Thursday, August 3, 2023

RUMPUT HELIKOPTER - APA DIA DAN GUNANYA?

RUMPUT HELIKOPTER
(Kyllinga brevifolia) daripada keluarga Cyperaceae atau dikenali dengan nama lain sebagai Rumput Pendul amat jarang dikenali secara saintifik dikalangan pembaca semua. Bagaimana pun ada beberapa sumber yang menyatakan dimana spesis rumpat ini sering dimanafaatkan untuk merawat haiwan seperti kucing dirumah atau haiwan peliharaan yang sakit. Sekilan pandang penulis blog dapati keunikan rumput ini adalah ia mem[unyai bentuk bunga seperti sebiji bola berwarna putih bulat yang kecil diatasnya (Sila lihat foto diatas sekali). Rumput helikopter ini selalunya tumbuh liar dihabitat tanah lembap yang sesuai dan mampu mencapai ketinggian sehingga 20 cim yang menegak. Rumpai ini adalah mudah dilihat dikawasan seperti ditepi jalanraya, tanah terbiar, belukar, padang rumput atau padang permainan, tepi parit dimana boleh tumbuh dari kawasan tanah rendah sehingga ketinggian 2,600 meter dari paras laut di iklim tropika. Penulis melihat dimana rumput ini akan tumbuh merimbun secara berkelompok disuatu kawasan dimana ia mampu tumbuh melalui rizom didalam tanah. Sebagai tumbuhan dari keluarga Cyperaceae ia mempunyai bentuk batang tiga segi yang agak keras dan selalu ia akan mengeluarkan daun pada bahagian pangkal atau perdunya. Jika diteliti dimana daun pada pangkal batang berjumlah antara 2 - 4 helai dengan menegaj atau serong dengan ukuran panjang yang tirus di hujungnya (meruncing) 3/0 cm - 10.0 cm serta ukuran lebarnya 1.3 cm - 4 mm yang dilihat berwarna hijau tua. Bunga dari tanaman ini berbentuk bulat (bundar) dari tangkai yang naik keatas memanjang dengan warna hijau muda keputihan dengan ukuran 4 - 8 mm. Dalam beberapa rujukkan dimana rumput helikopter bunga putih ini juga akan dikenali dengan nama lain seperti Rumput Pendul, Rumput Kepala Lalat, Rumput Mata Lalat, Jukut Pendul, Sui Wu Gong, Bosikad dan Pakopako. Marfologi asasnya ia mempunyai batang tunggal dan daunnya 3 helai yang menjadikan struktur daun ini dilihat seakan 'Kipas Helikopter'. Di Wa;ai [un tidak banuak laporan kajian yang dilakukan mengenai rumput ini akan tetapi ia dilaporkan sejenis herba yang baik untuk tujuan kesihatan dan bekalkan tenaga lelaki dan wanita. Rumput helikopter ini tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar dan selalunya memang ia suka tempat terang dengan cahaya matahari. Apa pun dinyatakan dalam konteks taburan akan kewujudan tumbuhan ini ditemui juga di USA,  Benua Afrika, Madagaskar, India, China, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, Australia dan kepulauan Pasifik. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info menarik menegnai rumput helikopter untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Beberpa laporan menyetakan dimana selain jenis rumput helikopter berbunga putih dimana ada juga rumput helikopter berbunga hijau. Bagaimana pun dari segi daun dan komponen lain kedua spesis ini dilihat mempunyai banyak persamaan sahaja (Sila lihat foto disebelah dan yang paling bawah sekali). Belum ada laporan rasmi ada petani atau pengamal perubatan yang menanam rumput heliko[ter secara komersil dilaporkan di Malaysia setakat ini. Kepentingan rumput helikopter ini dalam bidang ekonomi dan komersil masih belum di ketahui. Apa pun selalunya tumbuhan rumpai ini bukan di tanam dan sebaliknya tumbuh meliar sendiri dan tanpa dijaga sesiapa juga. Penulis blog dizaman remaja dan kanak-kanak pernah bermain rumput ini dengan mencabutnya dan diambil bunga yang ada tiga helai daun (macam kipas helikopter) dan di kepit dengan tangan dan dipusingkan dimana ia akan terbang seakan helikopter yang bergerak diudara. Bagaimana pun sebagai jenis rumput dari keluarag Cyperaceae selalunya ia agak keras dan tajam dimana batang dan daunnya juga boleh menyebabkan sedikit calar atau luka jika tidak sengaja kerlanggar atau kena bahagian kulit. Penulis blog belum melihat dimana rumput ini diambil oleh manusia untuk dijadikan bahan perubatan atau pun bahan kosmetik. Cuma sesekalia ada penulis blog semasa bertugas dahulu pernah juga melihat petani yang menanam sayuran dan buah-buahan akan menggunakan keratan rumput ini sebagai bahan penutup batas atau sungkupan diatas batas atau dibawah tanaman pokok buah-buahan. Bagaimana pun ia berlaku jika kedapatan rumput helikopter dengan jumlah yang banyak dimana ia boleh dipotong sebelum digunakan.


