Sunday, August 6, 2023

KULIT KAMBING DAN MANAFAATNYA

KULIT KAMBING
(Goat Skin) merupakan salah satu hasilan daripada ternakan kambing atau bebiri atau yang seumoama dengannya dan banyak kegunaannya. Ternakan kambing selalu menghasilkan daging, susu, kulit, bulu dan tanduj yang ada kegunaannya tersendiri. Penukis blog nemang ada pengalaman menternak kambing di kampong dizama muda dahulu sehingga mencecah lebih daripada 45 ekor didalam kandang di beakang rumah. Kambing inni selain daripada ia dijual sebagai pendapatan keluarga selalu juga di sembelih semasa majlis kenduri dan dimana selalu kuitnya akan dikeringkan. Baga mertua penulis blog yang juga pengusaha membuat kompang memang sentiasa menyediakan ribuan kulit kambing untuk dijadikan kompang berkualiti yang didapatkan daripada pemborong kulit kambing di seluruh negara. Kulit kambimg merupakan bahan utama membuat alat seperti kompang dan jidur di bengkel di rumah bapa mertua dahulu. Kulit kambing adalah bahan atau material kulit yang didapatkan dari seekor kambing yang disembelih diambil dagungnya dan kulit kambingnya. Dari segi sejarh dilaporkan dimana kulit kambing sudah digunakan untuk pelbagai kegunaan sejak dahuulu diseluruh dunia. Di USA ada laporan dimana kulit anak kambing (kidskin) ada digunakan untuk membuat sarung tangan, sepatu dan pelbagai aksesori hiasan lainnya bersaa dengan kulit bebiri, lembu, kangaroo dan haiwan lain (termasuk haiwan liar yang diburu). Biasanya kulit samak yang kering dari kulit kambing adalah sangat tahan lama dan selalunya ia digunakan untuk membuat produk seperti tikar permadani dan untuk penjilidan karpet di beberapa bahagian dunia. Bahan ini sering juga ia digunakan untuk sarung tangan, kasut but dan produk kegunaan lain yang memerlukan kulit lembut. Di beberapa negara timur tengah dan asia tengah dimana kulit kambing di buat untuk menyimpan atau membawa air selain daripada untuk memproses susu menjadi produk makanan. Sudah lama kulit kambing menjadi bahan utama untuk penjilidan buku kulit selama berabad-abad. Peralatam muzik tradisional dan juga peralatan muzik moden masih menggunakan kulit kambing untuk menhasilkan bunyi-bunyian sebagai alat muzik yang signifikan. Artikel pada subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kulit kambing dalam dunia kesihatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.



Ramai rakyat Malaysia yang kurang tahu mengenai kehebatan dan kegunaan kulit kambing selain daripada kegunaanya dalam industri kraftangan dan aksesori. Beberapa laporan yang penulis blog rujuk menyatakan ada lebih dari 15 kehebatan kulit kambing (di Indonesia ia di katakan sebagai kikil) untuk tujuan kesihatan. Dilaporkan ramai yang suka makan makanan berasaskan daging kambing akan tahu akan kes kewujudan kulit kambing (dan juga kulit lembu) untuk dijadikan makanan yang lazat. Kini sudah ada banyak makanan berasaskan kulit kambing atau bahagian kikil kambing (tulang rawan) seperti Bakso kikil, Sate kikil, Rojak kikil, Sup kikil atau makanan-makanan lain yang memang menggunakan bahan asas ini sebagai salah satu dari bahan campurannya. Apa pun di kalangan masyarakat Indonesia mereka memang mudah mendapatkan kuiner ini tetapi agak susah di jumpai di negara kita Malaysia kecuali di kawasan yang ada ramai masyarakat jawa lokal dan masyarakat Indonesia tinggal. Selalunya kulit kambing yang diprosea atau bahan kikil adalah ia berwana putih atau kekuningan dan ada yang dilihat transparen, bertekstur kenyal dan selalu ada sedikit licin. Produk kikil ini biasanya boleh dibuat sendiri selepas memyembelih kambing dan boleh didapatkan dari haiwan di bahagian kakinya. Kikil ini selalu terletak melekat dengan tulang dimana cara mengambil kikil dari haiwan tersebut sebahagian tulang dengan gunakan pisau tajam. Selalunya ada sebahagian kikil yang lembut dan ada juga sebahagian lagi kikil yang sedikit keras. Biasanya digunakan bahagian kikil yang dimakan adalah kikil atau kulit kambing atau kulit lembu. Merujuk dalam talian on-line Shopee dimana ada iklan menjuak kulit lembu (tiada kulit kambing) kikil dimana harga ditawarkan adalah RM15.99 bagi saiz 500 gram dan RM29.99 bagi sekilogram. Ini bermakna sesiapa yang inginkan ujirasa kuliner dari kikil boleh mendapatkannya dengan mudah secara on-line sahaja.


