Friday, August 18, 2023

UBAT PERIUK - APA DIA?

UBAT PERIUK
merupaakan sejenis ubatan tradisional yang mana ia merupakan ramuan herba dari akar-akar dan batang serta daun kayu terpilih yang direbus dan untuk diminum terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Penulis blog kenal akan ubat periuk ini sejak dulu kerana ada melihat ia selalu diambil dikalangan ibu-ibu yang lepas bersalin di kampong. Apa pun amalan meminum air rebusan ini terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu bertujuan untuk mengembalikan tenaga, melancarkan peredaran darah, mengecutkan rahim, menyembuhkan luka dalaman dan menyegarkan badan ibu selepas bersalin. Dalam pada itu ubat periuk juga biasanya ia digunakan untuk tujuan kesihatan umum seperti penjagaan kesihatan dalaman, merawat masalah keputihan, melegakan sakit urat, menambahkan darah, mengawal tekanan darah, membuang angin dalam badan, melawaskan kencing dan sebagainya. Dalam beberapa tinjauan terhadap penjualan ubat periuk dimana pada asasnya, bahan mentah ubat periuk (herba dan akar kayu) perlu dijemur dibawah panas matahari sehingga kering sebelum diracik halus atau dipotong menjadi kepingan kecil. Konsep menjemur ini iaitu sehingga kering bertujuan untuk menghilangkan air atau getah yang terdapat pada akar kayu dan herba tersebut. Semasa bertugas di Pahang penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan kepada beberapa pengusaha membuat ubat periuk dimana selalunya ramuan yang telah kering ini lebih mudah disimpan pada suhu bilik dalam tempoh yang lama sebelum ia dapat digunakan. Lazimnya penjualan ubat periok ini dibungkus dalam plastik yang kedap udara dan dipamerkan label akan bagaimana cara menggunakannya serta harga serta tarikh luput. Ada banyak produk ubat periuk sama ada yang sudah dikomersilkan atau yang disediakan secara tradisional di kampong-kampong. Harga ubat periok ini berbeza mengikut kuantiti, jenis bahan digunakan serta packaging dan jenama. Pengguna di Malaysia kini boleh membeli ubat periok ini secara on-line sahaja di Lazada atau Shopee dimana ada banyak produk yang ditawarkan. Artikel tengahari Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis mengenai apakah dia ubat periok dan peranannya dalam menjaga kesihatan dan kehidupan masyarakat zaman ini untuk dijadikan bahan rujukkan.


Melalui beberapa rujukkan dimana penulis blog tahu dimana lazimnya dia
ntara spesies tmbuhan yang sering digunakan sebagai ubat periuk merangkumi seperti bahan dari pokok Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Kacip Fatimah (Labisia pumila), Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla), Lemba Batu (Staurogyne merguensis), Halban (Vitex pinnata), Gajah Tarik (Strychnos axillaris), Teja Lawang (Cinnamomum iners), Tongkat Ali Hitam (Polyalthia bullata), Tengkuk Biawak (Anodendron candolleanum), Ubi Jaga (Smilax myosotiflora), Herba Sekunyit (Coscinium fenestratum), Payung Ali (Diospyros buxifolia), Tongkat Haji atau Samad atau Setulang (Prismatomeris tetrandra), Rempah Gunung atau Kulit Lawang Kecil (Cinnamomum javanicum) dan sebagainya. Campuran pelbagai herba ini bertujuan untuk mengimbangi rasa dan juga khasiatnya. Apa pun campuran bahan herba ini berlainan dari seorang pembuat ubat periuk dimana ia bergantung kepada bahan-bahan yang mereka perolehi atau yang mereka gunakan. Apa pun lazimnya ubat periuk ini direbus menggunakan periuk tanah seperti periuk belanga atau buyung (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun terkini sudah ada periuk yang diperbuat daripada besi sering digunakan kerana mudah diperoleh. Masyarakat Melayu terutamanya pengamal ubatan tradisional lebih mengutamakan penggunaan periuk tanah berbanding periuk yang diperbuat daripada besi kerana ia dikatakan mampu memberi kesan yang baik kepada pengguna. Memang mudah menyediakan ubatan ubat periuk dimana sebaiknya kuantiti air rebusan dan tempoh merebus juga memainkan peranan penting dimana ada sesetengah pengamal menyarankan untuk merebus akar kayu sehingga mencapai kuantiti yang dikehendaki. Sebagai contoh jika campuran akar kayu direbus di dalam tiga gelas air dan dibiar sehingga menjadi segelas air atau direbus sehingga mendidih sahaja. Begitu juga dengan cara penggunaan iaitu diminum berapa kali sehari terutama pada waktu tertentu (waktu pagi, tengahari, malam) dan sebelum makan atau selepas makan. Dalam pada itu sering dilaporkan dimana dari aspek sukatan ramuan ianya juga  bergantung kepada saranan pengamal perubatan tradisional sebagai contoh segenggam campuran akar kayu, tiga keping atau racik akar, seinci akar dan sebagainya mengikut syor atau rekomendasi. Sukatan yang disarankan ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan dimana ia seterusnya mengelakkan daripada kesan sampingan kepada pengguna. Terdapat beberapa petua semasa pengambilan ubat periuk bagi ibu selepas bersalin antaranya hendaklah meminum air rebusan selepas hari ketiga bersalin dan diamalkan sehingga habis tempoh berpantang atau sehingga luka dalaman sembuh. Selain itu penulis blog mendapati dimana kalangan kebanyakan pengamal tidak menggalakkan pengguna mengambil ubat periuk bersekali dengan ubatan moden sebab tidak diketahui kesan interaksinya.


