Sunday, July 23, 2023

RAMBUTAN DAN KISAH TRAGIK DIMEDIA

BUAH RAMBUTAN
(Nephellium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapindaceae yang mana ia ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan di Malaysia apa yang penulis blog tahu bagaimana pun terus menurun setiap tahun dimana dilaporkan sehingga tahun 2021 hanya seluas 15,316 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 50,642 metrik tan sahaja yang tinggal (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan sekitar 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Terkini pada tahun 2022 keluasan tanaman rambutan seluas 14,707 hektar iaitu menurun sebanyak 609 hektar dalam masa setahun sahaja dan penghasian sebanyak 56,390 metrik tan (Sumber: Laporan Sama dari Jabatan Pertanian 2022) iaitu berlaku peningkatan hasil. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dan kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Artikel malam Khamis ini sambil menonton Piala AFF Suzuki 2021 saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah berkaitan pokok rambutan dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. Artikel ini telah dikemaskini pada 4 Julai 2023 (iaitu hampir 2 tahun kemudian) sebelum dapat di posting.


Kisah pertama oleh Harian Metro dimana berlaku kejadian 'Ajal tersepit di dahan rambutan' yang memang mengejutkan masyarakat setempat di Sepang, Selangor. Kisah ini mengenai mangsa diceritakan oleh  Yaakob Sidikin (67 tahun) yang melihat kejadian seorang lelaki meninggal dunia akibat tersepit di dahan rambutan iaitu berlaku di rumahnya di Kampung Bukit Bangkong, Sepang. Dalam kejadian jam 9 pagi itu dimana mangsa, Puiman Semin (54) yang diupah Yaakob untuk memotong dahan pokok rambutan di hadapan rumahnya.  Bagaimana pun dahan yang dipotong Puiman menghempap lehernya menyebabkan dia tersepit antara dua dahan rambutan (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya selepas terdengar bunyi benda jatuh itu, dia keluar melihat apa yang terjadi sebelum mendapati dahan yang dipotong oleh Puiman menggunakan gergaji menghempap lehernya. Ini bukanlah kali pertama dia mengupah Puiman untuk memotong dahan rambutan. Ketika kejadian dia ada membawa seorang rakan yang dikenali sebagai Rahim. Semasa dahan berkenaan menghempap Puiman, Rahim ada 
bersamanya namun dengan kudrat yang ada dimana dia sudah tidak mampu mengangkat dahan berkenaan. Dia eminta tolong jiran dan cuba mengikat tali pada dahan berkenaan supaya ia tidak menekan leher Puiman. Ketika itu jeritan meminta tolong dia kedengaran hanyalah dalam tiga minit sebelum suaranya semakin sayu. Kami sempat mengajar Puiman mengucap syahadah dan dia berbuat demikian. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sepang nyatakan pihaknya menerima panggilan telefon pada 9.38 pagi tadi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian. Bomba menerima laporan ada lelaki yang tersepit di celahan pokok dan kerja membawa turun mangsa dilakukan oleh pihak bomba sebelum dia disahkan meninggal dunia. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Kisah ini menunjukkan dimana walau pun pokok rambutan semakin kurang tetapi ia tetap ada kes kematian yang perlu dijadikan tauladan. Berhati-hati semasa melalkukan kerja 3D.


Akhbar sama juga mempaparkan kisah lain iaitu 'Maut terjatuh ketika petik rambutan' yang berlaku di Pontian, Johor menarik dikongsikan. Gara-gara ingin memetik buah rambutan, seorang pekerja kilang pembuatan maut selepas terjatuh dari bumbung gudang kilangnya di Jalan Johor dekat Pontian adalah mengejutkan.  Lelaki warganegara Nepal berusia 41 tahun itu parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 10.15 pagi. Hasil dari siasatan awal mendapati lelaki itu ditugaskan ke gudang kilang itu bersama rakan sekerjanya untuk mengambil sampel produk. Dia kemudian memaklumkan mahu memetik buah rambutan berhampiran gudang sebelum menaiki bumbung menggunakan tangga aluminium mudah alih seorang diri.
Kepingan bumbung lutsinar yang terkopak dan pecah (kesan jatuh) masih berada di bumbung pada ketinggian 30 kaki (9.14 meter) dari lantai mangsa dilaporkan terjatuh. Dilaporkan dimana pihak penyelamat kemudian mengarahkan majikan pekerja itu untuk menjalankan siasatan dalaman serta melantik pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selain dapat untuk mengemukakan surat tunjuk sebab atas kegagalan mengenai melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam. JPPK juga  turut menyita lokasi kejadian sehingga siasatan lengkap dijalankan dan tindakan perundangan hanya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Apa pun kisah ini memang berkait dengan pokok rambutan.


