Saturday, October 14, 2023

BAGAIMANA INDUSTRI TEMBAKAU MALAYSIA?

MENARIK KISAH BAGAIMANA TERKUBURNYA
industri tembakau di Malaysia untuk di jadikan satu peringatan di negara kita. Penulis blog yang berkinjung ke kawasan Tok Bali di Pasir Putih, Kelantan baru-baru ini teringat bagaimana kawasan tersebut pernah menjadi salah satu kawasan penanaman tembakau yang popular satu masa dahulu. Kini kebanyakan kawasan tersebut sudah ditanam dengan pelbagai jenis aktiviti terutama tanaman makanan tanaman seperti Tembikai, Jagung, Keledek, Labu Manis, Melon dan banyak lagi. Sudah tidak kelihatan ada kawasan penanaman tembakau yang menarik seperti foto yang dipaparkan diatas dilihat ada dikawasan tersebut dan juga di beberapa jajahan lain di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dulu ada sebuah lembaga yang mengurusan aktiviti dan industri tanaman tembakau iaitu Lembaga Tembagau Negara (LTN) yang kemudian ditukar kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LTKN) dimana kini aktiviti penanaman tembakau sudah jarang kedengaran lagi. Apa pun industri tembakau yang telah diperkenalkan pada tahun 1959 dulu memberi sumbangan yang sangat bererti kepada petani dan  sebilangan besar penaman dan pengawet tembakau di negara, namun telah terkubur pada awal kurun ke-21. Selama industri ini beroperasi penulis blog melihat dimana industri ini telah memberi manfaat kepada sebilangan besar keluarga yang terlibat terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Pernah penulis blog terlibat dengan penanaman tembakau sekita rtahun 1998 di Daerah Mersing, Johor sewaktu masih bertugas disama terutama di beberapa lokasi seperti di Endau, Mersing dengan ujud kumpulan sasaran terdiri petani di kawasan dekat pantai dan nelayan disana. Namun setelah AFTA dikuat kuasa berlaku perubahan besar kepada industri ini dan dilihat ia 'telah terkubur' iaitu dengan cara sendirinya kerana tidak dapat bersaing dengan harga daun import yang lebih rendah dari negara jiran. Dalam artikel ini saya akan cuba mengupas sumbangan industri ini kepada negara dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya. Apa pun pada penulis blog juga mendapati dimana industri tembakau iaitu semasa ‘hayatnya’ merupakan satu industri yang sangat berjaya di negara ini. Faktor utama yang menyumbang asas kepada kejayaan tersebut adalah kerana industri ini sangat berstruktur. Keseluruhan rantaian nilai industri ini dikawal selia oleh LembagaTembakau Negara (LTN) yang dibantu oleh pihak lain termasuk MARDI untuk buat pkajian berterusan terhadap tanaman tembakau dan disokong pula oleh syarikat besar antarabangsa yang beroperasi di Malaysia seperti Malaysian Tobacco Company, RJ Reynolds, Rothmans dan beberapa lagi syarikat tembakau. Kejayaan industri tembakau ini pada penulis blog masih percaya ia diperkukuhkan dengan sistem kuota yang diwajibkan kepada penanam dan pengawet. Apa pun sistem kuota ini telah berjaya untuk mengekang limpahan dari pengeluaran hasil daun awet yang berlebihan. Ujud juga sistem penggredan daun basah dan awet yang mengikut piawaian kebangsaan juga dapat mengelakkan berlaku akan ketidakstabilan harga di pasaran. Harga untuk daun awet gred premium mencapai hampir RM19.00/kg dan yang paling rendah ditawarkan harga sekitar RM2.00/kg. Daun awet yang ditawarkan untuk jualan pula telah dibeli sepenuhnya oleh syarikat-syarikat rokok yang beroperasi di negara ini. Dalam kes lain didapati dimana pengamalan konsep atau struktur yang diamalkan dalam industri tembakau yang telah terkubur ini dijangka dapat membantu industri lain yangman ia  belum dibangunkan sepenuhnya seperti herba. Apabila struktur seperti dalam industri tembakau dipraktikkan kepada industri herba maka berkemungkinan yang industri herba negara dijangka akan lebih berjaya dan boleh mengelakkan limpahan bahan mentah seperti serai, mas cotek, stevia, kacip fatimah, hempedu bumi, tongkat ali, merunggai, roselle, belalai gajah,mengkudu, dokong anak dan lain-lain yang pernah dialami suatu masa dahulu. Projek herba dibawah EPP1 atau Projek Herba Bernilai Tinggi mempunyai 18 jenis herba yang dikenalpasti. Bagaimana pun penulis blog melihat projek EPP1 ini seakan gagal dilaksanakan. Apa pun dalan industri ini diantara impak besar kejayaan industri tembakau negara yang berstruktur dengan agihan kuota, sistem penggredan serta sokongan daripada syarikat peneraju apabila diamalkan untuk industri lain termasuk herba, dijangka boleh memacu kejayaan ke tahap yang lebih tinggi. Artikel pada subuh inii dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas semula kisah dan fakta mengenai bagaimana industri tembakau di Malaysia masakini sebagai bahan rujukkan semua.


