Monday, October 9, 2023

TEKNOLOGI MENANAM TEMBIKAI - BAGAIMANA?

TANAMAN TEMBIKAI (Citrullus lunatus) merupakan salah satu aktiviti pertanian yang sudah lama dilakukan secara komersil atau secara suka-suka di Malaysia. Bagaimana ada beberapa lokasi di negara ini yang terus-menerus menanam buah temikai sebagai salah satu aktiviti penting bagi menjana pendapatan. Hanya petani yang mempunyai cukup modal, tanah sesuai, pengalaman, ilmu pengetahuan serta cara pemasaran betul akan berjaya menjadikan tanaman buah tembikai ini boleh menguntungkan. Jika tidak maka petani boleh menanggung kerugian apabila tanaman tembikai ini diserang penyakit, tidak dapat dijual dengan harga baik serta kualiti buah yang tidak mengikut kehendak pasaran. Penting ada pengalaman petani yang mampu didalam menguruskan penanaman tembikai ini bagi mempastikan bahawa tanaman tembikai ini mengikuti pakej amalan teknologi tepat serta amalan perladangan MyGAP yang teratur. Banyak kalangan petani yang baru menceburi bidang penanaman tembikai ini bertanya apakah cara dan teknologi tanaman tembikai yang betul dan ia lebih berkesan? . Jawapan kepada pesoalan ini ada banyak kaedah dimana kesemua ini berdasarkan kepada beberapa faktur pengeluaran didalam menanam tembikai. Pengurusan penanaman tembikai secara komersil dan luas memerlukan satu kaedah berlainan jika hendak menanam buah tembikai secata kecil-kecilan atau didalam pasu atau kaedah lain yang sesuai. Pengalaman penulis blog semasa membuat penulisan teknikal penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran bagaimana teknik tebaik didalam usaha untuk menghasilkan buah tembikai bagi mendapatkan hasil yang banyak dan berkualiti. Beberapa aspek yang perlu dirancang melibatkan apakah varieti atau jenis tembikai yang hendak ditanam (Sama ada tembikai Merah - berbiji atau tidak berbiji), Tembukai Kuning (berbiji atau tidak berbiji), Melon, Rockmelon dan seumpamanya. Beberapa perkara asas termasuk asas mengetahui akan komponen buah dan pokok tembikai, apakah varieti atau jenis buah tembikai sesuai ditanam dan juga amalan agronomi penanaman tembikai. Penting bagi penanam tembikai merancang proses penyediaan tanah, penyediaan infra ladang, pemasangan sistem pengairan, pembajaan, proses pendebungaan, kawalan perosak dan penyakit, kawalan rumpai serta pemasaran dan aktiviti lepas tuai. Pada penulis blog dimana tanaman buah tembikai yang merupakan buah tropika popular dikalangan rakyat Malaysa tetap penting. Ini kerana kebanyakan buah tembikai di jadikan sebagai pencuci mulut dan boleh didapati sepanjang tahun di pasaran tempatan serta dihidangkan dimana sahaja. Artikel malam ini sambil mendengar bunyi ombak Laut Cina Selatan di Hotel Tok Aman Bali, Pasir Putih, Kelantan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai cara dan teknik penanaman tembikai untuk dijadikan bahan bacaan. Kawasan sepanjang pantai Tok Bali disini sejak turun temurun sehingga hari ini merupakan antara kawasan aktif menanam tembikai di Malaysia.