Kegunaan Kulit Kambing dan Kikil ini dilaporkan adalah untuk dijadikan 
Bahan Makanan. Kulit Kambung dan Lembu dan juga kikil mempunyai rasa yang sesuai dimakan dimana dilidah berikan satu citarasa unik dan lembut serta memang lazat jika pandan memasaknya. Ramai  orang yang suka mengambil makanan ini terutama keturunan Jawa di Johor dan Selangor kerana mereka sudah kenal akan makanan ini sejak dahulu lagi. Bagaimana pun bukannya mudah untuk semua orang menyediakan bahan asas kulit haiwan ini dimana bagi mendapatkan kikil sebelum sedia dimasak (kecuali membeli atau membelinya secara on-line). Apa pun selepas makan selalunya pinggan yang digunakan akan ada lemak yang melekat dan menyusahkan sesiapa yang membersihkannya. Ramai yang suka makan kulit lembu dan kikil lembu tetapi ada sebahagian pengguna yang tidak suka makan kulit kambing kerasa ada bau yang agak kurang enak jika kurang pandai memproses kulitnya. Cara memproses kulit kambing kena betul dengan teknik tertentu sehingga bau kambing tersebut dapat dihilngkan. Belum banyak penyelidikan mengenai produk kulit dan kikil kambing dijalankan terutama bagaimana cara untuk menghilangkan bau kambing (bau prengus). Jika dapat dihilangkan bau ini pastinya harga kulit kambing untk dijadikan bahan makanan akan lebih mahal lagi.


Ada dakwaan dimana memakan kulit kambing dengan betul mampu untuk meningkatkan tenaga batin lelaki. Ini termasuk makanan kikil kambing seperti yang dipercayai di negara Arab Saudi dan beberapa negara timur tengah lain. Mereka sejak dahulu akan memilih kikil kambing untuk dinikmati dimana ia dipercayai akan meningkatkan tenaga batin atau tenaga dalaman lelaki. Walau pun kalangan masyarakat disana hanya suka akan makana sup kambing, kambing panggang dan makanan berasaskan kambing akan tetapi dengan adanya orang dari negara Indonesia maka makanan berasaskan kulit kambing dan kikil kambing sudah mula didapati disana. Dilaporkan dimana kalangan 
penduduk Arab Saudi sendiri memang mereka tidak begitu menyukainya sebab kikil berada di kaki dan mereka menganggap perkara seperti itu adalah menjikikan. Ini kerana kikil selalu banyak berada pada kaki sehingga sebahagian besar bahagian kaki kambing yang boleh dimakan tentunya adalah cuma kikilnya. Siapa sangka jika kikil dan kulit kambing boleh dijadikan bahan campuran menjadi produk Plastik Biodegradable. Kajian menunjukkan ia mudah terurai jika digunakan sebagai plastik. Sama dengan kulit dan kikil lembu dimana didakwa ia mampu meningkatkan Kekebalan Tubuh pemakannya. Ini kerana ujudnya kandungan protein iaitu ia lebih tinggi dari kikil ayam dan lebih rendah dari kikil kambing. Kikil kambing cukup berpotensi untuk dijadikan makanan sumber protein. Ia didakwa mamu untuk berikan protein yang mampu meningkatkan sistem imunisasi atau kekebalan tubuh seseorang serta mampu mencegah serangan bakteria dan virus juga. Makan dari bahan ini akan berikan banyak tenaga kerana bahan protein, lemak dan karbohidrat merupakan zat-zat yang dapat menghasilkan tenaga dan tentunya ketiga zat tersebut ada dalam kulit dan kikil kambing. Bahan protin didalamnya membantu proses pertumbuhan dan perkembangan baik untuk kanak-kanak, janin yang ada di dalam kandungan atau pun golongan remaja. Bago golongan dewasa dan lanjut umur juga baik mengambil sum ini. Bahan protin didalamnya akan membantu dalam pembentukan otot dan tulang.  


