Penaman Pokok Pain sebagai tanaman hiasan atau landskap kini semakin poplar di Malaysia. Penulis blog sendiri sudah menanam pokok pine dahulu yang kecil dalam pasu tetapi ia sudah ditebang setelah meninggi dan membesar dan tidak sesuai lagi. Menanam pokok ini mudah dilakukan dan berbaloi kerana pokok ini lasak dan cantik semasa ia kecil sahaja. Bagaimana pun yang penting adalah jenis pokok pine yang hendak ditanam dan dpilih semestinya sesuai dengan konsep, tanah tersedia dan juga harga serta penyelengeraannya. Menang ada banyak jenis pokok pine dimana sejumlah besar jenis pine ini berlainan bergantung pada ciri-ciri daunnya sama ada jenis jarum, jenis buah, ketinggian maksimum dan sebagainya. Apa pun antara varieti yang paling popular akan diterangkan secara ringkas di bawah. Pertama Jenis Pine Scotland iaitu jenis yang banyak tumbuh di Eropah dan Asia. Ketinggian purata pokok ini sekitar 40-45 meter dengan garispusat batang sekitar 1.2 m. Kelihatan pokok dewasa mempunyai batang yang lurus, kulit kelabu-coklat, kon (anak benih) atau ada yang mempunyai mahkota bulat (dewasa). Jenis kedua adalah Jenis Pine Cedar Siberia yang banyak tumbuh di Siberia dan mampu tumbuh setinggi sehingga 25 meter dimana ia mempunyai batang lurus yang berwarna kelabu-coklat. Ia selalu mengembang di uncak dan mempunyai buah buah ovoid besar sehingga 12 cm panjang. Jenis ke tiga adalah jenis Paya Pine iaitu jenis pokok daari Amerika Utara dibahagian tenggara. Pokok jenis ini boleh mencapai paras ketinggian tinggi sehingga 50 meter dan bentuk daunnya adalah tajam seperti jarum berwarna kuning-hijau sehingga 45 cm panjang. Ke empat adalah jenis Pine of Montezuma (Jenis Pine Putih) yang banyak ditemui di barat Amerika Utara dan Guatemala dimana ia tumbuh sehingga 30 meter tinggi. Ciri tersendiri varieti ini dianggap sebagai mahkota bulat dan daunnya seperti jarum hijau kelabu. Penulis blog dapati jenis yang ke lima adalah Jenis Crimean Pine yang ada tumbuh banyak di kawasan di Caucasus dan Crimea antara yang agak jarang dijumpai. Ia dibezakan oleh ketinggiannya yang tinggi - sehingga 45 meter dengan mahkota berbentuk piramid atau payung serta kon panjang coklat sehingga 10 cm. Jenis keenam adalah Pine Himalaya yang banyak tumbuh di kawasan seperti di Afghanistan dan di wilayah Yunnan di China. Ia adalah antara jenis pokok pine hiasan yang terkenal, Ciri pokok jenis ini capai ketinggian yang capai 50 meter dan jenis jarum daunnya.
Di negara empat musim ada waktu sesuai untuk menanam pokok pine sebagai tanaman hiasan atau komersil. Selalunya ia ditanam pada musim bunga dan musim luruh. Jika kita bercakap tentang musim bunga. Bagaimana pun di negara beriklim tropika seperti di Malaysia pokok pine ini boleh ditanam pada bila-bila masa sepanjang tahun. Penting agar lokasi penanaman pokok pine sebagai hiasan di taman awam atau taman rekreasi ini di tentukan dahuli konsepnya. Setidak-tidaknya ada arkitek landskap yagng menyediakan peta lakar dimana pokok pine ini akan ditanam dengan jenis yang dipilih. Apa pun tapak lokasi penanaman sebaiknya dari jenis tanah yang subur, mendapat sinaran matahari yang mencukupi dan mempunyai saliran yang baik. Dilaporkan pokok pine ini memang lasak dimana ia masih boleh hidup selama beberapa puloh hingga ratusan tahun dengan baik walaupun berada di kawasan tanah yang kurang nutrien dan baja. Pokok pine memang unik kerana ia mempunyai sistem akar yang sangat kuat yang membolehkan mereka berjaya tumbuh kukuh walau pun dalam tanah peroi dan berpasir. Keperluan asas dan cara penyelenggaraan untuk menanam pokok pine pada tanah tertentu mungkin berbeza bergantung pada jenis pine yang dipilih. Lazimnya kebanyakan pokok konifer dan sebaliknya ia tidak suka tumbuh di tanah yang terlalu kaya dengan mineral dan baja semulajadi seperti jenis Mediterranean dan Amerika. Penting pokok ini dapat cahaya matahari apabila matang tetapi semasa menanam sebaiknya anakbenih ditanam dibawah naungan dahulu kerana sinaran matahari berlebihan akan merencatkan pertumbuhannya. Lubang penanaman sebaiknya sedalam 0.7 - 1 m bergantung kepada jenis tanah dan jenis pokok pine. Lubang berbentuk kon tersebut juga digalakan diasukkan bahan tanah campuran serta batu-batuan pecah setebal 20 -25 cm berlapis-lapis dengan tanah, kompos dan baja organik. Jarak penanaman bergantung kepada jenis dimana bagi jenis pokok tinggi maka jarak disyorkan adalah sekitar 4 - 5 meter, untuk varieti bersaiz kecil disyorkan maka jaraknya tidak lebih daripada 2 meter. Siram selepas menanamdan berikan sungkupan dipangkal pokok.
Penjagaan pokok pine tidak sukar sangat kerana ia agak lasak dan kurang seranga perosak dan penyakit. Penyiramann pokok terutama peringkat awal peting kerana jika kurang air daunnya menjadi kuning, kering dan kemudian akan gugur. Sebaliknya jik aterlebih air dan saliran kurang baik menyebabkan akrnya menjadi rosak dan busuk. Cantasan perlu dibuat dari peringkat awal sebagai cantasan pembentukkan dimana ia bergantung kepada konsep landskap dan juga jenis pokok pain yang ditanam. Proses cantasan ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan sebagai pine hiasan. Cantasan penting untuk membentuk bentuk dan mahkota tertentu dan juga boleh digunakan untuk buang dahan yang ada daun jarum yang kering, tajam dan boleh melukakan (Sila lihat foto disebelah). Pemangkasan dan juga penyelenggaraan perlu dilakukan sepanjang masa dimana alatan mencantas gunakan gunting atau scateurs paling tajam yang telah dibasmi kuman terlebih dahulu. Sentiasa untuk memeriksa anak pokok untuk tujuan gejala penyakit dan perosak. Antara perosak seperti lalat gergaji, kumbang kulit kayu dan juga hermes. Gunakan racun kimia sesuai untuk mengawal serangan perosak dan penyakit jika berlaku. Pokok pine di Malaysia mampu tumbuh dengan cepat kerana banyak cahaya matahari, tanah yang subur dan hujan yang banyak. Jangan terkejut jika dalam beberapa tahun sahaja pokok pine hiasan sudah membesar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DI DALAM TAMAN... ADA SUSUNANNYA...
BENIH DITANAM... SESUAI LUBANGNYA...
DI BAJA DI JAGA... CANTIK HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Ramadan 1444H).
SELAMAT BERPUASA!!!.
Posted from:
Room 1604, Pullman Miri Waterfront,
Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.