Monday, December 25, 2023

PENGELUARAN NANAS DUNIA VS MALAYSIA

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di Malaysia terus berkembang masa ini disebabkan potensi baik kerana buah nanas adalah salah satu tanaman di bawah Sumber Kekayaan Baru negara (SKB). Penulis blog merujuk kepada laporan FAOSTAT dimana pada tahun 2022 beberapa jenis buah tropika yang utama mengikut turutan adalah Pisang, Nanas, Mangga, Avocado dan Betik. Dalam pada itu beberapa jenis buah tropika yang mendapat pasaran dunia dalam turutan termasuk buah Pitaya, Rambutan, Durian, Nangka, Markisa, Longan dan juga manggis serta beberapa jenis yang lain. Apa pun pengeluaran pisang dunia adalah sebanyak 217 juta metrik tan dengan negara pengeluar utamanya adalah India, China, Filipina, Equador dan Brazil. Buah pisang yang kebanyakannya dari kultivar Cavendish kebanyakannya adalah untuk makan segar. Data tersebut menyatakan dimana sebanyak 55% daripada pengeluar buah tropika adalah di rantau Asia dan Pasific sementara 32% daripada Latin Amerika dan caribean dan 11% daripada Afrika. Penulis blog dapati rantau Asia Tenggara mengeluarkan sebanyak 21% daripada pengeluaran buah tropika dunia walau pun sebahagian besar buah ini adalah untuk kegunaan domestik sahaja. Penanaman Nanas (Ananas comosus) di Malaysia adalah semakin meningkat dimana pada tahun 2016 terdapat seluas 13,149 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 391,714 metrik tan bagaimana pun telah meningkat kepada 18,000 hektar pada tahun 2023. Kebanyakan nanas di Malaysia di tanamn di Johor, Sarawak dan Selangor dengan 90% daripadanya adalah untuk makan segar dan bakinya sebanyak 10% lagi adalah untuk dijadikan nanas proses. Dari analisa peringkat dunia di laporkan Malaysia mendudukki tangga yang ke 23 sebagai pengeluar buah nanas. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana industri nanas di Malaysia berbanding dengan industri nanas dunia untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Melihat kepada jadual diatas dapat dilihat bagaimana Costa Rica masih dominan dengan pengeluaran nanas iaitu sebanyak 2.938 juta metrik tan untuk pasaran eksport dan domestik. Percaya atau tidak kalau nanas dari Costa Rica ini di eksport sampai ke negara China dan Malaysia juga. Negara kedua terbanyak mengeluarkan nanas adalag dari Indonesia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2.886 juta metrik tan dimana kebanyakan kawasan penanaan berada di Lampung di Sumatera Selatan dan beberapa lokasi lain. Filipina kini mendudukki tempat ketiga sebagai pengeluar nanas dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2.860 juta metrik tan dimana jenama Nanas Dole dan Nanas Del Monte. Penulis blog ada melawat ladang nanas Del Monte di Cagayan de Oro pada tahun 2019 (sebelum pandemik covid-18 untuk buat tinjauan industri nanas di sana. Tempat keempat adalah Brazil dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2.317 juta metrik tan yang di eksport ke USA, Eropah dan Timur Tengah. Apa yang agak menarik dimana negara China juga mendudkki tangga ke 5 sebagai pengeluar nanas dunia dengan jumlah penge;uaran sebanyak 1.899 juta metrik tan. Malaysia pula mendudukki tempat ke 23 di bawah negara Malawi dan diatas negara Cameroon dengan pengeluaran sebanyak 323,047 metrik tan. Apa pun pasaran nanas Malaysia dilaporkan ke Singapura, China, Mesir, Jepun dan UAE. beberapa penerokaan pasaran baru ke Jerman, Bahrain, Korea dan beberapa negara lain sedang di usahakan terutama untuk produk nanas segar MD2. Penulis blog merujuk kepada LPNM dimana dilaporkan varieti popular nanas yang di tanam adalah MD2, Josapine, Moris dan juga N36. Perubahan penanman nanas di Malaysia dari dahulu ia berasaskan kepada [enanaman untuk varieti nanas kaleng (Nanas dalam tin) sudah berubah masa ini dimana penanam nanas lebih gemar menanam nanas segar terutama nanas MD2. Penulis blog mendapat maklumat dimana kilang pengeluar nanas kaleng tersbesar dan unggul sejak tahun 1957 akan di tutup operasinya pada tahun 2024 dimana ini akan memberikan ruang pasaran baru kepada usahawan lain di seluruh dunia dengan nilai lebih RM2 billion setahun dalam industri ini. Pihak LPNM perlu mencari strategi bagaimana untuk melihat industri nanas kaleng dan tanaman bromeliad ini dapat dijadikan industri yang berjaya.