Buah tembikai ada banyak jenis dan bentuk daripada yang berwarna isi merah atau kuning sehingga kepada buah bentuk bulat, lonjong dan sebagainya. Kebanyakan buah tembikai di Malaysia adalah untuk dijual dan bagi kegunaan makan segar atau ada juga yang di jadikan minuman jus tembikai yang sangat di sukai ramai orang teruama pada musim panas. Banyak penjelasan akan apakah dia kandungan dalam buah tembikai. Salah satu laporan yang penulis blog rujuk dimana k
andungan utama sebiji buah tembikai dimana ia mempunyai kandungan air yang tinggi iaitu dari 91% sehingga 93% iaitu bergantung kepada tahap kematangan. Mengenai komponen pemakanan utama sebiji buah tembikai adalah Karbohidrat (6.4 g setap 100 g), Vitamin A (590 IU), dan Lycopene (4,100 µg / 100g, antara 2.300–7.200) yang mana ia adalah sebatian antikarsinogenik yang terdapat dalam tembikai berisi merah. Selalunya buah tembikai mempunyai jumlah protein dan lemak iaitu kira-kira 3% daripada berat biji tembikai. Apa pun selain itu dilaporkan nutrien lain seperti mineral merupakan elemen penting dalam diet. Ia memang diperlukan dalam jumlah kecil untuk membantu dalam mengoptimumkan kadar metabolisme dan untuk membantu mengawal keadaan normal proses badan. Penulis blog yang banyak membuat tinjauan teknologi ke kebun tanaman tembikai mendapati petani akan menanam varieti buah tembikai yang popular, harga yang baik serta cepat dituai dn tahan serangan penyakit. Jenis Varieti temikai boleh dikelaskan keada Tembikai Berbiji (Diploid) dan juga Tembikai Tidak Berbiji (Triploid). Bagi jenis buah tembikai Berbiji dimana antara yang popular adalah Varieti Sangria dan Varieti Fiesta dimana ia merupakan kacukan All-Sweet yang popular. Tembikai ini selalu ia mempunyai bentuk yang panjang dan hijau gelap dengan jalur hijau muda yang patah. Isinya berwarna merah terang dengan biji hitam. Varieti  Calsweet pula dlaporkan sebagai varieti yang paling popular di tanam kerana ia mempunyai kulit berjalur dan isi berwarna merah. Dalam pada itu petani juga suka menanam Varieti Royal Sweet Hibrid dimana keunikannya adalah ia mempunyai bahagian kulit berjalur dan isi berwarna merah jambu gelap. Apa pun dilaporkan Varieti Sultan adalah tembikai kacukan yang matang awal dan hasil yang tinggi. Dalam pada itu jenis Tembikai Tidak Berbiji (Triploid) merupakan jenis tembikay dari varieti tanpa biji yang biasa digunakan termasuklah varieti Fandango, Super Cool, Nova, Laurel, Wonderland, Firecracker, Quality, Ultra Cool, Jutawan, AC 532, AC 5032 dan AC 5244. Dilaporkan dimana jenis tembikai tanpa biji kini dihasilkan secara komersial untuk penjualan kedai runcit. Varieti miniatur yang popular termasuk Varieti Precious Petite, Varieti Petite Perfection, Varieti Solitare dan juga Varieti Extasy. Pengguna berani membayar harga lebih tinggi untuk mendapatkan jenis tembikai tanpa biji.


Kalangan penanam buah tembikai perlu mengetahui akan jenis tembikai yang hendak ditanam dengan komersil kerana pengurusan tanaman tembikai berbiji dengan temikai tanpa biji ada sedikit kelainan. 
Kaedah Penanaman Tembikai untuk jenis Tembikai Berbiji (Diploid) dimana tembikai ini sering  ditanam di tapak penanaman (bedding) selebar 80 inci (2 m) dan 8 hingga 12 inci (20 hingga 30 cm) tinggi. Selalunya anakbenih akan ditabur dan diletakkan sedalam 0.5 hingga 0.75 inci (1.2 hingga 1.9 cm). Apa pun sistem dalam pengairan perlu dilakukan dengan meletakkan 'drip irrigation' di antara 15 hingga 20 cm di bawah tapak penanaman. Dalam pada itu pemasangan diatas batas tanaman jenis filem plastik hitam (plastic mulching atau silvershine plastic) berukuran72 inci (1.8 m) lebar adalah penting. Sebaiknya plastik ini diman ia kemudian diletakkan rata di atas tapak penanaman bersaiz 80 inci (2-m) untuk menyejukkan tanah dan mengurangkan rumpai. AnakBenih yang telah tumbuh perlu di tanam ke tempat lain dengan jarak tanaman iaitu 60 cm - 90 cm. Ini agak berlainan bagi cara menanam jenis Tembikai Tidak Berbiji (Triploid) apabila konfigurasi penanaman tembikai tanpa biji untuk dilakukan adalah dengan mencampurkan varieti tembikai tanpa biji dengan tembikai berbiji. Ia perlu dipastikan satu baris penanaman adalah dari tembikai berbiji dari pelbagai varieti (pollinator) untuk setiap 2 hingga 3 baris varieti tanpa biji. Kemudian kaedah paling popular digunakan adalah percampuran varieti tanpa biji dan pendebunga dalam barisan yang sama. Biasanya cara penanaman dalam barisan adalah dimana nisbah tanaman tanpa biji hingga pendebunga berkisar antara 2: 1 hingga 5: 1. Apabila nisbah