Wednesday, September 13, 2023

MAKANAN KUIH DARI UBI KAYU (PART 4)

TANAMAN UBI KAYU
 (Manihot esculenta Crantz) tanaman jenis umbisi yang mana umbisi dan daunnya sudah lama ia    di tanam untuk dijadikanan makanan penting dikalangan masyarakat Malaysia sejak turun temurun. Ada banyak jenis makanan yang di cipta oleh orang dulu untuk dinikmati dan masih ada dikekalkan sehingga hari ini dimana makanan ini sudah menjadi makanan eksotik dan unik. Hanya sebahagian kecil sahaja individu dan restoren yang masih menyediakan makanan berasaskan ubi kayu sekarang. Tanaman ubi kayu ini selalu 
ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu dalam Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya adalah dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu direkodkan seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar yang mampu menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel sebanyak 5 segmen ini ditulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa resepi makanan atau kuliner yang semua berasaskan kepada ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(11)   LEPAT UBI KAYU
Makanan Lepat Unikayu atau ada yang memanggilnya sebagai Belebat Ubukayu atau dikampong saya digelar sebagai 'Lemet Ubi' merupakan sejenis kuih tradisional yang selalu dihidangkan dalam majlsi jamuan. Penulis blog amat suka makan kuih ini kerana ia enak dan memang mengenyangkan. Makanan ini mudah membuatnya dan memang sering juga penulis blog membuatnya dirumah apabila teringin tetapi sebenarnya ia mudah diperolehi dari pasar malam, pasar tani gerai makan dan juga ada kala ia dihidangkan di hotel. Bagi membuatnya sendiri dirumah perlukan bahan terdiri daripada 
350 gm ubi kayu yang perlu di parut, 125 ml santan pekat,  gula merah secukup rasa, secubit garam, daun pisang untuk kegunaan membungkus dan juga sedikit minyak masak. Bagi tujuan ini cara menyediakannya adalah dengan mengambil ubi kayu dan dibuang kuitnya,, dicuci dan kemudian ia mesti diparut atau disagat. Kemudian ubi yang diparut perlu ia diperah airnya dan ketepikan. Seterusnya dicampurkan pula dengan gula merah yang telah dicairkan. Pada penulis blog dimana jika suka boleh dicampurkan sedikit gula pasir untuk menambahkan kemanisannya. Masukkan juga garam dan adunan tersebut digaul rata. Bahan daun pisang perlu ia dilayur dan disapukan dengan sedikit minyak. Seterusnya adalah dengan gunakan sudu maka sedikit adunan di letakkan didalam daun pisang kemudian perlu dilipat kemas. Akhir sekali adalah mengukus lepat tersebut didalam kukus yang airnya mendidih untuk selama 20 - 30 minit sebelum diangkat dan ditoskan dan disejukkan. Sedia untuk dimakan semasa suam panas.


(12)   PENGAT UBI TRADISIONAL 
Makanan tradisional pengat ubi dan campuran adalah sejenis makanan yang popular di banyak negeri semanjak dahulu. Selain dari ia enak dimakan sebaliknya mampu memberikan tenaga yang banyak. Makanan ini pada penulis blog enak dimakan semasa suam panas lagi selepas memasaknya. 
Bahan-bahan yang diperlukan adalah ubi kayu dalam beberapa potong (mungkin dalam tujuh potong saiz dua inci bagi setiap satu potong, cukup untuk dimakan satu keluarga), santan kelapa dalam RM6 (lagi pekat lagi sedap), 3 kerek Gula Melaka (Nise) dan dalam lima enam sudu gula iaitu ia bergantung kepada tahap kemanisan yaang diingini, 2 helai daun pandan dan juga secubit garam. Cara-cara membuatnya dengan mengupas ubi kayu dibasuk dan dipotong kecil ikut saiz yang diingini. Dirumah penulis blog suka potong empat sahaja seketul ubi yang saiznya dalam satu inci seketul. Walau pun begitu boleh juga yang suka potong kecil-kecil agar senang dimakan. Basuh bersih dan rebuskan ubikayu sehingga empuk kan ubi kayu ini. Sebaiknya paras air masa merebus tidak boleh dimasuk banyak iaitu dalam 1/4 periuk sahaja dan elakkan ubi tenggelam tapi perlu dikawal api. Periuk mesti ditutup dan dilihat agar kalau nampak air hampir kering dan ubi masih belum empuk perlu ditambah air sedikit. Bila ubi sudah empuk maka bolehlah masukkan santan dan dipastikan agar santan tidak terlalu pekat dan tidak cair. Seterusnya dimasukkan gula melaka secukup rasa dan garam dan kawal api agar jangan terlalu besar. Masukkan daun pandan yang telah disimpul bagi menambahkan aroma pengat ini. Akhir sekali apabila sudah menggelegak ia sudah boleh diangkat dan dihidangkan untuk dinikmati.


(13)   UBIKAYU BERKARI
Makanan ini merupakan sejenis kuliner yang enak dimakan dan mudah proses menyediakannya sendiri. Penulis blog tidak asing dengan makanan ini kerana dahulu keluarga dikampong memang sering juga menyediakan makanan ini. Ia enak dimakan semasa suam panas terutama ketika musim hujan atau semasa kampong dilanda banjir dan tanaman ubi kayu perlu dicabut cepat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah terdiri daripada ubi kayu (1 kg) yang di potong isinya sepanjang 2 inci dan kemudian ia di rebus ubi bersama sedikit garam. Lihat dimana setelah ubi ini lembut (merkah) maka boleh di tutup api dan buangkn air (toskan). Asingkan dimana apabila telah sejuk sesuai jika di potong bentuk seperti 'kentang wedges'. Ia boleh dijadikan ubi kari selepas direbus tetapi selalunya ia akan di goreng sekadar ubah warna ubi tersebut keras sedikit. Bagi bahan sira perlu disediakan bawang merah, bawang putih, segenggam ikan bilis yang dikisar halus, rempah kari, sedikit cili kering giling yang di blender. Kesemua bahan itu perlu ditumis dengan menambahkan sedikit garam dan gula. Seterusnya dalam kuali sama di masukkan ubikayu tadi yang telah digoreng dan digau rata sehingga ia sebali. Apabil sudah sebalti dimatikan api dan diangkat untuk dihidangkan. 
Artikel ini ditulis dalam 5 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM UBI KAYU... MUDAH SAHAJA....
UBI DICABUT... DIBUANG KULITNYA...
PELBAGAI KUIH... ENAK KESEMUANYA...
KALAU TERINGIN... KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.