Monday, July 10, 2023

KELAPA MUDA, NUTRISI DAN CARA MEMILIHNYA

POKOK KELAPA
(Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang banyak kegunaannya sehingga ia digelar 'Tree of Life'' diseluruh dunia. Tanaman kelapa di Malaysia telah lama dijadikan tanaman yang mana hasilnya digunakan didalam kehidupan harian darpada buahnya, batang, daun dan sebagainya. Di Malaysia tanaman kelapa menurun daripada lebih 140,000 hektar pada tahun 1980'an hanya tinggal sekitar 82,000 hektar pada tahun 2020. Keluasan tanaman kelapa pada 2022 adalah 81,888 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 561,780 merik tan  bernilai RM601,104 juta (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Perkara ini juga menyebabkan Malaysia perlu mengimport biji kelapa tua daripada negara jiran Indonesia sekitar 100 - 130 juta biji setahun untuk kegunaan diproses di kilang menjadikan kepada pelbagai produk berasaskan buah kelapa. Bagaimana pun kemasukkan kelapa ini dikawal oleh kerajaan melalui permit kebenaran mengimport (AP) yang dikawalselia oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang kini di kenali sebagai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Kempen meminum air kelapa muda yang telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian pada awal tahun 1980'an oleh Mantan Menteri Sanusi Junid memang telah berjaya meningkatkan pengeluaran kelapa muda untuk diminum airnya. Kini dengan pengenalan kelapa pandan wangi (aromatic coconut) yang mana ia menjadikan industri minuman kelapa muda semakin rancak. Saya ada menulis mengenai kesan penuaian kelapa muda didalam blog ini dan kesannya kepada pengeluaran kelapa tua (yang mana kelapa tua didapati lebih murah harga ladang berbanding dengn harga ladang kelapa muda). Minuman 'coconut shake' yang telah menjadi viral dimana ia membolehkan permintaan kelapa muda telah meningkat dan menguntungkan bagi penanamnya. Saya ada menulis lebih daripada 400 artikel mengenai aspek tanaman kelapa sebelum ini dimana ia boleh dicapai dengan pautan tersedia. Artikel subuh ini dalam kesejukan pada waktu subuh di Melaka dan dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perkara berkaitan dengan kelapa muda dan info berkaitan dengan airnya untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Buah kelapa muda merupakan salah satu buah yang banyak dipasarkan terutama pada musim panas dan juga pada bulan Ramadan. Air kelapa muda yang rasanya agak manis dan beraroma pula mampu memberikan rasa yang segar dapat menghilangkan dahaga atau kehausan terutama semasa berbuka puasa. Terdapat banyak gerai jualan menjual kelapa muda dalam bentuk biji atau yang telah siap diproses untuk terus diminum. Apa pun terkini penulis blog dan pembaca blog hanya menggunakan handphone sahaja dengan aplikasi khas untuk membeli air kelapa segar melalui cara penghantaran GrabFood atau FoodPanda dari rumah. Kaedah ini difikirkan amat mudah dimana kurang daripada 20 minit sahaja maka penghantar minuman air kelapa sudah sampai dirumah. Ia amat memudahkan semasa kes pandemik covid-19 ini yang mana masa itu dikurangkan pergerakan keluar dari rumah. Bagaimana pun kalau ada kesempatan mudah sahaja untuk mendapatkan bekalan kelapa muda dari gerai yang banyak menjual disepanjang jalan di mana-mana sahaja sele[as pasca pandemik covid19 untuk membelinya. Bagi mereka yang ada pokok kelapa sendiri (sama ada pokok kelapa renek atau pokok kelapa tinggi atau pokok kelapa hibrid) memang perlu ada pengetahuan bagaimana cara memilih buah kelapa muda yang paling sesuai dipetik. Apa pun kelapa muda yang elok selalunya mempunyai tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak. Buah kelapa muda yang baik biasanya telah berumur 7 - 8 bulan selepas fasa pembentukkan buah bagaimana pun ia bergantung kepada tahap kesuburan dan umur pokok yang mana ia mempengaruhi kualiti dan saiz buah kelapa ini. Cara memetiknya juga perlu teliti agar buah kelapa dipetik tidak pecah kerana jatuh ketanah dan ianya akan menjejaskan kualitinya. Ada banyak khasiat yang positif dikaitkan dengan air kelapa muda di war-warkan dalam media dan buku teks.


