HUTAN (Forest) adalah merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang luas dimana ia masih kekal dijaga dengan baik sehingga kini. Penulis blog merujuk kepada perkataan 'hutan' itu sendiri dimana ia adalah merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu didalanya berdiri banyak pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok, di seluruh komuniti terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok dan juga dimana seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi dimana ia juga termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Penting untuk mengetahui akan apakan dia makna 'hutan hujan' agar ia mudah difahami. Hutan hujan adalah sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Seterusnya dijelaskan maksud 'Hutan Hujan Tropika' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ' Tropical Rainforest' iaitu ia merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon inter-tropika. Lokasi hutan hujan tropika berada di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Dilaporkan dimana struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Hutan di Malaysia merupakan satu aset negara yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan juga kelestarian alam sekitar. Menjaga hutan merupakan satu perkara penting dijalankan oleh kerajaan dimana perlu ada akta dan kawalan berkaitan hutan untuk generasi akan datang. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat bagaimana kepentingan hutan terutama di negara Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama . Ini diimbangi oleh pernafasan (respirasi) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi. Apa pun jika berlaku pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan bagi karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah dalam pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi dalam pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung ianya dapat mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah hijau. Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembabkan serta ia akan menyamankan udara. Selain itu juga dilaporkan dimana hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi. Ini ada kaitan memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan. Contohnya, hutan mampu memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara dan menyimpannya di dalam tanah. Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah . Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika. Antara isu kini termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti Pokok Manggis (Garcinia mangostana) dan Pokok Rambutan (Nephelium lappaceum). Selain itu dilaporkan dimana ada beberapa jenis buah-buahan seperti limau, pisang , betik, manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam, vanila, cengkih, kayu manis, buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya.
Hutan tropika di Malaysia juga adalah gedung penuh dengan tumbuhan dan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Secara anggarannya telah dilaporkan dimana satu perempat dari prekripsi dadah adalah bersumberkan daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. Perkara ini telah meningkatkan kegunaan tumbuhan tempatan terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan. Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin. Dilaporkan dimana kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning. Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan E.apiculata ) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati demam cacar (smallpox) manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria. Penulis blog yang banyak kali masuk hutan ada menemui pokok lemba yang menghasilkan maniisan dan dilaporkan mempunyai nilai perubatan baik (Sila lihat foto disebelah). Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah atau Kacip Fatimah (Labisia sp.), Pokok Mempisang (Goniothalamus sp.) dan Pokok Medang (Cinnamomum sp.). Dalam pada itu Bunga Pakma (Rafflesia hasselti) pula dikatakan mengandungi nilai-nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran. Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan getah, damar, resin, pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Di antara contohnya ialah bahan-bahan seperti getah daripada pokok jelutong (Dyera costulata) pernah digunakan dalam pengeluaran gula getah pengunyah (chewing gum). Minyak pokok keruing gondol (Dipterocarpus kerrii) pula digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan minyak wangi tempatan.
