SATU TINJAUAN INDUSTRI NANAS telah dapat saya dan rombongan LPNM ke Kota Prabumulih, Sumatra Selatan, Indonesia daripada 5 - 9 September 2023. Rombongan seramai 14 orang ini diterajui oleh Pengerusi LPNM iaitu Tn Hj Seikh Umar yang mana bertujuan untuk membuat tinjauan potensi kerjasama didalam memajukan aspek pengurusan sisa tanaman nanas terutama didalam pembangunan benang nanas dari daun nanas. Penulis blog dapati tinjauan ini yang mendapat sambutan terbaik dari Koperasi atau P.T Miwa dan Walikota, Wakil Walikota serta penanam nanas Prabumulih memang amat membanggakan. Aktiviti penanaman nanas di Prabumulih adalah merupakan tanaman selingan dengan getah atau kelapa sawit yang diberi keutamaan. Terdapat lebih daripada 400 hektar tanaman nanas varieti Prabumulih secara monokrop yang berdekatan di sini dimana kebanyakannya adalah di tanam sebagai tanaman selingan dibawah tanaman pokok getah dan kelapa sawit. Berbanding dengan kawasan Kota Lampong juga di dalam Propinsi Sumatra Selatan yang menanam nanas secara perladangan untuk pasaran buah nanas segar dan untuk di kalengkan. Perjalanan jauh ini ke Palembang mengambil masa sehari dimana terpaksa melalui Jakarta dahulu kerana sudah tidak ada penerbangan terus dari KLIA ke Palembang seperti dahulu. Merujuk kepada laporan FAOStats pada tahun 2022 dilaporkan negara FIlipina adalah pengeluar utama nanas dunia dengan jumlah sebanyak 2.7 juta metrik tan setahun diikuti dengan Costa Rica (2.6 juta mt), Brazil (2.5 juta mt), Indonesia (2.4 juta mt), China (2.2 juta mt), India (1.68 juta mt), Thailand (1.5 juta mt), Nigeria (1.5 juta mt), Mexico (1.2 juta mt) dan juga yang ke 10 adalah Colombia (882.6k mt). Dilaporkan di mana pada tahun 200 sebanyak 27.77 juta metrik tan buah nanas segar telah dikeluarkan diseluruh dunia dengan nilai USD 2.49 billion (RM11.50 billion). Dilaporkan negara pengeluar (penanam) pengeksport buah nanas segar utama adala Filipina dan negara pengimport utama ada Amerika Syarikat (USA). Dilihat dimana Malaysia cuma berada di kedudukkan ke 22 dialam senarai pengeluar nanas dunia. Nanas di Indonesia adalah merupakan salah satu industri tanaman yang memiliki nilai ekonomi tinggi untuk pasaran domestik dan eksport. Apa pun pengeluaran nanas pada 2022 mencapai 3.2 juta metrik tan atau naik 10.1% dari tahun sebelumnya 2021 dan trend inijuga menyebabkan jumlah eksport nanas juga turun. Ada laporan dimana jumlah tanaman nanas yang menghasilkan buah pada tahun 2022 mencapai 610.05 juta pokok atau rumpun iaitu berlaku kenaikan sekitar 2.18% (13 juta rumpun) dari tahun 2021. Provinsi dengan pengeluaran nanas terbesar adalah Lampung, Sumatera Selatan dan Jawa Timur. Apa pun di Lampung yang hasilkan sekitar 26.9% dari pengeluaraan nasional mencapai 861,700 metrik tan dan ia adalah tanaman yang menghasilkan sebanyak 226.72 juta pokok. Nilai eksport nanas pada 2022 mencapai USD332.15 juta (RM1,553.3 juta) iaitu menurun sekitar 1.4% dari tahun 2021. Kini dilaporkan dimana negara sasaran eksport nanas segar dan produk proses nanas Indonesia adalah seperti USA (USD87.0 juta atau 68.25 ribu mt), Belanda (USD43.4 dan Spanyol (USD 31.76 juta. Antara isu penanaman nanas di Indonesia adalah mengenai kualiti buah agak tidak menepati kualiti dimana kekurangan teknologi dan kurang pembajaan akibat dari kenaikan kos bahan input. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai hasil tinjauan teknologi ke Sumatera Selatan khususnya di Prabumulih untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan semua.