Kisah bagaimana 'Budak tiga tahun maut tercekik rambutan' dari beberapa media tempatan termasuk laporan akhbar oleh Bernama memang ia amat menyedihkan keluarganya. Kisah dimana seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah yang meninggal dunia dipercayai tercekik buah rambutan ketika berjalan kaki untuk menemui ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, Jitra, Kedah. Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd Fairuz, 7, dikatakan baru keluar dari sekolahnya dan berjalan menuju ke tempat kerja ibunya. Menurut seorang guru yang kebetulan melalui kawasan itu berkata, mangsa secara tiba-tiba rebah dan berdasarkan maklumat dari rakan mangsa, dia dipercayai makan buah rambutan ketika berjalan. Mangsa sebelum itu seperti cuba untuk muntah dan seakan-akan tercekik dan kemudian rebah di tepi jalan dalam keadaan separuh sedar. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa kemudian dihantar ke sebuah klinik kesihatan di Changlun dan sebelum dirujuk ke Hospital Jitra. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk mengenal pasti punca kematiannya. Sementara itu bapanya, Mohd Fairuz Zaiyadi, 37, berkata, anaknya sebelum ini tidak berapa gemar makan buah rambutan. Namun pada hari kejadian, mangsa makan sehingga meragut nyawa (Sila lihat foto disebelah). Dakwa bapanya, mangsa mengambil rambutan itu dari meja guru di sekolah ibunya, sementara menunggu ibunya selesai bertugas. Mereka menghantar anak sulungnya ke Klinik Kesihatan Changlun dan doktor berusaha menyelamatkan anak saya termasuk memberi bantuan oksigen, namun gagal. Keadaan anak kami agak kritikal sebelum disahkan meninggal dunia di situ. Walaupun terkejut dengan kejadian itu, namun Mohd Fairuz dan isterinya, Rosnah Illias, 36, reda dengan apa yang berlaku. Jenazah mangsa dikebumikan di Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas proses bedah siasat selesai dijalankan. Buah rambutan walau pun kurang menjadi kegemaran masyarakat tetapi apabila timbul kes seperti ini menunjukkan kewujudannya masih relevan.


Berlainan dengan kisah dalam portal bharian.com di Kelantan apabila ada dilaporkan 'Pekebun kerugian, harga rambutan jatuh 40 sen sekilogram'  memang merugikan pemilik dusun buah-buahan pada Ogos 2021. Apabila berlaku lambakkan rambutan di Tanah Merah dan Jeli menyebabkan harga rambutan jatuh.  Dilaporkan seramai 2,000 pekebun di Tanah Merah dan Jeli berdepan kerugian dianggarkan RM2.5 juta berikutan isu berlakunya lambakan rambutan. Malahan harga rambutan juga jatuh mendadak daripada RM3 sekilogram untuk harga borong pada awal musim iaitu sebulan yang lalu dan kini hanya 40 sen sekilogram sahaja. Kini Pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanas Jedok, Tanah Merah iaitu En Zulkifli Yunus mendakwa tanaman rambutan itu membabitkan kira-kira keluasan 1,000 hektar. Harga yang jatuh merudum itu menyebabkan ramai pekebun mengalami kerugian yang banyak. Pekebun juga berasa tidak berbaloi untuk mengutip rambutan di kebun kerana perlu menampung pelbagai kos termasuk upah pekerja dan sewa pengangkutan. Pelbagai kos yang perlu ditanggung, sedangkan harga jual borong hanya 40 sekilogram. Jadi ia tidak menguntungkan dan faktur PKP juga penyebab yang paling ketara mengenai isu ini. Semasa harga jatuh kali ini, rambutan sangat menjadi dan buah terlalu banyak kebun. Ini juga disebabkan lambakan serta banyak buah yang rosak kerana buah-buahan itu tidak boleh disimpan lama. Pada masa yang sama, berlaku juga lambakan manggis yang kini hanya dijual pada harga 30 sen sekilogram untuk  jualan kepada pemborong. Dia memohon pihak berwajib membantu pekebun yang terjejas dengan mengambil pelbagai langkah yang proaktif bagi membantu mengatasi lambakan rambutan dan manggis ini di Tanah Merah dan Jeli. Jabatan berkaitan boleh membantu pekebun bukan sahaja dari segi pemasaran tetapi juga dapat memproses rambutan dan manggis untuk dijadikan jem serta jus menerusi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengatasi lambakan buah berkenaan. Petani tidak ada kemampuan dari segi kewangan untuk membantu membeli hasil tanaman daripada pekebun tetapi kita berusaha menyuarakan masalah itu untuk diambil perhatian oleh pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Diharapkan tanaman rambutan diteruskan untuk dijaga agar tanaman sedia ada masih mampu menyumbang kepada pendapatan petani dan ekonomi negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini sebagai bahan bacaan. Wasallam!!.
BUAH RAMBUTAN... BERMUSIM DIA...
ADA YANG MATI... MEMETIK BUAHNYA...
BUDAK TERCEKIK... MAUT JADINYA...
ISU LAMBAKKAN... JATUH HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1442H).
Dikemaskini pada 18 Zulhijjah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.