Menarik satu laporan bertajuk 'Khazanah hutan semakin kritikal' dilaporkan oleh bharian.com yang perlu dikupas akan berita ini. Foro dimana Pokok Damar Hitam Siput Daun Besar antara spesies balak yang semakin kritikal jumlah di hutan. Dilaporkan dimana spesis pokok balak atau nama saintifik Shorea kuantanensis dan lebih kenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai pokok Damar Hitam Siput Daun Besar,yang pernah dilaporkan sudah pupus di dunia oleh 'Malaysia Plant Red List: Peninsular Malaysia Dipterocarpaceae' akibat aktiviti penukaran tanah hutan kepada pertanian iaitu pada tahun 2018. Pokok dari kumpulan kayu keras sederhana dalam kumpulan damar sebelum ini hanya boleh ditemui di Hutan Simpan Bukit Goh, Kuantan, Pahang pada 1963. Bagaimanapun, tiga pokok Damar Hitam Siput Daun Besar, ditemui semula di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut di Jerteh, Terengganu, pada Ogos 2014. Pokok itu ditemui oleh pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Mohd Nasir Mohd dan Salleh Endut ketika memasuki hutan terbabit. Susulan penemuan itu JPSM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan spesies pokok itu dengan menubuhkan petak Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemuliharaan Yang Tinggi (HCVF) di Hutan Simpan Pelagat. Apa pun penubuhan HCVF bertujuan memastikan shorea kuantanensis dapat diurus dan dipulihara secara efektif bagi mengelakkan kepupusan. Kawasan itu juga tidak dibenarkan sebarang aktiviti seperti pembalakan, riadah dan sebagainya kerana boleh mengganggu tumbesaran pokok. Pada masa sama, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk tujuan mengagihkan anak benih pokok untuk ditanam di kawasan bersesuaian sekitar Kuantan bagi tujuan menambah populasi spesies Damar Hitam Siput Daun Besar. Kegunaan pokok damar mengikut para penyelidik pokok hutan termasuk spesies damar yang juga pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Nazre Saleh dimana Pokok Shorea kuantanensis adalah spesies damar yang menjadi khazanah hutan wajar terus dipelihara sama seperti cengal, merawan, keruing, balau serta meranti. Kini dengan pelbagai kegunaan dan dikatakan pula mempunyai khasiat tersendiri, mempunyai nilai yang tinggi menjadikan pohon berkenaan sentiasa menjadi buruan. Dalam pada itu damar sebenarnya bahan terdapat di bahagian dalam pokok yang turut dikenali sebagai resin, antara fungsinya melindungi pokok itu jika terluka. Bentuk damar ini seperti getah pokok. Apabila keluar ia sedikit cair, namun lama-kelamaan akan menjadi keras dan perlu dicairkan semula sebelum digunakan. Damar sudah mengeras itu diambil dan digunakan sebagai bahan bakar, perekat, varnis dan ada juga digunakan untuk menjadi minyak wangi. Bau damar ini pula berbeza dengan gaharu kerana baunya seakan bau kemenyan.
Dilaporkan dimana spesies kritikal dan hampir pupus untuk digunakan dalam perubatan dimana adalah tidak dinafikan ada menggunakan damar secara tradisional, namun dalam jumlah yang kecil kerana jika tersalah atau terlebih, ia boleh membahayakan kesihatan. Kegunaan pokok damar lebih sebagai salah satu sumber kayu balak kerana ia lebih berharga. Pokok Damar Hitam Siput Daun Besar dimana ia kemungkinan dahulunya ditebang kerana tidak tahu ia adalah spesies yang kritikal dan hampir pupus. Dilaporkan jangka hayat pokok damar mampu mencapai hampir 200 tahun dan hanya mula matang ketika berusia 30 - 50 tahun. Apa pun mengenai Damar Hitam Siput Daun Besar yang pupus dalam laporan sebelum ini adalah disebabkan berlaku penukaran kawasan berhutan kepada pembangunan termasuk untuk pertanian di sesebuah kawasan menjadikan antara punca utama habitat pokok musnah sama sekali. Tidak semua orang mengenali pokok damar terutama spesies Hitam Siput Daun Besar, malah sehingga kini usaha untuk merekodkan dan mengkaji spesies pokok lain di hutan masih dilakukan oleh Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, agensi lain seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta JPSM. Ada kemungkinan spesies shorea kuantanensis ini boleh didapati di kawasan lain juga tetapi kemungkinan itu sangat kecil. Jumlah pokok yang ditemui semula itu di Hutan Lata Tembakah boleh dikatakan sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keluasan hutan di Malaysia dan di seluruh dunia yang menjadikan spesies ini endemik dan berstatus kritikal untuk terus dipulihara. Ada usaha kekalkan populasi spesies damar dengan mencari lagi populasi pokok berkenaan itu katanya, bukan satu usaha yang mudah kerana selain memerlukan kepakaran dan tenaga kerja, ia turut membabitkan sumber kewangan yang banyak bagi tujuan meneroka dan merekodkan spesies tumbuhan. Dalam satu hektar di kawasan berhutan, berkemungkinan terdapat antara 700 sehingga 1,000 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies. Untuk mengkaji satu persatu spesies yang ada, kajian botani dan ekologi perlu dilakukan berdasarkan saiz plot tertentu yang dibina dan ia turut mengambil masa. Adalah penting supaya pokok-pokok yang sudah diketahui habitatnya terutama semakin diancam kepupusan itu harus terus dipulihara.