Beberapa laporan dan testimoni yang ada didalam rujukkan penulisan dimana rumput helikopter boleh digunakan untuk merawat haiwan seperti kucing (cats) untuk ianya merawat sakit Parvo ada dilaporkan. Apa pun kucing yang sakit parvo, selsema atau demam memang ia boleh gunakan rumput helikopter dengan cara merebus rumput helikopter. Gunakan air rebusan rumput helikopter pada kucing tersebut. Sebenarnya masaalah 
Parvo merupakan salah satu penyakit virus yang mudah menjangkiti dan menyerang anak kucing yang masih berusia antara 4 minggu hingga 12 minggu. Dilaporkan dimana apa yang lebih membahayakan apabila virus parvo boleh menjangkiti kucing-kucing lain dengan begitu cepat dan menyebabkan kematian mengejut. Antara simptomnya dimana selalunya dilihat kucing yang tiada selera makan atau tidak mahu makan digalakkan untuk diberikan air rebusan rumput helikopter. Cara membuat Air Rebusan Rumput Helikopter ini mudah dilakukan iaitu dengan mencabut rumput helikopter segar bersama akarnya. Langkah berikutnya adalah membersihkan tanah dari akar dan daun dengan air bersih. Kemudian dipatah-patahkan ahar ia berukuran kecil diman aseterusnya di masukkan daun, batang dan akar kedalam periok dan rebus dengan api yang agak sederhana hingga ia panas sebelum mendidih. Sebaiknya elakkan dari menggunakan api besar kerana khasiatnya akan hilang kelak. Kemudian apabila kandungan air dalam periok sudah jadi separuh maka dimatikan api dan sejukkan pada suhu bilik. Apabila sudah sejuk maka boleh diberikan dengan kadar 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pada waktu pagi dan malam. Air rebusan selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk dan pastikan jangan lebih dua minggu kerana ia akan hiang khasiatnya. Disyorkan perlu mencari rumput helikopter baru dan buat semula untuk stok. Apa pun rawatan ini dipercayai sebagai supplement sahaja dan digalakkan untuk membawa kucing sakit kepada doktor haiwan yang bertauliah. Rawatan ini dari segi perubahan kucing dapat dilihat pada dua atau tiga hari selepas diberikan air rebusan rumput helikopter.


Mengetahui akan khasiat rumput helikopter untuk kegunaan manusia agak menarik untuk dibincangkan juga. Penulis blog google diinternet dimana ada dijual Jus Rumput Helicopter berukuran 250 ml di Shopee dengan harga jualan RM11.50 sebotol (Sila lihat foto disebelah). tetapi yang ini jelas ditulis produk ini khusus untuk rawatan kucing dan bukan untuk kegunaan manusia khususnya. Kalau untuk kegunaan manusia sebaiknya ia boleh dibuat sendiri sahaja dirumah kerana bahan asasnya memang mudah didapatkan dan cara merebusnya juga sangat mudah dilakukan. Khasiat dari rumput helikopter p
ertama ada dakwaan dimana bagi kegunaan manusia dilaporkan rumput helikopter sesuai untuk kesihatan tenaga lelaki. Caranya adalah dengan mengambil keseluruhan pokok dengan cara mencabutnya iaitu termasuk bahagian akar. Basuh sehingga betul-betul bersih terutama bahagian akar yang ada tanah melekat. Kemudian kesemua bahagian pokok rumput helikopter ini direbus sehingga airnya tinggal separuh atau telah bertukar menjadi perang seakan warna air teh dan bahagian yang direbus telah layu. Banyak air yang diperlukan untuk merebus ialah ukuran tiga kali ganda jumlah bahan yang direbus. Langkah akhir adalah menapis air rebusan itu dan sejukkan untuk diminum. Rasanya sedikit kelat dan 'selesa' diminum dimana amalkan memibun air rebusannya sebagai amalan harian. Amalan minum air rebusan rumput helikopter juga untuk kekuatan fizikal dan mengelak daripada sesiapa dari terkena penyakit dimana didakwa ia amat sesuai untuk mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga seperti buruh kasar. Dalam pada itu bagi golongan wanita pula boleh diambil bahagian bunganya dan dimakan terus dimana ia adlah sesuai diamalkan dua atau tiga kuntum bunga setiap hari. Secara tradisional sejak dulu ada penyakit yang mana ia boleh diikhtiarkan untuk menggunakan sumber alam yang ada di sekeliling. Ini kerana ada petua iaitu 'Setiap penyakit ada ubatnya' walau perlu diingat yang segala ubatan tradisional ini perlu dikaji sedalamnya supaya tidak menimbulkan sebarang kemudaratan. Semuga artikel ini memeberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RUMPUT HELIKOPTER... TIGA DAUNNYA...
TUMBUH MELIAR... ADA DIMANA-MANA...
MERAWAT KUCING... PARVO SEBABNYA...
BAGI MANUSIA... PERLU ADA KAJIANNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist
Room 227, Hotel Singgah Pengerang,
Jalan Kelicap 3, Bukit Pelali, Pengerang,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(16 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.