Pembaca blog diharpa jangan keliru akan kenyataan dan pertanyaan seperti adakah bahan Plant Booster Itu Baja?. Plant Booster sebenarnya bukanlah baja sebab jelas dimana ia memang tidak dapat membekalkan NPK dan unsur lain kepada tanaman. Plant Booster ialah bahan penggalak tumbesaran semulajadi yang melalui proses fermentasi. Jadi jika sesiapa menggunakan plant booster makan unsur baja masih perlu diberikan kepada tanaman. Penggunaan baja boleh diminimakan apabila digandingkan dengan penggunaan Plant Booster. Pada penulis blog sebaiknya pengguna faham dengan cara penggunaan Plant Booster kerana lazimnya ada terdapat dia (2) cara dalam penggunaan plant booster iaitu mengikut jenis tanaman. Pertama adalah cengan cara Kaedah Semburan (spraying technique) dimana cecair ini sesuai disembur pada daun tanaman atau tumbuhan sebelum jam 11 pagi. Kaedah ini disyorkan bagi jenis tanaman seperti jenis tanaman hiasan berbunga, tanaman hiasan berdaun, tanaman sayuran berdaun, jenis tanaman sayuran berbuah serta kepada jenis tanaman singkat masa. Kaedah penggunaan plant booster yang kedua adalah melalui Kaedah Siraman. Kaedah siraman ini dengan cara menyiram plant booster kepada permukaan tanah di bawah kanopi atau media tanaman di dalam bekas. Kaedah ini sangat disyorkan kepada jenis tanaman buah-buahan samada buah bermusim atau buah tidak bermusim. Kadar penggunaan Plant Booster ini ada pelbagai kerana ia bergantung kepada banyak fakur seperti jenis tanaman, umur tanaman, cuaca, jenis produk dan sebagainya. Sebagai contoh dimana bagi kaedah semburan tanaman berbunga seperti Bunga Rose Jepun dan Bunga Tunera kadar seabanyak 10ml plant booster dicampur dengan sebanyak 1 liter air sesuai disembur dalam jangkamasa 2 minggu sekali.
Berlainan pula dengan semburan pada jenis tanaman Hiasan Daun seperti pokok Keladi, Puding dan sebagainya dimankuantiai sebanyak 5ml plant booster dicampur dengan 1 liter air pada kekerapan juga 2 minggu sekali. Bagi tanaman tanaman Sayuran Berdaun seperti sayur Sawi, Bayam, Kailan dan kangkong maka di sediakan campuran 5ml Plant Booster dengan 1 liter air dengan kekerapam semburan 1 kali seminggu. bagi tanaman jenis Sayur Berbuah seperti cili, timun dan bendi dimana disukat 10 ml plant booster dengan 1 liter air dan disembur pada minggu ke 4 - 7 dan minggu ke 5 - 8 dengan kekerapan 1 minggu sekali. Bagi tanaman singkat masa pula seperti jagung dan rock melon digunakan 5 ml plant booster dengan 1 liter air disembur dengan kekerapan 1 minggu sekali. Car Sirman sesui diberikan kepada kebanyakan jejis buah-buahaan seperti pokok mangga, zdurin, rmbutan dan lain-lainnya dengan kadar 10ml plsnt booster dicsmpur 1 liter air yang disebur dengan kekerapan sebanyak 2 minggu sekali. Kalau ada sisa plant booster sebaiknya ia disiman dengan cara yang betul. Cara terbaik penyimpanan untuk mempastikan ketahanan Plant Booster dimana selalunya tahap ketahanan plant booster ialah selama 6 bulan sahaja. Cara penyimpanan ialah simpan di tempat gelap dan teduh dimana Jangan menyimpan dalam bekas kedap udara atau terdedah kepada cahaya panas matahari. Apa pun kebanyakan produk komersial plant booster boleh dibeli dan ia baik dipraktikkan untuk tujuan Pertanian organik, Pertanian konvensional, Pertanian Fertigasi, Kombinasi fertigasi dengan booster serta digunakan sebagai kombinasi baja kimia dengan plant booster.
