Merujuk kepada portal medialampong.com dengan kisah bertajuk 'Kisah Monyet Pemetik Kelapa, Dalam Sehari Boleh Petik Hingga 500 Butir Kelapa' sesuai ditulis semula untuk difahami. Media tersebut laporkan dimana monyet atau yang sering disebut 'Kunyang' bagi masyarakat di Kabupaten Pesisir Barat (Pesbar) yang mana sehingga kini masih menjadi haiwan peliharaan yang menjanjikan. Pasalnya adalah disebabkan seekor monyet tersebut boleh digunakan untuk memetik buah kelapa. Bagi Barmawi (66) warga Pekon Lintik Kecamatan Krui Selatan ini dia kini memiliki dua ekor monyet atau beruk yang setiap harinya untuk membantu upah memetik buah kelapa. Dakwanya seekor monyet untuk boleh memetik buah kelapa tersebut melibatkan proses yang cukup panjang untuk jadi terltih. Latihan tersebut untuk mendidiknya hingga monyet tersebut benar-benar mampu memilih dan memetik buah kelapa tua yang betul. Dia mendidik seekor monyet itu sejak kecil iaitu bermula dari cara memilih buah kelapa yang sudah tua, hingga memetik buah kelapanya (Sila lihat foto disebelah). Peringkat awal dimana latihan untuk seekor monyet itu dilakukan ditempat yang telah disiapkan dengan cara menggantung buah kelapa dimana dari situ dia akan membimbing berterusan sehingga monyet tersebut boleh mengenali dan memetik kelapa tua tersebut. Proses ini selalu memakan waktu sekitar tiga (3) bulan lebih. Setelah itu, jika monyet sudah boleha memilih dan memetik kelapa maka ia perlu dilatih kembali untuk memilih dan memetik terus buah kelapa itu dari pokok kelapa yang tinggi dan berbuah. Apa pun penting untuk berikan arahan (command) kepada monyet tersebut semasa diatas pokok sehingga ia mahir dalam masa dua (2) bulan lagi. Dia yang sudah 40 tahun lebih melatih monyet iaitu sejak duduk dibangku SMP membantu belanja membantu untuk biaya keperluan sekolahnya. Kini monyetnya menjadi punca pendapatan keluarganya. Dia laporkan setiap sehari seekor monyet peliharaannya yang telah terlatih ini boleh memetik buah kelapa maksima sebanyak 500 biji kelapa atau sekitar 50 batang pokok kelapa yang dipanjat mseekor monyet tersebut. Lazimnya upah diterima dari pemilik pokok kelapa mengikut biji kelapa yang diturunkan. Contohnya walau pun sepokok kelapa dipetik sebanyak 10 biji kelapa akan tetapi upahnya yang diberikan tetap satu butir. Sebab itu maka untuk penghasilan yang didapat purata maksima hanya sekitar Rp100 ribu (RM30) dan minima pula adalah sekitar Rp50 ribu (RM15) dalam sehari. Namun begitu selalunya ia juga tidak menentu kerana semuanya bergantung dari petani yang memerlu jasa monyetnya sahaja.
Menarik kisah dari Padang Mariaman di Sumatra dimana 'Monyet Terlatih Pemetik Kelapa mampu menjana pendapatan' sesuai di kongsikan. Apa pun dilaporkan dimana bagi warga Sumatera Barat jenis monyet berekor pendek atau beruk yang dijaga dan dilatih untuk memetik kelapa di pokok kelapaa yang mempunyai ketinggian rata-rata 20 - 35 meter adalah praktikal. Bagaimana pun dengan cara latihan khas yang dijalankan sahaja yang akan berjaya monyet mampu memetik kelapa dengan cepat dan betul. Sebenarnya kerja menurunkan kelapa dari pokok sesuai akan permintaan tuan monyet sama ada di arahkan untuk memetik buah kelapa tua atau pun buah kelapa muda. Pemilik haiwan monyet memerlukan jangkamasa enam bulan untuk melatih beruk dimana ada monyet yang sampai setahun untuk dilatih sehingga mahir. Bagi pemilik monyet bernama Fendi iaitu pelatih beruk yang tinggal di Lubuk Ipuh Kurai Taji, Kabupaten Padang Pariaman sudah aktif semenjak 2017 lagi. Selalunya Fendi mencari beruk liar dengan membeli di pasar haiwan di sekitar dengan harganya berbeza diantara sekitar Rp400 ribu (RM120 sehingga Rp2 juta (RM600) seekor iaitu ia tergantung usia dan keahlian. Bagi menjinakkan seekor beruk hingga boleh diperintah memetik buah kelapa sebenarnya ia bukan perkara mudah. Lazimnya setiap hari sellaunya beruk liar muda harus dikenalkan dengan pokok dan buah kelapa. Selain itu diberikan jenis makanan terbaik sehingga vitamin untuk lebih baik. Ada beberapa tahapan harus dilalui dalam proses latihan iaitu pertama dimana beruk diperkenalkan kelapa dan pokok kelapa untuk diajar membezakan antara buah kelapa muda dengan buah buah tua. Selalunya beruk yang sudah terlatih dimana dalam sehari boleh memetik sekitar 100 kelapa dimana di kampunya ada beberapa warga juga yang menyediakan jasa beruk untuk memetik kelapa. Selalunya beruk yang sudah ahli boleh dijual lagi jika ada pembeli yang boleh kendalikannya dengan harga tinggi dimana selalunya beruk yang sudah profesional harganya boleh mencapai Rp8 juta - Rp10 juta per ekor (RM2,400 - RM3,000 seekor). Beruk ini boleh manjadi kasar dan agressif jika bertukar pemilik baru semasa peroses menjual. Apa pun sebenarnya dimana bagi pemcinta haiwan mahu agar penggunaan monyet dan latihan sepatutnya tidak meniksa atau mendera beruk. Dilaporkan walau pun beruk bukan termasuk jenis primata dilindungi oelh undang-undang untuk membantu pememetik kelapa akan tetapi diharap agar semua pemiliknya sentiasa menjaga kesihatan beruk.
