dibuat dan ia juga memang mudah juga disimpan serta produk makanan yang tahan lama. Hidangan ini memang ia boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mudah. Acar buah juga dihidangkan sebagai lauk sampingan dalam kenduri kahwin orang Melayu iaitu selalu ia mengiringi nasi minyak, nasi beriyni, nasi kuning bersama dengan lauk-lauk yang lain. Melihat akan kewujudan acar buah ini di Malaysia apa yang penulis blog tahu dimana masih tiada sejarah yang jelas akan mengenai hidangan ini. Namun begitu ia bolehlah dianggap dimana hidangan ini adalah jenis makanan modifikasi orang Melayu terhadap hasil-hasil jeruk supaya sesuai dijadikan lauk sampingan bersama nasi putih atau nasi minyak atau juga dimkanan sebagai makanan ringan juga. Membaca bunyi sebutan berkemungkinan yang hidangan ini berasal daripada hidangan makanan 'achar' bagi orang India (tamil) yang mana ia dilihat mempunyai bahan asas, cara buatan serta rupa hidangan yang hampir serupa. Bergantung kepada jenis acar buah yag hendah disediakan dimana ada banyak resepi atau cara membuatnya. Selalunya kaedah penyediaan acar buah yang popular akan menggunakan banyak buah-buahan kering dan jeruk buah-buahan. Bahan ini digunakan sebagai bahan masakan dalam membuat acar buah termasuk antaranya adalah limau jeruk, buah prun, kismis, buah pala dan juga pelbagai jenis jeruk buah campuran. Sementara itu bahan lain yang perlu disediakan adalah bagi menyediakan bahan tumis yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih, cili giling atau pes cili, halia, garam dan gula secukup rasa. Lazimnya bahan-bahan di atas akan dimasak iaitu sama seperti mana membuat sambal sehinggalah cilinya masak dan air daripada jeruk dan buah-buahan itu berkurang dan pekat. Apa yang penulis blog tahu dimana pada kebiasaanya, acar buah boleh dimakan bersama nasi putih, atau nasi minyak disamping ada pelbagai jenis lauk-lauk seperti daging masak hitam, ayam masak merah dan lain-lain laun sesuai dengan konsep majlis kenduri atau majlis makan tersbebut. Acar buah lazimnya juga dihidangkan di meja bufet kenduri kahwin orang Melayu atau kenduri majlis bercukur atau pun majlis-majlis lain. Pada masa ini selalu didapati yang acar buah sudah boleh didapati saban masa dengan mudah iaitu tanpa perlu menunggu kenduri kahwin atau hari keraian. Produk acar buah komersial sudah ada dijual di kedai-kedai runcit, pasar malam, pasaraya, pameran haru peladang, kiosk minyak di stesen minyak Petronas dan dijual secara on-line juga. Produk acar buh ah disediakan dalam pek yang kedap udara dan dilabelkan dengan menarik dimana selalunya mempunyai jangka hayat (shelf life) yang panjang. Sebenarya di Malaysia produk acar buah sudah pun dijadikan barang dagangan yang hebat setanding dengan produk makanan tempatan yang lain. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" malam ini saya menulis mengenai beberapa acar buah popular yang saya suka ujirasa untuk ia dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


(1) ACAR BUAH TRADISIONAL

R
esepi Acar Buah Tradisional ini adalah resepi turun temurun yang man aia dipopularkan dikalangan masyarakat dan ia di permodenkan mengikut trend semasa. Para pembuat makanan ini akan menambah jenis buah-buahan termasuk Jeruk Moden. Tidak sama saperti jenis acar biasa yang terdapat dipasaran yang lebih kepada rasa manis dimana jenis ini adalah berbau amat harum dengan rempah-rempah disamping wujud rasa manis-manis buah, masam-macam cuka dan rasa pedas cili padi. Penulis blog memang amat suka dengan jenis acar buah tradisional dimana ia akan menambah kelazatan makanan yang dinikmati. Semua yang minat memasak dengan mudah boleh menyediakan makanan ini dengan menyediakan beberapa bahan yang diperlukan. Ada beberapa jenis bahan di gunakan iaitu Bahan A terdiri daripada bahan tumis iaitu 1.5 cawan minyak masak untuk menumis, 5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah perlu ia ditumbuk, 1 sudu besar biji sawi dan juga halia sebesar ibu jari (ditumbuk). Bagi Bahan B pula adalah bahan rempah tumis yang dicampur semua sekali terdiri dari 1/2 sudu besar serbuk kunyit, 1 sudu besar penuh serbuk cili, 1/3 sudu besar 'halba sahaja' dan ia bukan halba campor yang digoreng kering dan ditumbuk, 1/2 sudu besar jintan putih biji (goreng kering dan ditumbuk), 1/2 sudu besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk) dan juga 1 sudu besar rempah biji yang perlu digoreng kering dan ditumbuk. Sementara itu bagi Bahan C adalah terdiri dari 3/4 botol cuka makan, 1/2 kilo gula putih atau 3/4 kilo gula merah dan juga garam. Seterusnya adalah Bahan D adalah yang terdiri daripada buah-buahan termasuklah sebanyak 1/2 Kilo buah buahan jeruk campur,3 biji limau Jeruk (di belah 12) yang boleh dibeli dimana sahaja, buah prune tanpa biji, 1 kotak buah kurma, 1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas lebih sedap), 15 ulas bawang putih dibelah dua, 15 ulas bawang merah juga di belah dua, 1 cawan kismis, 1 paket buah pala di potong, halia. buah belimbing kering. Semua bahan ini di panaskan dengan air sampai mendidih dan celurkan satu persatu kecuali limau jeruk dan buah pala. Akhir sekali disediakan bahan E iaitu bahan untuk tabur dimana disediakan 3 sudu besar bijan uang sebaiknya digoreng kering dan 2 sudu besar biji sawi juga sebaiknya digoreng kering. Cara menyediakan menu ini adalah dengan memanaskan minyak dalam periuk bagi tujuan menumiskan bahan A sehingga garing. Kemudian dimasukkan bahan B dan di kacau serta jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula okey). Seterusnya di masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. Tips penting dimana sebaiknya jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur. Bila mendidih terus padamkan api dan jangan memasak terlalu lama kerana buah akan kecut pula. Pastikan tiada air di gunakan kerana air dari buah-buahan akan dengan sendirinya keluar sebagai kuah. Resepi ini jika disimpan dimana acar tradisional ini boleh tahan sehingga setahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.


