INOVASI PASANG LAMPU di kawasan kebun Buah Naga (Hylocereus spp.) merupakan satu kaedah yang di laporkan sangat signifikan untuk penghasilan buah yang lebih tinggi. Di Malaysia penggunaan lampu boleh dipasang di antara baris dengan menggunakan lampu kuasa 40 watt selama 4 jam (7.00 sehingga 11.00 malam) bertujuan untuk menggalakkan proses pengeluaran bunga. Dalam pada itu mengenali tanaman buah naga dari famili Cactaceae dimana antara nama tempatan yang biasa ialah Buah Naga (Malaysia), Huo long guo atau hong long guo (Taiwan), Pitaya atau kaew mang korn (Thailand), Than long (Vietnam), Strawberry pear, Pitahaya (Amerika Latin), Queen of the night (Amerika Utara), Red dragon fruit dan fire dragon fruit (Asia). Pada penulis blig mengetahui dimana ada terdapat tiga jenis iaitu buah naga Isi Putih (Hylocereus undatus), jenis buah naga Isi Merah (Hylocereus polyrhizus) dan jenis buah naga Isi Kuning (Selenicereus megalanthus). Pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai tanaman buah naga dimana sifat tanaman pokok buah naga ialah tanaman jenis memanjat yang mempunyai batang sukulen dan berduri berbentuk tiga segi. Setiap batang mempunyai ruas yang mempunyai duri tajam. Pokok buah naga bersifat epifit (memanjat) dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut. Para diperlukan kerana batangnya adalah daripada jenis memanjat dan menjalar. Akar adventitus akan keluar daripada batang yang menjalar di atas para untuk pengambilan air dan makanan. Buah naga mempunyai sifat fisiologi long day plant (LDP) dan memerlukan cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Tanaman buah naga ini adalah pokok daripada golongan Crassulacean Acid Metabolic (CAM) yang mana ia menjalankan sintesis makanan pada waktu malam. Habitat tanaman secara semula jadi buah naga ialah Amerika Latin sesuai di kawasan dengan taburan dan jumlah hujan sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil buah naga di Malaysia. Buah naga boleh hidup dengan baik di kawasan yang selalu menerima jumlah hujan tahunan antara 500 - 1,500 mm dengan taburan yang sekata sepanjang tahun. Kawasan yang mengalami musim kering (<100 mm sebulan) melebihi 3 bulan berturut-turut tidak sesuai untuk tanaman kerana proses bagi tumbesarannya akan terjejas. Buah naga adalah memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam sinaran matahari yang mana ini memainkan peranan penting untuk tumbesaran dan juga menggalakkan pengeluaran bunga. Keadaan fizikal tanah yang tidak sesuai akan menghalang pertumbuhan dan fungsi akar yang sempurna serta mengurangkan potensi hasil yang maksimum. Kecerunan tanah berkait rapat dengan paras kedalaman tanah yang efektif. Tanah yang curam lebih terdedah kepada masalah hakisan. Tanah yang tinggi kandungan pasir (>90%) adalah tidak sesuai. Tanah berpasir mempunyai keupayaan memegang air yang rendah, kadar evapotranspirasi yang tinggi, suhu permukaan tanah yang tinggi, struktur tanah yang lemah serta saliran yang tidak baik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya konngsikan inovasi dan teknologi pemasangan lampu 40 watt di kebun buah naga dari jam 7.00 hingga 11.00 malam untuk menghasilkan lebih banyak bunga dan proses pendebungaan sebagai bahan rujukkan semua.
Dalam tinjauan penulis blog di satu kebun dimana petani ada memasang lampu pada malam hari sesuai dijadikan rujukkan. Dulu dilaporkan ada kalangan penanam pokok buah naga yang mengalami masaalah iaitu buah naga yang tidak banyak sepanjang tahun kecuali pada bulam November sehingga Januari kerana ada sedikit isu atau masaalah proses pendebungaan iaitu musim hujan. Namun isu ini dahulu menjadikan pengeluaran dan penghasilan buah naga tidak menentu di ladang walau pun amalan agronomi telah dilakukan dengan baik mengikut kaedah pakej amalan teknologi. Masa dulu dilaporkan dimana penghasilan atau produktiviti buah naga ini bulan tersebut agak kurang memberangsangkan kerana buahnya sedikit kurang dan kurang menguntungkan. Ini belum lagi isu berlaku serangan penyakit dan perosak yang menyebabkan tanaman ini