Penuis blog kali ini pula akan kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih buah kelapa muda yang berkualiti. Pertama dengan cara memerhatikan warna kulit kelapa dimana lazimnya ia ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh varieti kelapa tersebut dan juga tempat asal tumbuhnya. Bagi Kelapa Muda MRD (Malayan Red Dwarf) pilih buah yang kulitnya berwarna kuning kemerahan akan teta[i bagi varieti MYD (Malayan Yellow Dwarf) akan kekuningan dan varieti MGD (Malaysian Green Dwarf) serta varieti Kelapa Pandan akan dilihat kulitnya berwarna hijau. Bagi jenis kelapa tinggi pula seperti Malayan Tall, Tagnanan dan dan kelapa hibrid seperti Kelapa Matag dimana ia lazimnya kelapa muda adalah berwarna hijau. Apa pun ada dakwaan dimana kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan dimana kelapa di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda tetapi penulis blog kurang setuju dengan kenyataan ini. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan tanah berbukit lebih banyak buahnya dimana selalu isinya lebih manis juga agak relatif bergantung kepada amalan agronomi. Ini kerana tanaman kelapa di tanah mineral mendapat nutrien lebih banyak tremasuk 'trace element' berbanding tanah pasir di tepi pantai.  Apa pun perlu juga dilihat serat kelapa kerana kelapa tua lazimnya akan berwarna kecoklatan atau serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna yang kehijauan menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda. Petua lain sesuai dilakukan semasa membeli kelapa muda adalah dengan menggoncangkan buahnya dimana kita boleh tahu kandungan air didalamnya. Kelapa muda terbaik sudah pasti kandungan airnya banyak dimana kelapa tua airnya sudah agak kurang. Melihat kepada tangkai kelapa dimana jika anda perhatikan di bahagian pangkal atas kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkaran pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar. Ada teknik yang mudah dilakukan iaitu dengan menepuk kelapa kerana tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Jika hendak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda maka eloj cuba semasa menepuk-nepuk buah kelapa tersebut dan ia terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan.


Telah banyak tulisan menyatakan dimana air kelapa adalah penawar kesihatan. Jika amalkan minum air kelapa terutama kelapa muda dilaporkan ia adalah baik untuk kesihatan berpanjangan. Air kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan anda. Buat mereka yang masih mencari-cari penawar kesihatan maka air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu sebaiknya ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan. Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Antara beberapa kebaikan air kelapa dan beberapa manfaatnya adalah dakwaan ia mampu untuk dapat mengurangkan berat badan, Ini kerana kandungan lemak air kelapa sangat rendah dimana ini menjadikan anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum air kelapa secara berlebihan. Air kelapa  juga baik untuk kulit dimana kesannya adalah kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda. ia juga berfungsi untuk melambatkan proses penuaan. Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan iaitu agen antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam usaha melambatkan penuaan kulit. Air kelapa muda juga membantu penghadaman. Jika perut sentiasa kembung dan sukar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan. Ada dakwaan dimana air kelapa akan menurunkan tekanan darah. Ini kerana tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan. Air kelapa mengandung 16 kalori dan 4,1 gram gula. Sedangkan isi kelapa muda pula mengandungi bahan seperti 77 kalori, 1,4 gram protein, 3.6 gram lemak, 10 gram gula, 257 gram kalium, dan 6 miligram vitamin C. Kelapa adalah tumbuhan yang mengandungi kalium yang lebih tinggi sesuai diminum ahli sukan atau athlet. Jika hendak dibuat perbandingan bahkan lebih tinggi apabila anda memakan empat biji buah pisang. Air yang terkandung pada kelapa muda jauh lebih banyak dibandingkan dengan yang tua kerana lebih dari 95 peratus isi kelapa muda adalah air.