Merujuk kepada penerangnan oleh Walikota Prabumulih di pejabatnya iaitu Ir H Ridho Yahya dan Ketua Kantor Dinas Pertanian ada menyatakan dimana Kota Prabumulih merupakan kota yang mana ia terletak di Sumatera Selatan iaitu dengan lokasinya berbatasan dengan Kabupaten Muara Enim di sebelah timur, selatan dan barat sedangkan di sebelah utara berbatasan dengan Kabupaten Penukai Abab Lematang Ilir. Jarak antara Palembang dengan Kota Prabumulih kurang lebih 90 km diman perjalanan dengan lebuhraya bertol menempuh waktu sekitar dua jam lebih. Kota Prabumulih adalah kota terbesar ketiga di Sumatera Selatan setelah Palembang dan Lubuk Linggau. Kota ini juga terbahagi menjadi enam kecamatan iaitu Cambai, Prabumulih Barat, Prabumulih Selatan, Prabumulih Timur, Prabumulih Utara, dan Rambang Kapak Tengah. Kawasan ini apa yang dilaporkan walikota adalah 'Penghasil nanas yang Termanis' di Indonesia iaitu Varieti Prabumulih yang ditanam diatas tanah mineral serta sebagai tanaman selingan dengan getah dan kelapa sawit. Dilaporkan tahap rasa manis yang unik dengan ukuran sekitar 13 brix (Guna Refractometer). Terkini mereka laporkan keluasan tanamn nanas di sini sumber dari Dinas Pertanian Kota Prabumulih laporkan ada seluas 400 hektar nanas yang tersebar terutama di kawasan Kecamatan Prabumulih Timur, Cambai dan Rambang Tapak Tengah. Luas pertanaman nanas di Kota Prabumulih mencapai 400 hektar ini meluas ditanam di Kecamatan Prabumulih Timur, Cambai dan Rambang Tapak Tengah. Penanaman nanas varieti tempatan di tanah mineral masih dilakukan pada kawasan kebun sama ada dalam bentuk kebun campuran atau tanaman nanas monokrop. Nanas ini banyak diushakan adalah dari jenis Queen (daun berduri) dimana potensi hasilnya sekitar 30 metrik tan/ha. Dilaporkan pada tahun 1970an dimmana Prabumulih merupakan pengeluar terbesar buah nanas di Indonesia. Hasil tuaian masa itu melimpah sehingga bukan hanya dipasarkan di Sumatera sahaja tetapi sehingga ke Pulau Jawa. Bagaimana pun kini Varieti Nanas Prabumulih ini sudah banyak dijual sebagai nanas segar dimana sudah ada aktiviti memproses daun nanas menjadi benang dan pelbagai produk berasaskan benang nanas. Kini buah nanas bukan sahaja dijadikan jem nanas (selai nanas) akan tetapi ia juga dibuat jus minuman, kerepek dan pelbagai produk makanan lain.
Laporan akhbar tempatan oleh Dian.com bertajuk 'Benang Serat Nanas dari Prabumulih Dilirik Perindustrian Malaysia' menarik untuk dikongsikan. Kisah ini menyatakan dimana di Kota Prabumulih terdapat berpuluh-puluh Usahawan Mikro Kecil Menengah (UMKM) dari berbagai kecamatan di Kota Prabumulih menjajakan serba-serbi olahan nanas pada acara Kunjungan Kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia. Dilihat banyak sekali olahan yang terbuat daripada nanas, makanan, pakaian, kue dan masih banyak lagi yang semua terbuat dari nanas. Ada pakaian seperti gaun yang terbuat dari benang nanas, pakaian yang terbuat dari pewarna serat daun nanas, keripik nanas, keripik daun kelor dan lainnya. Bagi Wali Kota Prabumulih, Ir H Ridho Yahya yang memang ada menyebutkan dimana nanas di Kota Prabumulih tidak hanya dijual dalam bentuk buah malahan ia kini sudah pun di proses menjadi pelbagai jenis olahan yang dilakukan oleh masyarakat lokal. Kini sudah ada produk seperti bahulu nanas dan juga produk pakaian dari benang nanas dan lainnya. Beliau dakwa sudah mengeksport benang nanas ke PT Nextevo Singapura dan sekarang ini ada kedatangan tamu dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia. Pihaknya berharap boleh menjalin kerjasama erat dengan Malaysia khususnya Johor. Kedatangan rombongan LPNM ini benar-benar saling berbagi khususnya pemanfaatan nanas ini sehingga bisa (boleh) meningkatkan ekonomi kepada masyarakat. Dilaporkan YBrs Tuan Haji Sheikh Umar Bagharib bin Ali selaku Pengerusi LPNM dari Kementerian Malaysia mengakui memang sengaja datang ke Prabumulih untuk melihat industri nanas khususnya industri hiliran dengan dakwa di Malaysia yang sudah biasa dengan buah nanas agak tertarik dengan pembuatan benang nanas di Kota Prabumulih. Rombongan Malaysia ini mendengarkan paparan Wali Kota Prabumulih di ruang rapat lantai I Pemkot Prabumulih dan mengunjungi kebun nanas sekaligus cara pengolahan daun serat nanas menjadi benang di kebun nanas di Desa Pangkul.