semakin kurang diminati petani. Pernah juga dilaporkan dahulu dimana faktor harga buah naga segar dipasaran merudum (dijual murah terutama buah naga putih) apabila berlaku lambakkan buah naga segar dipasaran yang telah menyebabkan petani menggantikan tanamannya dengan tanaman lain. Pada tahun 2022 keluasan tanaman buah naga seluas 800 hektar dengan penghasilan sebanyak 11,527 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pernah dulu keluasan tanaman buah naga di Malaysia mencecah 2,500 hektar dahulu semasa ia viral di Malaysia. Dulu penghasilan buah naga yang tidak menentu juga tidak mampu memenuhi permintaan buah naga sepanjang tahun. Pengenalan inovasi pembajaan foliar dan cara menggunakan lampu di kebun buah naga pada malam hari untuk merangsang proses pembungaan semasa diluar musim pengeluaran utama mampu meningkatkan penghasilan buah naga. Ada beberapa testimoni petani dimana dengan inovasi pemasangan lampu ini beberap jm semasa malam hari mampu meningkatkan penghasilan sehingga 2 kali ganda jika dibandingkan tanaman naga tanpa menggunakan lampu. Bagaimana pun kes ini amat signifikan di negara jiran Indonesia berbanding dengan di Malaysia. Hasil laporan dari kompas.com dimana di Pulau Jawa melaporkan dahulu dimana sebelum adanya inovasi ini dimana purata pendapatan petani adalah RM8,500 sehektar setahun (Purata RM71 sebulan) dengan harga buah RM0.65 sekilogram di ladang (Jenis Putih). Kini dengan pemasangan lampu dimalam hari dilaporkan pendapatan petani telah mampu mencapai RM79,050 sehektar setahun (atau sekitar RM6,590 sebulan) dengan harga jualan are per tahun dimana harga ladang buah naga jenis Merah sekitar 3.10 sekilogram. Penanam buah naga di Pulau Jawa dengan pendapatan ini maka kos penyambungan dan pembayaran letrik adalah berbaloi. Inovasi ini sudah semakin popular dikalangan penanam buah naga di Jawa pada bulan tertentu yang mempunyai modal dan saiz ladng yang sesuai.
Penulis blog ini merujuk kepada laporan inovasi penanaman buah naga yang menggunakan lampu malam hari sebagai bahan sesuai dikongsikan dari Indonesia. Portal berita kompas.com ada melaporkan kisah menarik bertajuk 'Cerita di Balik Sinar Terang Lampu Kebun Buah Naga' dimana aktiviti dalam bidangusaha penamanan buah naga di Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur yang banyak tersebar meluas dan ditepi=tepi jalan kampung memang membanggakan. Seperti yang terlihat di Dusun Tambakrejo, Desa Bulurejo, Kecamatan Purwoharjo, Banyuwangi dimana hampir di setiap pekarangan rumah pendudk, tepi jalan, dan dalam kebun ditanami dengan pokok buah naga. Disebabkan ada banyaknya pokok buah naga maka kampong ini kini dikenal sebagai 'Kampung Buah Naga'. Kampong ini juga menjadi salah satu kampong yang pertama mulai mengembangkan pertanian buah naga di Bumi Blambangan. Apa yang menarik apabila pada malam tiba dimana akan dilihat kerlipan lampu cahaya dilihat menerangi kebun buah naga disini. Cahaya itu berasal dari lampu-lampu Light Emitting Diode (LED) yang dipasang di atas pokok buah naga. Cahaya dari lampu itu membantu buah naga berbunga dan berbuah di luar musimnya. Setiap kali menuai buah naga dilaporkan penghasilan ratusan juta biji buah kini sudah menjadi perkara yang biasa. Petani buah naga sebelum ini juga mengalami keadaan pasang surut dalam usaha menjalankan komoditi ini dimana sejarahnya amat membimbangkan dahulu. Tanaman buah naga mula ditanam di Banyuwangi sejak 2009-2010 dahulu. Asalnya petani menggunakan benih naga dari Batam, Kepulauan Riau, seharga Rp 8.000 tiap batang (RM2.43 sebatang). Buah naga ditanam dan dibesarkan hingga mampu berbuah namun para petani ini menemui kesusahan untuk menjualnya kemudian. Dilaporkan petani di Banyuwangi belum kenal dengan jenis buah naga masa itu. Masa itu untuk menjual satu bakul dalam sehari tidak akan habis. Sekarang ini semasa pandemik covid-19 jualan sebanyak 10 tan sehari boleh habis dakwa seprang petani Edi Purwoko (41) dari Dusun Tambakrejo. Edi juga merupakan salah satu generasi awal petani di Banyuwangi yang menanam buah naga.