Jika hendak dibandingkan kandungan nutrisi diantara kelapa muda dengan kelapa tua perlukan kajian terperinci. Bagaimana pun hasil daripada rujukkan dibeberapa jurnal penulis blog dapati dimana kandungan nutrisi dari air sama ada daging buah yang sudah tua secara umum lebih tinggi dibanding dengan yang muda. Ini kerana pokok kelapa akan secara terus menerus mengalami kenaikan berat dan ukuran. Kerana itu lazimnya semakin tua umur buah kelapa maka jumlah kandungan air dan dagingnya akan semakin lengkap dan maksima. Biasanya daging isi buah dalam buah kelapa tua adalah lebih tebal, bertekstur kasar disebabkan ianya memang mengandungi banyak serat dan ia memiliki rasa yang lebih baik. Daging buah yang tua juga mengandungi sebanyak 30% minyak semulajadi iaitu lebih banyak dari kelapa muda. Hanya kelapa tua yang sering diproses untuk mendapatkan santan kelapa (Sila lihat foto disebelah). Malaysia mengimport lebih daripada 130 juta biji dari Indonesia setiap tahun untuk diproses di kilang kelapa di Malaysia. Bagi kelapa muda memang isi dagingnyasedikit, teksturnya lebih halus dan lembut dan rasanya pun agak manis. Apa pun sebenarnya kelapa muda dan kelapa tua sama-sama memiliki banyak manfaat kesihatan. Apa pun manfaat kesihatan yang ada terkandung di dalam buah kelapa sebenarnya bergantung kepada jenis keperluan dan kadar metabolisma seseorang. Maka memang penting memahami keperluan tubuh badan sebelum memutuskan untuk mengambil buah kelapa ini. Air kelapa mampu memenuhi keperluan cecair dalam badan. ia akan dapat mengurangkan kes dihidari badan terutama jika diambil sebagi sejenis 'minuman isotonik' yang baik untuk tenaga dan kesihatan. Apa pun sebaiknya khasiat optima diperolehi  jika mengambil minuman air kelapa yang masih muda lagi dan di minum dari kelapa segar.


Air kelapa juga didakwa mampu hasil beberapa laporan kajian dimana ia mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa air buah kelapa membantu melancarkan pengedaran darah serta menurunkan tekanan darah tinggi yang mana pada akhirnya akan membantu menurunkan risiko terkena serangan jantung dan stroke. Kandungan kalium tinggi dan natrium rendah dalam airnyalah yang berperan penting untuk menciptakan manfaat ini. Air buah kelapa ini juga dapat membantu didalam meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) dan penyerapan gula darah dalam tubuh. Air kelapa juga meruapakan ubat berkumur semuljadi. Semua bahagian buah kelapa boleh dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan seharian dimana salah satunya dijadikan minyak. Selain digunakan untuk memasak dimana sejak dulu minyak kelapa dijadikan sebagai ubat berkumur semulajadi dimana penggunaan minyak kelapa sebagai ubat kumur sebenarnya sudah digunakan semenjak bertahun-tahun lalu. Penyelidikan mendapati dimana minyak buah kelapa ini hampir sama efektifnya dengan chlorhexidine iaitu sejenis larutan antiseptik yang biasa terkandung dalam ubat berkumur. Minyak kelapa juga bisa membantu mengubati dan mencegah radang gusi (gingivitis). Ia juga didakwa membantu untuk membakar lemak perut. Ini kerana ia dapat mengurangi nafsu makan dan meningkatkan pembakaran lemak perut, sehingga boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Lemak perut sendiri merupakan lemak paling berbahaya dan sering dikaitkan sebagai penyebab berbagai penyakit kronik. Laporan menyatakan dua wanita yang mengalami obesiti perut dimana mengambil 2 sudu makan minyak kelapa selama 12 minggu dilaporkan cara ini membantu menurunkan BMI dan lingkaran pada pinggang secara drastik. Ia juga agak berkesan dalam kajian terhaap lelaki. Minyak kelapa juga dilaporkan mempu mengelakan serangan batu karang didalam buah pinggang atau ginjal. Didakwa dengan cara mempastikan tubuh mendapatkan cairan yang cukup setiap hari ianya adalah sangat baik untuk pencegahan batu karang. Kajian lain ada menunjukkan bahwa air kelapa mungkin boleh menjadi  pilihan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan cairan dalam badan. Dilaporkan dimana air kelapa mampu untuk mencegah kristal menempel pada buah pinggang atau dalam ginjal dan bahagian lain dari saluran prostat. Didakwa dimana air kelapa juga mampu mengurangkan jumlah kristal yang boleh terbentuk dalam urin. Saintis juga percaya bahawa air kelapa membantu mengurangkan pengeluaran radikal bebas yang terjadi sebagai tindakbalas terhadap kadar oksalat yang tinggi dalam urin. Semuga tulisan dalam 6 perenggan dalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada semua para pembaca semua. Wasallam!!!...
KELAPA MUDA... ADA AIR DIDALAMNYA...
AMAT BERKHASIAT...DIMINUM ENAKNYA....
CARA PILIH YANG TEPAT...ADA CARANYA...
MURAH DAN MUDAH... SERING AMALKANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1442H).
Posted from:
Hotel Trove, Johor Bahru, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.