Thursday, November 23, 2023

KENAPA PILIH TANAM SAYUR BUAH?

SAYUR
(vegetables) merupakan tumbuh-tumbuhan yang ditanam atau tumbuh sendiri dan ambil sebahagiannya untuk dijadikan bahan makanan. Sayur atau sayur-sayuran diambil dalam bentuk mentah, di masak untuk dimakan dalam bentuk lauk, sebagai ulam-ulaman dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana ramai orang di Malaysia tahu untuk mengambil pelbagai jenis sayuran termasuk pelbagai jenis ulam-ulaman yang berbagai jenis sebagai bahan penyedap makanan. Seluas 67,416 hektar sayuran di tanam dimana ia mengeluarkan sebanyak 
1,171,178 metrik tan pada tahun 2022 berbanding hanya seluas 38,500 hektar tanaman sayur ditanam di negara kita dengan pengeluaran sebanyak 493,500 metrik tan yang bernilai RM 1.25 billion pada tahun 2011 (Sumber: Laporan Booklet Ststistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia). Lebih daripada 50 jenis sayur-sayuran ditanam dinegara kita dimana 20 jenis daripadanya ditanam secara komersil. Perkapita pengambilan sayuran oleh rakyat Malaysia askitar 78 kg seorang setahun iaitu ianya diketegorikan sebagai sederhana. Sayuran di Malaysia asasnya ia boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan sahaja secara asasnya iaitu SAYUR DAUN, SAYUR BUAH dan SAYUR UMBISI. Apa pun dalam artikel kali ini saya akan bahagikan kepada 5 kumpulan. sayur kepada 5 iaitu SAYUR JENIS DAUN, SAYUR JENIS BUAH, SAYUR JENIS KEKACANG, SAYUR JENIS BUNGA dan juga SAYUR JENIS UMBISI. Diantara jenis-jenis sayuran tersebut ianya di tanam di dua keadaan iaitu Jenis Sayuran Tanah Tinggi dan juga Jenis Sayuran Tanah Rendah (atau tanah pamah). Kawasan pengeluaran sayuran tanah tinggi seperti di kawasan Cameroon Highland, Lojing, Kundasang dan Borneo Highland serta beberapa kawasan tanah tinggi yang lain. Penanaman sayuran tanah rendah terdapat dimerata lokasi diseluruh negara tetapi paling luas adalah di negeri Johor. Sayuran yang dihasilkan di Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi untuk pasaran ekspot kenegara jiran. Malaysia juga mengimpot banyak jenis sayuran iklim temperate dari banyak negara untuk kegunaan harian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kenapa petani lebuh suka menanam sayur buah berbanding dengan sayur daun untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Pada penulis blog 
SAYUR JENIS DAUN merupakan jenis sayur yang ditanam dan diambil bahagian daun sahaja atau keseluruhan tumbuhan untuk dimakan. Sayur daun ditanam kebanyakannya secara komersil. Antara sayur jenis daun adalah seperti Bayam, Kangkong, Sawi, Cekur Manis, Asparagus, Kailan, Salad, Pegaga, Remayong, Pucuk Paku, Kucai, Kobis Cina, Kubis Bunga dan lain-lain sayur daun. Daripada jenis tersebut sebyanyak 5 jenis sayur daun yang terpopular ditanam adalah Sawi, Bayam, Kangkong, Salad, Kailan dan Kobis Bunga. Tanaman sawi merupakan jenis sayur daun yang paling luas ditanam di Malaysia dengan 11,653 hektar dengan penghasilan sebanyak 165,548  mt pada tahun 2022 diikuti dengan Bayam seluas 6,713 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 88,075 mt. Sayuran daun yang popular ditanam di Malaysia pada tahun 2022 termasuk Salad (4,470 ha) dan Kucai (244 ha). Sawi ini ditanam dan digunakan sebagai sayur segar untuk pasaran domestik dan juga ekspot. Negeri Johor paling luas menanam sawi pada 2022 iaitu seluas 4,098 hektar mengeluarkan sebanyak 64,097 metrik tan terutama di Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian. Berlainan pula dengan SAYUR JENIS BUAH adalah sayuran yang diambil bahagian buah sebagai bahagian yang dimakan (edible). Diantara jenis sayur buah yang popular di Malaysia adalah seperti Cili, Bendi, Terung, Kundur, Labu, Labu Air, Timun, Petola, Peria, Tomato, Cili Benggala dan lain-lain lagi. Sayur buah yang banyak ditanam di Malaysia pada tahun 2022 adalah Cili (Capsicum annum) dengan keluasan 3,430 hektar menghasilkan sebanyak 30,465 metrik tan. Cili merupakan tanaman sayur buah dengan pelbagai jenis varieti seperti Cili Kulai, Cili Benggala, Cili Padi dan Cili Besar. Timun merupakan jenis sayur buah yang kedua terpopular ditanam di negara pada tahun 2022 dengan keluasan 5,254 hektar menghasilkan sebanyak 104,379 metrik tan (Sumber: Laporan Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Lain-lain jenis sayuran buah yang popular ditanam termasuk peria, terung, kacang panjang, bendi, tomato tanah tinggi dan beberapa lagi.