Dalam portal tempatan lain dilaporkan 'Nanas Prabumulih “Dilirik” Negeri Jiran Malaysia' juga sesuai dikongsikan. Media ini laporkan akan ada dan bakal wujud jalinan kerjasama antara pihak LPNM denganKota Prabumulih didalam industri Hilir Nanas dan pengolahan serat dari daun nanas menjadi benang. Ia berlaku setelah Kota Prabumulih telah dilaporkan menerima kunjungan kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada Rabu (6/9/2023). Bertempat di ruang rapat lantai I Pemkot Prabumulih, tim disambut Wali Kota Prabumulih Ir H Ridho Yahya MM dan Wakil Wali Kota Prabumulih H Andriansyah Fikri SH beserta kepala OPD, Camat dan Lurah. Usai mendengarkan paparan dan program kerja Pemkot Prabumulih, tim kemudian diajak mengunjungi kebun nanas sekaligus tempat budidaya nanas di Desa Pangkul, Kecamatan Cambai, Kota Prabumulih. Apa pun hamparan kebun nanas yang luas dan bisa mencicipi langsung buah nanas yang manis khas kota Prabumulih, Tim ini juga melihat langsung proses budidaya serat daun nanas yang diolah menjadi benang. Bertolak ke Pendopoan Rumah Dinas, sudah ada puluhan UMKM (Usaha Mikro Kecil Menengah) perwakilan setiap Kecamatan yang menampilkan hasil produknya, kebanyakan berbahan dasar nanas dan olahan nanas, salah-satunya baju serat daun nanas dan baju dengan pewarna limbah nanas. YBrs Tuan Haji Sheikh Umar Bagharib bin Ali, Ketua LPNM Kementerian Malaysia mengaku sengaja datang ke Prabumulih untuk melihat industri nanas khususnya industri hilir. Malaysia memang sudah biasa dengan buah nanas akan tetapi amat tertarik dengan teknik pembuatan benang nanas di kota Prabumulih. Pihaknya sudah melihat bagaimana proses pembuatan benang nanas sekaligus akan menjalin kerjasama antara Malaysia dan Prabumulih khususnya di Provinsi Sumatera Selatan tentang produk nanas di Malaysia dan juga akan dimanfaatkan di Indonesia. Pihaknya sengaja memilih kota Prabumulih karena mendapati bahwa ekspor nanas di Indonesia banyak berasal dari Sumsel dan salah-satunya dari kota Prabumulih. “Kita juga pernah beberapa kali mendapatkan kunjungan dari Indonesia dan kita melakukan kunjungan balasan untuk belajar lebih terperinci lagi dan melihat prospek yang ada di Indonesia. Setelah melakukan kunjungan, dia mengatakan ada kekuatan dan kekurangan penanaman nanas di Malaysia. Dilaporkan di Prabumulih rombingan melihat kekuatannya adalah dari segi produksi hiliran mulai dari penanaman sehingga mendapatkan buah dan hasil nya itu diolah dan disini kita lihat dari Malaysia bisa belajar di Indonesia seperti produk nanas diolah menjadi benang. Kini dengan hasil karya tersebut maka tentunya Negara Malaysia bisa belajar ke Indonesia untuk produksi Nanas. Dibincang apa yang di Malaysia boleh belajar daripada Indonesia, antaranya produk daripada serat daun nanas dibuat menjadi benang untuk dibuat berbagai produk. Kerjasama seperti apa yang nantinya akan dilakukan? Sheikh Umar menuturkan pihaknya masih akan melihat perkembangan kedepan, namun tentunya akan berupaya untuk memajukan industri Nanas. Bentuk kerjasama yang boleh (bisa) dilakukan untuk sama-sama bekerja sama untuk industri nanas akan diusahakan. Pada penulis blog perlu ada tindakan lanjutan hasil kunjungan ini terutama bagaimana pemindahan teknologi memproses dun nanas serta potensi mendapatkan bahan mentah benng nanas serta produk akhirnya untuk di pasarkan secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA TEKNOLOGI... BENANG NANASNYA...
POTENSI BAIK... PELBAGAI PRODUKNYA....
SUDAH DIJALIN ...POTENSI KERJASAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Toom 122, Favehotel, Prabumulih,
Sumatera Selatan,
Indonesia.
(24 Safar 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.