tanpa biji ke pendebunga meningkat, bilangan sarang lebah harus agar ia ditingkatkan untuk memastikan pendebungaan adalah berlaku. Jenis Tanah yang disyorkan untuk penanaman tembikai akan tumbuh paling baik pada tanah jenis lompang berpasir (sandy loam) atau tanah lompang kelodak (silt loam soils). Tanah yang sangat berpasir mempunyai daya tahan air yang terhad dan mesti disiram dan dibaja dengan teliti untuk membolehkan potensi hasil yang tinggi. Tanah liat perlu dielakkan untuk penanaman tembikai kerana zon akar mudah dijangkiti dengan patogen reput akar. Penting pastikan untuk pemasangan Sistem Pengairan kerana walaupun tembikai adalah tanaman yang mempunyai sistem akar yang dalam akan tetapi sistem akar tidak boleh melebihi tahap toleransi kepada kelembapan tanah yang ketara. Selepas tanaman (sama ada dengan benih atau transplantasi), pengairan boleh dilakukan selama beberapa minggu hingga kepada sistem pengakaran yang kuat terbentuk. Walau bagaimanapun sebaiknya sistem pengairan harus diuruskan dengan baik untuk mengelakkan pembentukan buah dan saiz buah terganggu. Kekurangan air akan menyebabkan buah menjadi kecil, tidak terbentuk dengan baik, dan bunga akan menjadi busuk. Contoh sistem pengairan yang selalu digunakan adalah pengairan secara titisan (drip irrigation).


Tanaman tembikai sangat responsif dengan amalan P
embajaan yang betul dan tepat. Tembikai mempunyai keperluan nutrien yang sederhana dibandingkan dengan tanaman sayur-sayuran lain kerana sistem bagi pengakarannya yang mampu untuk mengekstrak nutrien dari tanah. Tanaman tembikai yang mempunyai hasil tinggi biasanya mengandungi kurang dari 180 kg / ha N. 168 kg / ha P2O5, 168 kg / ha K2O dapat digunakan untuk mengekalkan kesuburan tanah jangka panjang. Baja P2O5 hendaklah diaplikasikan sebelum tanam, Baja K2O perlu dibuat sebelum tanam, setelah penanaman, sebagai aplikasi sisi, atau dalam air (fertigation). Paling signifikan dan kritikal bagi tanaman tembikai yang tiada pada buah-buahan lain adalah seperti Aktiviti Pendebungaan (Pollination). Ini kerana satu hingga dua koloni lebah per ekar harus ditempatkan di ladang ketika bunga jantan mula kelihatan. Pendebungaan yang buruk sering menyebabkan buah tidak berfungsi. Tanaman Tembikai apa yang penulis blog tahu adalah jenis tanaman yang jarang menghasilkan lebih daripada 2 hingga 3 buah berkualiti yang boleh dituai.  Penjagaan mesti diambil untuk mengelakkan lebah terdedah kepada racun perosak. Tanaman tembikai sama dengan sejenisnya memang mudah diserang serangga perosak dan penyakit. Antara jenis perosak yang menganggu tanaman tembikai termasuk whiteflies, cutworms, beet armywoms, aphids, spider mites, darkling ground beetles, leafhoppers, cabbage loopers dan juga leafminers. Ada beberapa jenis serangga ini merupakan jenis serangga perosak yang paling serius menyerang tembikai. Tanaman tembikai sangat sensitif dengan keberadaan rumpai disekelilingnya. Oleh itu aktiviti  Pengurusan Rumput perlu di uruskan dengan baik dan sesuai dengan pakej amalan technology yang disediakan. Apa pun dilihat dimana sebilangan besar daripada petani hanya menggunakan kaedah mekanikal dan cangkul untuk kawalan rumpai. Paling ditunggu-tunggu petani adalah aktiviti Tuaian Buah TembikaiTembikai yang matang tidak akan gugur ataupun mengeluarkan bau seperti buah tembikai wangi (rockmelon). Apa pun selalunya antara tanda-tanda buah tembikai sedia dituai adalah perubahan warna (yang paling boleh dipercayai), keadaan hujung bunga, kekasaran kulit, dan pengeringan sulur terdekat ke buah (kurang dipercayai). Pisau tajam harus digunakan untuk memotong tembikai dari pokoknya. Dalam pada itu buah tembikai sejak diladang lagi sudah boleh di gredkan. Gred buah tembikai yang boleh dipasarkan adalah seperti berikut iaitu bagi buah tembikai yang beratnya lebih atau sama dengan 9.0 kg sebagai Gred A (Besar), Gred Sederhana (Gred B) pula adalah buah tembikai yang beratnya antara 4.5 kg hingga 9.0 kg dan Gred C (Kecil) pula adalab buah tembikai yang beratnya kurang dari 4.5 kg. Buah tembikai perlu menjalani proses penuaian dan aktiviti epas tuai yang kritikal disepanjang perjalanannya. Aktiviti selepas menuai buah tembikai pentingkan kaedah sesuai agar ia tahan lama dipasaran. Buah tembikai perlu disimpan pada suhu 10 °C sehingga 15 ° C dan kelembapan relatif adalah 90% untuk ianya dapat mengelakkannya daripada rosak. Apa pun buah tembikai ada dijual di pasaraya, pasar tani, pasar malam, pasar tamu, pasar basah, gerai tepi jalan, kedai runcit dan banyak lagi premis. 