(2) ACAR BUAH JOHOR

Pada penulis blog Acar Buah Johor 
adalah yang paling selalu dapat ujirasa ketika pergi hadir jamuan makan di beberapa kenduri saudara mara dan sahabat di Johor. Cara penyediaan acar ini hampir sama dengan jenis acar buah tradisional tetapi bahan yang digunakan adalah ia agak berlainan. Antara bahan yang dibunakan bagi acar buah Johor adalah termasuk 1 bungkus kecil buah kana, 1 bungkus buah asam manis, 1 bungkus buah asam bulat, 1 bungkus buah asam kuning, 10 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 2 cm halia, 1/2 mangkuk kecil cili boh, 1 sudu makan cuka, 1 sudu teh gula merah, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Cara membuat acar buah Johor di mulakan dengan menghiris halia dan semua buah-buahan asam di basuh dan toskan airnya. Dalam pada itu bawang merah dan bawang putih dibuang kulitnya dan dipotong ukuran sesuai. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula, cuka dan di kacau sehingga sebati. Akhir sekali adalah memasukkan bahan buah-buahan kering tersebut, gula merah, garam, serbuk perasa di di kacau lagi. Matikan api dan angkat apabila airnya sudah pekat atau kering. Acar buah ini boleh dinikmati atau sesuai disimpan dengan cara yang betul agar tahan lama. Acar buah Johor ini kini ada dijual secara on-line dan mudah didapatkan di beberapa premis terpilih. Memang berpatutan dengan harga acar buah ini yang di kira masih mampu beli kerana memang bahan yang digunakan juga agak mahal dibeli dari pasaran.


(3) ACAR BUAH JERUK MADU

Pada penulis blog jenis acar Buah Jeruk Madu memang ia popular dan amat sesuai di makan bila-bila masa sahaja.  Ada beberapa kali dapat membeli acar jenis ini secara on-line dan memang ia amat sesuai untuk di makan terus atau dimakan bersama dengan nasi serta pelbagai lauk pauk lain. Membuatnya juga bukan sudah sangat asalkan ada bahan sesuai dan tahu bagaimana memasaknya. Bahan-bahan yang perlu ada termasuk 1 kg buah-buahan campuran jeruk madu (boleh di beli dari banyak penjual), 1.5 cawan cili kisar (dibuat dengan cili kering yang direbus dan di kisar - cili boh), 30 biji bawang merah, 20 ulas bawang putih, 4 inci halia muda, 20 biji cili api hijau dan merah, 1 cawan buah kurma (di buang bijinya dan di belah dua), 3 sudu besar biji selasih, 1.5 cawan gula pasir, 1.5 cawan cuka makan, 0.5 cawan air jeruk madu (untuk tambah perisa acar ini). Bahan untuk bahan tumis pula iaitu disediakan 2 biji bawang besar yang dihiris halus dan 8 ulas bawang putih yag dihiris halus, sedikit garam serta 0.5 cawan minyak masak untuk menumis. 
Cara memasaknya adalah  dimulakan dengan memanaskan minyak dalam periok dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. MAsukkan juga biji sawi yang telah dikisar dan juga gula pasir dan dikacau rata. Kemudian di masukkan cili kisar (cili boh buatan sendiri) sehingga pecah minyak didalam periok. Seterusnya apabila dilihat bahan tumis berwarna kemerahan likat maka boleh di masukkan cuka dan air jeruk tadi dan dikacau sehingga mendidih dimana kemudian di masukkan halia hiris kedalamnya dan diikuti dengan semua buah-buahan jeruk serta perlu dikacau. Akhir sekali adalah dimasukkan bawang merh dan bawang putih kedalam periok dan juga cili api. Kesemuanya perlu di masak dengan api kecil sehingga selama 20 minit dan di matikan api kemudian. Apabila sudah sejuk maka acar buah jeruk ini sudah boleh di angkat dan di masukkan kedalam bekas yang kedap udara untuk disimpan lebih lama. Bagaimana pun bagi penulis blog memakan acar buah selepas di masak adalah memang amat mengembirakan. Semuga artikel pada subuh ini dalam blog anim agro technology member info berguna kepada semua. Wasallam!!!...
ACAR BUAH... IA AMAT ISTIMEWA....
SEMUA SUKA MAKAN... ENAKNYA...
MEMBUAT SENDIRI...RESEPI ADA...
MEMBELI ON-LINE... MUDAH SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.