Menarik laporan terbaru dari WHO pada Jun 2-23 dimana 'WHO gesa henti tanaman tembakau' untuk di kongsikan dengan pembaca blog semua. Berita dari Geneva ini melaporkan dimana laporan oleh 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara-negara seluruh dunia agar menghentikan subsidi penanaman tembakau dan sebaliknya, membantu petani menanam tanaman makanan seperti yang dillaporkan oleh akhbar Saudi Gazette.  Kenyataan itu telah pun dikeluarkan menjelang sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada Mei 2023 dan ia dibuat ketika kira-kira lapan juta penduduk dunia mati akibat sebab-sebab berkaitan tembakau di samping krisis kelaparan yang terus merebak di seluruh dunia.  Menurut WHO dimana ada sebanyak 3.2 juta hektar tanah subur di 124 buah negara digunakan untuk menanam tembakau yang boleh membawa maut walaupun ia berada di lokasi yang didiami oleh ramai penduduk yang menghadapi masalah kelaparan. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus nyatakan kerajaan di seluruh dunia berbelanja wang berjuta-juta untuk terus menyokong penanaman ladang tembakau. Sebaliknya jika sekiranya mereka memilih untuk menanam tanaman makanan, ia dapat membantu dunia mengutamakan kesihatan, memelihara ekosistem dan mengukuhkan keselamatan makanan untuk semua penduduk dunia. Dalam laporan terbaharu WHO bertajuk ‘Tanam tanaman makanan, bukan tembakau’ mendedahkan bahawa seramai 349 juta orang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan akut dengan mana ia kebanyakannya terdiri daripada kira-kira 30 negara Afrika. Aktiviti penanaman tembakau telah meningkat sebanyak 15 peratus dalam dekad yang lalu di benua Afrika. Dilaporkan dimana terkini sembilan daripada 10 penanam tembakau terbesar di dunia adalah negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Semasa bercakap kepada pemberita di Geneva dimana Pengarah Promosi Kesihatan WHO, Dr. Rudiger Krech menegaskan, fakta yang mengatakan tembakau penting dari segi ekonomi adalah mitos yang perlu dihapuskan dengan segera. Beliau berkata dimana tanaman itu hanya menyumbang kurang satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) di kebanyakan negara penanam tembakau dengan keuntungannya disalurkan kepada pengeluar rokok utama dunia.


Sebenarnya penulis blog pernah terlibat dengan skim projek tanaman gantian tembakau kepada tanaman makanan semasa bertugas dahulu dengan Jabatan Pertanian Malaysia iaitu dibawah Program PEGT (Projek Ekonomi Gantian Tembakau). Peruntukkan pembangunan melalui Bahagan Hortikultir sebanyak RM3 juta setiap tahun diberikan untuk penanam tembakau bagi menggantikan kepada tanaman makanan seperti sayur-sayuran, tanaman kontan dan sebagainya. Saya ada menulis laporan kajian impak projek ini dalam blog sama dan boleh di akses dengan pautan berikut (Sila klik disini). 
Seramai 505 penanam tembakau didalam senarai LKTN diserahkan namanya kepada Jabatan Pertanian untuk dilaksanakan projek intergrasi tanaman bukan tembakau melibatkan keluasan sebanyak 716 hektar diseluruh negara. Pecahan mengikut negeri dimana paling ramai di Kelantan (236 orang seluas 249 hektar), Terengganu (110 orang seluas 239 ha), Kedah (79 orang seluas 103 hektar), Perlis (37 orang seluas 52 ha), Melaka (27 orang seluas 65 ha) dan Pahang (16 orang seluas 8 ha) dari Jabatan Pertanian (Sumber: Laporan Kajian Program PEGT, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Tanaman Tembakau memang tradisinya popular dibeberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan purata keluasan tanaman sekitar 1.4 ha seorang dan purata umur peserta projek sekitar 57 tahun. Dalam portal utusan.com dengan pada Julai 2022 ada kisah yang bertajuk 'Tanaman tembakau di Kelantan, Terengganu diganti jagung' berkait dengan tajuk ini. Kisah dari Pasir Mas, Kelantan ini laporkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dalam perancangan menggantikan tanaman tembakau di Kelantan dan Terengganu dengan jagung bijirin dalam masa terdekat. Dilaporkan tanah tanaman tembakau di kedua-dua negeri itu yang dianggarkan seluas 12,140 hektar akan dijadikan sebagai projek tanaman jagung bijirin. Pihak Nafas sedang mengenal pasti status tanah itu sama ada ia milik kerajaan negeri atau ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebelum projek tanaman jagung diusahakan dimana Nafas sudah mengenal pasti beberapa syarikat luar yang mahu melabur untuk projek tanaman jagung bijiran di kedua-dua negeri ini secara besar-besaran. Apa pun kesemua tanah seluas 12,140 hektar yang merupakan lokasi tanaman tembakau di Kelantan dan Terengganu akan diguna semula bagi tanaman jagung bijiran. Daerah terlibat dengan projek itu antaranya Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan manakala di Besut bagi negeri Terengganu. Kertas kerja projek tersebut sudah di peringkat akhir. Mereka yakin projek ini mampu dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap import jagung bijiran yang mencecah RM6 bilion setahun. Ia juga mampu menyelamatkan pertukaran mata wang asing, memberi peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan ahli PPK. 