Selalunya s
istem saraf berfungsi dalam mengatur seluruh kegiatan dalam tubuh seperti bercakap, bergerak atau pun merasakah bahagian badan yang sakit. Jika sistem saraf kita terganggu maka kawalan dalaman tubuh pun juga akan terganggu apabila sebahagian atau seluruh badan boleh menjadi lemah atau lumpuh. Sebaiknya amalkan cara untuk mencegah kes seperti ini dan disarankan mengambil makanan yang tinggi protein seperti makana ada kulit kambing atau kikil kambing. Bagaimana pun perlu juga berhati-hati kerana kikil kambing juga mengandung lemak yang sangat tinggi sehingga memang akan timbul risiko kolesterol juga perlu di awasi. Dalam kajian didakwa dimana kulit dan kikil kambing dapat membantu dalam pengangkutan sel di dalam tubuh seperti hemoglobin yang mengedarkan darah ke seluruh tubuh melalui darah. Fungsinya bukan hanya mengangkut saja akan tetapi protein juga memiliki kemampuan untuk menyimpan zat besi di dalam hati. Zat-zat seperti ini sangat berguna untuk tubuh sehingga metabolisme dalam tubuh dapat berjalan dengan lancar. Dengan metabolisme yang lancar maka tubuh menjadi sihat dengan selalu berolahraga secara teratur. Ada dakwaan dimana makanan ini membantu Penyerapan Vitamin apabila memakan makanan yang ada kulit dan kikil kambing. Walau pun selalunya ramai orang yang menghindari makanan berlemak sebab takut gemuk atau kolesterol sebenarnya mengambil secara sederhana lemak sangat baik untuk tubuh utamanya dapat membantu penyerapan berbagai jenis vitamin. Jika tidak ada lemak maka vitamin di dalam makanan tidak dapat diserap oleh tubuh, dan vitamin yang dapat larut dalam lemak adalah vitamin A, D, E, serta vitamin K.  Apa pun manafaatnya juga mampu dalam pengeluaran hormon dalam badan. Pengeluaran hormon di dalam tubuh dapat dipengaruhi oleh keberadaan lemak dan protein di dalamnya. Jika sesiapa ambil makanan yang rendah lemak dan rendah protein maka fungsi hormon di dalam tubuh pun juga ikut menurun. Badan manusia memerlukan hormon yang jumlahnya sangat sedikit namun zat ini memnag sangat berguna untuk bagi tubuh untuk membantu fungsi-fungsi tertentu. Hormon di dalam tubuh manusia selalu mempunyai fungsi beraneka ragam. Salah satu makanan yang mengandung protein dan lemak yang cukup tinggi adalah kulit dan kikil kambing. Memang manafaat yang didakwa mampu meningkatkan kesuburan indidivu dalam berkeluarga sesuai untuk memakan makanan ini. paling unik dimana manafaatnya ia kana membantu Menjaga Kesehatan Mata. Umum tahu dimana mata merupakan organ penting yang menjadi jendela untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan yaitu alam semesta. Mata yang sihat boleh di dapatkan dengan mengambil makanan yang ada banyak mengandung vitamin A dan B serta protein. Memang protin ini akan membantu menjaga kesihatan mata dengan cara memberikan respon sel rhodopsin dan mengamalkan satu cara hidup yang sehat. Salah satu makanan yang pasti memang ada mengandung protein baik adalah kulit dan juga kikil kambing.  Makanan ini dilaporkan memang boleh mencegah proses penuaan dan juga sesuai menjaga kesihatan rambut. Bahan kalogen dari kinik ini akan dapat mengawal kulit sehingga lembut dan elastik dan terjaga. Kulit yang elastik selalunya dapat menurunkan risiko penambahan kedutan pada kulit. Jika kedutan pada kulit dapat dikurangkan maka seseorang itu akan dilihat lebih muda. Bahan kolagen dalam kulit dan kikil kambing baik digunakan. Ada pun bahan kolagen juga berperanan besar dalam menjaga kesihatan rambut. Kolagen dapat membantu mempercepatkan proses 'regenaration' rambut sehingga pertumbuhan rambut dapat terjadi secara optima dan juga ia akan mampu dalam usaha menguatkan rambut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
KULIT KAMBING... KIKIL KAMBING JUGA...
DIJADIKAN MAKANAN... PELBAGAI CARA...
BANYAK MABAFAAT... BANYAK GUNANYA..
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT  INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Simpang Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.