Proses penyelidikan baja padi seterusnya adlah apa yang dinamakan sebagai proses Penilaian Hasil Awal (PYT) padi dimana ia bertujuan menjalankan kajian penilaian daya penghasilan serta sifat keseragaman titisan padi baru sebagai satu populasi. Selalunya titisan padi dipilih daripada barisan setangkai titisan pedigri yang telah seragam proses pertumbuhannya. Titisan yang dipilih adalah tidak tetap (kebiasannya lebih 20 titisan padi per musim) dimana setiap titisan mempunyai nombor pengenalan (ID) yang ditetapkan oleh pihak ahli pembaikbaka. Aspek luas petak kajian Minimum 5 m2 per sub plot dengan rekabentuk kajian RCBD, Augmented dan dijangka masa paling minimum selama 2 musim (musim utama dan muslim luar). Semua data yang direkodkan seperti data hasil, komponen hasil dan keseragaman pertumbuhan akan dikumpulkan. Penilaian ciri kualiti fisikokimia Bergantung kepada keperluan ahli pembaikbaka. Kemudian dilakukan proses saringan kepada penyakit dan perosak dimana ia bergantung kepada keperluan ahli pembaikbaka. Aktiviti biakbaka selanjutnya adalah Penilaian Hasil Lanjutan (AYT) padi dimana titisan berpotensi PYT di majukan ke AYT. Selalunya ujian ini dicadangkan sekiranya suatu institut/agensi mempunyai lebih dari seorang ahli pembaikbaka. Tujuannya ialah menilai potensi hasil, kestabilan prestasi dan memberi peluang sama rata hasil pemilihan daripada pembaikbaka iaitu dilokasi didalam institut atau Stesen dimana nombor daftar atau Nombor ID Ditetapkan institut atau syarikat (contoh: titisan Y1777 dsb.) Selalunya jangka masa penilaian minima selama dua musim (musim utama dan musim luar). Reka bentuk kajian Rekabentuk blok rawak lengkap (RCBD) dengan minima 3 replikasi dengan saiz plot kajian Minimum 4 m2 per sub plot dan bilangan titisan yang dinilai 15 - 21 titisan. Antara jenis data yang direkodkan termasuk hasil ujian tuai (Crop Cutting Test (CCT) iaitu hasil komponen (biji bernas per tangkai, jumlah bii per tangkai, berat seribu biji, bilangan tangkai per pokok, panjang tangkai, tinggi pokok, rupa bentuk pokok, keseragaman keseluruhan, umur 50% terbit tangkai, umur matang (85% biji masak di tangkai) dan juga indeks tuaian.
Kerja membiaknaka padi ini dimestikan untuk menjalankan proses penilaian ciri kualiti fiziko-kimia seperti data mengenai panjang dan lebar beras, pengilangan, beras kepala, kandungan amilosa, konsistensi gel, nilai pecahan alkali dann juga aroma (khusus untuk padi spesialti). Memang ramai kalangan orang biasa tidak tahu akan perkara yang diceritakan diatas kerana itu adalah kerja-kerja saintis.Dalam pada itu di mestikan juga aktviti biakbaka padi ini melalui saringan terhadap penyakit dan perosak utama di rumah tanaman dan lapangan seperti Karah daun, Karah tangkai, Hawar seludang, Hawar daun bakteria, Benah perang serta masaalah serangan Penyakit merah virus (PMV), Dalam pada itu ada protokol bagi varieti padi import (inbred atau hibrid) yang perlu diikuti antaranya dimana varieti daripada luar negara yang ingin diperkenalkan di Malaysia perlu melalui mendapatkan kelulusan dan pemeriksaan kuarantin terlebih dahulu daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia. Bab ini yang penulis blog pernah terlibat semasa bertugas dahulu. Kemudian ianya perlu dinilai di peringkat kajian AYT minima bagi 2 musim sebelum dimajukan ke percubaan multilokasi. Kemudian bagi menjamin akan keselamatan industri padi, status kerintangan perosak dan penyakit serta ciri fiziko-kimia varieti import perlu seterusnya dititikberatkan.
Penting dijalankan Proses Penilaian Baka dimana ia merupakan satu proses penilaian baka baharu melibatkan beberapa aktiviti seperti aktiviti Percubaan multilokasi atau Adaptability trial (ADAPT), proses penilaian agronomi, proses percubaan penentusahan setempat atau Local verification trial (LVT) dan juga Proses Peningkatan skala. Pertama adalah Percubaan multilokasi (ADAPT) dimana baka yang dinilai Titisan yang dipilih daripada prestasi titisan AYT yang mana ia bertujuan untuk mengukur prestasi dan interaksi genotip atau varieti kepada pelbagai persekitaran (lokasi, cuaca, perosak dan penyakit dll.) Dalam pada itu kod varieti Didaftarkan sebagai ID contohnya MR = MARDI Rice. Lokasi Kawasan jelapang atau luar jelapang termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, lokasi strategik turut diambil kira seperti kemudahan infra, kesuburan tanah dan terpencil dari laluan orang ramai. Selalunya varieti berpotensi dari kajian ADAPT ini akan dipilih untuk dimajukan ke proses penentusahan setempat dimana petani juga digalakkan untuk memberi pandangan. Semua hasil termasuk baris pendinding atau guard row sub plot dibawa balik ke makmal untik dinilai saiz petak Minima 16 m2 per sub plot dimana bilangan baka 8 - 10 varieti dan minima satu varieti popular setempat sebagai kawalan). Bilangan musim Minima 2 musim (musim utama dan musim luar) dan juga bilangan lokasi kajian 8 - 10 lokasi (Jelapang dan Luar Jelapang termasuk Sabah dan Sarawak). Pengurusan Manual Teknologi Penanaman Padi Lestari & Rice Check libatkan proses semakan melalui kaedah tanam Tabur terus atau Cedung. Sebaiknya rekabentuk kajian dan analisa statistik RCBD, minima 3 replikasi, analisa statistik menggunakan model yang bersesuaian dengan objektif (ANOVA, perbandingan min, analisa stabiliti genotip (univariate/multivariate). Bagi menentukan parameter antara perkara dan data diambil termasuk bilangan anak (peringkat vegetatif), hasil ujian tuai atau Crop Cutting Test (CCT), bilangan tangkai per rumpun, biji bernas per tangkai, jumlah biji per tangkai, berat seribu biji, panjang tangkai, umur 50% terbit tangkai, umur matang dan juga ukuran tinggi pokok padi. Kajian dan pengumpulan datan berkaitan status kerintangan varieti baru padi libatkan aktiviti saringan perosak dan penyakit di rumah tanaman serta insiden serangan di lapangan. Aktiviti Penilaian Agronomi kemudian dilakukan bertujuan Pengesyoran pakej baja yang khusus untuk mendapatkan hasil yang optimum. Apa pun selalunya diantara kajian utama yang dijalankan adalah seperti Kadar NPK per ha, Pecahan aplikasi baja berunsur nitrogen (N), Baja organik, Aplikasi berasaskan kesuburan tanah (jika perlu) dan juga aplikasi baja foliar (jika perlu). Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai ia dibaca semuanya untuk memahami dengan lebih baik. Semuga tulisan ini memberi info berguna dengan bahasa mudah untuk dijadikan bahan rujukkan. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.