Semua orang terutamnya wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan kecantikkan luaran tetapi yang paling utama sebenarnya adalah kecantikkan dalaman dimana ia secara lahirnya menghasilkan kecantikkan luaran. Bagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak lagi kena jaga akan kecantikkan serta kesihatan dari dalaman. Sejak dahulu menjaga badan dilakukan iaitu seawal yang boleh untuk kelihatan segar, cantik dan sihat. Amalan baik dengan mengamalkan ubat-ubat dari herba asli dan bukan yang diproses. Korang ingat tak petua mandian herba untuk kekal cergas dengan mandian tradisional juga sesuai jika dilakukan. Sudah ada petua turun temurun dari dahulu yang sudah di lakukan. Salah satunya adalah petua dimana mengambil ubat periuk adalah rahsia Kecantikkan Wanita Secara Semulajadi. Walau ia dianggap lapuk atau kuno tetapi sebenarnya pengambilan ubat periuk pernah viral di media sosial. Ubat Periuk adalah antara rahsia kecantikkan wanita secara semulajadi yang kini diperkenalkan meluas untuk kecantikkan dalaman setiap wanita. Mungkin ramai yang tahu akan khasiat ubat-ubatan herba semulajadi sebagai salah satu kaedah ilmu kecantikkan yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu sebelum adanya ubatan moden. Kini ianya mendapat sambutan kembali kerana ramai wanita yang sedar akan ia dan khasiatnya. Ubat periuk juga telah dilaporkan bagus untuk menjaga kesihatan dan kecantikkan dalaman. Ia dilaporkan sesuai juga digunakan ketika pantang. Apa pun yang penting adalah ia  mengandungi 24 jenis herba yang pelbagai dan selamat untuk digunakan. 


Banyak testimoni yang dilaporkan oleh ramai pengeluar ubat periuk dimana ia merupakan dakwaan akan khasiat ubat periuk. Ada berbagai khasiat dan kegunaan yang tertulis atau kenyataan secara verbal diberikan semasa sesiapa ingin membeli produk tersebut daripada pembuatnya atau penjual yang mahir. Diantara khasiatnya seperti ia dilaporkan mampu menambah tenaga dan melancarkan semula perjalanan darah bagi wanita yang baru lepas bersalin. Ia juga dilaporkan akan menaikkan seri muka dan menghindarkan wajah dari lesu dan pucat. Dalam pada itu dilaporkan ubat periuk akan memperkuatkan dan melegakan otak selepas meminumnya serta membantu untuk membina urat saraf. Ia juga membantu menyembuhkan sakit pinggang, sakit kuning, Influenza, Kencing Batu serta menolong untuk menghilangkan keletihan. Paling selalu dinyatakan adalah ubat periuk ini mampu melancarkan peredaran darah serta membantu untuk membuang angin dan paling ketara ia juga akan menambah nafsu makan. Ubat periuk didakwa akan menghilangkan bengkak-bengkat di badan, kurangkan lelah dan semput serta mampu mencegah lemah jantung. Ada yang dakwa ubat periuk akan mencegah darah tinggi, mencegah masaalah kencing manis, elakkan pitam dan mengurangkan sakit lutut dan sendi-sendi. Dalam pada itu khasiat ubat periuk dikaitkan juga dengan masaalah perempuan yang datang bulan tidak tetap, masaalah sengugut yang teruk dan juga masaalah keputihan bagi wanita. Pendek kata memang banyak khasiat ubat periuk seperti dakwaan dan testimoni dinyatakan. Bagaimana pun mungkis kesan sebenar hanya di ketahui oleh pengamal yang mengambil ubat periuk secara rutin dan buka hanya untuk mengambilnya sesekali sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
UBAT PERIUK... TERKENAL DAH LAMA...
BANYAK RAMUAN... SELALU DIGUNA...
DIREBUS LAMA... DI MINUM SENTIASA...
BANYAK KHASIAT... SILA AMALKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Ma;aysia.
(8 Muharram 1445H).
Posted from:
Room 427, Four Points by Sheraton Desaru Hotel,
Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.