Artikel inii juga di kaitkan dengan isu kenapa pula ada pihak tertentu yang lebih suka menanam sayur sendiri di kawasan rumah berbanding denga membeki sayuran. 
Sekarang semua orang boleh menanam sendiri sayur-sayuran dan sudha menjadi satu trend atau hobi menguntungkan. Disana-sini ramai yang berkongsi pengalaman dan kegembiraan sepanjang usaha menanam sayur dan diviralkan daripada menyemai benih, membuat batas, hinggalah menimbang sendiri hasil tuaian di dapur. Berkebun memang kegemaran ramai kalangan rakyat Malaysia sama ada yang tinggal di bandaar atau pun di kampong. Penulis blog ingin kongsikan diantara beberapa sebab hobi menanam sayur sendiri ini adalah sangat baik. Pertama dimana apabila berkebun dimana dia akan mendapat Harga Sayuran Segar Lebih Rendah dan Segar. Memang tidak dapat dinafikan menanam sendiri sayur sendiri amat menjimatkan sama ada dikawasan terbuka, hidroponik atau secara fertigasi. Sebungkus kecil benih kalian berharga tidak sampai RM3 akan tetapi boleh tuai berkilo-kilo hasilnya. Kalau tanam kangkung pembaca hanya perlu cantas sebanyak mana kangkung yang hendak dimakan. Tak perlu dicabut, nanti akan tumbuh semula selama mana kita menjaganya dimana ia kadang-kadang sampai 5-6 cantasan. Sayur yang ditanam sendiri adalah Bebas Dari Bahan Kimia Berbahaya berbanding dengn membeli sayur dipasar yang tidak diperiksa ia  bebas daripada racun, hormon sintetik dan baja kimia berbahaya. Sayur sendiri lazimya akan di kawal apa yang kita berikan kepada tanaman dimana sudah tentu sayur yang kita masak dan makan bebas toksin. Unik kerana sayur ditanam sendiri memang dijamin Kesegaran dan Khasiat Lebih Terjamin kerana selepas sayuran dan buah dipetik maka kandungan gula dan nutrisi di dalamnya akan menurun dimana semakin lama masa disimpan maka semakin kurang segar dan kurang berkhasiat sayur dan buah tersebut. Hobi menanam sayur di rumah adalah sejenis katihan Senaman Tanpa Sedar apabila sibuk melayan semua tanaman sedia ada dimana ia dilakukan tanpa disedari. Ia selalu dilakukan semasa berkebun dan memerlukan aktiviti gerakan dengan menggunakan semua bahagian otot di kaki, punggung, tangan, bahu, leher, belakang badan dan juga abdomen. Anggap ia aktiviti yang Menyeronokkan Semua dimana berkebun ialah aktiviti mengisi masa lapang yang sangat menyeronokkan apa lagi libatkan ahli keluarga semua. Rakan taulan serta jiran juga akan faham betapa sanggupnya peminat kebun dalam masyarakat walaupun sudah penat seharian atau tidak cukup tidur. Berkebun meredakan stress dan buat saya tenang. Apa pun menanam sayuran sendiri bukan semata-mata untuk sayurnya akan tetapi faedahnya merentas jauh daripada kesihatan diri hinggalah ketenangan minda.  


