Tuesday, October 3, 2023

PENYELIDIKAN BULUH DI MALAYSIA - BAGAIMANA? (Pt 1)

POKOK BULOH (Bamboo) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia. Sila baca artikel tulisan saya mengenai bulog sebelum ini dengan pautan (Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok buluh dari dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buloh di Malaysia dimana ada jenis yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris)Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Penulis blog merujuk laporan MTIB menyatakan dimana saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018. Malaysia pula hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan kemudian ia semakin merudum kepada RM9.164 juta pada 2019 dan turun lagi semasa pandemik covid-19. Dilaporkan jumlah ini sangat jauh kadar penurunan berbanding 2017 iaitu RM20.957 juta. Penulis blog mendapati dimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi ia lebih jauh daripada itu ia sebagai program 'game changer' yang perlu diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang didakwa menjanjikan pendapatan kepada rakyat dan negara. Selama ini mungkin kadar pembangunan industri buluh agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi khusus yang menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat di antara pelbagai jenis institusi berbeza yang terlibat dengan industri buluh di Malaysia. Selama ini penulis blog melihat dimana bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asli atau penduduk kampong dan macam tiada perladangan buloh komersial yang serius. Walau pun pernah mendengar ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan oleh kementerian terlibat sejak 2007 akan tetapi amat jarang di laporkan status dan tahap kemajuannya. Dilaporkan dalam program ini setiap hektar kebun boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Selepas 3 - 4 tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Secara teknikalnya ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian dimana pada tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap kali tuaian. Kemudian untuk seterusnya pokok ini buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun bagi jangkamasa selama 100 tahun. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan kajian yang dilakukan di Malaysia iaitu di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk ia dijadikan bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan buluh sebagai bahan alternatif kepada kayu di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor telah bermula sejak awal 1980-an. Sehingga kini dilaporkan ada pelbagai kejayaan FRIM telah dicatat dalam penyelidikan buluh. Pelbagai jenis anugerah telah diterima baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pelbagai penerbitan telah dihasilkan termasuk jurnal, buku dan kertas kerja untuk dijadikan bahan rujukan. Beberapa paten berkaitan buluh juga telah berjaya didaftarkan. Kajian-kajian tersebut telah lama dijalankan oleh para penyelidik FRIM serta melalui kerjasama dengan organisasi lain bukan sahaja dari dalam malahan dari luar negara. Penyelidikan buluh di FRIM merangkumi hampir setiap bidang termasuk taksonomi, taburan pertumbuhan, penanaman, sifat fizikal dan mekanikal, rawatan dan juga aspek penghasilan produk. R&D ini adalah bertujuan untuk pemuliharaan, penggunaan dan pengkomersilan. Pada penulis blog yang ada beberapa kali berkunjung ke FRIM dapati dimana bagi aktiviti penyelidikan yang berkaitan perladangan dan penghasilan produk mereka laporkan dimana kajian lebih tertumpu kepada 13 spesies buluh yang mempunyai nilai komersil yang antaranya ialah buluh semantan dan buluh beting. Kajian yang telah dijalankan boleh dibahagikan kepada beberapa bidang. Kemudian dapat merujuk beberapa laporan kajian dari pihak FRIM bertujuan dalam mereka mengumpul maklumat dan melihat secara umum penyelidikan berkaitan buluh yang telah dijalankan. Beberapa laporan kajian ada didalam internet untuk dijadikan bahan rujukkan. Ada juga buku yang telah diterbitkan FRIM berdasarkan katalog perpustakaan mereka. Hasil tulisan semula artikel ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan untuk mendapatkan maklumat yang betul. Saya ada menulis banyak artikel mengenai tanaman buluh yang boleh di akses melalui pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi dalam blog Anim Agro Technology. Saya juga menjelaskan beberapa spesis buluh tempatan yang dikomersilkan dan sesuai dijadikan bahan rujukkan.


Beberapa laporan mengenai spesis buloh iaitu sebanyak 59 spesies buluh yang terdiri daripada 14 genera yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah di bukukan. Jadual 1 diatas juga menunjukkan dimana disenaraikan 3 kategori buluh iaitu Kategori II (Buloh Lemang dan Buluh Dinding), Kategori III (Buluh Gading, Buluh Galah, Buluh Brang, Buluh Tumpat, Buluh Semantan, Buluh Betingm Buluh Beti dan juga Buluh Semeliang). Bagi kategori IV pula ada 3 jenis iaitu Buluh Duri, Buluh Aur atau Minyak dan Buluh Betong. Dilaporkan dimana jenis Buluh Semantan merupakan antara spesies buluh yang banyak terdapat di Semenanjung Malaysia. Taburan utama buluh adalah di sepanjang Banjaran Titiwangsa dari Negeri Sembilan hinggalah ke Kedah. DAris egi sejarah dilaporkan dimana p
ada awal tahun 1980-an dimana pihak FRIM telah memperkenalkan 4 spesies buluh jenis monopodial yang dibawa dari China dengan kerjasama University of China. Spesies ini telah ditanam di Genting Highland, Fraser Hill dan Cameron Highland. Spesies tersebut kini masih boleh didapati di Pejabat Hutan Cameron Highland, Pahang. Kadar pertumbuhan spesies ini adalah rendah berbanding di tempat asal. FRIM juga telah mewujudkan bambusetum di dalam kampusnya di Kepong, Selangor sebagai tempat rujukan buluh. Sebanyak 26 spesies buluh telah ditanam yang terdiri daripada 20 spesies tempatan dan 6 spesies yang dibawa dari luar negara. Buluh-buluh tersebut ditanam di kawasan seluas 1.5 ha di FRIM. Selain bambusetum, kajian di dirian asal buluh juga telah dijalankan. Kawasan kajian terletak di Hutan Simpan Chebar, Nami, Kedah. Fokus kajian adalah untuk melihat kadar pertumbuhan semula spesies buluh semantan di dirian asal bagi tempoh 5 tahun tanpa sebarang rawatan. Ladang dirian buluh semantan semulajadi juga terdapat di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Jeli, Kelantan.


