Wednesday, July 5, 2023

PENINGKATAN HASIL GETAH - BAGAIMANA?

TANAMAN GETAH
 (Hevea brazilliensis) di Malaysia memang merupakan diantara tanaman yang penting diusahakan oleh sektor perladangan dan sektor pekebun kecil sejak beratus tahun dulu. Terkini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pernah mereka melancarkan Kempen Penorehan Getah di negara ini iaitu di Peringkat Kebangsaan bagi ia meningkatkan lagi produktiviti terutama untuk sektor pekebun kecil tanaman getah. Kempen yang dilaksanakan itu selaras dengan Amalan Pertanian Baik (GAP) yang dilakukan RISDA termasuk cara pembajaan dan cara penggunaan bahan rangsangan lateks pokok getah. Perkara ini memang amat signifikan kerana selain penggunaan baja dan benih yang baik dimana teknik cara torehan juga penting untuk memastikan hasil pengeluaran getah dapat ditingkatkan. Kempen yang dilakukan oleh agensi RISDA telah membuka mata dan ia memberi kesedaran kepada pekebun kecil untuk mereka dapat meningkatkan produktiviti seterusnya menambahkan pendapatan. Fenomena GAP dapat dijadikan satu amalan berterusan kepada pekebun kecil walaupun kita dihimpit oleh isu kejatuhan harga getah di pasaran domestik dan juga  antarabangsa. Pekebun kecil digalakkan agar ada kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan dengan cara atau teknik penorehan sempurna bagi memastikan jangka hayat pokok mencapai tempoh yang optimum. Dilaporkan dimana ketika ini produktiviti dari pihak pekebun kecil getah sentiasa menjadi keutamaan pihak kerajaan. Peningkatan produktiviti getah yang ditunjukkan setiap tahun banyak disumbangkan oleh kempen-kempen GAP yang dilakukan RISDA secara berterusan. Dilaporkan oleh RISDA dimana ketika ini pekebun kecil getah berupaya mengeluarkan hasil sebanyak 1,671 kilogram sehektar melepasi produktiviti kebangsaan  yang mana ia dilaporkan sebanyak 1,651 kilogram sehektar. Banyak cara boleh dilakukan didalam usaha untuk petani meningkatkan lagi akan produktiviti dari pokok getah untuk meningkatkan pendapatan mereka. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya akan mempaparkan beberapa perkara berkaitan usaha meningkatkan hasil itanaman getah untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam pada itu dilaporkan dimana 'LGM hasilkan inovasi untuk tingkatkan pengeluaran getah asli' dimana sasaran utama adalah pekebun kecil getah harus meningkatkan kualiti getah asli untuk dapat bersaing dengan getah asli negara luar. Info terkini menyatakan dimana negara Malaysia menghadapi penurunan dalam aktiviti pengeluaran getah asli dunia. Dari tahun 1990 hingga 2013 dimana Malaysia mengeluarkan hanya antara 825,000 tan hingga 1.3 juta tan getah asli setahun. Perkara ini  tidak memungkinkan Malaysia menyaingi pengeluaran getah dari negara Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja berikutan faktor kekangan kawasan penanaman baharu getah semakin berkurangan saban tahun. Justeru itu juga Malaysia hanya mampu mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport getah asli keenam terbesar dunia. Kini ada juga dilaporkan dengan keluasan penanaman hanya 1.06 juta hektar sedia ada sekarang maka Malaysia tidak mampu lagi menyaingi keluasan tanaman getah dengan ketiga-tiga negara terbabit. Faktor ini ditambah dengan kehilangan semakin banyak kawasan terutama sektor ladang getah yang diubah menjadi kawasan pembangunan hartanah atau ladang sawit yang membawa pulangan lebih stabil dan ianya terus berlaku dengan pantas. Di laporkan saban tahun memang penulis blog dapati ada saja ladang getah yang diubah menjadi lainn terutama sebagai ladang sawit, kawasan perumahan atau bangunan komersial dimana ia sekali gus menyebabkan pengeluaran getah asli negara semakin menyusut. Telah dilaksanakan dalam