Merujuk kepada portal berita hmetro.com yang bertajuk '
Sayur berbuah lebih menguntungkan!' memang menarik dan berkaitan dengan tajuk artikel. Selalunya tabanab sayur-sayuran jenis berbuah lebih mudah dipasarkan kerana ada permintaan tinggi sekali gus membawa pulangan lebih stabil kepada petani. Dilaporkan dimana Zulhelmie Shafie (26)  yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran berbuah antaranya timun, peria katak, bendi, labu air dan cili bara sejak tiga tahun lalu. Dia yang sememangnya membesar dalam keluarga petani, dia terdorong mengusahakan kebun sayur-sayuran apabila melihat usaha rakannya yang turut sama mengusahakan kebun berjaya meraih pendapatan lumayan. Dakwanya sebelum mengusahakan tanaman sayur-sayuran dimana dia membantu orang tua mengusahakan sawah padi sebagai menambah pendapatan keluarga. Kebetulan ada rakan yang terlebih dahulu terbabit dalam projek penanaman sayur dan berjaya dimana dia kemudian memulakan tanaman timun bermula dengan dua plot sekitar 0.4 hektar hingga 0.81 hektar. Percubaan pertamanya membuahkan hasil iaitu menerusi tanaman timun dan peria katak apabila berjaya meraih pendapatan bersih RM3,000 sebulan. Bermodalkan sekitar RM30,000 hingga RM40,000 meliputi sewaan tanah, biji benih, baja dan sistem fertigasi selain gaji pekerja dimana dia kini memiliki lebih lima plot tanaman dengan anggaran keluasan hampir tiga hektar. Penanaman sayur berbuah lebih menguntungkan berbanding berdaun yang memiliki lebih banyak risiko. Dia pernah juga cuba tanaman sayur berdaun akan tetapi permintaan kurang menggalakkan iaitu daripada pemborong. cabaran ini belum lagi masuk faktor cuaca dan serangan perosak lebih ketara pada sayur berdaun menyebabkan sukar memasarkan hasil tanaman pada kualiti baik. Keadaan itu menyebabkan pendapatan atau pulangan untuk dijadikan modal pusingan turut terjejas. Dia yang kini sudah beralih kepada tanaman sayur buah yang mendapat permintaan tinggi daripada pasaran dan maklumat sayur diperlukan pengguna berdasarkan maklum balas pemborong atau peraih. Selalunya petani atau pengusaha tanaman mempunyai formula tersendiri dalam memastikan mereka dapat menjana pendapatan dan membantu penghasilan bekalan sayur-sayuran mencukupi termasuk musim perayaan. Dia kini sentiasa mahu meningkatkan hasil pengeluaran supaya pembeli dapat menikmati harga atau kualiti yang berpatutan. Dia amalankan teknologi tanaman pintar dengan sistem kawalan air baja secara automatik atau menerusi dalam talian. Dia juga turut membangunkan sistem kawalan air baja secara dalam talian bagi memudahkannya memantau tanamannya. Petani memiliki formula tersendiri dan saya yang ketika ini aktif fokus kepada tanaman timun, peria katak dan cili bara selain mempunyai formula tersendiri supaya pengeluaran hasil dari ladang dapat dinikmati berterusan. Sebagai contoh dimana tanaman sayur timun tempoh tuainya selepas ditanam adalah 30 - 32 hari diman ia diikuti peria katak memerlukan tempoh 40 hari untuk matang dan bagi tanamn jenis cili bara selama 60 hari. Kini di cuba tanam sayuran jenis cili bara diikuti peria katak dan timun berdasarkan tempoh matang kerana mahu pendapatan konsisten. Kini hasil tanamannya juga boleh dipantau berdasarkan teknologi yang mengawal air baja keluar masuk kepada tanaman juga menjadi faktor tanaman boleh mengeluarkan hasil secara seragam. Di sebalik keuntungan hasil jualan kepada peraih atau pemborong, cabaran petani masa kini adalah berdepan kenaikan harga input pertanian dua hingga tiga kali ganda. Isu tekanan dihadapi petani untuk memasarkan hasil dengan kadar harga berpatutan adalah harga input barangan pertanian yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Petani juga ada 'mulut yang perlu disuap' dan saya berharap pihak berkenaan dapat mencari mekanisme supaya harga input pertanian dapat distabilkan. Apa pun kebun sayur itu terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor itu turut mengamalkan kaedah fertigasi dan tanaman pintar (smart farming) untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil sayur tempatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM SAYUR.. JENIS BERBUAH SAJA...
MUDAH DIPASARKAN... MUDAH DIJAGA...
KAEDAH FERTIGASI... RAMAI YANG SUKA....
CEPAT BERHASIL... BERKUALITI HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia..
(8 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.