Merujuk kepada data FAO dimana fakta pasaran buah nanas dunia akan terus berkembang dari sebanyak USD27.08 billion (RM127 billion) pada tahun 2023 kepada sebanyak USD 38.8 billion (RM101.97 billion) pada tahun 2028. Ia di anggarkan mempunyai kadar kenaikan sekitar 6.33% CAGR dimana Malaysia mungkin boleh meningkatkan lagi penanaman nanas untuk pasaran domestik dan eksport. Pada masa ini pasaran nanas global di dominasi oleh Latin Amerika, Afrika dan Asia Tenggara dimana ia akan terus berkembang. Penggunaan buah nanas segar dilaporkan terus berkembang kerana faktur demografi, faktur ramai pengguna kelas menengah dan juga sebagai buah yang diambil sebagai diet atau untuk kesihatan. Bagaimana pun dimasa akan datang dimana bagi mencapai pasaran globai maka beberapa pendekatan perlu di lakukan seperti varieti nanas apa yang hendak ditanam, persaingan harga, faktur geopolitik dan juga bergantung ekpada faktur kualiti produk nanas. Masih ramai pengguna yang membeli sama ia di labelkan sebagai 'Nanas Manis' atau 'Nanas Tidak Lidas' atau ' Nanas Harga Berpatutan' apabila mereka hendak membeli buah nanas segar. Beberapa strategi seperti bagaimana cara promosi buah nanas ke negara seperti China dan Rusia yang belum di tembusi dengan nanas yang lebih berkualiti agar pengguna dapat bekalan yang sentiasa ada di sepanjang masa dan rantaian. Ini kerana dalam industri nanas semua rantaian perlu di sediakan daripada penyediaan tanah, benih, penanaman, penuaian, penggredan, rawatan eskport, penghantaran ke negara pengimport dan juga aspek pemproses buah nanas itu sendiri. Kalau dulu di Malaysia dimana penanam nanas hanya ada persijilan MyGAP sahaja tetapi untuk pasaran global kini di perlukan persijilan GLOBALGAP. Ini kerana walau sebaik mana kualiti dan murahnya buah nanas akan tetapi tanpa GLOBALGAP maka nanas yang dihasilkan tidak akan kemana. Antara perkara penting dalam GLOBALGAP yang dinilao termasuk kenaikan kos nanas, keberadaan tenagakerja, kekurangan benih, post harvest lost, kejadian serangan perosak dan penyakit, penurunan kesuburan tanah, bekalan yang berterusan dan juga penghasilan buah rendah serta harga, pengangkutan dan isu ruang pasaran.

 
Dalam media tempatan dilaporkan dimana nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun 2023 selari dengan trend peningkatan hasil nanas terutama Nanas MD2. Apa pun trend tersebut dapat dilihat menerusi nilai eksport produk berasaskan nanas beberapa tahun kebelakangan ini dengan tahun 2022 ia telah mencatatkan RM1.2 bilion, RM1.1 bilion pada 2021 dan RM642 juta (2020 - semasa pandemik covid-19). Sebanyak 80 peratus daripada nilai eksport nanas adalah makanan dalam tin dimana dalam masa sama Malaysia juga mahu terus menerokai pasaran baharu (terutamanya) bagi buah-buahan termasuk buah nanas segar. Dilaporkan dimana buah-buahan segar pasarannya adalah lumayan dimana ia kini mendapat permintaan tinggi terutama di Timur Tengah dan China sebai lokasi untuk pasaran baharu. Dilaporkan dimana nilai 
eksport produk berasaskan nanas paling tinggi negara adalah ke Singapura dan Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan. Tanaman nanas di Malaysia merupakan tanaman yang lasak dan mampu bertahan pada cuaca panas dengan amalan agronomi yang baik. Sebenarnya cuaca panas mempunyai kelebihan kepada nanas jenis MD2 berbanding dengan cuaca hujan yang menyebabkan serngan penyakit pula. Keadaan panas pada sekarang ini memang ia tidak akan menjejaskan daripada segi pengeluarannya, kecuali pada awal penanaman baharu pada musim panas dimana petani sebaiknya mampu untuk menyiram benih nanas dalam satu atau dua minggu sekali dimana selepas itu nanas boleh hidup dengan bantuan air embun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TANAMAN NANAS... ADA DI MALAYSIA...
DITANGGA KE 22... DIDALAM DUNIA...
NANAS MD2... VARIETI POPULAR DIA...
SEMAKIN DIMINATI... TANAM DI MANA?...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Jamadiakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.