Menarik fakta mengenai buah naga di negara jiran Indonesia dimana pada tahun 2011 dilaporkan permintaan kepada buah naga kian popular. Harganya stabil dan permintaan terus tinggi menyebabkan lebih ramai petani berminat menanam buah ini terutama dikawasan Banyuwangi, Jawa Timur. Tetapi apa yang berlaku adalah semakin banyaknya petani menanam buah naga ini rupanya menimbulkan masalah apabila penuaian yang berlebuhan mengakibatkan harganya turun mendadak. Sama seperti di Malsyais suatu ketika dahulu dimana puncaknya pada 2015 ke atas dimana harga buah naga terus tidak stabil dan murah sehingga banyak petani di Banyuwangi mengalami kerugian. Masa itu harganya rendah dengan purata Rp 1.000 - Rp 2.000 per kilogram (RM 0.30 - 0.60 sekilogram). Sebelum itu harga pasaran buah naga adalah sekitar Rp 10.000 (RM3.05) sehingga Rp 20.000 (RM6.08/kg). Bagaimana pun dilaporkan sebelum ada inovasi lampu dipasang di kawasan tanaman buah naga dimana penghasilan hanya banyak pada Oktober - March. Kemudian pengeluar luar musim iaitu dari bulan April sehingga September di sini dilaporkan iaitu buah naga tidak berbuah. Isuini membuat petani buah naga tiada pendapatan dari kebun walau pun jumlah pemintaan terus ada sepanjang tahun. Berasaskan isu ini maka petani buah naga dan pejabat pertanian Banyuwangi berusaha mencari cara mengatainya. Inovasi penggunaan cahaya lampu pada kebun buah naga akhirnya boleh membuat buah naga mampu untuk berbuah sepanjang tahun dengan ramai petani mendapat harga tinggi kerana buah keluar di luar musim puncak. Hasil tinjauan ladang dimana harga buah naga luar musim mampu mencapai antara Rp10,000 (RM3.05/kg) sehingga ianya setinggi Rp 35.000 sekilogram (RM10.60/kg). Alasan harga lebih mahal di luar musim itulah berpunca kerana petani rela mengeluarkan kos untuk pasang lampu pada malam hari yang agak tinggi juga. Inovasi penggunaan lampu di kebun buah naga malam hari bermula sejak 2015. Penelitian mendapati dimana buah naga yang dekat dengan lampu selalu berbunga dan berbuah di luar musim biasa. Umumnya pokok buah naga boleh berbunga jika mendapatkan sinar matahari selama 12 jam. Buah naga perlukan cuaca panas dan selalu mendapat sinar matahari dimana pokok buah naga sering berbuah jika mendapat sebab sinaran lampu mentol 12-15 watt ini akan dapat membantu fotosintesis.
Cahaya lampu ini sebagai pengganti sinaran matahari digunakan agar buah naga berbunga di luar musim biasa. Kajian mendapati dimana buah naga akan berbuah pada Oktober hingga March dimana matahari akan mampu berikan cukup sinaran matahari yang membolehkan pokok naga berbuah pada tempoh tersebut. Ini kerana pada masa itu matahari berada di selatan khatulistiwa. Ini berlainan pada bulan April hingga September apabila matahari berada di utara hemisppear dan ini menyebabkan pokok buah naga tidak berbunga kerana isu kurangnya sinar matahari. Sebab pada bulan itu matahari ada di uatara khatulistiwa. Teknikalnya dimana pokok buah naga boleh berbunga dan berbuah setelah menerika sinaran matahari selama 12 jam atau lebih secara berterusan. Kini terbukti dengan cara memasang mentol lampu pada malam hari menjadikan buah naga berbunga dan berbuah dengan cekap. Kajian menunjukkan dimana kombinasi diantara aktiviti amalan agronomi seperti pemasangan lampu, sistem pengairan, umur tanaman dan kawalan perosak serta penyakit mampu menghasilkan buah naga yang besar dan berkualiti. Apa pun pemasangan lampu di malam hari ini dibuktikan telan membantu proses fotosintesis batang dan membantu dalam proeses pengeluaran bunga dan kemudian akan di kahwinkan (crossing pollination) secara manual di malam hari (Sila lihat foti disebelah). Kerja pendebungaan ini dilakukan dimalam hari yang terang benderang dengan meletakan debunga (pollen) kepada bunga betina yang kembang. Inovasi ini sarankan bagi kawasan tanaman naga seluas sehektar perlu dipasang point lampu sebanyak 400 - 800 unit dengan daya 12-15 watt (di Malaysia di pasang 40 watt dengan jumlah kurang mentol dari jam 7.00 - 11.00 mlm sahaja). Waktu penggunaan penyinaran lampu pukul 6.00 petang sehingga 5.00 pagi subuh di Banyuwangi. Sebagai perbandingan dimana kebun pokok buah naga yang tidak memasang lampu menghasilkan buah sebanyak 14 mt/ha sedangkan kebun yang memasang lampu menghasilkan buah sebanyak 26 mt/ha denga buah naga yang lebih besar, seragam dan berkualiti. Hasil kajian mendapati kos tenaga eletrik di kawasan Banyuwangi adalah sekitar Rp 400,000 (RM121.50) untuk selama 10 hari. Dilaporkan buah naga berbunga hingga keluar buah memerlukan jangkamasa 40 - 60 hari. Meski pun dilihat kos pengeluaran naik sebab bayar letrik akan tetapi sebenarnya ada keuntungan dari hasil penjualan buah naga menggunakan lampu yang lebih tinggi dibanding dengan kebun buah naga diusahakan secara konvensional dan paling penting buahnya boleh dikeluarkan sepanjang tahun. Semuga artikel ini dibaca oleh petani dan pengusaha serta sesiapa sahaja yang berminat menanam buah naga di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CARA KONVENSIONAL... IA SUDAH LAMA..
PASANG LAMPU MALAM... BANYAK BUAHNYA...
JADIKAN AMALAN... PETANI DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3101, Phnom Penh Hotel,
Phnom Penh,
Kongdom of Cambodia.
(6 Rabiulawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.