Menarik juga dikongsikan dari portal posbelitung.com bertajuk 'Melatih 100 Ekor Monyet untuk Petik Kelapa meraih pendapatan' untuk ditulis semula. Dilaporkan ada seorang pria yang mampu mengaut jutaan rupiah setelah berjaya melatih 100 ekor monyet untuk memetik kelapa. Bagaimana pun ilmu mengajari monyet boleh memetik buah kelapa diperoleh secara turun temurun dari keluarganya. Dakwanya ilmu yang didapatkan itu merupakan ilmu keturunan dari arwah ayahnya yang memang sebelumnya pelatih monyet juga. Bagi pelatih bernama Samsuddin Ibrahim (50) mengatakan untuk melatih monyet bukan perkara mudah dilakukan (Sila anda lihat foto disebelah). Ia juga sering digigit monyet dan berbagai kesulitan lainnya turut dialami untuk memastikan monyet yang ia latih berhasil memetik kelapa. Samsuddin turut nyatakan dimana dia telah melatih lebih dari 100 monyet selama 30 tahun terakhir. Monyet memiliki tingkat kecerdikan yang berbeza-beza dimana ada monyet yang memang cerdik dan ia hanya perlukan waktu dua bulan untuk memahami petunjuk dari pelatih. Jika monyet kurang cerdik maka ia perlukan waktu yang lebih lama untuk dilatih. Monyet yang dilatih ini dibeli pada penduduk kampung dengan harga RM 250 (Rp 830,000) seekor dan jika telah mahir memetik kelapa, maka akan ia boleh dijual seharga RM1,500 (Rp 5.2 juta) hingga RM 4,000 (Rp 13.3 juta) seekor. Jika ada orang yang menghantar monyet sendiri atau minyet liar maka dia akan mengenakan caj sekitar RM 300 (Rp 1.04 juta) seekor iaitu biasanya monyet tersebut mesti yang berusia di atas dua tahun untuk ia lebih mudah untuk dilatih kerana ia lebih kuat untuk memetik buah. Pengalamannya dimana ada monyet juga yang yang tidak perlu dilatih iaitu ia hanya dengan melihat gerak geri monyet lain sedang memetik kelapa. Dalam kes lain dilaporkan bagi memastikan monyet yang dilatihkan mempunyai energi yang cukup setiap hari maka ia diberikan susu terutama pada waktu pagi dan pada petang diberikan air gula yang telah dicampurkan dengan tiga butir telur. Pada waktu malam hari monyet ini akan diberikan makan nasi yang dicampurkan dengan telur ayam dan diberikan suntikan vaksin setiap enam bulan sekali. Pelatih perlu faham akan karakter monyet semasa melatihnya yang dilakukan selama satu jam dalam 3 sessi iaitu satu jam pagi, siang dan petang atau malam. Kebiasaannya monyet ini gemar untuk dilatih pada malam hari sebab ia tidak ingin diganggu atau tidak ingin dilihat ketika sedang melakukan latihan. Monyet pemetik kelapa yang sangat baik boleh dijual dengan harga RM5,000 seekor kepada peminatnya. Dia ada mengambil upah memetik kelapa dimana selelunya di upah dengan kadar RM25 (Rp 87 riby) bagi sebanyak 100 pokok kelapa yang ingin di tuai hasilnya dan selalunya seekor monyat mampu menurunkan sebanyak 500 hingga 700 biji kelapa sehari. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semu pra pembaca blog anim agro rtechnologi kali ini,.Wasallam!!!...
ADA DILAKUKAN.. DI INDONESIA JUGA....
PERLU DILATIH... 6-SETAHUN LAMANYA...
MEMETIK KELAPA...500 BIJI SEHARINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Puytrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.