Thursday, August 24, 2023

BIJI BIJAN DAN KEHEBATANNYA (Part 1)

TANAMAN BIJI BIJAN
(Sessamum indicum) daripada keluarag Pedaliaceae itu merupakan sejenis tanaman yang tidak dikenali di Malaysia akan tetapi ramai yang kenal akan biji bijan dan minyak bijan. Penulis blog dapati dimana biji dan minyak bijan adalah sejenis produk yang sering ada yang digunakan oleh masyarakat kita walau pun tidak mengenali pokoknya. Ia sering digunakan didalam proses penyediaan makanan seperti membuat kuih bom dan digunakan sebagai bahan campuran membuat kopi serbuk campuran. Sementara minyak bijan yang memang dikenali umumnya ia dapat mengikat kolestrol sehingga dianggap sebagai mampu untuk merawat kepada masaalah penderita kolestrol tinggi. Walau pun biji bijan sudah terkenal di Malaysia dan amat mudah membelinya dikedai-kedai akan tetapi tidak ada laporan data mengenai usaha penanaman tumbuhan ini di Malaysia. Apa pun ramai orang Malaysia yang tidak pernah melihat pokok bijan. Penulis blog bagaimana pun ramai yang kena akan bibi bijan yang 
bijinya kecil tetapi kuat sama ada jenis bijan utih atau biji bijan hitam. Lazimnya bijan akan digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional selama beribu-ribu tahun.. Berasal dari Afrika dan Asia dimana bijan telah tersebar ke seluruh dunia dan kini menjadi bahan biasa dalam masakan banyak budaya. Selain rasa dan serba boleh di dapur dimana benih ini terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatannya. Apa pun tentang penggunaannya didalam pemakanan dan faedah kesihatan bijan memang sangat luas. Di jelaskan juga kali ini bagaimana cara memakan biji yang lazat ini untuk semua pembaca mendapatkan akan kehebatan khasian dari biji bijan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana bijan adalah biji minyak yang kecil dan rata yang digunakan secara meluas dalam masakan di seluruh planet ini. Ia berasal dari Afrika dan India, tetapi hari ini ia ditanam di banyak bahagian dunia. Biji ini kaya dengan nutrien, seperti protein, lemak sihat, serat, kalsium, zat besi, zink, magnesium, dan vitamin B. Oleh kerana itu bijan ia dianggap sebagai makanan sihat yang boleh memberikan banyak manfaat kesihatan. Artikel subuh ini sambil mendengar deruan ombak dari bilik hotel di Desaru saya menulis dalam bloh "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan dan khasiat biji bijan untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Ramai mungkin faham dimana apabila menggunakannya di dapur memang ada terdapat beberapa cara. Salah satu cara yang paling biasa untuk menggunakannya adalah dalam pengeluaran minyak bijan dimana ia digunakan sebagai ramuan dalam banyak hidangan terutamanya dalam masakan Asia. Biji bijan pula ia juga digunakan untuk menghias roti, biskut dan barangan bakar yang lain. Selain itu juga apa yang penulis blog lihat dimana biji bijan boleh digunakan untuk membuat tahini, pes bijan yang digunakan sebagai bahan dalam banyak sos dan sos. Dalam kes faedah kesihatan pula dilihat biji bijan telah dikaitkan dengan beberapa kesan positif pada tubuh manusia. Ia telah ditunjukkan untuk membantu menurunkan kolesterol, meningkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan keradangan, menguatkan tulang, dan dapat memperbaiki penghadaman. Di samping itu juga dilaporkan terdapat bukti bahawa sebatian antioksidan dalam benih ini mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap jenis kanser tertentu. Mengetahui akan nilai pemakanan bagi bijan dimana ia adalah biji yang sangat berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrien penting. Dilaporkan anggaran bagi nilai pemakanan 100 gram biji bijan mentah:Kalori mengandungi sebanyak Kalori (573 kcal), Protein (17 gram), Lemak (50 gram - termasuk lemak tak tepu tunggal dan tak tepu),  Karbohidrat: 23 gram (termasuk serat), Kalsium (975 mg) atau ia bersamaan dengan 98% daripada elaun harian yang disyorkan), Besi: 14.6 mg (bersamaan dengan 81% daripada elaun harian yang disyorkan), Magnesium: 351 mg atau pun ia bersamaan dengan 88% daripada elaun harian yang disyorkan), Zink sebanyak 7.8 mg (bersamaan dengan 70% daripada elaun harian yang disyorkan), Vitamin B1 (tiamin): 0.8 mg iaitu bersamaan dengan 64% daripada elaun harian yang disyorkan), Vitamin B6: 0.8 mg (bersamaan dengan 62% daripada elaun harian yang disyorkan). Apa pun selain itu, biji bijan mengandungi lignan, fitosterol, antioksidan dan sebatian bioaktif lain yang mungkin memberikan manfaat kesihatan tambahan. Oleh itu, bijan adalah sumber protein yang sangat baik, lemak sihat, serat, kalsium, zat besi, magnesium, zink dan vitamin B, yang menjadikannya makanan yang sangat berkhasiat.