Berlainan pula dengan laporan dalam sinarharian.com bertajuk 'Tekad Tanam Tembakau' di Bachok, Kelantan.
Dilaporkan walaupun penanaman tembakau dihentikan sejak 19 tahun lalu dan digantikan dengan penanaman kenaf terkini ada sebahagian penanam asal tembakau di Bachok tidak 'menutup buku' dan meneruskannya sehingga ke hari ini.  Dilaporkan sehingga 2020 daripada 26 penanam tembakau membabitkan kawasan seluas 30 hektar tahun 2014 dimana ia meningkat kepada 92 penanam tahun 2019 dengan jumlah keluasan 135 hektar. Dengan pengeluaran kira-kira 99,405 kilogram bernilai RM1.9 juta tahun lepas, tembakau dilihat sebagai projek pertanian paling ekonomik di kawasan tanah beris di Bachok. Kini terdapat beberapa pengilang yang membeli daun tembakau penduduk dan menjualnya terus kepada syarikat. bagi sebuah pengilang di Pantai Damat iaitu Ibrahim Tobbaco mendapatkan bekalan daun tembakau daripada 20 penanam untuk menghasilkan daun kering dan daun proses. Pengurusnya Norhasmida Ibrahim berkata dimana daun tembakau hijau dibeli dengan harga dari RM0.80 sehingga RM1.20 sekilogram. Syarikatnya menyediakan pinjaman kepada penanam yang tidak mempunyai modal permulaan. Terkini kos setiap 0.46 hektar yang mengandungi 6,000 pokok kira-kira RM1,000 atau sekurang-kurangnya setiap pokok menjana pulangan RM1. Ini bermakna tembakau hijau menjana pendapatan lebih lumayan berbanding tanaman lain. Menurut Norhasmida dimana kilangnya memberi peluang kerja kepada sembilan penduduk untuk kerja-kerja membuang tulang belakang daun, menyusun, menjemur, memesin dan membungkus. Bagi seorang pengusaha iaitu Jali Mat Nor (64) dimana dia menanam 10,000 pokok tembakau virginia yang mana hasilnya dijual kepada syarikat pengeluar produk shisha di Lembah Kelang (Sila lihat foto disebelah). Dia dibantu oleh beberapa pekerja mengilas dan mengawet daun tembakau sebagaimana yang dilakukannya tahun 70-an lagi. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah, kos pembajakan, baja dan racun sangat tinggi yang menyebabkan pengusaha kecil berisiko gulung tikar. Kini dengan adanya konsep Penanam Pengawet Individu (PPI) yang diperkenalkan Lembaga Tembakau Negara suatu ketika dahulu wajar dihidupkan semula dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) terus membantu penanam. Apabila kerajaan sudah tidak membantu maka penduduk yang kekurangan modal boleh mengusahakannya dan penanam memerlukan subsidi dan tidak mahu menjadi mangsa orang tengah. Berbeza dengan cara menanam tembakau masa ini yang dulu ada subsidi tetapi sekarang tiada bantuan lagi jika dimana risikonya jika tanaman musnah akibat bencana alam maka rugilah penanamnya. Bagi penulis blog memang terus menyokong agar tembakau tidak lagi diberikan bantuan selaras dengan saranan WHO diseluruh dunia. Merokok membahayakan kesihatan!. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM TEMBAKAU...LAMA DI HENTIKAN....
DI GANTIKAN PULA... TANAMAN MAKANAN...
SIAPA MEROKOK... BAHAYAKAN KESIHATAN...
ADA MASIH MENANAM...CARA SENDIRIAN?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1208, Tok Aman Nali Beach Resort,
Pasir Putih, Kelantan,
Malaysia.
(23 Rabiulawal 1445H).
Posted from
Taman Cendana, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.