RMK11 dimana Program Tanaman Baharu dan Tanam Semula Getah Pekebun Kecil dengan meletakkan sasaran meningkatkan keluasan tanaman getah kepada 1.2 juta hektar dengan pengeluaran dua juta tan setahun sehingga tahun 2020. Dalam pada itu Kementerian KPPK telah menyediakan bajet sebanyak RM744 juta bagi melaksanakan kedua-dua program berkenaan dengan sasaran tanaman baharu seluas 38,770 hektar dan tanam semula seluas 113,900 hektar dan telah dilaksanakan. Apa pun Malaysia dilihat masih hebat apabila dilaporkan Malaysia sebagai 'pengeluar sarung tangan terbesar dunia' apa lagi di zaman pandemik covid-19 berlaku diseluruh dunia dulu.  Meskipun tidak mampu bersaing dari aspekpengeluaran getah asli dengan negara jiran terbabit akan tetapi sebenarnya  Malaysia masih mempunyai kelebihan dari aspek industri hiliran berasaskan getah yang mana telah menyaksikan negara ini kekal sebagai pengeluar sarung tangan terbesar dunia. Pada 2014 negara Malaysia mengeksport produk berasaskan getah bernilai RM14.62 bilion iaitu 43.33 peratus daripada keseluruhan eksport industri getah dunia yang bernilai RM33.73 bilion. Bagaimana pun nilai eksport sarung tangan getah Malaysia mencecah RM40.96 billion pada tahun 2020 dan terus meningkat pada tahun 2021 iaitu satu jumlah yang amat menakjubkan.


Bagaimana pun bagi Lembaga Getah Malaysia (LGM) ada mendakwa usaha berkenaan tidak akan berjaya tanpa langkah untuk membantu meningkatkan pendapatan 400,000 pekebun kecil getah kerana mereka menghasilkan 93 peratus daripada pengeluaran getah negara (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan bagi terus membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil pihak LGM mengkomersialkan beberapa teknologi seperti mesin menyemai benih getah (SoFIL), mesin untuk bahan tanaman (PMac) dan kenderaan memungut lateks (LCV). Inovasi itu akan dilaporkan telah meningkatkan tahap mekanisasi dalam operasi di ladang dan mengurangkan kebergantungan tenaga buruh. LGM juga dilaporkan berjaya untuk dapat memperkenalkan i-Klon dan Sistem Maklumat dan Pengesanan Klon Getah (RITes) yang bakal meningkatkan produktiviti pekebun kecil dan estet melalui pemilihan klon yang betul. Mengenai inovasi terbaru Sistem Penorehan Getah Automatik (ARTs) bertujuan bagi mengurangkan situasi unik iaitu kebergantungan kepada buruh asing dalam pasaran tenagakerja maka usaha untuk meningkatkan kekerapan torehan dan menambah nilai  pengeluaran susu getah kepada dua (2) tan sehektar. LGM kini juga menubuhkan Pusat Ranting Tunas Hijau Malaysia (MRBC) bertujuan untuk memastikan hanya getah yang mana ia disyorkan ditanam oleh pekebun kecil. ARTs adalah mereka menggunakan mesin torehan automatik atau pun dengan menggunakan mata pemotong berputar berkelajuan tinggi yang mampu untuk menghasilkan torehan tepat dan sekata. Ia direka dengan sistem kawalan elektronik untuk mengawal mesin operasi mesin tanpa memerlukan kawalan secara manual. Ia dipasang pada pokok dan mampu menoreh secara automatik mengikut waktu yang diprogramkan. ARTs diidakwa membolehkan torehan dilakukan pada awal pagi ketika tekanan lateks dalam pokok berada pada tahap tinggi. Ia didakwa menghasilkan pemotongan sepanjang 2.5 cm dan pembuangan kulit pokok setebal 2.3 mm sehari. Ia direka bentuk bergerak pada arah menegak dan mengufuk dimana ini akan membolehkan mata pemotong mirip kepada turutan torehan secara manual. Selain itu, ia beroperasi secara serentak mengikut masa ianya akan diprogramkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimanapun, ARTs belum mampu diaplikasi secara menyeluruh kepada pekebun kecil berikutan kos yang terlalu tinggi. Sehubungan itu pihak LGM masih meneruskan kajian bagi meminimumkan kos bagi memastikan ia tidak membebankan pekebun kecil.