Kemudian dilaporkan jenis Buluh Siam (Thyrsostachys siemensis) telah mula diperkenalkan di Malaysia dan ditanam di Bukit Saga, Johor sekitar tahun 2000. Buluh ini sesuai untuk dijadikan bakul manakala rebungnya boleh dimakan. Selain itu dilaporkan dimana ia juga boleh digunakan sebagai hiasan landskap di samping menstabilkan tanah. Buluh yang pernah ditanam sebagai perladangan termasuklah buluh siam, tumpat, minyak, betong, brang dan beting. Kajian pembiakan buluh pula bermula pada awal 1990-an. Ia merujuk kepada teknik pembaik biak baka buluh yang boleh dikomersilkan menerusi teknik pembiakan, penjagaan di nurseri dan teknik didalam penanaman buluh untuk perladangan. FRIM juga berjaya mempelopori bidang teknologi kultur tisu, selain turut menumpukan kajian terhadap sifat fizikal dan mekanikal buluh sehinggalah kepada pembangunan produk yang bernilai tambah serta mesra alam. FRIM juga terlibat dalam kajian penanaman buluh sebagai sumber makanan haiwan Panda melalui program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda (CWCA) di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China pada tahun 2012. FRIM bertanggung jawab untuk mengkaji dan mengenal pasti spesies-spesies buluh yang sesuai sebagai sumber makanan serta kesesuaian lokasi penanaman. Benih buluh disemai di Taman Botani Kepong, FRIM sebelum ditanam di Paya Indah Wetlands, Banting pada akhir tahun 2012 hingga Mac 2013 di kawasan seluas 6.3 ha. Selain itu, FRIM juga terlibat di dalam penanaman 200 batang buluh berbagai spesies di Zoo Negara melalui kerjasama antara Zoo Negara, FRIM dan Management and Science University (MSU). Spesies buluh yang ditanam termasuklah buluh pagar, siam, betong, madu, botol dan galah. dari segi analisa ekonomi dilaporkan ada laporan kajian 
analisis potensi ekonomi bagi kawasan buluh yang terdapat di dalam dirian asal. Kawasan kajian meliputi negeri Kedah di mana hasil kajian mendapati bahawa pelaburan di dalam pengurusan ladang buluh adalah berdaya maju dan berpotensi untuk dilaksanakan jika peruntukan subsidi modal ataupun kadar pinjaman yang rendah diberikan.



Adalah penting bagi penulis blog untuk mengetahui akan sifat anatomi, kimia, fizikal dan mekanikal jenis buluh. Jadual 2 diatas menjelaskan beberapa spesis buluh tempatan setelah di analisa akan penciriannya. Laporan kajian mula melibatkan buluh pecahan (split) dan buluh bilahan (strip) seiring dengan kajian penghasilan produk komposit daripada buluh. Kajian anatomi tertumpu kepada 4 jenis spesies iaitu buluh galah, duri, gading dan semantan. Pada tahun 2019, kajian anatomi terhadap 13 spesies buluh komersial telah dijalankan. Secara amnya, buluh yang telah dikaji dikategorikan mengikut berkas vaskular. Daripada 13 spesies yang telah dikaji, buluh beting dan buluh tumpat mempunyai gentian terpanjang iaitu 4,071 μm dan 3,930 μm. Dari segi nisbah aspek (aspect ratio), 13 spesies buluh tersebut menunjukkan kesesuaian yang baik bagi penghasilan pulpa di mana nisbah aspeknya adalah melebihi 100. Manakala bagi sifat kimia pula, kajian telah dijalankan untuk melihat kandungan kimia seperti selulosa, hemiselulosa, lignin dan sebagainya. Antara spesies buluh yang telah dibuat kajian ialah seperti buluh minyak, duri, semantan, galah dan lain-lain. Ujian spektroskopik dan haba juga telah dijalankan bagi buluh beti dan brang. Selain itu, kajian sifat fizikal juga telah dijalankan seperti ketumpatan dan kandungan kelembapan. Secara amnya, ketumpatan buluh meningkat dari bahagian bawah buluh ke bahagian atas, manakala kandungan kelembapan menurun. Bagi kajian takat tepu gentian (fibre saturation point) hanya 1 spesies buluh telah dibuat kajian iaitu buluh semantan. Sifat fizikal seperti tinggi dan ketebalan batang, panjang ruas dan ketumpatan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BULUH... KURANG POPULAR DIA...
POTENSINYA ADA... KURANG DI PERCAYA...
BANYAK KAJIAN... IA SUDAH DILAKSANA...
MEMBACA  ARTIKEL... BARU TAHU CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.