Dilaporkan fakta bagaimana walau pun 'Cantik dipandang, udang lipan kini jadi haiwan hiasan akan tetapi awas, kalau bergaduh kaca akuarium pun boleh pecah!' memang menarik dikongsikan. Memang kecantikan mantis shrimp pasti mengagumkan sesiapa sahaja (Sila lihat foto disebelah). Pada kebiasaannya udang lipan atau 'mantis shrimp' dijadikan hidangan istimewa kerana rasanya yang manis dan lebih sedap jika dibandingkan dengan udang biasa mahupun ketam. Namun jika melihat spesies lain bagi kategori udang lipan maka sudah pastinya anda akan berfikir beberapa kali sebelum menikmatinya. Mana tidaknya apabila kini terdapat kira-kira 450 spesis mantis shrimp yang dijumpai dan kebanyakannya mempunyai warna-warna yang cantik serta pelbagai saiz mahupun bentuk. Spesies yang sering dijadikan hidangan adalah white mantis shrimp kerana ia hanya berwarna putih dan jernih serta mudah dijumpai di perairan Malaysia. Selain warna yang memukau dimana bentuk uniknya membuatkan penghobi leka. Bagi kategori 'rare' seperti parasquilla serussaca mahupun peacock mantis shrimp pula yang mana ia hanya terdapat di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Mereka yang ingin memilikinya perlu mengimport haiwan tersebut dari negara terlibat. Menurut pemilik syarikat MalayaExoticPets, Muhammad Luqman Hakim Bin Abdul Halim dimana spesis mantis shrimp yang paling popular dijadikan haiwan hiasan di Malaysia adalah peacock mantis shrimp kerana mempunyai pelbagai gabungan warna termasuk biru, hijau dan merah. Cara penjagaannya juga senang dan simple selain tidak mudah mati kerana ia sejenis haiwan yang tahan lasak serta 'ganas' iaitu yang penting kena jaga tahap amonia dan tahap kemasinan dalam air. Penting bagi airnya juga tidak perlu tukar dalam kadar yang tinggi iaitu hanya 30 peratus daripada saiz bekas dalam masa satu minggu sekali. Ia juga boleh dibela bersama haiwan lain di dalam akuarium kecuali spesies kerang atau tiram kerana itu adalah makanannya. Yang penting haiwan yang ingin diletakkan bersama mestilah daripada akuatik marin laut. Selain unik dan berwarna-warni, tabiat haiwan ini juga membuatkan peminatnya leka. Iyalah, ia akan menumbuk cengkerang siput bagi mendapatkan isi yang merupakan makanannya. Sebagai pengumpul dan penternak peacock mantis shrimp, Luqman mengakui ia sukar untuk diperoleh malah katanya, dia sering kehabisan stok kerana permintaan terhadap haiwan hiasan itu semakin meningkat. Haiwan ini boleh membesar sehingga tujuh inci dan harga jualan pula bergantung kepada jenis dan saiz yang mana paling murah bernilai RM80. Bagi penggemar mantis shrimp, mereka dinasihatkan supaya hanya membela seekor sahaja dalam satu-satu masa kerana haiwan tersebut cenderung untuk bergaduh kerana berebut ruang. Ia juga berupaya untuk ia memecahkan kaca akuarium menerusi 'tumbukan' kerana mempunyai dua senjata utama iaitu tumbukan dan cakaran.
Kisah bagaimana '1,000 bekas bubur lambuk udang lipan jadi rebutan penduduk di Kuala Perlis' memang menarik dikongsikan. Kisah ini dimana orang di Kuala Perlis tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bubur lambuk udang lipan atau lebih dikenali dengan nama kanji udang lipan dalam kalangan penduduk tempatan yang diagihkan secara percuma di Kampung Tengah disini. Ada sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada penduduk di Dewan Orang Ramai Kampung Tengah bermula pukul 4.30 petang. Bagi seorang penduduk Beseri Syamil Mohamad dakwa dia yang mahu ke rumah sepupunya singgah di dewan tersebut selepas melihat ada program pengedaran bubur lambuk percuma. Dia teruja kerana telah dimaklumkan bahawa penganjur mengedarkan bubur lambuk udang lipan yang menjadi juadah popular di sini pada bulan Ramadan. Penduduk kampung teruja untuk mendapatkan bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi tradisi turun-temurun selain menggunakan beras bermutu tinggi yang disumbangkan oleh Beras Era. Syamil berterima kasih kepada penganjur program iaitu Beras Era dan syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. serta penduduk kampung yang bergotong-royong memasak juadah berkenaan. Penduduk Kampung Baru dakwa mereka sangat menggemari bubur lambuk yang disediakan mengikut resepi tradisi turun-temurun penduduk di situ. Bubur lambuk ini lengkap dengan rasanya yang berlemak selain rasa ‘manis’ tanda udang lipan tersebut masih segar. Bagi seorang tukang masak, Abdul Aziz Salleh (57) dakwa beras Era yang digunakan sangat berkualiti kerana tekstur bubur lambuk yang siap dimasak dalam keadaan elok dan tidak hancur. Mereka akan masak tiga periuk bubur lambuk dalam masa kira-kira dua jam sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar.
Portal nstp.com pula lsporkan fakta iaitu bagaimana 'Resipi istimewa tiga generasi' sesuai dikongsikan berasaskan kepada makanan laun di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar. Sebaik melangkah ke Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini pelbagai aroma juadah berbuka puasa menerjah ke hidung. Antara aroma yang menaikkan selera adalah dari gerai milik Muhd Irwan Hazwan Abdul Aziz (33) yang menyediakan makanan laut bakar. Adunan resipi perencah tiga generasi yang diwarisi peniaga itu ternyata membuka pintu rezeki kepadanya sepanjang Ramadan ini. Setiap tahun sambutan menggalakkan walaupun berlaku kenaikan harga barang dan cuaca yang tidak menentu pada petang. Setiap hari dia memerlukan hampir 150 kilogram kerang, kepah, lala dan udang lipan serta ketam yang dibakar dengan menggunakan empat kuali dan semuanya habis jam 7 malam. Dia yang dibantu tiga pekerja mengekalkan harga sama seperti tahun lalu iaitu RM8 untuk menu bakar biasa manakala RM15 bagi set 'shell out'. Bagaimana pun pada penulis blog diantara resepi kegemaran untuk masakan dengan udang lipan atau udang ketak ini adalah Masak Sabal. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah 1 Kg Udang Lipan atau Udang Mantis yang perlu disiang dahulu dan kemudian ia perlu diperap dengan garam dan kunyit, 3 biji cili kering, 6 helai daun kari, 1/2 sudu kecil jintan manis (yang mana ia belum dikisar), 3 biji bawang putih ditumbuk, sedikit halia ditumbuk dan juga disediakan sedikit air asam jawa. Sebaiknya udang lipan yang dibersihkan perlu digoreng sehingga masak dan kemudian diketepikan kemudian. Seterusnya adalah menumis cili kering dan ketepikan. Langkah berikutnya adalah menumis daun kari dan jintan manis. Apabila sudah garing kemudian maka bolehlah dimasukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi selepas itu. Langkah seterusnya adalah memasukkan udang dan gaul biar sebati dan naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa dan sebatikannya. Masak dengan api sederhana sehingga air asam jawa menjadi pekat. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.