Terdapat banyak faedah yang ada pada biji bijan akan dijelaskan dalam artikel kali ini. Biji bijan adalah makanan berkhasiat tinggi yang boleh memberikan banyak manfaat kesihatan. Biji ini yang kaya dengan nutrien termasuk protein, lemak sihat, serat, kalsium, zat besi, zink, magnesium dan vitamin B memang berkhasiat. Ini menjadikannya ia sebagai salah satu sumber nutrien yang sangat baik untuk tujuan dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Pertama adalah dilaporkan ia mampu untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular kerana biji-bijian ini boleh membantu meningkatkan kesihatan terutama kardiovaskular berkat kandungan lemak sihatnya seperti Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6 iaitu zat yang boleh dalam mengurangkan risiko penyakit jantung. Kedua ia akan mengurangkan kolesterol dalam darah apabila biji bijan yang mengandungi lignan iaitu sejenis sebatian tumbuhan yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah dimana ia dan kesannya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Ketiga khasiat bijan adalaj ia akan menguatkan tulang kerana biji bijan adalah sumber kalsium (Ca) yang baik dan ia merupakan mineral penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Selain itu juga memang biji bijan juga mengandungi mineral lain seperti magnesium (Mg) dan Zink (Zn) yang penting untuk kesihatan tulang. Keempat dimana biji bijan yang bersifat anti-radang kerana ia mengandungi antioksidan dan sebatian anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan keradangan kronik. Kelima adalah kehabatan biji bijan untuki meningkatkan pencernaan kerana biji bijan mengandungi serat (fiber) iaitu bahan yang penting untuk mengekalkan kesihatan pencernaan yang baik. Selain itu bahan lignan yang terdapat dalam biji bijan juga mungkin mempunyai sifat prebiotik, bermakna ia boleh merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus. Sebagai kesimpulan dimana b
iji bijan adalah makanan yang berkhasiat tinggi yang boleh memberikan banyak manfaat kesihatan termasuk dalam meningkatkan kesihatan kardiovaskular, menurunkan kolesterol, menguatkan tulang, mempunyai ciri anti-radang dan memperbaiki penghadaman.


Bagaimana pun cara pegamblan biji bijan degan betul amat penting difahami. Antara jenis makanan berbijan yang sering dijual adalah seperti Kuih Bom Bijan, Roti Bijan (roti ada dijual meluas dipasaran), Roti Puri Bijan, Biskut Kering Bijan, Biskut Manis Bijan dan banyak lagi (Sila lihat foto disebelah). Kenapa masih ramai orang suka makan berbijan ini sedangan ia adalah sejenis biji benih untuk pertumbuhan. Biji bijan sebanarnya adalah sejenis bijirin (cereal) yang berkhasiat sama ada diguna terus atau diproses menjadi minyak bijan. 
Minyak bijan ialah minyak sayuran yang boleh dimakan yang mana ia dihasilkan daripada biji bijan yang matang. Selain digunakan sebagai minyak masak di India Selatan dan beberapa negara lain dilaporkan ia juga sering digunakan sebagai penaik rasa dalam masakan Cina, Jepun, Timur Tengah, Korea, dan Asia Tenggara. Apa pun bagi penulis blog mendapati minyak daripada bijian yang kaya dengan nutrisi ini juga terkenal penggunaannya dalam perubatan alternatif seperti dalam aktiviti urutan tradisional hinggalah kepada urutan moden. Amalan perubatan India tradisional yang selalunya akan guna adan mengamalkan Ayurveda menggunakan minyak bijan. Apa pun sememangnya minyak ini terkenal di Asia dan dikenali sebagai minyak yang berasaskan tanaman yang paling awal diketahui akan tetapi pengeluaran moden berskala besar terus terhad walaupun hari ini disebabkan proses tuaian manual yang tidak cekap untuk aktiviti mengekstrak minyak. Dalam penggunaan biji dan minyak bjan dilaporkan memang ada beberapa cara untuk melakukannya. Biji bijan paling kelihatan digunakan sebagai pembalut makanan. Ia juga adalah merupakan salah satu cara yang paling biasa untuk mengambil biji bijan adalah sebagai pembalut untuk hidangan salad, nasi, sayur-sayuran atau kepada daging. Ramai juga dilaporkan boleh membakarnya dalam kuali tanpa minyak sehingga ia berwarna keemasan dan kemudian taburkannya pada makanan ain yang diminati. Kedua dimana bijan selalu digunakan sebagai bahan dalam resipi dimana ia boleh digunakan sebagai bahan dalam banyak resipi masakan. Antara makanan yang gunakan bijan bagi menambah citarasa adalah termasuk makanan seperti roti, biskut, kek dan sos. Bagaimana pun atas kreativiti seseorang mereka  memang boleh menambahkannya pada resipi kegemaran untuk dapat memberikannya sentuhan aspek kerangupan dan rasa pedas.
Bijan seslau dijadikan sebagai tahini atau pun ia aadalah pes bijan yang digunakan dalam banyak resipi dalam masakan Mediterranean dan Timur Tengah. Selalu penulis blog lihat bagaimana bijan boleh membuat tahini di rumah dengan mencampurkan bijan yang telah dibakar dengan minyak bijan sehingga diperolehi pes yang licin semasa berkunjung di beberapa negara tersebut. Bijan memang sesuai dijadikaan sebagai snek yang enak. Ada juga yang boleh membakar bijan dan diperasakannya dengan garam atau rempah untuk menikmati snek yang sihat dan berperisa. Biji bijan juga boleh dimakan dengan pelbagai cara. Perkara terbaik dan sesuai dilakukan ialah mencuba cara yang berbeza untuk dapat memakannya dan dengan betul jenis hidangan digemari.  Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu (Part 1) dan Part 2 yang disyorkan untuk dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BIJI BIJAN...IA MEMANG BANYAK GUNA...
MALAYSIA MENGIMPORT...BANYAK JUGA...
BANYAK KHASIAT... HEBAT DIJELASKANNYA...
SEMAKIN BERILMU... INGIN MENGUNA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 441,
The Sand & Sandals Resort and SPA,
Desaru Beach, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(7 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.