Penulis blog sempat membuat sedikit tinjauan di sekitar Pasir Putih mengenai aktiviti penanaman tembikai. Sempat juga bertemu dengan seprang petani bernama 
Mohd Rasdi Ismail di Kg Pak Mayong, Tok Bali yang tidak mengenal erti kecewa dalam meneruskan projek tanaman tembikai yang mana dia sudah mengusahakannya sejak beberapa tahun lalu. Dia yang juga dibantu isteri dan dua anaknya projek tanaman buah tembikai tersebut diusahakannya selepas kerajaan memberhentikan tanaman tembakau yang diusahakannya sejak sekian lama sebelum ini. Kini projek tanaman tembikai di atas tanah seluas dua ekar mampu menghasilkan pulangan 20 tan bagi setiap musim menuai. Di kampung ini penanaman buah tembikai memerlukan tanah bris yang berpasir seperti di kawasan Tok Bali serta mengandungi bahan organik selain pancaran sinar matahari sepanjang tahun. Tanah jenis ini berfungsi sebagai pemudah untuk akar berkembang dan menyerap haba dari tanah selain ia turut memerlukan bekalan air yang banyak dan cukup. Buah tembikai ini ditanam dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Mac dan mengambil masa 70 hari sebelum dituai. Apa pun selalunya tanaman pada bulan Januari adalah yang paling sesuai kerana hasilnya mencecah hampir sepuluh kilo setiap biji manakala pada bulan Mac pula hasil tanaman mula berkurangan. Diantara penjagaan yang paling utama ialah ketika pokok mengeluarkan bunga, kita perlu ‘kahwin’ kan antara bunga jantan dan betina, iaitu untuk mendapatkan hasil yang baik dan berkualiti. Pokok juga perlu disiram setiap hari dengan mengepam air menggunakan generator serta wayar getah. Diantara masalah yang dihadapi ialah penyakit batang pecah dan pucuk pokok tembikai yang rosak akibat serangan penyakit. Sejak dulu dia kurang hadapi masalah pasaran tidak timbul kerana peraih dari seluruh Kelantan datang dengan menggunakan lori untuk membeli tembikainya. Dia menjual dengan harga borong anggaran RM1.00 setiap kilogram, itupun bergantung kepada gred buah manakala harga pasaran (runcit) boleh mencecah sehingga RM2.00 sekilo. Dakwanya agak amat rugi jika dia tidak dapat mengusahakan tanaman ini dengan cara yang lebih baik lagi kerana masalah kekurangan modal. Dia memang amat yakin projek tanaman tembikai ini sangat berdaya maju dan boleh pergi lebih jauh lagi asalkan ianya dibuat secara bersungguh-sungguh serta menggunakan teknologi moden. Selain menanam tembikai dimana dia juga mengusahakan tanaman labu dan ubi keledek untuk menambahkan lagi pendapatan kerana selepas bulan April, musim tembikai sudah tidak sesuai lagi di kawasannya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM TEMBIKAI... ADA CARANYA...
VARIETI DI PILIH... JENIS ORANG SUKA...
BENIH DISEMAI... DI TANAM DAN DIBAJA...
SUDAH MASAK... DIPETIK ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2108, Tok Bali Beach Resort,
Pasir Putih, Kelantan,
Malaysia.
(22 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.