Dalam pada itu dilaporkan jumlah permintaan getah asli di pasaran dunia semakin menurun yang berlaku sebelum ini adalah berdasarkan kelembapan dalam industri getah dunia akibat dari kekurangan permintaan daripada pengguna utama getah asli dunia seperti China, Jepun dan Eropah. Bagaimana pun akibat pandemik covid19 kemudian dilaporkan permintaan meningkat sedikit disektor perubatan tetapi menurun disektor industri lain. Negara Malaysia, Thailand dan Indonesia yang menganggotai Tripartite Rubber Council (ITRC) sentiasa membincangkan langkah berkesan bagi tujuan untuk memperkukuh harga getah di pasaran. Kini walaupun Malaysia ketinggalan dari aspek pengeluaran getah asli dunia berbanding Thailand, Indonesia dan Vietnam akan tetapi negara ini masih mampu berbangga dengan fungsinya sebagai pengeluar sarung tangan getah asli utama dunia. Dilaporkan berlaku hambatan kemajuan bagi menyaksikan semakin banyak kebun kecil dan estet getah dibangunkan ditukar dengan penanaman sawit dan hartanah yang dilihat semakin membawa negara ke arah belakang berbanding negara pengeluar getah asli dunia yang lain. Faktor ketiadaan syarikat pembuatan tayar tempatan dilapor menyebabkan syarikat pembuatan tayar antarabangsa yang melabur di negara ini mengawal permintaan getah asli terutama Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mengikut kehendak dan juga keperluan mereka. Faktor kejatuhan harga getah beku (cuplump) semasa antara RM2.00/kg hingga RM2.20/kg juga menyebabkan semakin ramai pekebun kecil terpaksa terus 'menggantung' pisau torehan dan mencari kaedah lain untuk mencari rezeki. Pekebun kecil getah harus meningkatkan kualiti getah asli untuk bersaing dengan getah asli yang mana ia dikeluarkan oleh Thailand, Indonesia dan Vietnam. Getah asli berkualiti rendah kurang mendapat permintaan syarikat pengeluar tayar antarabangsa. Sering dilaporkan dimana kini pihak pengeluar getah asli Malaysia adalah disahkan memang kurang berkualiti berbanding getah dikeluarkan Vietnam dan Kemboja.


Di peringkat antarabangsa pula ada dilaporkan disebabkan oleh pengusaha yang kurang ambil berat penjagaan kualiti getah tempatan menyebabkan syarikat pembeli antarabangsa kini lebih cenderung untuk mengimport produk getah mentah asli daripada pelbagai negara lain. Terkini apabila Standard Vietnam Rubber (SVR) dilaksanakan maka ia telah diproses menjadi getah yang sesuai untuk dibuat tayar diperingkat antarabangsa (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana pihak LGM dakwa kebanyakan dari pekebun kecil di negara ini kurang mengambil berat aspek penjagaan kualiti. Contohnya dimana ada pekebun kecil yang sanggup mengikat tali pada batang pokok yang ditoreh pada tempat yang tinggi untuk membolehkan susu getah mengalir masuk terus ke dalam mangkuk. Akibatnya dimana tali itu turut akan masuk ke dalam mangkuk berkenaan. Apabila susu getah membeku maka tali masih berada di dalamnya dan kilang yang memproses akan getah tercemar tersebut tidak mampu mengasingkan tali daripada getah seratus peratus. Selain kualiti getah asli yang agak rendah dimana industri getah dunia juga dipengaruhi permintaan di pasaran antarabangsa. Keadaan semasa menyaksikan industri pembuatan tayar di China berada pada tahap kurang memberangsangkan akibat kurang mobiliti disebabkan pandemik covid19 dan pasca pemulhan pandemik ini. Perkara ini berbeza dengan keadaan ketika industri pembuatan tayar di China mencapai kemuncaknya pada tahun 2010 dan 2011. Ia menyebabkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 dijual ke