Dilapaorkan ada banyak aktiviti pencerobohan hutan dimana untuk memulihara pokok atau kawasan yang mempunyai tumbuhan penting seperti Damar Hitam Siput Daun Besar ia memerlukan usaha yang paling mudah iaitu dengan tidak berbuat apa-apa iaitu membiarkan sahaja ia hidup dalam keadaan semula jadi terutama di dalam hutan termasuk melarang apa sahaja aktiviti manusia di dalam habitatnya. Apa pun usaha itu amat sukar dilakukan berikutan ketika ini terlalu banyak pencerobohan hutan oleh pelbagai pihak termasuk aktiviti rekreasi dan riadah yang sekali gus mengakibatkan tumbuhan di habitat asal terganggu serta musnah di tangan manusia. Apabila manusia masuk ke hutan terutama bagi menjalankan aktiviti contohnya secara haram, pasti ada perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mencabut pokok atau penebangan pokok kecil bagi membuat khemah atau buaian. Perbuatan itu akan menyebabkan kerosakan tumbuhan dalam hutan tanpa disedari. Pokok di dalam hutan amat sensitif dan mudah terganggu terutama spesies yang tidak mudah dijumpai seperti Damar Hitam Siput Daun Besar dan akhirnya musnah secara perlahan. Oleh kerana spesies tumbuhan di dalam hutan hidup dalam satu komuniti dengan pelbagai spesies, tetapi jika berlaku gangguan pada sebatang pokok, maka pokok sekelilingnya juga akan terjejas sekali gus mungkin ada yang mati secara perlahan-lahan. Hakikatnya dimana pihak komuniti pokok di dalam hutan saling memerlukan 'rakan-rakan' mereka sendiri bagi tujuan kemandiran (survival) untuk terus hidup. Ini kerana spesies berkenaan tidak boleh berpindah seperti haiwan. Sejak jutaan tahun dahulu mereka hidup dalam ekosistem sebegitu. Menyentuh mengenai ekosistem hutan terganggu, Mohd Nazre berkata, ekosistem hutan jika terganggu perlu mengambil masa lama untuk pulih, iaitu sekurang-kurangnya 30 tahun atau lebih. Malah, untuk pulih sepenuhnya seperti keadaan asal memerlukan ratusan tahun. Sebagai manusia yang turut memerlukan hutan bagi tujuan kehidupan seharian termasuk ekonomi, rekreasi dan lain-lain kegunaan, sudah pasti tidak dapat mengelak untuk masuk ke hutan. Kini ada konsep lestari dalam pengurusan hutan termasuk mengetatkan kawalan, contohnya keperluan bagi dapatkan permit. Dengan itu ia dapat mengawal jumlah manusia yang memasuki hutan supaya tidak mengganggu atau memberi impak besar kepada ekosistem hutan. JPSM amat berharap supaya konsep pengurusan lestari itu dapat digunakan secara berterusan supaya hutan terus terpelihara terutama untuk generasi akan datang. Masyarakat juga perlu mengawal diri ketika di dalam hutan supaya tidak mengusik atau ianya akan merosakkan pokok bagi mengelak ia diancam kepupusan. Ketika ini, terdapat kira-kira 10 spesies damar hitam seperti Damar Hitam Gajah dan Damar Hitam Telepok, namun tidak banyak maklumat diperoleh berkaitan Damar Hitam Siput Daun Besar. Artikel ini di bahagikan kepada empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca artikel ini kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DIJAGA RAPI... ANCAMAN MEMUSNAHNYA...
ASET BERNILAI... KELESTARIAN NEGARA...
BACA ARTIKEL... SECARA SANTAI SAHAJA...
By,
M Anem,
Senior Agromist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
Posted from,
Hotel Casuarina,
Kuala Kangsar, Perak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.