Merujuk kepada bagaimana cara mudah untuk membuat plant booster sendiri di rumah sesuai di fahami. Ramai pembaca blog anim agro technology yang bertanya macam mana cara nak buat Plant Booster (PB) secara organik dimana selalu juga disyorkan agar mereka membeli produk yang sudah siap. Sebenarnya membuat PB tidaklah susah sangat pun kerana bahan yang sesuai di gunakan pun hampir 100% ada di dapur rumah. Sediakan peralatan seperti pisau tajam 1 unit, bekas yang ada penutup kapasiti 20 liter (2 unit) dimana bekas ini seeloknya dibibahagian atasnya dan bahagian bawah bekas adalah sama saiz. Peralatan lain adalah Alat Penapis (1 unit). Bahan asas digunakan disediakan Air bersih (10 liter - dimana sebaiknya gunakan air hujan atau air perigi tanpa bahan kimia), Pisang (1 kg), Nanas (1 kg), Betik (1 kg), Kangkung (0.6 kg), Labu manis (1 kg), Belacan (0.6 kg), Telur ayam (2 biji), Gula Merah (0.6 kg), Ragi (1 biji) dan juga susu segar (1 liter). Car amembuatnya dengan memotong semua bahan-hahan iaitu bahan pisang, betik, nanas, kangkung, belacan lebih kurang saiz 2-3 cm dan ia diletakkan semua bahan-bahan diatas yang telah siap dipotong didalam 1 bekas. Sebaiknya ia digaul pun boleh semasa mencampurkannya (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ia dikisar (blender) separa hancur semua bahan diatas dan awas keraja jika diblender terlalu hancur maka proses menapis nanti akan jadi sukar nantinya. Sebaiknya dikisar dengan kuantiti sedikit-sedikit dan semasa mengisar perlu dicampur dengan air sedikit. Pastikan belacan diblender bersama bahan yang lain untuk elakkan ia melekat pada blender. Kemudian diletakkan semua bahan yang telah diblender di dalam bekas berasingan. Sebaiknya dilabelkan bekas tu sebagai Bekas A untuk lebih mudah faham. Langkah seterusnya adalah memecahkan telur dan masukkan ke dalam Bekas A. Dengan kulit-kulit sekali dimasukkan pun tiada ada masalah yang penting telur mesti dipecahkan. Masukkan gula merah ke dalam Bekas A dan masukkan susu ke dalam Bekas A. Seterusnya dimasukkan semua baki air ke dalam Bekas A. Pastikan Bekas A yang telah siap dimasukkan semua bahan tersebut mempunyai 1/3 ruang udara. Ianya penting untuk proses pemeraman berlaku dengan sempurna.
Jika ruang udara tidak sampai 1/3 maka sebaiknya ditukar bekas. Jika tidak tukar bekas kemudian timbul risiko untuk Plant Booster yang dibuat tidak menjadi adalah sangat tinggi. Seterusnya di kacau semua campuran tersebut hingga sebati. Kemudian di hiris nipis-nipis buah labu dan hirisan buah labu diletakkan didalam Bekas A yang mengandungi semua campuran bahan tadi. Pastikan hirisan labu yang diletak itu dapat menutup semua permukaan campuran di dalam Bekas A tersebut. Hancurkan ragi dan tabur diatas hirisan buah labu yang berada di dalam Bekas A. Pastikan menutup Bekas A tersebut tetapi ingat jangan ketatkan penutup. Memadai letak sahaja penutup diatas bekas tersebut. Kemudian ia diperam secara partially anaerobic selama 1 minggu ditempat redup. Selepas seminggu, biasanya Plant Booster telah matang bila ada miselium putih dipermukaan larutan. Ia perlu ditapis larutan tersebut dan simpan ditempat yang redup. Sebaiknya ia sesuai simpan ditempat gelap. Produk plant booster ini lazimnya akan boleh tahan 6-8 bulan.
Dalam satu artikel yang dirujuk di Jabatan Pertanian dimana cara penggunaan plant booster adalah penting. Lazimnya cara sesuai dengan penggunaan untuk 1 liter air yang dicampur dengan plant booster. Jika sesiapa hendak guna untuk kuantiti air yang lebih banyak pun boleh asalkan jumpah PB di gandakan jumlahnya. Kiraan asas dimana dimasukkan 1 liter air ke dalam bekas penyembur iaitu sebaiknya menggunakan jenis air hujan atau air telaga dimana kalau tidak ada stok maka bubuh air paip sahaja. Masukkan 5-25 ml Plant Booster ke dalam sir dimana kuantiti Plant Booster bergantung pada umur dan jenis tanaman atau lazimua dengan jumlah 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan untuk satu liter air. kemudian boleh disembur pada semua daun hijau tanaman dan seeloknya sembur awal-awal pagi. Semburan Plant Booster boleh dibuat bersama dengan Fish Amino Asid dan racun organik. maksudnya Plant Booster boleh juga ia dicampurkan dengan Fish Amino Asid dan racun organik dalam satu alat penyembur. Sebaiknya diulang langkah semburan dengan kekerapan setiap1-2 minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok. Perlu diingat dimana didalam Plant Booster yang dibuat ini memeng ada mikroorganisma yang berfaedah. Ia memberi kesan kepada pertumbuhan, membaikbulih dan meningkatkan hasil tanaman. Produk plant Booster ini sebenrnya ia tidak terhad pada tanaman sahaja dimana ia juga boleh guna untuk semburan pada tanah. Didalam pembuatan baja organik seperti bokashi boleh digunakan PB sebagai ganti kepada EM. Perlu ingat dimana Plant Booster adalah bukan baja dimana ia cuman bahan penggalak tumbesaran semulajadi yang dihasilkan melalui proses fermentasi. Pemberian baja kepada tanaman masih diperlukan untuk bekalkan nutrien. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
MEMBUATSENDIRI... MUDAH SAHAJA CARA...
CAMPUR DENGAN AIR... DISEMBUR SAJA...
POKOK SUBUR... TERBAIK NANTI HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Room 122, Hotel Sri Malaysia,
Mersing, Johor,Malaysia.
(14 Jamadilawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.