China pada harga iaitu RM71 sekilogram (kg) dimana kita masih tidak boleh  bergantung harap kepada industri tempatan. Dahulu Kerajaan Republik China menggalakkan rakyatnya menggunakan kereta baharu dan kereta lama tidak digalakkan berada di atas jalan raya dan kemudian China juga mengeksport 30 peratus daripada tayarnya ke Eropah akan tetapi situasi itu merudum menjelang Februari 2012 hingga sekarang tahun 2021-2023 lebih serius keadaannya. Industri getah Malaysia masih tidak boleh lagi bergantung harapan kepada industri pembuatan tayar tempatan kerana syarikat pengeluar tayar sedia ada dimiliki oleh pihak pelabur asing yang lebih mementingkan pembelian bahan mentah dari luar negara untuk diproses bersama getah asli di negara ini selain negara lain di Asia Tenggara. Pada penulis blog sehubungan itu sebaiknya pekebun kecil getah di negara ini harus berusaha dalam meningkatkan kualiti getah, selain berharap permintaan di pasaran antarabangsa kembali pulih. Penulis blog dapati sebagai info tambahan mengenai tanaman getah (Hevea braziliensis) yang mana ia hidup subur di kawasan 1,000 km utara dengan 1,000 km selatan Khatulistiwa dan memerlukan hujan antara 180 cm hingga 250 cm setahun. Kini ada seluas  2.06 juta hektar estet dan kebun kecil getah di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 1.66  juta tansetahun. Dari segi eksport getah Malaysia dimana 63% dihantar ke China, 15% pula ke Kesatuan Eropah dan cuma 3% sahaja ke USA.


Dalam pada itu terkini penoreh getah sudah boleh menoreh getah pada waktu tengkujuh (musim hujan) dengan mana ada pengenalan inovasi 'Alat Pelindung Hujan atau Awning'. Penggunaan 
Alat pelindung hujan berbentuk awning boleh digunakan bagi melindungi alur torehan dari dibasahi hujan. Pekebun kecil kini disaran menggunakan teknik torehan lewat, torehan ganti dan alat pelindung hujan untuk meningkatkan jumlah hari mereka boleh menoreh pada waktu musim tengkujuh. LGM dilaporkan sudah melakukan banyak lakukan kajian di mana apabila rain guard atau alat pelindung hujan digunakan maka ia mampu meningkatkan jumlah hari torehan. Dilaporkan dimana jika sebulan mereka menoreh 10 hari namun pada waktu hujan mereka hanya mampu menoreh 3 hari sahaja dan menjejaskan pendapatan. Kini jika mereka menggunakan teknologi rain guard maka jumlah hari mampu menoreh getah boleh ditingkatkan lagi kepada 8 hari sebulan dimusim tengkujuh. Bagaimanapun didakwa hanya sekitar 5 -10% sahaja jumlah pekebun kecil di Malaysia menggunakan alat pelindung hujan ketika ini. Didakwa ia berpunca dari kos yang tinggi apabila satu batang pokok mereka perlu belanjakan sekitar RM1.20 seunit bagi pekebun kecil yang mempunyai pendapatan rendah maka dikira angka itu adalah mahal. Kini digalakan agar kerajaan mengambil sebahagian peruntukan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantuk pekebun kecil membeli alat pelindung hujan. Alat pelindung hujan berbentuk awning boleh digunakan bagi melindungi alur torehan dari dibasahi hujan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu teknik torehan lewat adalah menoreh di luar masa kebiasaannya manakala torehan ganti pula merujuk kepada hari torehan yang diubah pada hari berikutnya disebabkan hujan lebat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN GETAH... DULU JUARA...
NOMBOR 6... PENGELUAR DUNIA....
JAGA KUALITI... ANTARABANGSA...
ADA INOVASI... TINGKAT HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Jamadilawal 1443H).
Kemaskini pada 17 Dzulhijjah 1333H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.